You are on page 1of 16

KEGEMILANGAN DAN

KEJATUHAN KERAJAAN
ABBASIYAH
FAKTOR KEGEMILANGAN
KERAJAAN ABBASIYAH
KESTABILAN POLITIK
• Kerajaan Abbasiyah memberi perhatian
kepada pembasmian pemberontakan dan
perbalahan puak.
• Pemberontakan dan perbalahan berjaya
dikawal oleh Harun Ar-Rasyid bersama
panglimanya Yahya bin Khalid al-Barmaki dan
anaknya al-Fadhl al-Barmaki.
• Kestabilan politik memberi peluang kepada
pemerintah membangunkan negara.
DASAR POLITIK KERAJAAN ABBASIYAH

• Kerajaan Abbasiyah memberi layanan


yang adil kepada semua rakyatnya tanpa
mengira bangsa dan keturunan.
• Kerajaan Abbasiyah juga menjalin
hubungan diplomatik yang baik dengan
negara-negara luar.
KEDUDUKAN BAHGDAD YANG STRATEGIK

• Pemilihan Baghdad sebagai pusat


pemerintahan telah memajukan Kerajaan
Abbasiyah terutama dalam bidang
perdagangan kerana kedudukannya yang
berada ditengah-tengah laluan para
pedagang Timur dan Barat.
• Sungai Dajlah telah menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan.
• Baghdad juga menjadi tempat pertemuan
sarjana dari Timur dan Barat.
PERPADUAN ANTARA KAUM

• Rakyat Kerajaan Abbasiyah terdiri dari


pelbagai bangsa terutama Arab, Parsi dan
Turki.
• Kerajaan Abbasiyah memberi layanan yang
adil kepada mereka. Mereka diberi peluang
untuk menjawat jawatan-jawatan penting
dalam kerajaan.
• Orang bukan Islam juga diberi layanan baik
selagi mereka tidak mengkianati Kerajaan
Abbasiyah. Mereka bebas melaksanakan
ajaran agama dan kepercayaan masing-
masing.
PENGHAYATAN KONSEP KERJA SEBAGAI IBADAT

• Konsep kerja sebagai ibadat mendorong para


sarjana untuk mengkaji tentang muamalat
menurut pandangan Islam.
• Para sarjana Islam menjelaskan dengan
terperinci mengenai hukum-hukam yang
berkaitan jual beli, sewa, gadaian, hutang,
perkongsian dan sebagainya.
FAKTOR KEMEROSOTAN
KERAJAAN ABBASIYAH

• Kerajaan Abbasiyah merosot semasa


pemerintahan al-Wathiq bin al-
Muktasim (227-232H/842-847M).
• Kemerosotan tersebut adalah faktor
utama kejatuhan Kerajaan Abbasiyah ke
tangan Mongul pada 15 Muharam 656
Hijrah bersamaan 22 Januari 1258
Masihi.
KELEMAHAN PEMERINTAHAN
KERAJAAN ABBASIYAH

• Semasa pemerintahan al-Wathiq, beliau tidak


melakukan sebarang pembaharuan. Baginda banyak
bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk
menjalankan polisi pemerintahan yang diwarisi dari
ayahandanya.
• Setelah al-Wathiq meninggal dunia, puteranya yang
terlalu muda tidak dapat menggantikannya. Al-
Mutawakkil iaitu saudara kepada al-Wathiq dilantik
sebagai khalifah menerusi keputusan mesyuarat
pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
• Al-Mutawakkil cuba mengembalikan kuasa khalifah
yang bebas daripada sebarang campur tangan pegawai-
pegawai berbangsa Parsi dan Turki.
• Tetapi usaha selepasnya kerana pengaruh Parsi dan
Turki pada ketika itu sudah terlalu kuat.
PERPECAHAN WILAYAH-WILAYAH DI BAWAH
KEKUASAAN KERAJAAN ABBASIYAH

• Pada akhir kurun ke-9 Masihi, kuasa khalifah


semakin terbatas.
• Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti
menteri,gabenor,dan panglima tentera banyak
dipegang oleh pegawai-pegawai Parsi dan Turki.
• Ini memberi peluang kepada mereka untuk
membentuk kerajaan sendiri seperti Kerajaan al-
Tahiriah ,al-Buwihiah,al-Tuluniah dan al-Saljuqiah.
• Perpecahan ini telah melemahkan kekuasaan serta
kedaulatan Kerajaan Abbasiyah.
BERLAKU PEREBUTAN KUASA
• Khalifah al-Mutawakkil melantik tiga orang
puteranya iaitu al-Muntasir,a-Mu’taz,dan al-Muayyad
sebagai Putera Mahkota (Wali al-Ahdi).
• Baginda memilih al-Mu’taz iaitu puteranya yang
kedua sebagai bakal penggantinya dengan
mengenepikan putera sulungnya iaitu al-Muntasir.
• Ini menyebabkan berlaku perbalahan antara al-
Muntasir dengan al-Mu’taz.
• Pada tahun 247H/861M,al-Muntasir merampas kuasa
daripada ayahandanya. Sejak itu, jawatan khalifah
sering menjadi rebutan dan bertukar tangan.
• Ini melemahkan institusi khalifah dan memberi
banyak peluang kepada menteri-menteri, panglima-
panglima, dan pegawai-pegawai Parsi serta Turki
untuk bertindak sebagai penguasa sebenar kerajaan.
KEGAWATAN EKONOMI

• Kerajaan Abbasiyah mula mengalami


masalah kegawatan ekonomi pada Penggal
Ketiga.
• Rusuhan dan pemberontakan seringkali
mengganggu aktiviti perekonomian.
• Ini menyebabkan pedagang luar takut untuk
datang ke Baghdad.
• Akhirnya dana yang terdapat di dalam
Baitulmal berkurangan dan tidak dapat
menampung keperluannya.
PERSELISIHAN ALIRAN FAHAMAN
KEAGAMAAN

• Pemberontakan daripada kalangan Syiah


dan Khawarij sering mengganggu Kerajaan
Abbasiyah.
• Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah
hanya layak disandang oleh pemimpin-
pemimpin daripada kalangan mereka.
• Pemberontakan daripada golongan-golongan
tersebut menjejaskan suasana dan
ketenteraman awam.
SERANGAN DARI LUAR
• Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara,
Timur, dan Barat.
• Pihak Utara terdiri dari orang Georgia dan Armenia
menyerang Azerbaijan dan kawasan-kawasan sekitarnya
sehingga mengakibatkan beribu-ribu umat Islam dibunuh dan
harta benda mereka dirampas.
• Dari sebelah Barat, Kerajaan Abbasiyah berhadapan dengan
ancaman tentera Salib. Pada awalnya serangan serangan
tentera Salib dapat ditangkis oleh Kerajaan Abbasiyah.
• Peperangan tersebut menyebabkan Kerajaan Abbasiyah
menjadi semakin lemah. Terdapat banyak wilayah kecil yang
berada di bawah kekuasaan Kerajaan Abbasiyah menuntut
kemerdekaan. Umat Islam di Andalus telah diusir keluar.
• Ini memberi peluang kepada Mongul dari Timur yang dipimpin
oleh Hulagu Khan untuk menawan kota Baghdad pada tahun
656H/1258M.
• Tentera Mongul yang ganas dan kejam tersebut telah
membakar segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh
cendikiawan Islam.
IKTIBAR DARI SEJARAH
KEGEMILANGAN ISLAM
• Kita harus sedar bahawa kemajuan yang dicapai
pada hari ini adalah hasil daripada sumbangan
umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.
• Orang-orang Barat telah memindahkan penemuan
pelbagai bidang ilmu sains dan teknologi ke negara
mereka dan menterjemahkannyake bahasa mereka.
• Umat Islam perlu berusaha mengembalikan zaman
kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-
sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang
yang diperlukan oleh manusia.
IKTIBAR DARI SEJARAH KEMEROSOTAN
KERAJAAN ABBASIYYAH

• Umat Islam perlu bersatu padu untuk


menyelamatkan negara dari ancaman musuh.
• Aliran kefahaman yang pelbagai boleh
membawa kepada perpecahan dan
melemahkan umat Islam.
• Keselamatan dan kestabilan negara adalah
tanggungjawab kita bersama.
PERANAN GENERASI HARI INI
MEMARTABATKAN SEMULA
KEUNGGULAN TAMADUN ISLAM

• Mengembalikan umat Islam kini ke zaman


kegemilangan Islam yang pernah dicapai.
• Rajin menuntut ilmu pengetahuan untuk
meningkatkan pembangunan diri dan agama.
• Mengamalkan akhlak yang mulia dalam
kehidupan seharian.
• Mengamalkan cara hidup Islam dalam semua
aspek kehidupan.

You might also like