You are on page 1of 91

TAMADUN ISLAM

PENGENALAN
• Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama
iaitu Adam a.s. Ia merupakan pemberitahuan dan
peraturan yang diwahyukan oleh Allah S.W.T.
Kemudian wahyu itu diperkuatkan dengan perlantikan
rasul-rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s dan
berakhir dengan Nabi Muhammad s.a.w. Risalah Islam
yang diturunkan kepada rasul-rasul adalah sesuai
dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat
ketika itu. Islam diturunkan kepada manusia untuk
membimbing mereka ke jalan yang benar supaya
mereka mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat.
• Penganut Islam wajib beriman kepada
Allah Yang Maha Esa selaku pencipta
alam semesta dan mematuhi segala
suruhan dan menjauhi laranganNya.
Tanpa petunjuk dari Allah S.W.T, manusia
akan sesat kerana akal fikiran dan
pengalaman manusia amat terbatas.
• Manusia tidak mempunyai kemampuan untuk
memahami masalah ketuhanan, kehidupan
selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti
malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal
dan sebagainya, kerana itulah Allah S.W.T
mengutus dan mengangkat ratusan ribu nabi
dan rasul yang bermula dengan Nabi Adam a.s
dan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Secara umumnya tugas rasul-rasul dan nabi-
nabi dalam menyampaikan ajaran keimanan
adalah sama walaupun ada perbezaan dari segi
syariat dan hukum di antara mereka selaras
dengan keadaan dan zaman masing-masing.
• Dalam perjalanan sejarah tamadun manusia yang
panjang, ramai manusia yang terus-menerus menentang
serta membantah pengajaran-pengajaran Allah S.W.T
yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T, lalu dengan kasih
sayang dan belas kasihan Allah S.W.T, Dia telah
menurunkan kitab-kitab agar manusia dapat membaca,
memahami dan melaksanakan segala arahanNya.
Tujuannya untuk menegakkan kepercayaan Tauhid
(kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa),
menghindarkan mereka dari syirik kepada Allah S.W.T,
terpengaruh dengan hawa nafsu yang liar dan mengajar
mereka supaya mematuhi segala ajaran Allah S.W.T
dan menjauhkan diri dari laranganNya.
• Sejarah Islam telah menunjukkan bahawa keistimewaan
yang terkandung dalam Islam telah mampu membentuk
satu tamadun yang mengangkat tinggi martabat
manusia, menuju kesejahteraan hidup, dunia dan
akhirat. Tamadun Islam telah muncul dan menempa
kegemilangan yang tiada tolok bandingnya lantaran
kesyumulan dan kesepaduan Islam itu sendiri yang
menjadi intipati kepada Tamadun Islam. Akhirnya
Tamadun Islam telah berjaya mendepani zaman dan
menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun manusia
sehinggalah ke hari ini.
Rangkuman sejarah tamadun islam
dari mula hingga berakhir khilafah
Jahiliyyah Ibrahim

Ishaq Ismail
Kan’an
Yaaqub

Yusuf
Mesir
Musa & Harun

Daud
MEKAH
Sulaiman

Palestin Zakaria

Yahya

Isa
610
tahun
Jahiliah
Muhammad SAW
Era Mekah (610 – 623M = 13
Tahun)
-300 masuk Islam dari 10,000
penduduk Mekah
- era dakwah dan tarbiayah.
ERA MADINAH (623-633m = 10 tahun)
- Tertubuh Daulah Islam Pertama
-Nabi Muhammad ketua Negara
- Kesatuan Muslim & Non-Muslim di bawah
Perlembagaan Pertama Madinah
-124,000 orang masuk Islam
-Rasulullah wafat
Era Khulafa’ al-Rasyidin (633-661m)
-Abu Bakar:Hantar tentera Usamah memerangi golongan
murtad, negara kembali stabil
- Umar: Membuka Iran(Parsi), Iraq, Jazirah, Khurasan,
Baluchistan, Syira, Palestin, Mesir ke Armenia,
mewujudkan kementerian & jabatan.
-, Uthman: sebarkan dakwah Islam sampai ke India &
China, salin semula al-Quran dan perbanyakkan salinan.
- Ali: dakwah sampai ke Afrika dan berhadapan dgn isu
dalaman
Era Umawiyyah (661-750m)
-mengamalkan monarki
-Meneruskan usaha dakwah & peluasan
-berjaya menguasai utara Afrika, Sepanyol
(Andalus), dan Khurasan.
-Mencuba untuk membuka kota
Constantinople (Ibu negeri Bayzantine)
- Paling cemerlang zaman Umar bin Abdul
Aziz: berjaya basmi kemiskinan.
Bani Umayyah: Senarai Khulafa’

Abd Syams Rumpun Quraisy


Hisham

Umaiyah Qusayy
Abdul Mutalib
Harb Abu al-’As Abdul Manaf

Abu Sufyan Affan Al-Hakam

1) Muawiyah Uthman

2) Yazid

3) Muawiyah II 4) Marwan

5) Abdul Malik Abdul Aziz Muhammad

6) Al-Walid 7) Sulaiman 9) Yazid II 10) Hisham 8) Umar 13) Marwan

12) Yazid III 11) al-Walid II Muawiyah III

Abd Rahman ad-Dakhil


ANDALUS
Pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M)
- Zaman kemuncak, iaitu 756 – 1031M: setiap lapisan masyarakat diperkenalkan dengan sistem
pembelajaran yang komprehensif dalam semua bidang. pemerintah telah menaja pelajar-pelajar
untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat
- Khalifah Abdul Rahman al-Ausat membina universiti dan menaungi ulamak dengan elaun-elaun
yang tertentu.
- Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan perpustakaan dan membeli buku-
buku rujukan.
- Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti, antaranya di Seville, Granada,
Toledo, Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah.
-Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita untuk menimba ilmu dan terlibat
dengan urusan intelektual. Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita Andalus
telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu.
-khalifah memberi pengiktiran kepada cendikiawan bukan Islam, antaranya ialah Moses bin Maimon
dan Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi (ahli falsafah & penterjemah)
Era Abbasiah(750-1453m) (3 Fasa)
-Kemuncak ketamadun Islam khususnya zaman Khalifah Harun al-
Rashid & al-Ma’mun.
- Lahir ilmuan Islam dlm pelbagai bidang
(iv) Perundangan Islam: Abu Hanifah,Malik, Syafie, Ahmad dll.
(v) Hadith: Imam Bukhari,Muslim,Turmizi,An-Nasaie, Abu Daud, Ibn
Majah.\
(vi) Sains & Teknologi:Ibn Sina al-Razi Al-Farabi Khawarizmi, Al
Biruni,Omar Khayyam Ibn Batuttah dll
(vii) Penubuhan Universiti: Andalus: Universiti Cordoba 968M (begitu
juga di Seville, Malaga, Lisbon dan Toledo), Mesir: Universiti Al-
Azhar 988M
- (Universiti-universiti di Eropah hanya bermula pada 1088M Universiti
Bologna, 1150M Universiti Paris dan 1167M Oxford University)
Bani Abbasiah:
Fasa-fasa Pemerintahan
(749M-1258M)

Kerajaan Bani Abbasiyah

Fasa Pertama (749-847M) Fasa Kedua (847-1194M) Fasa Ketiga (1194-1258M)

Pemerintahan oleh Khalifah Pemerintahan oleh kerajaan kecil Pemerintahan oleh khalifah

Antara Khalifah yang terkenal

Abu Abbas Al-Saffah (750-754M) Turki Bani Buwayh Bani Saljuk


Abu Jaafar al-Mansur (754-775M) 847-946M 946-1055M 1031-1157M
Harun al-Rasyid (786-809M)
Abdullah al-Makmun (813-833M)
-Zaman al-Mu’tasim: Serangan Monggol
-Perang Salib
- Akhirnya, tentera Mesir kalahkan Hulago dan balanya.
Hulago memeluk Islam(orang menyerang masuk agama
orang yang diserang)
-Akhirnya Monggol kalah ditangan Sultan Baybar I di
dalam peperangan Ain Jalut (1290M)

Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk


belajar dr org Islam dlm pelbagai
bidang- terbentuk tamadun baru
Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk
belajar dr org Islam dlm pelbagai
bidang- terbentuk tamadun baru
Solehuddin al-
Ayyubi kalahkan
tentera salib dan
buka semula
Palestin

Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk


belajar dr org Islam dlm pelbagai
bidang- terbentuk tamadun baru
Empayar Othmaniah (1453-1924m)
-Fasa pembinaan asas Khilafah Uthmaniah bermula dengan pemerintahan
Othman I (Othman Ghazi) dan berakhir dengan Murad bin Orkhan
-menguasai Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan
Albania.
-Pembukaan Kota Constantinople (Istanbul) oleh Sultan Muhd al-Fateh,
buat meriam besar danmengarahkan 14 buah kapal diangkat melalui jalan
darat dari Selat Bosphorus ke Golden Horn. menguasai Selatan Greek
(kemudiannya, seluruh Kepulauan Greek), Albania dan Crimea (Ukraine).

Barat bertemu Islam di Andalus. Mrk


belajar dr org Islam dlm pelbagai
bidang- terbentuk tamadun baru
Serangan pemikiran & sosial

Wasiat Louis IX:


- “Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai
orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka
mendorong mereka untuk melawan, berjihad,
mengorbankan jiwa …. Kita mesti lakukan jalan lain;
iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan
orang-orang Islam melalui serangan pemikiran.
Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam
dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran
orang-orang Islam.”
- Serangan sosial dgn memasukkan pelbagai jenis
hiburan hingga akhirnya umat Islam terleka dan terlupa
dari peranan sebenar mereka.
Khalifah Islam Terakhir

27 April 1909 – Sultan Abdul Hamid II


digulingkan
3 Mac 1924/ 26 Rejab 1342 H
- Bapa sekular Turki Mustafa Kamal Atartuk
isytiharkan pembubaran Khilafah Islamiah
dan Turki bertukar menjadi Sekular
(memisahkan agama dari pemerintahan)
- Negara-negara Islam akhirnya dijajah oleh
barat dan dibahagi-bahagikan.

PENJAJAHAN
Uthmaniah
(699H – 1343H / 1301M – 1924M)
ERA PENJAJAHAN
1. Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi
jajahan Perancis. Diselang seli dengan Tanger yang
berada di bawah kuasa antarabangsa dan jajahan
Sepanyol di kampung-kampung.
2. Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung
kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia telah
memaksa penduduk di situ menjadi warganegara
Itali dan dinamakannya sebagai Itali selatan. Di situ
juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang
berkebuluran dan manusia-manusia jahat.
3. Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris.
4. Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk
dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan negara
kebangsaan mereka.
5. Syria di bawah jajahan Perancis.
6. Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris.
1. Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang
sangat lemah sentiasa menunggu sedekah dan mengharap
kepada janji-janji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak
laku dari Eropah.
2. Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal hanya rangka-
rangka, rakyatnya papa dan terancam dengan peperangan
di setiap tempat dan masa.
3. Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang
tinggal hanya negeri-negeri yang kecil di mana amir-
amirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris.
Mereka berjuang dengan cebisan-cebisan makanan dari
meja makan Inggeris. Sesama mereka penuh menyala
hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah memberikan
janji kemerdekaan kepada bekas Raja Semenanjung Arab;
Malik Husin dengan syarat menolong mereka
menghapuskan kuasa khalifah Othmaniah.
4. Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang
sentiasa bergolak dan menjadi rebutan sesama mereka.
5. India menjadi jajahan Inggeris.
6. Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang
ditekan dengan dahsyatnya.
Negara-negara di nusantara?
• Kejatuhan negara Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan
Islam Melayu Melaka[1] ke tangan Portugis pada tahun 1511.
• Selepas lebih kurang 130 tahun kejatuhan Melaka ke atas Portugis,
Melaka kemudiannya ditawan dan diambil alih oleh Belanda pada tahun
1641 dengan bantun kesultanan Johor.
• Pada tahun 1786, Francis Light datang membuka dan menjajah Pulau
Pinang. Perselisihan yang berlaku antara Francis Light dan Belanda
(disebabkan oleh persaingan untuk merebut, mengawal dan menguasai
pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan kepulauan Melayu
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
i) Semenanjung Tanah melayu dan Borneo di bawah pemerintahan
Inggeris.
ii) Kepulauan Indonesia di bawah pemerintahan Belanda
• Kawasan-kawasan Asia Tenggara lain yang dijajah :
i) Portugis – Pulau Timur Timor (Timor Leste)
ii) Perancis – Kemboja, Vietnam
iii) Sepanyol – Filipina

[1] Kesultanan Islam Melayu Melaka merupakan kerajaan yang bernaung
di bawah Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah. Sistem perundangan Islam
dilaksanakan dan juga sistem perniagaan walaupun agak terhad.
FAKTOR PEROSAK DLM STRUKTUR NEGARA
ISLAM
1. Percakaran politik & sikap fanatik selain perebutan kuasa
& pangkat.
2. Perselisihan dlm soal furu agama & mazhab dan suka
berdebat
3. Tenggelam dlm pelbagai bentuk kemewahan dan hanyut
dlm keseronokan & syahwat khususnya di klgn
pemimpin.
4. Perpindahan kuasa kpd bukan Arab (Parsi, Dailam,
Mamluk, Turki & sbg)
5. Abaikan ilmu berbentuk praktikal & dunia (sains &
teknologi), membazir masa dlm falsafah yg berbentuk
teori & fantasi
6. Para pemimpin leka dgn kuasa dan lupa melihat
perkembangan bangsa. Bangsa lain terkehadapan
potensi/kebolehan dan boleh serang Islam bila2.
7. Terpesona dgn helah musuh, cara hidup musuh dan
seterusnya meniru budaya hidup mereka.
PANDANGAN HIDUP ISLAM
• Islam adalah Ad-Din yang diturunkan oleh
Allah S.W.T melalui perantaraan al=Rasul
s.a.w. Ia merujuk kepada satu cara hidup
yang lengkap merangkumi semua aspek
hidup manusia. Islam merangkumi aspek
akidah, syariah dan akhlak. Kesemuanya
telah dihuraikan malah dipraktikkan oleh
Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda
dan diikuti oleh para sahabat serta umat
Islam seluruhnya.
PENGERTIAN ISLAM
• Dari segi bahasa kalimah Islam mengandungi
tiga perkara utama iaitu:
2. Tulin, suci dari sebarang kecacatan zahir dan
batin
3. Damai, aman atau sejahtera
4. Taat dan menyerah
• Pengertian Islam dari segi syarak ialah
mentauhidkan Allah S.W.T, patuh dan tunduk
kepadaNya serta beriman dengan ajaran yang
dibawa oleh para rasul yang diutuskan oleh
Allah S.W.T sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah
kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi
dan rasul yang terakhir.
• Justeru itu sesiapa yang mengikuti agama selain dari
apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sesudah
kedatangannya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T.
Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w telah
disempurnakan ajarannya oleh Allah S.W.T dan dia telah
meredhaiNya untuk diikuti. Firman Allah S.W.T dalam
Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :
”Sesiapa yang mencari din (agama) selain daripada din
(agama) Islam maka dia termasuk dalam golongan
mereka yang rugi di akhirat nanti"
• Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat
5 yang bermaksud :
”Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu
iaitu Islam dan Aku kurniakan nikmat kepada kamu dan
Aku reda Islam itu agama kamu”.
KANDUNGAN ISLAM
1) AKIDAH
• Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah
hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang
dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau
keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa
setiap Muslim.
• Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara
tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk.
Dialah yang mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah
juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan
seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan
pertolonganNya untuk terus hidup.
• Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari
tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam
bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai diri manusia
sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat
pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T
semata-mata.
• Asas-asas akidah Islam ialah:
(ii) Beriman kepada Allah
(iii) Beriman kepada Malaikat
(iv) Beriman kepada Kitab-Kitab
(v) Beriman kepada Rasul-rasul
(vi) Beriman kepada Hari Akhirat
(vii)Beriman kepada Qadha’ dan Qadar
• Akidah Islam membebaskan manusia daripada
kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamat
kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing
manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu
keredhaan Allah S.W.T.
• Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam
yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang akan
menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan
seperti berikut:
2. Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang
Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-
lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan
Allah S.W.T.
3. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan
terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk.
4. Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri
sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa
mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat kebahagiaan di
akhirat.
5. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh
pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan
persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama
dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman
ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak
nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan
masyarakat.
6. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat
maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan
masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak
dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah
mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari
bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai
disiplin ilmu pengetahuan.
1. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan
kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari
pembalasan.
2. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau
hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar
biasa.
3. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan
Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah
sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan
keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup
mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan
Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah Islam yang meresap di
dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
4. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu
mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan
sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu
mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif.
Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati
akidah Islam yang sebenar.
5. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan
kemungkaran.
SYARIAH
• syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk hukum atau
peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang
kuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah
S.W.T yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-
Quran ataupun yang berasaskan kepada al-Sunnah. Di dalamnya
terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang
berkaitan dengan akidah dan keimanan), 'amaliyyah (hal--hal yang
berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu
hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan
lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka
dengan Allah S.W.T, sesama manusia, dan alam lain) dan juga
aspek akhlaqiyyah (yang membahaskan mengenai budi pekerti atau
moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan
bernegara).
• Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan.
Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut:
i. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain.
ii. Hubungan antara manusia sesama manusia.
iii. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama
ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.
• Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula,
syariah
• Islam terbahagi kepada tiga iaitu :
i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di
peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan
kepada individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang
hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan
lain-lain.
ii. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau
berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif
dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya
ialah seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan
nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain.
iii. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu
mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah
ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah
seperti hudud, qisas dan takzir.
AKHLAK
• Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana
konsepnya tidak sama dengan konsep etika
yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam
ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah
laku (perbuatan) manusia terhadap Allah S.W.T,
terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai
dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-
Qur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak
mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak
mazmumah.
• Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik
kejadian). Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan
batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan
fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka, warna
kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara
keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-
khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi
kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila
seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqnya, ia bermaksud
orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya.
• Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak
sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan
darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila
keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji
menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik.
Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia
dinamakan akhlak yang buruk.
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
• Islam adalah al-din yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang bersifat
Maha Sempurna, sunyi dari sebarang bentuk kekurangan dan
kelemahan. Justeru peraturan yang diturunkanNya mempunyai ciri-
ciri keistimewaannya yang tersendiri yang membezakannya
dengan peraturan dan agama ciptaan manusia. Antara ciri-ciri
keistimewaannya ialah :

• Rabbani.
• Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Syari’at
yang ada didalamnya adalah wahyu, bukan ciptaan manusia
bahkan bukan juga rekaan Nabi (Yunus:15). Ini bermakna Islam
adalah agama untuk seluruh ummat manusia di mana juga mereka
berada dan hingga ke akhir zaman (al-Anbiya’:107).
• Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
• Segala hukum yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T tidak
bertentangan dengan akal manusia, bahkan akal tersebut jika betul-betul
digunakan ia akan menemukan keagungan dan keesaan Allah S.W.T.
Adapun yang nampak bertentangan ialah kerana akal manusia (kerana
keterbatasannya) tidak dapat memahami dan mentafsirkan apa yang
dikehendaki dan dimaksudkan oleh Allah S.W.T. Segala apa yang
disyari’atkan itu pada hakikatnya sesuai dan menepati fitrah manusia,
kerana Allah S.W.T sajalah yang amat mengetahui hakikat dan kejadian
manusia (al-Rum:30,al-Baqarah:164).

• Tidak Membebankan
• Allah tidak mensyari’atkan sesuatu perintah yang diluar kemampuan
manusia, disamping itu juga Allah S.W.T telah memberikan keringanan
(rukhsah) pada keadaan-keadaan tertentu. Di dalam Islam tidak ada
sesuatu yang sulit difahami kerana kerumitannya. Asas tauhid Islam
jelas kerana segalanya telah diterangkan oleh al-Qur’an, tidak ditokok-
tambahkan oleh golongan tertentu, sebagaimana yang terjadi pada
sebahagian agama. Seseorang itu mempunyai akses langsung kepada
Allah S.W.T tanpa perlu adanya perantara, semua orang sama taraf
disisi Allah S.W.T.
• Menyeluruh
• Ini bermakna bahwa Islam memberikan teori yang lengkap dan
mendalam tentang alam semesta bagaimana ia diciptakan, ciri-cirinya
dan bagaimana ia berjalan mengikuti ketetapan Allah S.W.T. Begitu
juga tentang penciptaan manusia dan kehidupan.

• Sederhana dan seimbang.


• Posisi Islam tidak terlalu menumpukan pada ruhaniyyah sehingga
melupakan material, Islam merangkumi dunia dan akhirat tidak
menumpukan pada akhirat sehingga melupakan dunia dan Islam juga
tidak menghinakan dunia, akan tetapi menempatkannya pada tempat
yang betul.

• Positif
• Islam adalah agama yang positif. Islam memberikan kesan yang positif
dalam kehidupan manusia, hubungannya dengan sesama manusia dan
hubungannya dengan Allah S.W.T akan semakin erat. Ini dapat
dibuktikan dengan kehidupan seorang muslim yang lebih tenang dan
bahagia dibanding dengan orang tidak beragama atau yang beragama
lain. Seorang muslim tahu akan kebahagiaan sebenar yang jauh dari
materialistik, ia selalu merasa adanya perlindungan dan rahmat Allah
S.W.T.
• Sesuai untuk sepanjang zaman.
• Setiap hukum dalam Islam mengambil kira keadaan manusia dan
memberikan keringanan bila berhalangan. Oleh kerana itu tidak
boleh dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan zaman, kerana
fiqih Islam sebenarnya dapat menjawab segala
masalah/perkembangan baru dalam kehidupan manusia, selama
pintu ijtihad masih terbuka kepada mujtahid.

• Tetap dan Anjal


• Syari’at yang Allah tetapkan tidak akan berubah, ini berbeza
dengan undang-undang manusia yang selalu berubah dan dipinda.
Tidak ada yang kurang lengkap atau yang salah dalam Syariat
Allah, adapun yang berkembang dalam fiqih Islam itu adalah Ijtihad,
masing-masing ulama berijtihad sesuai dengan keadaan dan
perkembangan semasa, dengan syarat tidak bercanggah dengan
nas yang telah ada dalam Qur’an dan Sunnah.
PRINSIP DAN MATLAMAT
TAMADUN ISLAM
• Tamadun Islam dibina berdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur
yang merangkumi matlamat yang jelas. Ia menekankan kepada
pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di
akhirat. Pada umumya prinsip dan matlamat Tamadun Islam merangkumi
2. Pengabdian diri kepada Allah S.W.T di dalam seluruh kegiatan hidup
3. Berorganisasi atas asas akidah yang menjamin dari sifat menyeleweng
dan kezaliman
4. Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai
kebendaan
5. Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya
sifat kemanusiaan ”manusiawi” bukan sifat ”kebinatangan”
6. Kesucian dan keharmonian hidup keluarga
7. Melaksanakan tugas khilafah di bumi Allah dengan mengikut panduan
Allah S.W.T dan sentiasa memegang janji dan amanah Allah
8. Matlamat Tamadun Islam juga ialah untuk memartabatkan Islam sebagai
AI-Din iaitu satu cara hidup yang yang lengkap selaras dengan fitrah
manusia. Manusialah pemacu dan penggerak kepada tamadun.
Tamadun Islam pelihara 3 hubungan:
• Hubungan Manusia Dengan Allah
• Hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah S.W.T ialah beribadat
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah S,W.T dan Rasulnya Nabi
Muhammad s.a.w. Ia melibatkan hubungan antara hamba dengan
Penciptanya.
• Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan mulia dalam
kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia
sesama manusia atau makhluk lain.

• Hubungan Manusia Sesama Manusia


• Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T dari asal keturunan yang satu iaitu
Adam a.s.
• Oleh yang demikian hubungan manusia dengan manusia yang lain adalah
sebagai sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu. Justeru dalam
perhubungan mereka seharian perlulah mengikut aturan yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T dalam menjamin agar tidak timbul kezaliman,
perseteruan malah hubungan yang wujud dalam setiap lapangan kehidupan
samada yang bersifat peribadi mahupun kemasyarakatan berasaskan
tolong menolong dan hormat menghormati.
• Ini adalah kerana masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk
berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam
sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak
bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan
geografi dan politik.
• Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah
Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik
kepada sesama manusia. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13
bermaksud :
” Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
(puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra anatara satu sama
lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuanNya”

• Hubungan Manusia Dengan Alam


• Allah S.W.T telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk
ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini telah
dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini. Allah S.W.T telah
memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang
sepatutnya dengan alam. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-A’raf ayat 56
yang bermaksud :
”Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah Allah menyediakan segala
yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan
perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima). Sesungguhnya rahmat Allah itu
dekat kepada orang-orang yang berbuat kebajikan.”
• Menurut Islam, manusia dan alam adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T namun
manusia diberikan taraf lebih tinggi berbanding dengan makhluk lain lantaran
kelebihan akal dan tanggungjawab sebagai khalifah.
• Manusia perlu memelihara dan memulihara alam sekitar mengikut peraturan-
peraturan Allah S.W.T atau sunnatullah.
MANIFESTASI DAN SIFAT-
SIFAT TAMADUN ISLAM
• Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk
melindungi dan memelihara lima perkara
yang dianggap darurat dalam tamadun
manusia iaitu :
1. Memelihara Agama
• Sikap Islam; memberikan kebebasan beragama dan tidak
memaksa org lain untuk menerima Islam. Firman Allah:
“Tidak ada paksaan dalam (memasuki) ugama (Islam),
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan.
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula
beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang
tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.: (al-Baqarah: 256)
• Namun apabila telah Islam, ia tidak boleh keluar (murtad)
dari agama Islam. Itu satu pengkhianatan dan jenayah yg
besar: Firman Allah:
“dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah)
dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap
kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah
amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan
mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya
(selama-lamanya). (al-Baqarah:217)
• Islam jg memberikan kebebasan berfikir, memberi
pendapat & lain2 dan tertakluk kpd keizinan Allah dan
ia boleh ditarik balik andainya ia menggugat hak dan
kepentingan manusia lain.
• Islam juga melalui akidahnya membebaskan manusia
dari pengabdian dan penyembahan kpd sesuatu yg
berbentuk manusia, benda, hawa nafsu, syaitan, iblis,
jin, ruh dan sebagainya.
1. Memelihara Nyawa
• Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Hanya
Allah yg sebenar-benarnya berkuasa menentukan hidup dan
mati seseorang. Tiada sesiapa berhak mencabar hak
tersebut.
• Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui
jalan yang hak; contoh; mempertahankan diri & hukum
bunuh. Firman Allah swt: “
“Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau
berbuat kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh
manusia seluruhnya” (Surah al-Maaidah: 32)
• Juga haram bunuh diri sendiri. Firman Allah:“
“Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya
Allah itu amat pengasih kepada kamu. Sesiapa yang
melakukan demikian itu secara ceroboh dan zalim, maka
kami (Allah) akan membakarnya dengan api neraka, yang
demikian itu amat mudah bagi Allah” (Surah al-Nisa’ : 29
&30)
• Cara-cara Islam dalam menjaga hak-hak hidup:
2) Kawalan kesihatan & melawan penyakit
3) Pengharaman perkara yg memudharatkan (dadah,
arak dll)
4) Pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan
kehidupan spt. makan, minum, pakaian &
sebagainya. Firman Allah swt:
“Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan
melampaui batas” (Surah al-Al-Araaf: 31).
6) Mengharuskan makan dan minum sesuatu yang
asalnya haram dalam keadaan dharurat.
1. Memelihara Akal Fikiran
• Pemeliharaan akal wajib; kerana akal
lambang kesempurnaan manusia berbanding
makhluk yg lain.
• Antara cara memelihara akal:
• Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu
bagi membentuk pemikiran.Sabda Nabi
Muhammad saw: “Tuntutlah ilmu dari dalam
buaian hingga ke liang lahad” (HR Muslim).
• Pemeliharaan Akal: Islam mengharamkan
makanan & minuman yang memabuk dan
mengkhayalkan; mabuk menukarkan
manusia menjadi seperti binatang.
1. Memelihara keturunan dan kehormatan.
• Nabi Muhammad menerangkan:
“Wahai Manusia sesungguhnya tuhan kamu satu (tunggal)
dan kamu berasal daripada Adam dan Adam berasal dari
tanah”. (HR al-Bukhari & Muslim)

• Sabda Nabi Muhammad saw dalam pidato terakhirnya di


Padang Arafah:
“Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu
adalah suci…”(HR Bukhari).

• Islam memelihara keturunan manusia:


– Kawalan: Islam mensyariatkan perkahwinan &
meletakkan Undang-undangnya yg terperinci.
– Pencegahan: Islam haramkan Khalwat, zina, seks
bebas, luar tabii dsb.
1. Memelihara Harta Benda
• Kekayaan bumi bukan milik tertentu, setiap orang berhak
menurut usaha dan kemampuannya.
• Firman Allah:
“Allah yang telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya
kamu boleh belayar padanya dengan kapal-kapal dengan
izinnya, dan supaya kamu mencari daripadanya
kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan ia
memudahkan bagi kamu apa-apa yang di langit dan apa-
apa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaathiyah:12-13)
• Hak pegangan dipelihara dalam Islam; Rasulullah saw
bersabda: Sesiapa yang terbunuh kerana
mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid”(HR
Bukhari).
• Islam juga mengiktiraf hak pegangan harta org bukan
Islam dlm negara Islam dan memberi mrk kebebasan dlm
bidang ekonomi sama spt hal org Islam.
• Penjagaan Islam terhadap hak harta:
– Kawalan: Undang-undang Ekonomi & Muamalat Islam.
– Pencegahan: Pengharaman Jenayah Curi & rompak.
SIFAT2 TAMADUN ISLAM
• Tamadun Islam yg
berasaskan wahyu memiliki
sifat2 khusus yg menjadikan
ia mampu bertahan tanpa
mengira sempadan masa dan
geografi. Antara sifat
tersebut:
1) kesejagatan
• Maksud: Tamadun Islam dapat dikesan di
mana sahaja di muka bumi tanpa
sempadan geografi asalkan menjadikan
Islam sebagai al-din.
• Ia juga tidak terikat dengan bangsa
tertentu.
2) Keterbukaan
• Maksud; Tamadun Islam dapat menerima
malah menggalakkan penerusan unsur2
baik yg terdapat pd tamadun lain selagi
tidak bertentangan dgn syariat Islam.
• Keterbukaan Tamadun Islam
membolehkan ia mudah diterima oleh
kebanyakan manusia.
3) Sepanjang Zaman
• Tamadun Islam bermula dgn turun wahyu
pertama (surah al-’Alaq) kpd nabi terakhir,
Nabi Muhammad di Gua Hira’ pada 17
Ramadhan/ 6 ogos 610M.
• Satu2nya tamadun yg dpt ditentukan dgn tepat
tarikh kelahirannya dgn terbentuknya Negara
Islam pertama di Madinah selepas Hijrah pd
tahun 622 M.Tamadun Islam terus wujud
tanpa sempadan masa.
• Tamadun Islam sesuai hingga Hari Kiamat.
4) Toleransi
• Salah satu elemen yang membolehkan Tamadun Islam
berkembang tanpa sempadan masa dan geografi adalah
sifat toleransi serta keterbukaannnya terhadap agama
dan budaya lain.
• Tamadun Islam berkembang ke luar dari Semenanjung
Tanah Arab dan dapat diterima dengan mudah oleh
masyarakat tempatan. Ini kerana Islam menjamin hak-
hak asasi masyarakat tempatan, sama ada beragama
Islam ataupun bukan Islam. Bagi masyarakat tempatan
yang menganut Islam, mereka masih boleh terus
mengamalkan budaya serta adat resam mereka selagi
tidak bertentangan dengan batasan syarak.
• Manakala bagi masyarakat bukan Islam, hak-hak
kemanusiaan mereka terus terpelihara, sama ada dari
sudut kebebasan beragama, berbudaya, keselamatan
dan sebagainya. Melalui sifat toleransi tersebut,
keharmonian serta keamanan dapat dikekalkan dalam
masyarakat setempat.
5) Kesatuan Dlm Kepelbagaian
• Akidah (keimanan kpd Allah) adalah titik
tolak yg mendasari tamadun Islam.
• Pelbagai penemuan, pencapaian dan
perkembangan kemajuan yg sentiasa
berlaku dlm Tamadun Islam merupakan
manifestasi keinginan umat Islam
memperolehi redha Allah
6) Keseimbangan antara rohani &
jasmani.
• Islam sentiasa mengajar umatnya
agar sentiasa wujudkan
keseimbangan antara rohani &
jasmani, spiritual & fizikal krn Islam
mengiktiraf kewujudan manusia dlm 2
entiti utama (roh dan jasad).
• Kejayaan tamadun manusia tercapai
apabila kedua entiti dpt diseimbang
dan disepadukan.
SUMBER TAMADUN ISLAM
• Tamadun Islam mempunyai sumber-
sumbernya tersendiri yang memungkinkan
ia berkembang dan mampu memenuhi
keperluan manusia.
(1) Al-Quran
• Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran. Kitab yang
diturunkan oleh Allah S.W.T adalah suci mengandungi nilai mukjizat
yang tinggi samada dari sudut akidah, syariah, akhlak dan moral,
bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan,
rahsia alam semesta dan sebagainya. Ia sesuai sepanjang zaman
dan lengkap, sesuai dengan tahap manusia dan ketamadunan.
• Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk mencapai
kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan semangat mereka
untuk meneroka alam di segenap bidang. Segala kegiatan dan
kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang
telah ditetapkan.
• Merupakan kitab samawi terakhir bagi manusia selepas turunnya
Taurat, Zabur dan Injil.
• Merupakan wahyu dari Allah swt. Ianya terpelihara semenjak
diturunkan:
1. Ditulis semenjak diwahyukan; penulis-penulis Wahyu
Rasulullah saw- Zaid bin Thabit, Ubai b. Kaab, Muaz bin
Jabal, Muawiyyah b. Abi Sufyan dan 4 Khulafa’ al-Rasyidin.
2. Dihafaz oleh para sahabat, generasi seterusnya dan hingga
kini.
PENDEKATAN ALQURAN DLM MERUBAH M’KAT
• Al-Quran turun berperingkat selama 22 tahun
-ikut keperluan
-keadaan
-peristiwa
• Dasar2 perubahan m’kat:
(1) Rabbani
(2) angkat martabat manusia
(3) hari pembalasan
(4) persaudaraan seluruh manusia
(5) ajak lelaki wanita bangkit bersama, kerjasama &
kesaksamaan.
(6) kawal 2 naluri: nyawa & zuriat, atur 2 keperluan: mulut & seks
(7) perangi jenayah
(8)perpaduan Islam (ukhuwwah)
(9)kewajipan jihad
(10) Negara wakil kpd gagasan menyebar fikrah ke seluruh
manusia.
(2) Al-Sunnah
• Maksud: Segala yang disandarkan kpd Rasulullah saw sama ada
perkataan, perbuatan dan pengakuan(taqrir) serta sifat kejadian,
akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah
baginda dilantik menjadi Rasul. Cuma sunnah yg menjadi
sandaran hukum; sesudah menjadi rasul.
• Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dihurai
dan diperincikan oleh al-Sunnah. Ia merupakan sumber inspirasi
umat Islam untuk membentuk, membangun dan
mengembangkan tamadun mereka.
• Sesuatu pembaharuan yang dibuat, boleh dikatakan tamadun,
tetapi tidak boleh digolongkan sebagai Tamadun Islam kalau
bertentangan dengan sumber-sumber ini. Ringkasnya, semua
sudut tamadun Islam dicorakkan di atas acuan al-Quran dan al-
Sunnah. Daripada al-Quran dan al-Sunnah dicerakinkan akidah,
syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan
manusia. Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
dan para ulama selepas baginda.
(3) Ijtihad
• Dalam tamadun manusia banyak perkembangan
baru berlaku . Sebahagian daripada
pembaharuan itu tidak jelas dari segi hukumnya,
kerana tidak terdapat secara nyata dalam Al-
Quran dan Al-Sunnah.
• Oleh itu menjadi peranan ulama atau
cendikiawan Muslim untuk mengolah hukum
terhadap perkara-perkara baru berdasarkan
keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk
kepada sumber Al-Quran dan al-Sunnah.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA
PERADABAN DUNIA
• Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islam menjadi
perintis dan pelopor tamadun di Andalus (Sepanyol).
• Faktor-Faktor Kecemerlangan mereka di Andalus adalah:

iv. Gesaan al-Quran dan al-Sunnah


• Ajaran al-Quran dan al-Sunnah yang tertanam kukuh di jiwa umat
Islam ketika itu menjadikan mereka orang-orang yang cintakan
ilmu dan berusaha mengembangkannya kepada penduduk
Andalus. Dengan kerjasama dari pemerintah telah membina
sekolah dan bandar. Kanak-kanak dari keluarga miskin diberikan
pendidikan secara percuma. Ini membangkitkan kesedaran yang
tinggi mengenai pentingnya ilmu pengetahuan kepada
masyarakat Andalus yang selama ini diabaikan dari aspek
pendidikan.
Umat Islam telah mengembangkan ilmu tradisi seperti tafsir,
hadis, fekah, ilmu-ilmu moden yang mencakupi matematik,
astronomi, geografi dan lain-lain. Sejarah telah mencatatkan
bahawa di bawah pemerintahan dan pentadbiran Islam, hampir
tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf.
• ii. Galakan Pemerintah
• Sepanjang pemerintahan Islam di Andalus (711 – 1492M)
fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan
intelektual menjadi sebahagian daripada pencapaian Umat Islam di
Eropah.
• zaman kemuncak, iaitu 756 – 1031M setiap lapisan masyarakat
diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang itensif dan
komprehensif dalam semua bidang.
• Buku-buku dan guru-guru serta sarjana islam telah dibawa masuk
ke Andalus dan di masa yang sama pemerintah telah menaja
pelajar-pelajar untuk mendalami semua bidang ilmu yang boleh
membina masyarakat.
• Khalifah Abdul Rahman al-Ausat - telah membina universiti dan
menaungi ulamak dengan ganjaran yang sewajarnya dengan elaun-
elaun yang tertentu.
• Khalifah al-Hakam telah mengambil iniasiatif dengan mendirikan
perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan serta mengumpulnya
dengan tujuan mempercepatkan lagi usaha pendemokrasian ilmu di
kalangan masyarakat. Beliau turut mengundang para cendikiawan
dari setiap pelusuk negara seperti Baghdad, Damsyik dan
Iskandariah. Masjid dan istana turut dijadikan tempat menyebarkan
ilmu.
• Hampir seluruh Andalus mempunyai pusat pengajian dan universiti,
antaranya di Seville, Granada, Toledo, Valencia dan Cordova yang
muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah
iii. Kestabilan Andalus
• Kestabilan politik, ekonomi dan social di Andalus turut menjadi
penyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
Keistimewaan masyarakat Andalus yang bersifat majmuk seperti
Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan daya saing dan
budaya ilmu yang memberangsangkan. Ia juga melahirkan ulama
dan ahli fekah dari pelbagai bangsa.
• Pemerintah Andalus juga telah membuka ruang kepada wanita
untuk menimba ilmu dan terlibat dengan urusan intelektual.
Sejarah telah mencatatkan tidak kurang dari 100 orang wanita
Andalus telah terlibat dalam penulisan mashaf ketika itu.
• Selain dari orang Islam, khalifah telah memberi pengiktiran kepada
cendikiawan bukan Islam, antaranya ialah Moses bin Maimon dan
Salomón ben Gabirol dari bangsa Yahudi. Kedua-dua mereka
terdiri dari ahli falsafah dan banyak mencurahkan tenaga dalam
aktiviti penterjemahan.
iv Kerjasama Para Ulama dan Cendikiawan
• Faktor yang mempercepatkan perkembangan ilmu pengetahuan di
Andalus ialah kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh
para ulama dan cendikiawan. Semasa pembukaan Andalus, para
cendikiawan dan ulama telah bersama-sama ke Andalus sebagai
tentera. Mereka datang ke Andalus bersama ilmu dan
pengetahuan yang disebarkan kepada penduduk Andalus dengan
meyebarkan akidah Islam dan menyelesaikan permasalahan
mengenai syariah dan fekah.
PENGALIRAN ILMU KE BARAT &
KEMUNCULAN TAMADUN EROPAH
i. Peranan Orang-Orang Mozarrab
• Mozarrab adalah panggilan kepada
masyarakat Kristian, ia diambil dari
bahasa Arab, ‘Musta’ribun’ (Orang-
orang yang diarabkan), iaitu orang-
orang Kristian yang tertarik dan
mengamalkan beberapa aspek
kebudayaan Arab dan Islam.
ii. Hubungan Diplomatik
• Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud
hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah
dan Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat
memajukan Eropah setanding dengan Andalus,
antaranya England, Perancis, Jerman dan Belanda.
Mereka telah menghantar delegasi yang terdiri dari
pelajar-pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti
sains, kesenian, pertukangan dan lain-lain. Mereka juga
telah menghantar pembesar dan putera raja mereka
untuk melanjutkan pelajaran di Andalus bagi mendalami
dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki
oleh orang-orang Islam.
• Ketika itu Universiti Cordova yang diasaskan oleh Abdul
Rahman sebagai universiti yang terkemuka ketika itu. Ia
menampung bukan sahaja pelajar-pelajar Islam, malah
pelajarnya juga terdiri dari orang-orang Kristian dan
Yahudi dari seluruh dunia termasuk dari Eropah, Afrika
dan Asia.
i. Aktiviti Penterjemahan
• Seiringan dengan kemasukan pelajar-pelajar
dari seluruh dunia, aktiviti penterjemahan
semakin giat dilakukan. Antara pusat
penterjemahan yang masyhur ketika itu
ialahToledo yang telah berjaya melahirkan
cendikiawan yang pakar dalam pelbagai
bidang.
• Buku-buku yang sering diterjemahkan meliputi
bidang matematik, astronomi, mantik,
perubatan, kimia dan botani. Penterjemahan
berlaku dari bahasa Arab ke Bahasa Latin dan
sebaliknya. Dengan aktiviti penterjemahan ini,
berlaku pemindahan ilmu secara aktif dan
meluas.
i. Pembukaan Sicily
• Setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama
800 tahun, Sicily berperanan secara langsung dalam
pemindahan ilmu ke Eropah. Kedudukannya yang
strategik, ditengah-tengah perjalanan antara Eropah
dan Afrika, mendorong ia menjadi pusat intelektual
yang penting ketika itu.
• Ulama Islam telah muncul di Sicily antaranya ialah
Hamzah al-Basri, seorang ahli filologi dan sasterawan
dan Muhammad bin Khurasan, seorang yang mahir
dalam bidang qira’at. Tokoh-tokoh lain ialah Abdul
Haq bin Muhammad dan Ibnu Zaraf yang pakar
dalam bidang llmu Kalam, Asad bin al-Furut dalam
bidang ilmu fekah.
TAMADUN ISLAM ERA PASCA
PENJAJAHAN
• Pada era kolonial Barat, banyak negara-negara Islam
yang dijajah mula mengalami kemunduran dan
keruntuhan akibat serangan dan kongkongan dari kuasa-
kuasa besar dunia seperti Eropah, Rusia, Amerika dan
sebagainya.
• Kejatuhan dan kelemahan masyarakat Islam adalah
disebabkan oleh serangan yang kuat dari pihak kolonial
di samping ketiadaan semangat jihad di dalam jiwa
masyarakat Islam serta pemimpin-pemimpinnya.
• Dr. Yusuf al-Qardhawi, sarjana Islam kontemporari telah
merumuskan empat medium utama ke arah penguasaan
Barat ke atas umat Islam melalui :
i. Sistem Pengajaran dan
Pendidikan
• Kolonial Barat menggunakan sistem pendidikan dengan
membina sekolah dan institusi pendidikan yang
mengguna pakai sistem pendidikan Barat yang
menekankan kepada aspek kebudayaan Barat dengan
matlamat menjauhkan umat Islam yang dijajah, dari
ajaran Islam yang sebenar.
• Ziya Gokalp (1875 -1924) Bapa Nasionalisme Turki.
merupakan seorang pemuja Tamadun Barat.
Berlandaskan pemikiran sekular, beliau mengganggap
agama hanya merupakan satu kepercayaan atau ritual
sahaja. Dengan itu, ilmu pengetahuan seperti psaikologi,
sosiologi, biologi, fizik, matematik tidak ada hubungan
sama sekali dengan agama.
ii. Akhbar dan Media Massa
• Akhbar dan media massa memainkan peranan
yang besar dalam penerapan ideologi dan gaya
hidup Barat kepada masyarakat Islam di negara
yang dijajah.
• . H. A. R. Gibb dalam bukunya yang berjudul
Modern Trends In Islam menyatakan bahawa
institusi sekolah dan kolej sahaja belum cukup
untuk menyebarkan fahaman Barat, malah ia
juga perlu disampaikan kepada masyarakat
umum melalui media massa
iii. Serangan sosial
• Serangan sosial berlaku secara langsung dan tidak
langsung yang menyerap dalam masyarakat Islam dan
mengakibatkan rasa kekaguman yang melampau kepada
cara hidup Barat dengan mengenepikan sistem hidup
Islam yang dipandang kolot dan ketinggalan zaman.
• Menurut Malik Ben Nabi, aliran pengkaguman Barat yang
disebut modernist ini merupakan tiruan tanpa keaslian.
• Rentetan daripada pengaruh Amerikanisasi serta Zionisasi
dalam sosial, hasilnya berleluasa budaya hedonistik di
kalangan generasi Muslim. Budaya hedonistik ialah
budaya seronok di mana mereka berpegang kepada
falsafah hidup untuk menikmati keseronokan dan mereka
akan memburu keseronokan hidup dengan apa jua cara.
Budaya ini berkait rapat dengan hiburan, pornografi,
dadah, seks bebas dan lain-lain.
iv. Pengaruh Sekularisme
• Menurut sejarah, sekularisme bermula pada zaman
Renaisans ketika memuncaknya pergerakan sosial
humanisme yang menonjolkan kehebatan manusia
.Pergerakan sosial ini timbul ekoran bantahan dan
tentangan terhadap fahaman keagamaan pada era
zaman pertengahan. Dengan meresapnya unsur
sekularisme dalam peradaban Barat, maka wujudlah
pemisahan antara alam tabii dengan alam ghaib. Dalam
hal ini, sekularisme dikaitkan dengan pemisahan antara
agama dengan kehidupan secara keseluruhannya.
• Melalui proses penjajahan, sekularisme diterap masuk
ke dalam negara umat Islam dalam semua aspek hidup
terutama sistem pentadbiran dan ianya berterusan
sehingga ke hari ini walaupun negara umat Islam
telahpun mencapai kemerdekaan.
KEBANGKITAN BARU UMAT ISLAM
• Hasil dari penjajahan kolonial Barat, umat Islam mula menyedari
kepentingan untuk mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Era
ini disebut sebagai era kebangkitan semula Islam dari seluruh aspek
meliputi aspek politik, intelektual, pendidikan, ekonomi, media dan sosial.
• Dalam dunia Islam, bibit-bibit yang telah disemai oleh mujaddid dakwah dan
juru islah klasik telah memberi sumber inspirasi kepada generasi Islam di
abad ke 20. Natijahnya muncullah gerakan tajdid di Asia Barat, Benua India
dan tersebar ke Afrika dan Asia Tenggara, terutamanya di Tanah Melayu.
Fenimena ini merupakan kebangkitan semula Islam untuk memperbaharui
kefahaman dan amalan Islam secara menyeluruh.
• Kebangkitan Islam sehingga kini sudah menghampiri satu kurun lamanya. Ia
masih jauh untuk sampai kepada matlamatnya, iaitu menerajui kepimpinan
tamadun manusia walaupun ia mempunyai segala potensi. Menurut Sayyid
Qutb, ia hanya akan berjaya bila ia digerakkan oleh kumpulan yang penuh
dengan keimanan dan terus istiqamah.
• Dalam konteks ini, pentingnya arus kebangkitan Islam pada hari ini
berusaha untuk menemukan metodologi yang sesuai dan menggabungkan
seluruh potensi yang ada untuk mengajak umat Islam untuk terus bangkit
memperkasakan diri dan masyarakat dari segenap aspek. Di samping itu
arus kebangkitan ini perlulah dijalankan melalui institusi yang mengajak
kepimpinan umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam dan
memperkukuhkan diri untuk menghadapi cabaran semasa. Ia juga harus
mengambil kira perubahan kualiti dan kuantiti dalam kehidupan umat islam
secara menyeluruh, mendalam, teliti, kepakaran dan analisis.
JIHAD DALAM ISLAM
• Kalimah jihad secara umumnya
bermaksud setiap usaha yang
memerlukan curahan tenaga dan
kekuatan demi untuk mencapai matlamat
dan cita-cita mulia dan ideal untuk
menegakkan kebenaran dan kebaikan
demi untuk memartabatkan Islam di bumi
Allah serta mengharapkan ganjaran dan
keampunannya.
• Jihad Nafsu (al-Jihad al-Akbar)
• Manusia dicipta dari dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jin,
iblis dan syaitan adalah musuh asli dan abadi manusia yang
pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia
sebagaimana Adam a.s dan Hawa pernah termakan
pujukan syaitan.
• Al-Quran menerangkan secara jelas dan terperinci segala
tektik dan teknik tipu daya syaitan untuk menyesatkan
manusia.
• Perang kemusnahan iblis dan syaitan terhadap manusia
bermatlamatkan merosakkan ketulinan akidah dan tauhid
terhadap Allah, keikhlasan ibadah dan ubudiah dan
kejernihan dan kesucian akhlak muslim.
• Oleh itu jihad nafsu ialah segala usaha dan kesungguhan
untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati dan sifat-
sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat
yang mulia dan terpuji, membersihkan dan menyucikan jiwa
dari kegelapan dan kekotoran syirik untuk diisi dengan
kejernihan dan sinar tauhid, membina keikhlasan hati nurani
dalam beribadah kepada Allah.
• Jihad Ilmu dan pendidikan
• Umat Islam harus melihat kepentingan ilmu dan teknologi
sebagai amat releven untuk mengangkat martabatnya.
• Umat Islam perlu mengarahkan maksud jihad kepada
pembangunan ilmu dan pendidikan, hidupkan budaya
penyelidikan dan penerokaan kepada bidang-bidang baru
dalam dunia intelektual kini. Dalam masa yang sama kita
mampu menampilkan keunggulan ilmu-ilmu dan proses
pendidikan yang Islami supaya akhirnya umat Islam mampu
bangun dengan acuannya sendiri.
• Al Quran sering memaparkan tentang tradisi membaca atau
‘iqra’ bahkan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W menjelaskan konsep ini. Begitu juga
konsep’ulul albab’ yang memberikan fokus kepentingan
ilmu dan peranan para ilmuan dalam Membangunkan
tamadun. Al Quran memberikan keutamaan berfikir
berasaskan kekuatan akal dan menginsafi berasaskan
peristiwa-peristiwa dan musibah yang terjadi dan
keutamaan merenung, mengkaji dan menyelidik mengenai
hakikat kejadian alam dan hubungan dengan manusia
berasaskan prinsip Al-Quran.
1. Jihad Mempertahankan Kesucian Islam
• Jihad mempertahan kan Islam dan Ummahnya dari pencerobohan
musuh-musuh Islam sebagaimana yang berlaku kepada umat Islam di
Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi. Isu Palestin adalah isu
pencerobohan zionis terhadap kesucian Islam bumi Palestin dan
masjid al Aqsa yang di muliakan oleh Allah. Rakyat Palestin telah
mencuba berbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi
Palestin dan untuk mendapatkan semula hak mereka yang telah
dirampas oleh tentera zionis Yahudi: antaranya melalui perjanjian
damai, persidangan, perundingan dengan mengikut pelan damai yang
dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Begitu juga
Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Israel telah menabur janji untuk
memberikan kekuasaan dan sebuah negara Palestin yang merdeka
juga melalui jalan buntu.
• Rakyat Palestin yang telah muak dengan janji-janji kosong ini telah
bangkit memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang
menimpa mereka dengan bangkit menentang, berjuang menerusi jihad
memerangi tentera Israel yang telah mencabuli hak-hak mereka,
membunuh, merampas tanah orang Islam menyeksa dan membunuh
kanak-kanak, memerangi kaum lelaki, menganyayai wanita melailui
ugutan dan berbagai-bagai penderaan yang dilakukan oleh tentera
zionis tersebut.
• Dalam situasi begini Jihad dalam artikata memerangi musuh Islam
adalah amat wajar dan tidak boleh dipinggirkan dengan begitu sahaja
terutama dalam konsep membina kekuatan persenjataan dan
ketenteraan yang maju dan canggih.
KEBANGKITAN SEMULA ISLAM
DAN PENERAPANNYA DI

MALAYSIA
Gerakan kebangkitan semula Islam bertujuan
mengatasi kelemahan dalaman masyarakat
Islam yang didominasi oleh kuasa penjajah
Barat sekular. Ia bermula di akhir abad ke-18
dan menjadi semakin hebat di akhir abad ke-19
dan awal abad ke-20. Pada tahun 70-an dan 80-
an wujud dua fenomena utama iaitu gerakan
dakwah sama ada kumpulan NGO mahupun
badan-badan kerajaan juga program penerapan
nilai Islam oleh kerajaan dalam pentadbiran,
perbankan, pendidikan, perundangan dan
kepenggunaan.
Penerapan Nilai-Nilai Islam
Dalam Pentadbiran
• Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran di
Malaysia ialah segala usaha untuk
mempertingkatkan daya produktiviti negara
melalui amalan nilai-nilai amanah, rajin, bersih,
tekun serta usaha untuk menegakkan
masyarakat di jalankan dengan lancar, teratur
dan efisyen sesuai dengan kehendak Islam.
Pembentukan budaya kerja yang berasaskan
nilai-nilai tersebut adalah tidak bercanggah
dengan budaya bukan Islam kerana ia adalah
nilai-nilai universal yang boleh diterima oleh
manusia sejagat.
Aplikasi Prinsip Islam Dalam
Aspek Ekonomi
• Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia telah
mengambil langkah yang wajar untuk
memastikan sistem kewangan Islam berfungsi
selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang
telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah
dari segi matlamat dan operasinya. Tujuan
utama ialah untuk memenuhi keperluan umat
Islam terhadap satu sistem yang benar-benar
menepati lunas syariah sebagai satu sistem
kewangan yang komprehensif serta mampu
bersaing dengan sistem konvensional yang telah
wujud sekian lama.
Pendekatan Islam Hadhari
• Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Y. A. B.
Perdana Menteri, Dato’ seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi,
malah telah dijadikan dasar dalam pembangunan negara
adalah satu usaha untuk mengenengahkan Islam
sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh
meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia di
samping mengembalikan semula kegemilangan Islam di
persada dunia. Sesungguhnya Islam berkemampuan
untuk menyelesaikan bukan hanya permasalahah di
peringkat peribadi, tetapi juga menggarap persoalan
keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Sebab itu,
semua agenda pembangunan ummah, peradaban
negara dan keutuhan bangsa perlu digarap untuk sama-
sama bangkit bersama keterbilangan Islam sebagai al-
Din yang diredai Allah.
Visi, Misi dan Objektif Islam
Hadhari
• Visi Islam Hadhari adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara Islam contoh, iaitu sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang
mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu,
berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai
golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang
berpaksikan kepada kepercayaan agama.
• Misi Islam Hadhari pula ialah melaksanakan agenda
pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan
Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan
berimbang.
• Objektif Islam Hadhari ialah bagi melahirkan individu dan
masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual
(rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari,
berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap
menangani cabaran semasa serta bijaksana, rasional,
praktikal dan damai.
PRINSIP-PRINSIP
1. Keimanan Dan Ketakwaan Kepada
Allah
2. Kerajaan Adil Dan Beramanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang
Dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti
Dan Wanita
8. Keutuhan Budaya Dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan

You might also like