You are on page 1of 1

Terima kasih Puan Pengerusi Majlis,

Kita mulakan bacaan doa ini dengan Alfatihah.


Alfatihah

‫ﺍﻟﺣﺩﷲ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻣﻳﻥ ﻭﺍﺻﻼﺓ ﻭﺍﻟﺳﻼﻢ ﻋﻟﻰ ﺍﺷﺭﻑ ﺍﻷﻧﺑﻳﺎﺀ ﺍﻟﻣﺭﺳﻟﻳﻥ ﻭﻋﻟﻰ ﺍﻟﻪ ﻭﺃﺻﺣﺎﺑﻪ ﺃﺟﻣﻌﻳﻥ‬
Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemerintah alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi dan Rasul,
Keluarga-keluarganya, sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut kesemuanya

Ya Allah, Kami memohon kepadamu kebajikan di dunia dan akhirat, Kami berlindung kepadaMu ya Allah
daripada segala kejahatan dan keburukan di dunia dan di akhirat sama ada yang kami sedar atau tidak
sedar.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kami memohon kepadamu memasuki syurga dan mengecapi nikmatnya dan
perkara-perkara yang boleh hampirkan kami kepadanya dari segi perkataan, perbuatan, niat dan iktiqad.

Ya Allah ya Tuhan kami, pada pagi yang mulia ini kami mengadakan perhimpunan sempena majlis Hari
Guru SMKTBM. Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menyempurnakan tugas sebagai pendidik.
Jadikanlah kami guru yang sentiasa bertanggungjawab untuk memajukan anak didi kami dan
seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Pelajar-pelajar yang akan mewarisi kami untuk
kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Jadikanlah perhimpunan kami pada pagi ini perhimpunan yang Engkau redhai, bermula dengan
keindahan, di tengah-tengahnya penuh dengan kemeriahan dan berakhir dengan keberkatan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Bukakanlah pintu hati kami sebagaimana bijak pandai terdahulu, Kurniakan
kepada kami fahaman nabi-nabi. Jauhkanlah kami daripada ilmu yang tidak memberikan manfaat,
daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah merasa puas dan daripada doa
yang tidak dimakbulkan.

Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini dengan hati yang
tenang dan bersemangat.

‫ﺍﻟﻟﻬﻡ ﺍﻏﻓﺭﻟﻧﺎ ﺫﻧﻭﺑﻧﺎ ﻭﻟﻭﺍﻟﺩﻳﻥ ﻭﺍﺭﺣﻣﻬﻡ ﻛﻣﺎ ﺭﺑﻳﺎﻧﺎ ﺻﻐﺎﺭﺍ ﻭﻟﺟﻣﻳﻊ ﺍﻟﻣﺳﻟﻣﻳﻥ ﻭﺍﻟﻣﺳﻟﻣﺎﺕ‬
‫ﺭﺑﻧﺎ ﺍﺗﻧﺎ ﻓﺍﻟﺩﻧﻳﺎ ﺣﺳﻧﻪ ﻭﻓﺍﻵﺧﺭﺓ ﺣﺳﻧﻪ ﻭﻗﻧﺎ‬,‫ﺍﻟﻣﺅﻣﻧﻳﻥ ﻭﺍﻟﻣﺅﻣﻧﺍﺕ ﺍﻷﺣﻳﺎﺀ ﻣﻧﻬﻡ ﻭﺍﻷﻣﻭﺍﺕ‬
‫ ﺳﺑﺣﺎﻥﺭﺑﻙ ﺭﺏﺍﻟﻌﺯﺓ ﻋﻡ ﻳﺻﻓﻭﻥ ﻭﻋﻟﻰ ﺍﻟﻪ ﻭﺻﺣﺑﻪ ﺃﺟﻣﻌﻳﻥ ﻭﺍﻟﺣﺩﻟﻟﻪ ﺭﺏ‬,‫ﻋﺫﺍﺏﺍﻟﻧﺎﺭ‬
‫ﺍﻟﻌﺎﻟﻣﻳﻥ‬.

You might also like