You are on page 1of 59

CIRI-CIRI

TAMADUN ISLAM

Annie Loo Pui Wan


Law Ming Siew
Ling Ung Hung
PISMP BC
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

1. Kemajuan teknologi
2. Urbanisasi
3. Organisasi sosial
4. Sistem pemerintahan dan ekonomi
KEMAJUAN TEKNOLOGI
Kemajuan Teknologi
• Pencapaian ahli sains Islam dalam
pelbagai bidang ilmu tidak dapat
dinafikan, antaranya ialah bidang biologi,
fizik, astronomi, geologi dan perubatan.
Bidang Biologi
• Pemahaman asas wujud sejak zaman
kerajaan Umaiyah.
• Minat ahli-ahli sains terhadap kuda dan
unta melahirkan kajian berkaitan baka
binatang.
• Awal abad ke-8 wujud buku-buku yang
memperkatakan biologi haiwan.
Bidang Fizik

• Orang Islam berperanan menterjemah,


memaju dan mengadakan penemuan baru
terhadap fizik Yunani.
• Abad ke-7, 12 masyarakat Islam
menunjukkan pencapaian yang hebat, yang
kemudiannya dipelajari oleh masyarakat
barat.
• Fizik mengkaji benda-benda yang
berubah, al-Farabi-mengkaji bunyi dalam
pelbagai keadaan, Ibn Sina-mengkaji
halaju bunyi dan cahaya (menulis kajian
dalam buku Al-Syifa).
Bidang Astronomi
• Pembinaan balai cecerap:
–Bangunan yang dibina utk membuat
cerapan (angkasa) cakerawala dan
bintang-bintang di langit.
–Makmal penting dalam kajian
astronomi.
–Dilengkapi dengan pelbagai jenis
peralatan penting dalam kajian
astronomi.
– Banyak didirikan di bandar-bandar
besar islam, terutama di sekitar
Baghdad dan Cordova.
– Teknologi pembinaan balai cecerap
dan penciptaan peralatan astronomi
tlh byk dipelajari oleh Eropah drpd
orang Islam.
Bidang Geologi
• Merupakan bahan komponen yang asas
sekali dalam bidang-bidang lain seperti
botani dan zoologi.
• Perubahan permukaan bumi serta isinya.
• Pertukaran tanah daratan serta lautan.
• Kejadian gempa bumi sebagai alat
mengubah bentuk permukaan bumi.
Bidang Perubatan
• Pembinaan hospital:
– Didirikan sejak pemerintahan Bani
Umaiyah.
– Sejak pembinaan sebuah hospital di
Baghdad pada masa pemerintahan
Khalifah Harun al-Rashid, terdapat byk
hospital didirikan.
– Kebanyakkan hospital mempunyai
taman tumbuh-tumbuhan ubatan yang
tersendiri.
– Hospital-hospital besar pula
mempunyai sekolah perubatan mereka
yang tersendiri.
– Terdapat juga banyak hospital bergerak
di negara-negara Islam.
– Menjadi model kepada pembianaan
hospital di Eropah, terutamanya Itali
dan Perancis.
– Tidak berfungsi sebagai pusat
kesihatan yang memberi rawatan
kepada pesakit.
– Sebagai pusat pendidikan dan latihan.
Pendidikan dan latihan amali dalam
bidang perubatan disamapaikan
kepada para pelajar perubatan,
pembantu hospital dan jururawat di
hospital.
• Makmal Herba:
– Karya-karya agung Islam dalam bidang
kajian tumbuhan herba dan tanaman
ubatan telah diterjemahkan ke dalam
bahasa-bahasa Barat untuk menjadi
bahan rujukan dalam bidang
perubatan di Eropah.
– Banyak didirikan untuk menjadi pusat
menjalankan eksperimen.
– Dilengkapi dengan peralatan yang
diperlukan.
URBANISASI
URBANISASI
• Definisi:-
Perpindahan penduduk dari desa ke kota.
• Bandar adalah pusat yang membentuk
tamadun sekitarnya.
• Dalam bandarlah sesebuah masyarakat
tersebut memberi tumpuan untuk
keperluan kehidupannya.
• Urbanisasi membawa kemajuan
terhadap sesebuah bandar tersebut.
• Dalam pembanguan material, misalnya,
jaringan kemudahan pengangkutan
dipengaruhi kedudukan bandar itu.
• Begitu juga dalam pembangunan minda,
pemikiran kita sebahagian besarnya
dipengaruhi oleh segelintir mereka yang
menguasai media massa di bandar.
• Urbanisasi membawa kepada kemunculan
bandar-bandar baru seperti Madinah,
Baghdad, Damascus, Qairawan, dan lain-
lain.
• Segala aktiviti utama masyarakat berpusat
di bandar.
ORGANISASI SOSIAL
ORGANISASI SOSIAL
• Definisi: -
Struktur dan organisasi masyarakat yang
tersusun menggambarkan sesuatu
masyarakat telah mencapai ketamadunan.
• Dalam agama Islam, manusia merupakan
makhluk dilantik oleh Allah SWT sebagai
pentadbir atau khalifah di muka alam ini.
• Manusia sebagai agen sosial perlu
mencorakkan sebuah kehidupan yang
bermula dengan pembinaan institusi
keluarga, jiran dan masyarakat yang
akhirnya membentuk ummah.
• Ummah: masyarakat atau umat manusia.
• Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di
Madinah, ummah bukan sahaja terhad
kepada umat Islam, tetapi juga termasuk
umat bukan Islam seperti Yahudi yang
berada di Madinah.
• Nabi Muhammad s.a.w. telah mengambil
langkah awal dengan menyatupadukan
umat Islam dan bukan Islam di Madinah
melalui konsep Pembentukan Ummah.
• Penyatuan antara golongan Ansar dan
Muhajirin telah berjaya mengatasi masalah
perbezaan dari segi sosial dan ekonomi.
• Orang Aus dan Khazraj yang bersengketa
sekian lama bermusuhan, disatukan
setelah mereka memeluk agama Islam.
• Setelah itu, tiada lagi perkara menuntut
bela dan hutang darah seperti mana yang
terdapat dalam amalan Assabiyah.
• Pembentukan ummah di antara golongan
Ansar dan Muhajirin telah berjaya
menghapuskan perbezaan antara dua
golongan sebaliknya dapat mengukuhkan
ikatan persaudaraan dan saling membantu
antara satu sama lain.
Sistem Pemerintahan
Dan
Ekonomi
SISTEM PEMERINTAHAN
Sistem pemerintahan dan ekonomi
Tamadun Islam diasaskan oleh Nabi
Muhammad SAW selepas berlakunya
Peristiwa Hijrah.
1. Ketua Negara/ Ketua Pemerintah
• Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin
tertinggi bertindak sebagai ketua Negara,
ketua agama, ketua hakim, ketua tentera
dan pemimpin masyarakat.
• Baginda merujuk kepada Majlis Syura
apabila membuat sesuatu keputusan
berkaitan Negara.

Piagam Madinah
• Piagam Madinah yang diperkenalkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
dilaksanakan kepada penduduk Madinah
di mana undang-undang ini merupakan
peraturan undang-undang yang tertinggi
di Madinah.
• Piagam Madinah menekankan
pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Ketua Negara yang perlu
dipatuhi dan dihormati.

• Baginda mempunyai kuasa memutuskan


dasar-dasar negara Islam dan
menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul.
• Piagam Madinah telah membentuk
perpaduan ummah antara orang Islam
dan orang bukan Islam.

• Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup


secara aman, damai dan bebas
menjalankan aktiviti masing-masing.
• Piagam Madinah menjadikan kota
Madinah aman dan selamat kerana
keselamatan penduduk adalah terjamin
dan mereka bertanggungjawab
mempertahankan negara Madinah
daripada serangan musuh luar.
 
2. Sistem Pemerintahan

• Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di


Madinah sistem pemerintahan yang
sistematik dan berkesan mengamalkan
sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi
Islam.

• Sistem Demokrasi Atau Sistem Teokrasi,


yang pertama produk sekular dan yang
kedua produk 'agama'.
• Merupakan pilihan yang diberikan oleh
kuasa dunia yang memimpin dunia,
pilihan ini menjadi polemik (perdebatan)
kalangan cendekiawan Muslim.
Membentuk sistem pentadbiran Islam berasaskan kepada perkara-
perkara berikut:

a.Menghapuskan semangat assabiyah


(perkauman yang sama)dan
menggantikannya dengan semangat
ummah mengikut akidah Islam.
b.Menjadikan Islam sebagai landasan
undang-undang dan peraturan dalam
hidup bermasyarakat berasaskan Al-
Quran dan Sunnah.
c.Menjadikan kaedah musyawarah (kata
sepakat) sebagai kaedah yang berkesan
dalam pentadbiran.

d.Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu


Piagam Madinah.

e.Mewujudkan hubungan diplomatik


dengan Habsyah, Mesir, Byzantine dan
Parsi.
 
3. Institusi Pemerintahan

• Madinah, sistem pemerintahan kota


Madinah mempunyai institusi yang
dikenali sebagai Majlis Syura.

• Dianggotai oleh Nabi Muhammad SAW


dan para sahabat yang berpengetahuan
tinggi dalam bidang keagamaan tanpa
mengira kedudukan atau keturunan.
• Baginda berjaya memperkenalkan sistem
Syura dalam semua bidang terutamanya
bidang politik dan ekonomi.

• Baginda mengamalkan prinsip


musyawarah semasa melakukan
pengadilan terhadap tawanan Yahudi
Bani Quraizah semasa perang.
• Baginda tidak menunjukkan permusuhan
dengan kaum Yahudi sebaliknya
mengadakan perundingan dan
memulangkan harta benda yang ditawan
daripada pihak musuh semasa perang.
• Baginda juga menjalankan musyawarah
semasa mewujudkan persaudaraan
antara golongan Ansar dan Muhajirin
serta juga mendamaikan permusuhan
antara suku Aus dan Khazraj penduduk
asal Madinah.
4. Kuasa Keagamaan
• Madinah,masjid menjadi institusi
terpenting bukan sahaja sebagai pusat
pemerintahan tetapi juga pusat
kebudayaan , pertemuan umat Islam dan
menyelesaikan sebarang masalah rakyat.
• (Masjid Nabawi) Ini menunjukkan dalam
pentadbiran di Kota Madinah agama dan
politik tidak dipisahkan.
• Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi
pemimpin tentera Islam yang terbaik
kerana baginda telah menjadi ketua dan
memimpin angkatan tentera Islam dan
beberapa ekspedisi perang.
Pembinaan Masjid
 
• Langkah awal sewaktu baginda sampai di
Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah
mendirikan sebuah masjid yang dikenali
sebagai Masjid Al-Nabawi yang menjadi
tempat beribadat dan penyebaran Islam.
• Selain fungsi masjid sebagai pusat ibadat
untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu
pengetahuan Islam. Masjid ini juga
berfungsi mengajar, membimbing dan
memberi nasihat kepada saudara-
saudara baru.
5. Sistem Perundangan
• Nabi Muhammad SAW menggubal
Perlembagaan Madinah yang telah
menyatukan orang Muhajiran dan Ansar
serta Yahudi.

• Perlembagaan Madinah mengandungi 47


fasal tentang tanggungjawab orang Islam
dan bukan Islam.
6. Pertahanan
• Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan
berlaku pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w. semasa memerintah Madinah.
• Pembentukan angkatan tentera Islam
adalah bertujuan untuk
mempertahankan kesucian agama Islam
daripada ancaman terutamanya kaum
Musyrikin Makkah.
• Pembentukan angkatan tentera Islam
membolehkan umat Islam Madinah
menghadapi serangan orang Musyrikin
Makkah dalam beberapa siri peperangan
seperti Perang Badar, Uhud, dan
Khandak.
7. Keadilan Sosial
• Pemerintah memberi perhatian terhadap soal
ini agar tidak terdapat jurang status sosisal yang
ketara.
• Nabi Muhammad SAW mengharamkan amalan
perhambaan dengan menyeru para sahabat
supaya membeli dan membebaskan hamba.
• Memansuhkan kedudukan seseorang
berdasarkan keturunan dan warna kulit.
Mengangkat kedudukan/martabat golongan
wanita.
PRINSIP SISTEM
EKONOMI ISLAM
1. Kebebasan individu
• Individu mempunyai hak kebebasan
sepenuhnya untuk membuat suatu
keputusan yang dianggap perlu dalam
sebuah negara Islam.
• Tanpa kebebasan tersebut individu muslim
tidak dapat melaksanakan kewajiban asas
dan penting dalam menikmati
kesejahteraan dan menghindari terjadinya
kekacauan dalam masyarakat.
2. Hak terhadap harta
• Islam mengakui hak individu untuk memiliki
harta. Walaupun begitu ia memberikan
batasan tertentu supaya kebebasan itu
tidak merugikan kepentingan masyarakat
umum.
3. Ketidaksamaan ekonomi dalam batas
yang wajar
• Islam mengakui adanya ketidaksamaan
ekonomi antara orang perseorangan/
individu tetapi tidak membiarkannya
menjadi bertambah luas.
• Sistem ekonomi Islam cuba menjadikan
perbezaan tersebut dalam batas-batas yang
wajar, adil dan tidak terlampau berlebihan.
4. Kesamaan sosial
• Islam tidak menganjurkan kesamaan ekonomi
tetapi ia mendukung dan menggalakkan
kesamaan sosial sehingga sampai tahap
bahwa kekayaan negara yang dimiliki tidak
hanya dinikmati oleh sekelompok tertentu
masyarakat saja.
• Di samping itu amat penting setiap individu
dalam sebuah negara mempunyai peluang
yang sama untuk berusaha mendapatkan
berbagai aktiviti dan peluang ekonomi.
5. Jaminan sosial
• Setiap individu mempunyai hak untuk hidup
dalam sebuah negara Islam; dan setiap warga
negara dijamin untuk memperoleh keperluan
asas masing-masing. Memang menjadi tugas
dan tanggung jawab utama bagi sebuah
negara Islam untuk menjamin setiap warga
negara, sama ada muslim atau bukan muslim,
dalam memenuhi keperluan sesuai dengan
prinsip “hak untuk hidup”. Dan terdapat
persamaan sepenuhnya di antara warga
negara apabila keperluan asasnya telah
dipenuhi.
6. Pengagihan kekayaan secara meluas;
• Islam mencegah pemilikan kekayaan hanya
pada kelompok kecil tertentu dan
menganjurkan pengagihan kekayaan kepada
semua lapisan masyarakat.  
7. Larangan mengumpulkan kekayaan
secara berlebihan;
• Sistem ekonomi Islam melarang individu
mengumpulkan harta kekayaan secara
berlebihan dan mengambil langkah-
langkah yang perlu untuk mencegah
perbuatan yang tidak baik tersebut
supaya tidak terjadi dalam negara.
8. Kesejahteraan individu dan masyarakat
• Islam mengakui kesejahteraan individu
dan kesejahteraan sosial masyarakat yang
saling melengkapi satu dengan yang lain,
bukannya saling bersaing dan
bertentangan antara mereka. Maka sistem
ekonomi Islam mencuba meredakan
konflik ini sehingga terwujudnya
kemanfaatan bersama.
 
Pengasas Dasar Ekonomi Islam
• Dasar ekonomi Islam menggantikan
ekonomi Jahiliah.
• Larangan riba, menipu timbangan,
mewajibkan zakat dan menggalakkan
umat Islam mencari rezeki yang halal dan
menjauhi yang haram.
• Dalam bidang pertanian, mengusahakan
tanah terbiar, menebus tanah yang
tergadai daripada orang Yahudi.
• Dalam bidang perdagangan, menyekat
kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli
perdagangan antara Makkah, Madinah
dan Syam.
• Memecahkan monopoli perniagaan
Yahudi di Madinah.
Penambahan…
• Ijmak: kesepakatan seluruh umat Nabi
Muhammad SAW dalam satu-satu
zaman, selepas kewafatan baginda,
terhadap suatu hukum masalah.
• Ijtihad: suatu kehujahan dalam
pembinaan hukum.
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like