You are on page 1of 3

NABI IBRAHIN DENGAN RAJA NAMRUD

Nabi Ibrahim adalah seorang putera Azar dilahirkan di Babylon ( Iraq ). Baginda hidup pada
zaman pemerintahan Raja Namrud yang zalim. Nabi Ibrahim seorang nabi yang sabar sehingga
baginda dilantik sebagai rasul ululazmi.

Ya kawan-kawan,

Kesabaran adalah asas kejayaan. Lihatlah kesabaran dan ketabahan rakyat Palestin menentang
kekejaman Israel. Firman Allah,

         


Dan ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini.
Sesungguhnya dia adalah seorang yang mencintai kebenaran dan seorang nabi.
(Surah Maryam ayat 41)

Raja namrud sangat angkuh dan mengagap dirinya Tuhan. Raja Namrud bimbang kerajaannya
musnah Oleh itu nabi Ibrahim gigih berdakwah untuk menyedarkan Namrud dan kaumnya.

Warga dewan yang mulia,

Janganlah bersifat sombong dan angkuh dengan kelebihan diri yang kita miliki . Segalanya
adalah milik Allah seperti keangkuhan Israel menyekat bantuan kemanusianan ke Gaza.

Firman Allah

   

Dan dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk


(An-Nahl ayat 125)

Nabi Ibrahim tetap meneruskan dakwah walaupun diberi tentangan hebat oleh Namrud
sehinggalah terjadinya perdebatan yang tertera dalam surah al-Baqarah ayat 228.

Ibrahim berkata : “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Namrud berkata: “Saya
dapat menghidupkan dan mematikan”.

Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur maka terbitkanlah
ia dari barat”.

Mendengar perkataan Ibrahim itu, maka terkedu Namrud tidak dapat menjawab.

Firman Allah
      
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Baqarah ayat 258).

Ya kawan –kawan,

Raja Namrud tidak dapat mengalahkan nabi Ibrahim. Oleh itu berhikmahlah dalam berdakwah,
kawan-kawan seperti penggunaan blog laman sosial di internet yang digunakan sebagai
medium untuk berdakwah pada masa kini.

Ketika kaumnya berpesta di tebing sungai Dajlah, beliau ke rumah berhala dengan sebilah
kapak. Firman Allah Taala

       


Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala Ini yang bernama Ibrahim ".
(Surah Al-Anbiya’ ayat 60)

Maka Ibrahim memusnahkan semua berhala kecuali sebuah berhala yang paling besar dan
menyangkut kapak ke lehernya. Apabila orang ramai kembali ke kota mereka terkejut besar
kerana melihat semua berhala hancur berkecai. Mereka tertanya-tanya.

Angkara siapakah ini?

Akhirnya seorang ketua Paderi telah menyatakan bahawa semua ini adalah perbuatan Nabi
Ibrahim . Maka Nabi Ibrahim pun dibawa mengadap raja Namrud.

“ Engkaukah yang yang menghancurkan tuhan-tuhan kami wahai Ibrahim” tanya Namrud.

Nabi Ibrahim tersenyum dan menuding ke arah berhala yang paling besar. Beliau menyuruh
Namrud bertanya kepada patung yang besar itu.

Hujah Ibrahim amatlah kuat

Namrud dan pengikutnya tergugat! Tergugat!

Kata sepakat dibuat untuk membakar nabi Ibrahim lalu nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam
unggun api.

Pada waktu yang sama Allah Taala berseru kepada api seperti dalam firmannya dalam surah al-
anbiya 69.
       
Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim",

Ya kawan-kawan,

Tidak siapa dapat menyangkal kehendak Allah. Banyak bencana alam berlaku baru-baru ini
seperti banjir di Perlis dan Kedah.

Namrud disiksa oleh Allah,


Nyamuk dikirim sebagai balasan,
Terkulai Namrud, tamat riwayatnya,
Itulah balasan ingkarkan Allah.

Ya hadirin,
Janganlah berlaku zalim terhadap manusia kerana Allah maha berkuasa keatas hambaNya.
Lihatlah paparan di media tentang isu virus kencing tikus yang meragut nyawa. Firman Allah:


Nabi Ibrahim penuh kesabaran,

Gigih berdakwah menghadapi tentangan,

Ambillah iktibar jadikan pedoman,

Hidup bermakna penuh keberkatan.

You might also like