You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN KELAB SUKAN & KELAB PEMAINAN

1 BUTIR-BUTIR KELAB SUKAN & PERMAINAN :

1.1 Nama Kelab


1.2 Alamat Kelab
1.3 Tarikh ditubuhkan (Tarikh yang diputuskan oleh Pendaftar)
1.4 Penaung
1.5 Penyelaras / Setiausaha
1.6 Panel Jurulatih
1.6 Jawatankuasa Kelab yang dicadangkan
1.7 Daftar Ahli

2 KEAHLIAN :

2.1 Keahlian kelab sukan terbuka kepada murid-murid tahap 2 sahaja.


2.2 Pengagihan dibuat mengikut minat dan kebolehan murid.
2.3 Sekiranya pengagihan di atas tidak dapat dilaksanakan jawatankuasa
kokurikulum atau pihak sekolah akan menentukan kuota.

3 MASA DAN TEMPAT LATIHAN :

3.1 Masa : ( ikut jadual yang ditetapkan )


3.2 Tempat : ( nyatakan tempat latihan )

4 OBJEKTIF :

4.1 Meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang sukan diperingkat Zon, Daerah
dan Kebangsaan.
4.2 Mengasah bakat atau kebolehan yang ada pada seseorang murid dan
memperkembangkan kemahiran-kemahiran permainan dari peringkat awal.
4.3 Memenuhi keperluan jasmani iaitu keperluan pertumbuhan dan kesempurnaan
tubuh badan murid.
4.4 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur, semangat kesukanan dan perasaan
kekitaan dikalangan murid.
4.5 Menghasilkan ahli-ahli sukan yang kebolehan yang akan memenuhi keperluan
negara pada masa akan datang.
4.6 Mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.
4.7 Menjadikan suasana di sekolah sebagai satu tempat yang lebih menarik dan
menggembirakan murid-murid.

5 PERANCANGAN KEGIATAN TAHUNAN :

5.1 Panel Jurulatih wajib menyediakan perancangan dan program yang lengkap
dengan mengambil takwim sekolah.

6 PELUNJURAN :

6.1 Panel Jurulatih juga perlu menetapkan target pencapaian.


m.s. 1
7 PELAN BERTINDAK :

7.1 Panel Jurulatih harus merancang taburan kegiatan dan mesyuarat kelab
sepanjang tahun.

8 STRATEGI PELAKSANAAN :

8.1 Panel Jurulatih perlu merangka strategi yang sesuai untuk menjalankan
kegiatan / latihan mingguan dengan licin dan teratur.
8.2 Mengatur kegiatan mengikut kebolehan dan ketahanan fizikal murid-murid.
8.3 Memastikan ada kesenambungan antara satu latihan dengan yang lain.

9 KEWAJIPAN :

9.1 Semua ahli mempunyai hak yang sama dalam semua kegiatan kelab.
9.2 Semua ahli wajib hadir setiap kali latihan diadakan dan perlu menepati masa.
9.3 Semua ahli wajib memakai pakaian yang sesuai yang ditetapkan oleh pihak
sekolah semasa menghadiri latihan.
9.4 Semua ahli wajib mematuhi peraturan-peraturan kelab.
9.5 Semua ahli wajib mematuhi peraturan-peraturan sekolah.

10 TANGGUNGJAWAB JURULATIH :

10.1 Jurulatih wajib hadir setiap kali latihan / kegiatan dijalankan.


10.2 Semua mesyuarat / latihan kelab perlu dicatitkan dalam buku log.
10.3 Jurulatih boleh membimbing ahli membuat catatan kegiatan yang telah
dijalankan dalam buku log.
10.4 Memastikan buku log kelab dihantar ke pejabat pada hari yang berikut.
Selewat-lewatnya sebelum rehat.
10.5 Jurulatih wajib berada bersama ahli semasa sesi latihan. Murid-murid tidak
dibenarkan menjalani latihan tanpa pengawasan jurulatih.
10.6 Keselamatan ahli-ahli kelab semasa latihan dijalankan perlu diutamakan
10.7 Jurulatih wajib memastikan prasarana sentiasa selamat digunakan.
10.8 Keselamatan ahli perlu diutamakan.

Disediakan oleh
Unit Kokurikulum
Pejabat Pendidikan Daerah
Tampin dan Rembau

m.s. 2

You might also like