You are on page 1of 36

RIS 40

SEMESTER 1 SESI 2010/201

KOD & NAMA KURSUS


EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

STANDARD GURU MALAYSIA

KUMPULAN KULIAH: I

NAMA PENSYARAH
DR. IKHSAN BIN OTHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN


NAMA NO. ID TANDATANGAN
NOR ATHIRAH BT GHAZALI D20091034654
SITI ROHANA BT MD ISA D20091034655
NUR HIDAYAH BT MOHD YUSUF D20091034657
KAMAL KHAN BIN KUMAR D20091034659

TARIKH SERAH: 26 OGOS 2010

ISI KANDUNGAN

1
PENGHARGAAN I
1.0 PENGENALAN STANDARD GURU MALAYSIA 1
2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA 1
3.0 ISU-ISU STANDARD GURU MALAYSIA
3.1 ISU BAGI ASPEK SAHSIAH PARA PENDIDIK MELALUI 4
PROFESIONALISME .PERGURUAN
3.2 ISU LATIHAN PERGURUAN YANG KURANG EFISIEN 7
3.3 ISU KEMUDAHAN INSTITUSI PERGURUAN 9
3.4 ISU KELEWATAN KENAIKAN PANGKAT DAN KELEMAHAN 10
KEBAJIKAN .GURU
4.0 CABARAN- CABARAN STANDARD GURU MALAYSIA
4.1 CABARAN DALAM PEMILIHAN CALON GURU 13
4.2 CABARAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN 14
4.3 CABARAN DALAM MELONJAKKAN KECERMELANGAN 15
INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN
4.4 CABARAN DALAM MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA 16
DAN KEBAJIKAN GURU
5.0 PENDEKATAN STANDARD GURU MALAYSIA
5.1 PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK SISTEM 17
PEMILIHAN GURU
5.2 PENDEKATAN DENGAN MEMANTAPKAN LATIHAN 20
PERGURUAN
5.3 PENDEKATAN DENGAN MELONJAKKAN KECERMELANGAN 23
INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN
5.4 PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA 24
DAN KEBAJIKAN GURU
6.0 PENUTUP 27
7.0 BIBLIOGRAFI 28
8.0 LAMPIRAN 30

1.0 PENGENALAN STANDARD GURU MALAYSIA

2
Tugasan esei yang diberikan bertajuk Standard Guru Malaysia(SGM). Standard Guru
Malaysia ialah satu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru, dan keperluan yang harus disediakan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dalam
melaksanakan dokumen Standard Guru Malaysia ini terdapat pelbagai isu dan cabaran-
cabaran antaranya ialah isu terhadap pemilihan para guru, isu dan cabaran dalam laluan
kerjaya dan kebajikan guru dan isu dalam latihan perguruan contohnya seperti tiada
bimbingan yang berkesan dan berterusan daripada guru terlatih kepada guru pelatih dan
guru terlatih tidak mewujudkan suasana perbincangan yang kondusif berkaitan tugas
sebenar seorang guru.

Oleh yang demikian terdapat beberapa pendekatan yang telah dilaksanakan untuk
mengatasi isu dan cabaran yang berkaitan dengan Standard Guru Malaysia(SGM)
tersebut. Antara-antara pendekatan yang telah diambil ialah memantapkan latihan
perguruan, menambahbaik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan
institusi latihan perguruan dan juga menambahbaik laluan kerjaya dan kebajikan guru.

Secara amnya, Standard Guru Malaysia ini penting untuk menjamin dan
mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan
datang. Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan
mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN STANDARD GURU MALAYSIA

Standard Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin iaitu pada tanggal 2 Disember 2009. Standard Guru Malaysia ialah
satu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru,
dan keperluan yang harus disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kompetensi didefinisikan
sebagai kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme,
pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Standard Guru Malaysia ini telah dilancarkan di dalam satu dokumen yang
bertujuan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi
latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Hal ini
3
kerana Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas
pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara
maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya,
diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan nilai budayanya.

Selain itu, pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan


berkualiti iaitu dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang
mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri dan juga
Menteri Pelajaran Malaysia berkata Standard Guru Malaysia (SGM) yang diperkenalkan
hari ini bakal melonjakkan sistem pendidikan negara ke taraf dunia yang mampu
melahirkan modal insan dengan kelas pertama. Menurut beliau lagi, selain sebagai kayu
pengukur SGM juga akan bertindak sebagai garis panduan dalam melahirkan guru
berkeupayaan tinggi dalam semua bidang dan guru yang berkualiti sekaligus akan
mewujudkan sistem pendidikan dan insan berkualiti. Datuk Alimudin Mohd. Dom iaitu
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pula berkata, SGM turut memperincikan aspek-aspek
yang perlu disedia, dilaksana dan dicapai oleh agensi serta institusi yang mengendalikan
latihan perguruan (Utusan Malaysia Online).

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan


Standard Guru Malaysia (SGM), timbul persoalan sama ada guru yang ada sekarang tiada
kualiti atau kekurangan mutu perkhidmatan dan perlukah piawaian itu dilaksanakan
sekarang dan kenapa hanya sekarang ianya mahu dilaksanakan? Namun, persoalan itu
kemudian dijawab Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan-Persatuan Guru Malaysia,
Jemale Paiman, bahawa guru-guru di Malaysia sudah ada standard, namun piawaian itu
perlu dimantapkan lagi supaya sesuai dengan keadaan semasa selain menepati standard
global serta perlu diguna pakai oleh institut pendidikan perguruan (IPG) untuk melahirkan
warga pendidik yang lebih berkualiti.

4
Di samping itu, menurut beliau Standard Guru Malaysia adalah satu usaha untuk
meningkatkan profesionalisme perguruan dan bukannya pengkelasan guru. Ini bermakna,
dengan adanya SGM yang digunakan IPG, kita akan melahirkan warga pendidik
berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, selain meningkatkan
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mewujudkan kemahiran inter dan
intra personal dimana kemahiran inter dan intra personal tersebut bermaksud kita dapat
melahirkan warga pendidik yang bijak mengurus dan berkomunikasi dengan warga
sekolah dan komuniti sekelilingnya.

Seterusnya, perkara itu juga dipersetujui Presiden Kesatuan Guru Melayu


Malaysia Barat (KGMMB), Mohamad Sabri Mohd Arsad, yang berpendapat SGM akan
meningkatkan lagi imej warga pendidik dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama,
persepsi bahawa bidang perguruan sebagai pilihan kerjaya terakhir selepas gagal
mendapat pekerjaan lain, tidak akan timbul lagi. Menurut presiden tersebut SGM adalah
piawaian seperti standard dalam bidang profesional lain seperti arkitek, peguam dan
akauntan. Standard ini juga bukan hanya bertumpu kepada profesionalisme, tetapi
sahsiah, pencapaian dan meningkatkan minat warga pendidik terhadap kerjaya perguruan.
Ini bermakna, apabila kita mempunyai guru yang mempunyai standard, bidang
pendidikan iaitu pengajaran dan pembelajaran juga ditingkatkan sesuai dengan hasrat
kerajaan menjadikan negara ini hab pendidikan pada peringkat global. Selain itu, beliau
juga percaya SGM sebagai satu usaha murni sesuai dengan perkembangan pendidikan
global selain memenuhi keperluan ibu bapa yang mahukan pendidikan bertaraf dunia
untuk anak masing-masing (Rohaniza Idris (2009,Disember 5). SGM iktiraf profesion
guru, bukan bebanan. Berita Harian).

Mengikut dokumen itu, amalan nilai profesionalisme keguruan meliputi tiga


domain utama iaitu diri, profesion dan sosial. Domain diri merujuk pegangan nilai diri
guru sedia ada seperti amanah, ikhlas, adil, daya saing dan tahan yang tinggi, cekap dan
patut dikembangkan agar mereka boleh memberi sumbangan lebih berkesan kepada
profesion keguruan. Profesion pula merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan secara
telus, seperti berketrampilan, integriti, kerja sepasukan dan proaktif, manakala domain
sosial sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat merangkumi
semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Aspek kedua,
menuntut guru memiliki dan menguasai ilmu yang mantap agar dapat meningkatkan

5
profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta lebih
kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai guru termasuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran kondusif, menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran serta mengembangkan potensi murid secara menyeluruh. Aspek ketiga
memfokuskan kebolehan guru membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian
berhubung pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum yang menuntut
pelbagai kemahiran, termasuk mengurus bilik darjah yang membabitkan pengurusan
hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang
berkesan.

Kesimpulannya, Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang


dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Seseorang yang memilih profesion keguruan adalah dipertanggungjawabkan untuk
membangunkan modal insan berminda kelas pertama iaitu guru yang mempunyai kualiti
dalam menguasai ilmu dan berkemahiran tinggi, guru yang menjunjung nilai budaya
bangsa, guru yang mempunyai semangat patriotisme yang utuh dan guru yang
mempunyai daya saing yang tinggi serta berwibawa.

3.0 ISU-ISU STANDARD GURU MALAYSIA

3.1 ISU BAGI ASPEK SAHSIAH PARA PENDIDIK MELALUI


PROFESIONALISME PERGURUAN

Dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira samada dari segi pendidiknya,
kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat serta isu-isu semasa yang tidak
pernah sunyi dari membabitkan diri pendidik tersebut. Bidang perguruan sering dianggap
sebagai profesion kelas pertengahan jauh ditinggalkan oleh bidang-bidang professional
yang lain seperti kedoktoran, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan. Lagipun,
masyarakat telah menganggap bidang ini adalah pilihan terakhir sekiranya tiada kerjaya
profesional lain yang sesuai atau tidak mendapat kerja. Masyarakat menganggap untuk
menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang sukar. Hanya perlu duduk di dalam kelas
dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Itu sahaja. Disamping membuat sedikit kerja-
kerja kerani seperti menaip dan mengisi borang.

6
Bidang keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan terakhir bagi
sesetengah orang. Ada di antara graduan yang ditanya mengenai pemilihan kerjaya
mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir senada iaitu bidang keguruan
adalah pilihan terakhir mereka.

Peretomede (1991) menyatakan kajiannya ke atas remaja Nigeria menunjukkan


pandangan yang sangat negatif terhadap profesion keguruan di mana lebih 70%
responden menyatakan tidak mahu memilih guru sebagai profesion mereka. Pandangan
ini lebih ketara bagi responden lelaki di mana 95% dari mereka tidak mahu menjadi guru.

Hal ini berkait rapat dengan isu yang ingin dibangkitkan bahawa sahsiah para
pendidik kini semakin menurun disebabkan profesion perguruan adalah pilihan mereka
yang terakhir, dan mereka tidak menyedari hakikat bahawa bidang perguruan adalah satu
bidang yang amat penting bagi mewujudkan generasi yang mempunyai modal insan
kelak.

Tambahan pula, wawasan guru adalah akan sentiasa cemerlang sama ada
kurikulum, ko-kurikulum, pengurusan dan sahsiah. Ini adalah kerana guru bukan hanya
memindahkan ilmu sahaja kepada pelajarnya malah membentuk insan yang murni dalam
segala-galanya iaitu berusaha melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti. Bagi
perkembangan pelajar dari segi fizikal, rohani dan sahsiah, guru harus bersedia
berkhidmat dimana-mana jika khidmatnya diperlukan. Guru bersedia membantu sekolah,
guru dan murid yang memerlukan bimbingannya.

Terdapat pelbagai masalah sahsiah yang telah dilakukan oleh para pendidik pada
masa kini. Para pendidik yang berada dalam golongan ini telah melanggar etika perguruan
di mana seorang guru tidak seharusnya berkelakuan sedemikian rupa sehingga boleh
mencemarkan profesion dan menyebabkan kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan ini. Melihat petikan akhbar pada hari ini sudah cukup menunjukkan
betapa kualiti guru pada hari ini telah berada pada tahap yang yang meruncingkan.

Siapakah mereka itu, persoalan yang mengetuk benak fikiran ramai pembaca
akhbar yang menjadi medan maklumat terkini. Kenapa mereka yang bertopengkan
seorang guru ini sanggup melakukan pelbagai di luar norma sebagai seorang pendidik?
Perasaan sedih, marah dan bimbang menguasai di dalam diri setiap individu yang

7
mempunyai anak-anak di bangku sekolah. Kita yakin bahawa perasaan ibu bapa juga
berbaur dengan persoalan yang timbul ini. Andainya begini situasinya, kita harus percaya
tiada lagi dalam dunia ini yang bergelar insan bernama guru akan dihormati oleh
masyarakat. Masyarakat mula memandang rendah pada profesion perguruan ini.hal ini
tidak dapat dijangkalkan lagi kerana terang lagi bersuluh. Satu demi satu kejadian salah
laku guru terhadap murid yang dikenali sebagai sindrom ‘cikgu ganas’ berlaku
kebelakangan di mana menimbulkan kebimbangan terhadap masyarakat. Terdapat
beberapa petikan akhbar yang dapat dijadikan contoh tentang hal yang amat mencengkam
hati masyarakat pada masa kini.

Pada 26 April 2007, di Kuala Lumpur, sukar dipercayai apabila seorang guru
antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja.
Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lelaki berusia 20-an itu, yang mengajar di sebuah sekolah
di Lembah Klang, didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek,
termasuk seorang pengawal keselamatan.

Dalam pada itu, pada 7 April 2007, SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya, murid
Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini, ditendang guru agamanya
kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. Abdul
Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini, berkata perbuatan
guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan
anaknya kesakitan. Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40
murid lain ketika kelas agama Islam, Isnin lalu.

Malah, pada 6 April 2007, di Pasir Gudang, beberapa nota ditulis seorang murid
tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan
menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini. Bukti itu semakin jelas
apabila mata kiri murid itu, Siti Nur Fatihah Samsudin, 8, mengalami pendarahan beku,
dipercayai akibat dipukul guru terbabit, petang kelmarin. Perasaan itu hanya diluahkan
menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan
mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah.

Tuntasnya, terbuktilah bahawa sahsiah para pendidik kini telah menurun ke tahap
yang membimbangkan jika dibandingkan dengan guru-guru pada zaman dahulu.
8
Bagaimana mahu mencapai Standard Guru Malaysia seandainya masih ada yang
sedemikian rupa.

Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara(PIPPN) haruslah


memperketatkan syarat kelayakan bagi program-program pengambilan calon guru bagi
memenuhi etika perguruan dan mengikuti konsep Standard Guru Malaysia (SGM). Selain
itu, KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat memilih bakal guru yang
berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan lain, kerana
sikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada profession itu
sendiri petikan daripada Berita Bahagian Pendidikan Guru tahun 1990.

3.2 ISU LATIHAN PERGURUAN YANG KURANG EFISIEN

Institusi pendidikan merupakan aspek yang utama dalam pembentukan generasi muda
yang berkualiti. Dalam merealisasikan hasrat itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah melaksanakan pelbagai program untuk memantapkan profesion keguruan. Standard
Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan sebagai garis panduan bagi guru-guru mengikut
standard yang telah ditetapkan bagi melahirkan guru yang berkualiti dalam mendidik anak
bangsa. Namun demikian, masih terdapat kekurangan yang wujud dan perlu diperbaiki.
Guru pelatih masih kurang mendapat bimbingan, pengetahuan dan pengalaman untuk
menjadi guru yang terlatih sebelum diserap menjadi guru di sekolah-sekolah. Hal ini
menyebabkan mereka gagal berfungsi dan bekerja secara efisien. Sepanjang proses
pengajian di institusi-institusi pendidikan, mahasiswa-mahasiswi hanya di dedahkan
secara teoritikal tentang subjek pilihan. Mereka kurang terdedah dengan dunia realiti di
sekolah khususnya proses P&P di dalam kelas dengan tahap pencapaian pelajar yang
berbeza. Justeru, latihan mengajar atau praktikum adalah satu bentuk latihan yang
dimestikan kepada semua pelajar jurusan pendidikan di institusi pengajian tinggi seluruh
dunia. Konsep praktikum yang dilaksanakan ini adalah mirip kepada konsep ‘internship’
yang dilalui oleh doktor pelatih. Ia merupakan jambatan penghubung yang mentautkan
antara pengetahuan teori yang diperoleh daripada bilik-bilik kuliah dengan realiti di bilik-
bilik darjah (Sund dan Trowbridge, 1999). Antara faktor yang menyebabkan latihan
perguruan yang kurang efisien ketika guru pelatih menjalani latihan praktikum ialah,
masih terdapat guru-guru yang gagal menguasai bidang pengajaran masing-masing,
sahsiah guru yang kurang efektif, kurang bimbingan dari guru terlatih dan kurang
kemudahan alat bantu mengajar.
9
Isu guru kurang berkemahiran dan kurang menguasai bidang pilihan mereka
dilihat menjadi satu masalah yang kian meruncing di sekolah. Terdapat sesetengah guru-
guru baru yang gagal mengajar secara efektif dan kemungkinan ia berpunca ekoran
semasa sepanjang pengajian mereka di institusi. Justeru, agensi dan institusi latihan
perguruan perlu memberi penekanan kepada kurikulum latihan perguruan. Kurikulum
latihan perguruan guru-guru siswazah ini perlu diberi penekanan kepada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran pedagogi serta memupuk nilai-nilai keguruan bagi
menyediakan guru permulaan yang berkualiti dan cemerlang (Bahagian Pendidikan Guru,
2002). Namun realitinya, hanya sesetengah institusi yang betul-betul memberikan
penekanan kepada aspek ini malah ada sebahagian pensyarah atau tenaga pengajar tidak
memandang isu ini penting dalam pembentukan guru berkualiti. Sebagai contoh, terdapat
sesetengah aspek dalam matapelajaran pilihan mahasiswa tidak diterapkan secara tekal
kepada mereka.

Selain itu, terdapat juga isu mengenai kurangnya bimbingan dari guru
pembimbing terhadap guru pelatih. Berdasarkan kajian Jeswant Kaur dan Tan Hui Leng
(1997), guru pelatih kurang berpuas hati dengan kualiti pencerapan yang diterima semasa
menjalani latihan praktikum. Malah, kajian Aishah Sahul Hamid (1996) menunjukkan
bahawa seramai 20% guru-guru pelatih menyatakan guru pembimbing tidak mempunyai
masa yang cukup untuk pencerapan, dan seramai 20.6% guru pelatih berpendapat juga
guru pembimbing enggan membenarkan guru pelatih memerhati pengajaran mereka.
Dalam pada itu, melalui kajian Hapidah et al. (2002) menyatakan kebanyakan guru-guru
terlatih di sekolah-sekolah kurang bertanggungjawab untuk memberi dorongan dan tunjuk
ajar, tambahan pula ada yang kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru
pelatih. Tindakan sebegini seolah-olah memperkecil kehadiran mereka akibatnya
menjadikan mereka teragak-agak dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalam
sesi latihan mengajar. Keadaan ini sekaligus menyebabkan guru pelatih gagal menguasai
dan menjalani latihan mengajar dengan cemerlang dan efektif.

Selain itu, keadaan sekolah yang serba kekurangan atau tiada langsung
kemudahan alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu mengajar (BBM), menyebabkan
latihan pengajaran menjadi terbantut dan sesi pengajaran menjadi kurang efektif kepada
pelajar kerana kurang visual yang baik. Menurut Sulaiman Ngah Razali (1997), ABM

10
mampu mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar dengan berkesan, menjimatkan
tenaga dan masa, menarik perhatian, berkebolehan serta menghasilkan pembelajaran yang
maksimum. Kemudahan- kemudahan ini memberikan para pelajar keselesaan dan
pemahaman yang lebih baik serta membantu guru secara tidak langsung dalam proses
P&P di sekolah. Namun, terdapat juga juga sebilangan guru yang kurang mahir serta
cetek dalam pengetahuan teknologi maklumat. Menurut Micheal (dalam Razali, 2004),
terdapat tiga masalah utama yang menjadi penghalang kepada keberkesanan penggunaan
komputer di dalam bilik darjah iaitu kekurangan guru yang terlatih, kekurangan
persepaduan penggunaan komputer dalam KBSM serta kemudahan komputer yang
kurang lengkap dan terkini dalam sekolah.

3.3 ISU KEMUDAHAN INSTITUSI PERGURUAN

Kemudahan sesebuah institusi perguruan sangat penting bagi memastikan pengeluran


bakal pendidik yang beretika, profesionalisme dan mencapai ciri-ciri Standard Guru
Malaysia. Tetapi apakah keperluan yang penting bagi individu yang bergelar mahasiswa
dan mahasiswi yang sedang belajar? Semestinya keperluan kemudahan infrastruktur dan
infrostruktur yang lengkap.

Kemudahan infrastruktur disini adalah landasan sistem informasi berkaitan


jaringan komunikasi data di antara sistem informasi secara integrasi dan tidak hanya
berupa fizikal jaringan berupa kabel, router, suis dan berbagai-bagai komponen lain,
tetapi juga berkait masalah Topologi, Domain, IP Address, Security, Aksesibilitas, jalur
lebar, pengaturan talian dan aspek teknik serta aspek lain yang berkaitan erat dengan
jaringan komunikasi data. Dalam konsep infrastruktur tidak hanya menyangkut jaringan
komunikasi data tetapi juga mempunyai maklumat dan aplikasi serta infrastruktur yang
tidak mempunyai kaitan dengan kepemimpinan, regulasi dan sumber daya manusia.
Namun dalam praktiknya secara teknik infrastruktur akan menyangkut kepada jaringan
komunikasi data.

Melalui pencarian dalam internet, kami dapat mengenalpasti masalah tentang


kemudahan infrastruktur di institusi perguruan. Sebagai contohnya ramai pelajar daripada
Institusi Perguruan Malaysia,Sarawak (IPGM) berasa tidak puas hati dan memberitahu
pihak IPGM tentang kelemahan kemudahan di institusi tersebut melalui laman
11
“facebook” di ruangan perbincangan. Di IPGM tersebut, mereka kekurangan tempat
meletakkan kenderaan di mana sehingga menyebabkan banyak kenderaan akan diletakkan
di tepi-tepi jalan apabila sesi pembelajaran dijalankan. Hal ini boleh mendatangkan
banyak masalah seperti kesesakan lalu-lintas dan kemalangan.

Ada antara mereka yang merungut tentang kesukaran mengeluarkan wang kerana
tidak terdapat mesin ATM tersebut. Pihak yang bertanggungjawab telah menyuarakan hal
ini dan permohonan telah dilakukan terhadap Bank Simpanan Nasional (BSN) tetapi
dengan beralasan modal untuk menyediakan mesin ATM adalah tinggi ,maka pihak BSN
tidak mahu menyediakan kemudahan tersebut. Tambahan pula, ada lagi yang tidak
berpuas hati dengan bilangan bilik kuliah serta kemudahan pembelajaran dan pengajaran
yang sepatutnya berada dalam keadaan yang baik. Semua sudah maklum bahawa semakin
bertambah maju negara ini, semakin ramai para penuntut akan memasuki institusi maka,
kekurangan bilik kuliah akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajran tidak
dapat dilaksanakan dengan baik. Kini, jelas menunjukkan terdapat banyak kelemahan
dalam institusi perguruan. Justeru, kemudahan yang sepatutnya perlu disediakan dengan
baik demi kepentingan para pelajar.

3.4 ISU KELEWATAN KENAIKAN PANGKAT DAN KELEMAHAN


KEBAJIKAN .GURU

Selain daripada isu latihan perguruan, terdapat juga isu yang sering menganggu prestasi
profesion keguruan kini iaitu isu laluan kerjaya dan kebajikan guru. Guru-guru muda hari
ini lebih cenderung untuk bekerja setakat yang diarahkan dan tidak mampu bekerja
mengikut keupayaan dan kemampuan mereka dalam bidang masing-masing. Mereka
lebih terarah untuk bersaing mendapatkan kenaikan pangkat dan setelah berjaya dan
merasa selesa dengan gaji yang diperolehi, mereka mula bekerja ala kadar semata-mata
untuk bergelar guru sedangkan dalam dunia pendidikan, guru adalah insan yang perlu
memainkan peranan penting dalam mendidik anak bangsa secara ikhlas dan bersemangat.
Namun demikian, masih terdapat kesukaran dan halangan yang lain wujud dalam
profesion perguruan sehingga mendorong para guru tidak bersemangat untuk bekerja.

Kelewatan kenaikan pangkat bukanlah lagi isu yang asing dalam profesion
perguruan. Kewujudan suatu jangka waktu yang panjang dalam proses kenaikan pangkat
12
dari DG41 ke DG48 menyebabkan guru rasa terancam. Sebagai contoh, dalam situasi
sebenar hari ini, guru gred DG44 yang senior kebanyakannya kini memegang jawatan
penolong kanan di sekolah menengah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah di PPD dan
ada juga yang dilantik sebagai pengetua tetapi mereka lambat dan sukar dinaikkan ke
gred DG48. Ironinya ada kumpulan guru yang dengan mudah iaitu tiga tahun saja berada
di gred DG41 hendak dinaikkan ke gred DG44. Ketidakadilan berlaku kerana ada guru
yang terpaksa menunggu sehingga 10 tahun untuk dinaikkan ke gred DG44, itupun
selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Dalam situasi yang lain pula, guru
siswazah yang dilantik antara 1989 hingga 1995 yang memiliki selain ijazah perakaunan
berasa kerugian kerana terpaksa menunggu lama untuk dinaikkan pangkat ke DG48 Khas
Untuk Penyandang (KUP) Timed-Based. Rata-rata mereka perlu berkhidmat untuk
tempoh 21 hingga 24 tahun sebelum layak memohon DG48 KUP. Keadaan itu agak
berlainan jika berbanding rakan sejawat yang dilantik pada 1996 dan selepas itu. Mereka
hanya perlu berkhidmat sekitar tempoh 20 tahun untuk layak ke DG48 KUP Timed-
Based. Contohnya, paling mudah ialah terdapat kalangan guru yang pernah mengajar di
Tingkatan 6 lebih 10 tahun tidak ditawarkan DG48. Ini memberi tekanan kepada guru-
guru yang telah lama berkhidmat kerana masih lagi berada ditahap yang sama walaupun
telah banyak berjasa pada negara atau pada jabatan pelajaran.

Selain itu, terdapat kelonggaran dalam kaedah pengurusan prestasi perkhidmatan


guru setiap kali ujian prestasi dan kecekapan dilaksanakan kepada seluruh warga
pendidik. Pengurusan prestasi ini sangat penting dalam mengukur dan menilai
sejauhmana keupayaan dan kecemerlangan guru dalam menjalankan tugas secara
profesional. Sistem pengujian ini sangat sukar untuk distandardkan kepada seluruh
kementerian pendidikan. Hal ini kerana pihak penilai merupakan individu yang bekerja
sebagai pengurus atau pentadbir dibahagian kementerian atau bahagian pendidikan yang
lain sedangkan mereka tidak bekerja sebagai seorang guru dan hanya berpegang kepada
pengalaman mengajar mereka pada zaman lepas. Masalahnya timbul kerana perubahan
zaman seiring dengan perubahan tingkahlaku dan sikap pelajar. Pelajar hari ini berbeza
dengan sikap pelajar zaman dahulu dan keadaan ini menjadi beban atau risiko kepada
seorang pendidik. Penilai pula hanya menilai mengikut pengalaman lepas. Sistem
penilaian ini harus diperbaiki mengikut peredaran zaman dan berdasarkan situasi semasa.

13
Dalam pada itu, terdapat juga isu di mana kurangnya kemudahan asas seperti
tempat tinggal terutamnya di pedalaman. Sebagai contoh, guru sanggup tidur di bawah
bilik darjah demi pendidikan anak Penan. Hal ini berlaku di Long Latin, Ulu Bernam,
Sarawak di mana empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang
guru suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan
10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman
guru yang sedia ada tidak mencukupi. Menurut pengetua sekolah berkenaan, sekolah
tersebut dibina sekitar awal 1980-an dan hanya mempunyai empat unit kediaman guru
termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk
menampung 12 guru serta keluarga mereka. Sejak enam tahun yang lalu, sekolah
berkenaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan kediaman baru bagi guru-
guru terbabit namun setakat ini masih tiada respons yang mereka terima. Hal ini jelas
menunjukkan bahawasanya kemudahan tempat tinggal terutamanya di kawasan
pedalaman adalah tidak mencukupi hak asasi para guru yang bertugas di sana.

Malah, isu masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan


dengan keperluan mata pelajaran juga sering berlaku. Sebagai contoh menurut Rahmad
dan Norani (1995), apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guru
yang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajaran
tersebut. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian Norani, Wan Hasmah, Chang Lee Jon
dalam “Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 1991 –
1995. Para guru diarah untuk mengajar mata pelajaran bukan opsyen mereka dengan
alasan tiada guru. Perkara ini menyebabkan status seorang guru menjadi tercemar kerana
mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Menurut Robiah (1998), dalam merealisasikan hasrat kerajaan ke arah


pembentukan negara maju melalui penguasaan pendidikan, kita terpaksa akur kepada
masalah kekurangan guru-guru terlatih dalam bidang berkaitan. Terdapat banyak masalah
yang timbul ekoran daripada kekurangan guru. Perkara yang paling jelas ialah apabila
sesuatu mata pelajaran itu terpaksa diambil alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya.
Menurut laporan oleh Pejabat pendidikan daerah Kluang, seramai 41 orang guru bukan
opsyen telah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ia bagi mengisi
kekosongan akibat kekurangan guru Kemahiran Hidup. Mata pelajaran Kemahiran Hidup
bertujuan untuk mengembangkan kemahiran manipulatif, kemahiran sosial dan

14
penanaman semangat keusahawanan, daya mereka cipta serta etika kerja dalam kalangan
pelajar. Justeru, keadaan akan menjadi sukar apabila guru-guru yang tiada kemahiran asas
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup diminta mengajar mata pelajaran tersebut.
Pemilihan dengan berdasarkan kepada minat mahupun paksaan tidak akan menghasilkan
pengajaran yang berkesan terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera
dikehendaki mengajar aliran sains dan sebaliknya (Dewan Kosmik, 1999).

4.0 CABARAN- CABARAN STANDARD GURU MALAYSIA

4.1 CABARAN DALAM PEMILIHAN CALON GURU

KPM haruslah memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka yang
berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih. Dengan tahap profesionalisme
dan wawasan sebagai seorang guru, adalah diharapkan guru akan berkhidmat dengan
ikhlas kerana agama, bangsa dan negara untuk mencapai tahap cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk


kesesuaian mempengaruhi jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu. Apabila
jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca
kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya. (Holland, 1973).

Selain itu, antara halangan yang wujud sehingga menyebabkan isu guru tidak
memiliki sifat profesionalisme adalah kerana guru mengalami tekanan. Terdapat guru
yang tidak berminat menjadi guru terpaksa menjadi guru secara tidak langsung
menyebabkan mereka melaksanakan tanggungjawab secara sesuka hati. Malah, terdapat
juga guru yang tertekan kerana gaji dan kemudahan dinikmati tidak setimpal dengan
tanggungjawab yang dipikul. Hal ini kerana, dewasa ini terdapat banyak aktiviti atau
program yang harus mereka selia dan hadiri di sekolah, sedangkan pada masa yang sama
mereka harus menunaikan tanggungjawab lain, terutama menguruskan keluarga sendiri.

Dalam pada itu, sekiranya profesion ini adalah pilihan yang terakhir bagi guru,
maka mereka akan kurang berminat akan profesion ini dan akibatnya selepas dua atau tiga
tahun menjadi guru, kebosanan terhadap tugas akan berlaku. Kajian yang dijalankan
terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian ‘Burn-out’ terhadap guru jelas
menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru
15
yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan Mohd Zahid
Nordin).

4.2 CABARAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

Melalui isu yang timbul, dalam usaha untuk memantapkan latihan perguruan, KPM
menghadapi cabaran dalam mereka bentuk kurikulum latihan perguruan, menyediakan
sumber manusia dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.

Kurikulum bagi latihan perguruan merupakan dokumen penting yang perlu


digubal selari dengan Misi KPM, FPK dan hala tuju agensi dan institusi latihan
perguruan. Kurikulum latihan perguruan ini digubal bagi melahirkan guru yang kompeten
dan memiliki sahsiah yang bertepatan dengan keperluan dan aspirasi negara. Agensi dan
institusi perguruan seharusnya menyediakan tiga komponen dalam latihan perguruan iaitu
komponen ikhtisas, komponen akademik dan komponen perkembangan diri. Komponen
ikhtisas adalah seperti membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan.
Manakala komponen akademik adalah seperti membina pengetahuan ‘subject matter’.
Seterusnya adalah komponen perkembangan diri iaitu membina kemahiran
mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum serta kemahiran bersosial. Ini menjadi
satu cabaran kepada guru bagi menukar jati diri dan kemajuan dalam diri untuk bersedia
menjadi guru yang terbaik.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh KPM ialah kurangnya sumber manusia
yang mencukupi semasa latihan praktikum dijalankan. Ini kerana, sumber manusia ini
haruslah terdiri daripada pensyarah penasihat dan kaunselor yang dapat memberikan
khidmat sokongan supaya guru pelatih sentiasa bermotivasi. Perhubungan yang mesra dan
erat akan membantu keperluan keselamatan semasa menjalani praktikum di sekolah
(Deas, Harrison, Hendeson, Knutton, Roberts & Trafford, 1996).

Disamping itu, cabaran yang dihadapi oleh KPM ialah kekurangan sumber
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terkini dan lengkap. Kekurangan alat bantu
mengajar akan memberi impak yang tidak baik untuk guru ketika proses pembelajaran
dan pengajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses komunikasi
antara guru dan pelajar ketika dalam kelas. Jikalau, sumber P&P tidak mencukupi ini
akan membantutkan proses P&P tersebut. Dengan sumber pengajaran dan pembelajaran

16
yang lengkap, sesuai dan terkini sama ada dalam bentuk bercetak dan elektronik seperti
buku, jurnal, prosiding dan lain-lain akan dapat membantu dalam menjayakan latihan
praktikum. Seterusnya, penilaian dan pentaksiran latihan praktikum untuk guru-guru
pelatih dilakukan oleh guru pembimbing serta penyelia yang dilantik oleh universiti.
Penilaian dilakukan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Pindaan
2002).

4.3 CABARAN DALAM MELONJAKKAN KECERMELANGAN INSTITUSI


...... LATIHAN PERGURUAN

Cabaran yang harus dihadapi oleh KPM ialah memastikan setiap Institut Pendidikan
Guru (IPG) mempunyai kemudahan dan pengkhusususan bidang tertentu iaitu Teknologi
Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Islam, Teknik dan Vokasional dan Pendidikan Khas, memperkasakan peranan Institut
Aminuddin Baki (IAB) untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga
pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik ke arah meningkatkan
profesionalisme guru. Hal ini ditimbulkan bagi memastikan para pelajar sentiasa
mendapat hak yang sepatutnya.

Cabaran yang dikeluarkan bagi kepuasan para pelajar demi mengeluarkan produk
yang berkualiti standing dengan konsep yang ada iaitu Standard Guru Malaysia (SGM).
Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,
guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan
kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan
dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.
Hal ini juga memainkan peranan yang penting dalam memelihara tahap kualiti dan
kemajuan para pelajar di IPG, maktab perguruan dan ipta yang menganjurkan program
pendidikan.

4.4 CABARAN DALAM MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA DAN ....


.KEBAJIKAN GURU

Cabaran seterusnya, KPM menghadapi cabaran untuk memastikan guru-guru diberi


peluang menikmati laluan kerjaya yang lebih menarik dan peluang melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi. Kenaikan pangkat yang lambat menyebabkan profession
guru kurang diminati oleh orang awam. Sebagai contoh, selama 30 tahun perkhidmatan,
17
kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja.
Berdasarkan dasar kenaikkan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, guru
kebiasaannya mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan
ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi
tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama
kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Walaupun telah penat bekerja tetapi gaji atau
taraf hidup masih sama seperti biasa.

Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru dipenuhi. Bagi
memastikan keselesaan ketika menjalankan tugas, persekitaran kerja di sekolah-sekolah
dipertingkatkan supaya lebih kondusif dan selesa. Kesanggupan dan pengorbanan guru
untuk mendidik anak luar bandar perlu diberi pengiktirafan dan sokongan. Kemudahan
tempat tinggal terutama di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan
sepenuhnya. Cabaran KPM adalah untuk membina lebih banyak rumah guru dan
menyediakan kemudahan asas terutamanya di kawasan pedalaman. Sebagai contoh,
empat orang guru di sebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang guru suami isteri
terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar
dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yang
sedia ada tidak mencukupi. Faktor topografi di kawasan pedalaman adalah antara
penyebab kenapa perkembangan pembangunan dan kebajikan guru menjadi lambat.
Keadaan yang berbukit, tanah merah dan jauh di pedalaman menyebabkan sukar bagi
kerajaan untuk menyalurkan sumbangan bagi membangunkan kawasan pedalaman
tersebut.

Disamping itu, KPM juga berusaha untuk menangani masalah ketidaksepadanan


(mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan keperluan mata pelajaran yang diajar di
sekolah terutama mata pelajaran kritikal. Cabaran KPM adalah untuk memastikan jurang
ketidaksepadanan ini diatasi. Masalah kekurangan guru adalah antara halangan atau faktor
yang mengundang kepada pengambilan guru-guru yang tidak diiktiraf dan guru-guru
bukan opsyen bagi memenuhi kekosongan mata pelajaran. Apabila berlakunya
ketidaksepadanan subjek yang diberi kepada guru untuk mengajar berbanding dengan
opsyen mereka ketika di institusi tempat mereka belajar ianya akan menjadi masalah
kepada para guru kerana subjek yang diajar bukanlah bidang kepakaran mereka. Hal ini
akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang bersemangat untuk mengendalikan kelas.

18
Mereka terpaksa belajar semula subjek yang diberi, dan ini menjadi kesukaran bagi
mereka. Ishak dan Koh Boon (1983) mengatakan, untuk memperoleh ilmu pengetahuan
dan memperkembang kemahiran-kemahiran memerlukan jangkamasa latihan yang
panjang. Pengetahuan dan kemahiran yang cukup adalah penting untuk membina minat
dan sikap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat banyak
kursus diadakan berkaitan mata pelajaran yang diajar jika guru tersebut bukan dari bidang
mata pelajaran tersebut, namun sejauhmanakah kursus jangka pendek tersebut dapat
menyediakan guru-guru bukan opsyen dengan pengetahuan dan kemahiran sama
sempurna dan berkesan seperti guru yang sememangnya dari opsyen mata pelajaran
tersebut. Sebagai contoh untuk subjek kemahiran hidup, Masrizal (2003) mengatakan,
kursus jangka pendek yang dijalankan oleh KPM di dapati berkesan dalam meningkatkan
pengetahuan guru-guru tetapi tidak di dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan
bengkel. Justeru, kerajaan harus berusaha unutk menempatkan guru mengikut opsyen dan
keperluan kerana pengukuran dan penilaian keberkesanan pengajaran guru-guru tidak
dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku ketidakseimbangan pengetahuan dan
pengaplikasian mata pelajaran yang diajar.

5.0 PENDEKATAN STANDARD GURU MALAYSIA

5.1 PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK SISTEM PEMILIHAN


GURU

Manambah baik sistem pemilihan calon adalah bermaksud memperketat syarat dan
kriteria pengambilan calon guru. Setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan hanya
20,000 orang ditempatkan di sekolah. Kebanyakan pemohon tidak mempunyai sikap dan
aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Justeru berlandaskan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan Negara (PIPPN), syarat kelayakan akan diperketatkan bagi program-program
pengambilan calon guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus
Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Menurut Datuk Sri Hishammudin Tun Hussein
(1996), hasrat kerajaan adalah untuk memastikan bukan sahaja negara dapat melahirkan
guru yang berkualiti, tetapi semestinya memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.
Justeru, mulai tahun 2005, syarat-syarat pengambilan calon guru diperketatkan bagi
memastikan KPM mendapat hanyalah calon guru yang berkualiti bagi kerjaya ini. Dengan

19
itu, melalui syarat-syarat tersebut, hanya calon-calon yang layak sahaja yang akan
mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Dalam usaha demi menghasilkan pendidik yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf
dunia, pemilihan calon guru pelatih yang berminat dalam kerjaya perguruan perlu dibuat
dengan teliti. KPM melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat memilih bakal
guru yang berminat, bukan mereka yang hanya menceburkan diri setelah tiada pilihan
lain, kerana sikap separuh hati ini telah terbukti mendatangkan akibat buruk kepada
profession itu sendiri ( Berita Bahagian Pendidikan Guru, 1990). Namun, trend
menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir bukan sesuatu yang baru di
negara kita. Pelajar-pelajar pada masa sekarang akan cuba memilih kursus selain dari
pendidikan untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (Tajul Ariffin dan
Nor’aini Dan, 1992). Mereka ini hanya akan memilih kursus pendidikan apabila sudah
tidak ada pilihan lain yang sesuai dengan kelayakannya. Dalam kajian yang dilakukan
oleh Suffean Hussin (1996) pula mendapati faktor perkhidmatan itu sendiri seperti gaji,
masa bekerja dan elaun menjadi faktor utama dalam pemilihan kerjaya dalam profesion
perguruan. Hendaklah difahami bahawa, profesion perguruan memerlukan individu yang
mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik.
Justeru, KPM haruslah memantapkan sistem pemilihan calon guru pelatih supaya mereka
yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja dipilih.

Demi mencapai status negara maju menjelang 2020, negara memerlukan tenaga
mahir yang mencukupi dalam pelbagai bidang. Penyediaan tenaga kerja ini memerlukan
sistem pendidikan yang cekap dan guru yang berktrampilan sesuai dengan bidang-bidang
yang diperlukan untuk negara Justeru, antara langkah bagi memperketat syarat dan
kriteria pengambilan calon ialah calon yang ingin menduduki tempat dalam Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu membuat permohonan secara atas talian seperti
yang telah diiklankan dalam laman web. Sebagai contoh yang beralamat:
http://www.emoe.gov.my. Terdapat syarat tambahan KPLI yang bersesuaian diletakkan
dengan keperluan opsyen. Seterusnya, agensi dan institusi latihan perguruan akan
menapis semua permohonan untuk menentukan calon yang layak untuk menduduki Ujian
Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian teachers Selection Test-MteST). Ujian ini
dilakukan secara serentak diseluruh negara. Kemudian, calon yang melepasi ujian akan
dipanggil secara dalam talian untuk ditemu duga menerusi laman web agensi dan institusi

20
latihan perguruan. Instrumen ujian ini terdiri daripada empat bahagian iaitu personaliti,
minat kerjaya, nilai integriti dan kecerdasan emosi.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam Berita
Harian (2009), semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif
(CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian
khas pemilihan guru. Beliau juga mengatakan lagi, berdasarkan CGPA tersebut,
membuktikan bahawa pemohon KPLI terdiri daripada kalangan antara yang terbaik di
universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat
kesungguhan pemohon untuk menjadi guru. Selain itu, beliau juga mengatakan peringkat
ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai sahsiah dan karekter
pemohon.

Dalam pada itu, aspek kualiti peribadi dan potensi calon guru yang memenuhi
standard, terutama yang berhubung dengan nilai amalan profesional, pengetahuan am
bidang yang dipohon, keupayaan berkomunikasi dan penguasaan bahasa dapat diteroka.
Sesi temu duga adalah langkah bagaimana maklumat tentang diri calon guru dapat
dikumpul dan disahkan. Proses temuduga dapat memastikan kesamarataan dan
kesaksamaan dalam pemilihan calon guru. Seterusnya, calon yang berjaya akan
ditawarkan secara atas talian. Kemudian, agensi dan institusi latihan perguruan patut
memastikan calon guru yang berjaya didaftarkan di institusi latihan perguruan setelah
memenuhi semua syarat kemasukan yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan
Pendaftaran. Manakala langkah terakhir ialah, agensi dan institusi latihan perguruan patut
memastikan calon guru yang ditaja oleh kerajaan melengkapkan borang perjanjian dan
memahami terma yang terkandung dalam borang perjanjian yang telah ditetapkan.

Dengan itu, melalui proses penapisan ini, hanya guru yang berpotensi, layak dan
sesuai sahaja dipilih memasuki program latihan perguruan. Hanya menerusi penapisan
yang teliti dapat menyumbang ke arah penghasilan guru yang berkualiti.

5.2 PENDEKATAN DENGAN MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

Mengikut Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), latihan perguruan dapat dikukuhkan


melalui latihan praktikum. Pengalaman praktikum merupakan elemen penting dalam
latihan perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran
sebenar di bilik darjah. Menurut Ismail (1989), latihan mengajar telah dijadikan satu

21
gelanggang di mana guru pelatih mempraktikkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan
dengan mengajar, menimba pengetahuan dan kemahiran baru dan memberi pengalaman
sebenar mengenai tugas seorang guru. Jika dibandingkan dengan sistem persekolahan di
Finland dan New Zealand, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi
kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan. Oleh itu, kerajaan semestinya akan
mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada
guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum dan meningkatkan
kerjasama antara guru yang berpengalaman dan guru pelatih agar guru berpengalaman di
mana mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi dapat menyelia guru pelatih.

Komponen utama yang perlu ada dalam praktikum ialah Rancangan Orientasi
Sekolah (ROS), pengajaran dan pengalaman bilik darjah, pengajaran dan pengalaman luar
bilik darjah dan pembinaan sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan. Bahagian
Pendidikan Guru (2000). Setiap guru pelatih sama ada yang mendapat latihan keguruan di
maktab atau di universiti perlu menjalani praktikum sebelum dibenarkan mengajar
walaupun bakal guru itu seorang siswazah. Oleh itu, bakal guru perlu menjalani
praktikum secara amali sebelum layak dilantik sebagai seorang guru terlatih.

Antara langkah yang terdapat dalam perancangan RMK-10 ialah, latihan


praktikum bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) akan dilanjutkan daripada satu
tahun kepada satu tahun setengah. Maka dengan itu, guru pelatih sudah pastinya dapat
meningkatkan pengalaman mereka sepanjang latihan praktikum tersebut. Selain itu,
Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak
melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing. Oleh itu,
sudah pastinya sekolah berkenaan mampu memberikan pematauan dan bimbingan yang
secukupnya kepada guru pelatih sepanjang latihan praktikum berlangsung. Dalam pada
itu, guru yang berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing bagi meningkatkan
kebolehan membimbing mereka. Hal ini kerana, tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman adalah asas dalam pemantapan pengalaman mengajar sepanjang tempoh
latihan. Juga, program praktikum akan menjadi sebahagaian daripada penilaian prestasi
sekolah dan guru pembimbing. Justeru, sekolah dan guru pembimbing perlu bersama-
sama membantu dalam menjayakan latihan praktikum guru pelatih supaya mereka dapat
menimba pengalaman yakni berguna apabila mereka mengajar di sekolah nanti.

22
Latihan praktikum memerlukan latihan, pentaksiran dan penilaian bagi
memastikan guru pelatih diberi latihan, ditaksir dan dinilai untuk memperoleh
penganugerahan kelayakan ikhtisas keguruan dan memenuhi tuntutan SGM. Bagi
melaksanakan latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan seharusnya
mereka bentuk kurikulum latihan perguruan serta menyediakan sumber manusia dan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.

Kurikulum bagi latihan perguruan merupakan dokumen penting yang perlu


digubal selari dengan misi KPM, FPK dan hala tuju agensi dan institusi latihan perguruan.
Agensi dan institusi latihan perguruan seharusnya memastikan kurikulum latihan
perguruan yang direka bentuk merangkumi dua komponen iaitu komponen utama dan
komponen teras. Komponen utama ialah mata pelajaran akademik, pengajian profesional,
praktikum, internship dan kokurikulum. Manakala, komponen teras terdiri daripada mata
pelajaran teras dan asas dinamika yang wajar diikuti oleh semua guru pelatih semasa
latihan perguruan. Asas dinamika adalah seperti kemahiran, sikap dan pengetahuan asas
perguruan. Kemahiran disini merujuk kepada kemahiran seperti kemahiran mentaksir,
kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran teknologi
maklumat dan pengurusan pembelajaran bestari. Dengan itu, kurikulum latihan perguruan
ini memastikan agar guru pelatih mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan
selari dengan tuntutan SGM. Antara kandungan pembentukan kurikulum ialah, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPG), Model Konseptual
Pendidikan Guru, skop kandungan mata pelajaran, objektif kandungan mata pelajaran,
peruntukan masa, tempoh pengajian, strategi pengajaran dan pembelajaran, komponen
utama, komponen teras, pengajian profesional, kokurikulum dan praktikum dan
internship. Oleh itu, melalui kurikulum latihan perguruan ia akan dapat melahirkan guru
yang kompeten dan memiliki sahsiah yang bertepatan dengan keperluan dan aspirasi
negara.

Dalam menjalani latihan praktikum di sekolah, perlbagai situasi dan keadaan bakal
ditempuhi oleh guru pelatih. Justeru, agensi dan institusi latihan perguruan perlu
memastikan tenaga pengajar yang berkelayakan, bertauliah, kompeten dan mencukupi.
Hal ini dinamakan sebagai sumber manusia. Sumber manusia ini haruslah terdiri daripada
pensyarah penasihat dan kaunselor yang dapat memberikan khidmat sokongan supaya
guru pelatih sentiasa bermotivasi. Menurut Huffan dan Lesk (1996), guru pembimbing
memainkan peranan seperti bimbingan, nasihat, galakan dan cadangan untuk
23
meningkatkan mutu pengajaran pelatih. Namun, melalui kajian Hapidah et al. (2002)
menyatakan bahawa kebanyakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah kurang
bertanggungjawab untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar, malah ada dalam kalangan
mereka kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih. Tindakan
sebegini seolah-olah memperkecil kehadiran mereka akibatnya menjadikan mereka
teragak-agak dalam mempamerkan prestasi sebenar mereka dalam sesi latihan mengajar.
Justeru, guru-guru terlatih seharusnya membimbing guru-guru pelatih dengan memberi
nasihat, teguran, bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya supaya guru-guru pelatih ini
akan dapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang diinginkan untuk mengajar
secara berkesan.

Malah, sumber pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, sesuai dan terkini
sama ada dalam bentuk bercetak dan elektronik seperti buku, jurnal, prosiding dan lain-
lain akan dapat membantu dalam menjayakan latihan praktikum. Semasa menjalani
latihan mengajar, guru pelatih terutamanya yang baru pertama kali mengajar mungkin
ingin cuba menggunakan apa yang dipelajari di universiti seperti memilih alat bantu
mengajar (ABM) yang baru. Namun, ekoran kemudahan sekolah yang serba kekurangan,
mereka tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari. Menurut Jamaluddin (2002),
ABM yang digunakan dalam sistem pendidikan pada masa ini adalah alat bantu visual
iaitu berbentuk gambar, model, objek dan lain-lain yang mampu mengukuhkan
pengalaman konkrit, motivasi belajar serta meningkatkan daya serap dan potensi pelajar.
Justeru, kekurangan penggunaan ABM dalam aspek pendidikan khususnya akan
menjadikan latihan praktikum tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna. Setiap
perkembangan teknologi seharusnya bergerak sejajar dengan perkembangan dalam
pendidikan.

Tuntasnya, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan


yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan
pembelajaran untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan
bermutu tinggi untuk melahirkan guru selaras dengan matlamat SGM.

5.3 PENDEKATAN DENGAN MELONJAKKAN KECERMELANGAN


INSTITUSI LATIHAN PERGURUAN

Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil bagi melonjakkan kecermelangan institusi
latihan perguruan. Antaranya ialah, menaik taraf maktab perguruan kepada Institut
24
Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda
pendidikan. IPG ialah institusi latihan keguruan di bawah pentadbiran KPM dan dikawal
selia oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). KPM telah mencipta sejarah baru dengan
menarik taraf maktab perguruan kepada IPG seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat
Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005 yang lalu. Dalam usaha meningkatkan jumlah guru
siswazah dan menyediakan guru yang berkualiti, peranan IPG telah diperkembangkan
untuk melatih guru pada peringkat ijazah berbanding dengan hanya pada peringkat sijil
dan diploma. IPG berperanan penting dalam perkhidmatan. Tujuan utama penubuhan IPG
ialah memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru-guru berkualiti, mahir,
bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik serta mencapai sasaran semua guru
berijazah di Sekolah Menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang 2010. Pada masa
kini, terdapat 27 IPG di seluruh negara dengan bilangan pensyarah seramai 3129 orang
dan enrolmen 28,755.

Berlandaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN), KPM


telah mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat
kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru. Antaranya ialah, memberi penekanan
kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru, membangunkan infrastruktur.
Infrastruktur dan infostruktur yang lengkap dan terkini dapat mewujudkan suasana belajar
dan bekerja yang kondusif bagi menjamin kecermelangan latihan perguruan. Kemudahan
ini adalah titik yang menyokong keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan dan pentadbiran organisasi. Infrastruktur dan infostruktur di institusi latihan
perguruan seharusnya memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum semasa,
pentadbiran, pengurusan serta kebajikan guru pelatih dan staf berdasarkan standard dan
kos. Selain itu, institusi latihan perguruan harus mrmpunyai rangkaian infrastruktur dan
infostruktur yang bersepadu agar dapat menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan dan pentadbiran. Contoh infrastruktur adalah seperti, Pusat Maklumat
Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total
Campus Management System.

Selain itu, KPM akan memastikan setiap IPG mempunyai pengkhusususan bidang
tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa, Sains dan Matematiik, Sains Sosial,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional dan Pendidikan Khas,
memberi penekanan kepada Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) bagi menjadikan
penyelidikan sebagai budaya pendidik guru, mempereratkan kerjasama dengan KPTM
25
dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan
penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepati kehendak sistem pendidikan
negara, memperkasakan peranan Institut Aminuddin Baki (IAB) untuk kursus dalam
perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang
terbaik ke arah meningkatkan profesionalisme guru dan yang terakhir ialah meningkatkan
kelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik
yang dijalankan secara sepenuh masa.

5.4 PENDEKATAN DENGAN MENAMBAH BAIK LALUAN KERJAYA DAN


KEBAJIKAN GURU

Berdasarkan RMK-10, dalam tempoh rancangan, kerajaan akan melancar dan


melaksanakan Tawaran Baru yang menyeluruh kepada semua guru bagi menjadikan
profesion keguruan lebih menarik serta meningkatkan profil dan profesionalisme kerjaya
tersebut. Dalam pada itu, kerajaan akan meningkatkan guru berijazah di sekolah
menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015.
Manakala bagi sekolah rendah pula daripada 28% dalam tahun 2099 akan ditingkatkan
kepada 60% menjelang 2015. Tiga elemen yang terkandung dalam Tawaran Baru ialah,
peluang kenaikan pangkat yang cepat berdasarkan kecekapan dan prestasi, meningkatkan
pembangunan profesional berterusan (CPD) secara sistematik kepada semua guru dan
kaedah pengurusan prestasi baru yang lebih mantap.

Kemajuan kerjaya yang lambat dan perlahan merupakan antara sebab utama
siswazah di Malaysia tidak memilih kerjaya perguruan. Selama 30 tahun perkhidmatan,
kebanyakan guru menikmati hanya satu atau dua kali kenaikan pangkat sahaja.
Berdasarkan dasar kenaikkan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan, guru
kebiasaannya mengambil masa selama 10 tahun untuk dinaikkan daripada gred permulaan
ke gred jawatan yang seterusnya. Kemajuan kerjaya yang cepat untuk guru berprestasi
tinggi adalah penentu untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik terutama
kepada calon guru yang berpotensi tinggi. Pendekatan ini juga membolehkan lebih ramai
guru berpeluang mencapai gred yang tinggi dalam masa yang singkat dan dengan ini
boleh membimbing guru baru lebih awal. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred
yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dijalankan. Laluan cepat untuk
kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh

26
perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru ini
dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang 2015.

Seterusnya, peningkatan pembangunan profesional berterusan (CPD) secara


sistematik kepada semua guru bagi menyokong pembangunan keupayaan dan kemajuan
kerjaya. CPD ialah proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan
meningkatkan kompetensi individu. Secara umum, CPD merangkumi aktivit
pengembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap. Latihan yang menumpukan pada
bidang tugas baru berdasarkan kenaikan pangkat dan memberi penambahbaikan kepada
kebolehan pengajaran akan memberi faedah kepada guru. Namun, pada masa kini, tiada
pendekatan yang sistematik berkaiatan CPD dalam sistem pendidikan. Penekanan CPD
yang menyeluruh akan dilaksanakan pada tahun 2011. Antara elemen yang terkandung
ialah, modul CPD yang bersesuian mengikut keperluan dirangka untuk setiap gred
jawatan bagi melengkapkan guru dengan peranan baru selepas kenaikan pangkat. Selain
itu, modul ini memberi fokus kepada peluang pembelajaran di sekolah. Juga, pelbagai
modul CPD seperti kursus latihan formal, pengajian pasca siswazah, pengajian jarak jauh
dan aktiviti bimbingan akan membolehkan guru membuat pilihan terbaik untuk
pembangunan kerjaya mereka tanpa mengganggu pengajaran dan pembelajaran. “Kita
perlu menambah nilai pada diri kita jika sekiranya di masa hadapan kita mahu lebih
berjaya lagi dan keupayaan kita untuk menghadapi cabaran dan mengatasi masalah
dengan lebih kuat dari masa dulu. Yang kurang cekap kita tambah kecekapan. Inilah
maknanya improvement dan untuk itu kita jangan lupa sentiasa menambah nilai pada diri
kita.” (Petikan ucapan YAB Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung
Umno 2006). Kenyataan ini selari dengan program pembangunan profesional yang mana
antara lain bertujuan untuk menambahkan nilai kepada diri seorang profesional tersebut.

Manakala, kaedah pengurusan prestasi semasa ke atas guru akan dilaksanakan


dengan lebih mantap. Kaedah ini adalah sama dengan penilaian penjawat awam yang lain.
Ianya menitikberatkan keupayaan sebenar pengajaran atau kecekapan dalam profesion
keguruan dan bukannya prestasi pelajar. Skor penilaian untuk guru akan menjadi lebih
bermakna sekiranya ia dapat mengukur prestasi sebenar guru, kurang subjektif dan
berasaskan bukti.

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN), kerajaan


menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dimana menyediakan kemudahan tempat

27
tinggal yang mencukupi di kawasan pendalaman, luar bandar dan bandar melalui
pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada, malah bilik-bilik
darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) lebih berkesan. Kerajaan sentiasa berusaha agar keperluan dan kemudahan guru
dipenuhi. Kesanggupan dan pengorbanan guru untuk mendidik anak luar bandar wajar
diberi pengiktirafan dan sokongan.

Selain itu, guru-guru juga akan ditempatkan mengikut opsyen dan keperluan di
mana kerajaan akan menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru
mengikut opsyen dan menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi
mengikut opsyen dan lokasi. Disamping itu juga, kerajaan juga berusaha untuk
menangani masalah ketidaksepadanan (mismatch) antara opsyen semasa latihan dengan
keperluan mata pelajaran yang diajar di sekolah terutama mata pelajaran kritikal. KPM
harus memastikan jurang ketidaksepadanan ini diatasi. Antara usaha yang diambil ialah
mengawal jumlah pengambilan ke program bidang pendidikan di IPG dan IPT. Dengan
itu, masalah graduan menggangur juga dapat diatasi.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang dihasratkan oleh negara mempunyai


kompetensi ataupun kemahiran profesional yang tinggi dalam aspek nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pendidikan yang lain. Ketiga-tiga standard
tersebut juga membawa maksud aspek yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan
bersepadu. Namun begitu terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh
beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sendiri dalam
melaksanakan Standard Guru Malaysia tersebut. Antaranya ialah isu terhadap pemilihan
para guru, isu dan cabaran dalam laluan kerjaya dan kebajikan guru dan isu dalam latihan
perguruan dan isu terhadap sesebuah institusi perguruan. Walaubagaimana pun beberapa
pendekatan telah diambil bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut
contohnya seperti memantapkan latihan perguruan, menambahbaik sistem pemilihan
calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan dan juga
menambahbaik laluan kerjaya dan kebajikan guru. Secara rumusnya, Standard Guru

28
Malaysia ini penting untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti
kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.

7.0 BIBLIOGRAFI

Amrizan Madian (2010, April 2). Guru sanggup tidur bawah bilik darjah demi pendidikan
anak Penan. Bernama.

Azrul Affandi (2009). Tempoh kursus setahun kurang berkesan lahir guru berkualiti.
Berita Harian.

Bahagian Pendidikan Guru (2009). Standard guru Malaysia. Putarajaya: Bahagian


Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Guru senior DG44 lambat naik gred. (2008,Ogos 4). Berita Harian.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Memartabatkan profesion keguruan. Dalam

29
Pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP) 2006-2010 (m.s. 105-110).
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemahiran dinamika (2000).


http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?
name=News&file=article&sid=3............39 Diperoleh pada Julai 31, 2010.

Masalah institusi latihan perguruan (2010). http://www.facebook.com/pages/IPGM-


............Kampus-Sarawak-Miri/13135831549867?vef=ts Diperoleh pada Julai, 27 2010.

Membangun dan mengekalakan madal insan bertaraf dunia. Dalam Rancangan Malaysia
ke-10 (m.s.193-251). Putrajaya: Kementerian

Mohamad Fauzi bin Hamid (2003). Masalah praktikum di kalangan guru-guru pelatih
Institut Perguruan Darulaman. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : Universiti
Utara Malaysia.

Nurul Izzah bt Sharif (2008). Persepsi pelajar aliran sains tahun 2 fakulti pendidikan
UTM dari segi sikap, minat dan persekitaran pembelajaran yang positif sebelum
menjalani latihan mengajar. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : Universiti
Teknologi Malaysia.

Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing (2005). Perkembangan profesional guru
secara
berterusan: Perspektif pembangunan sumber manusia. Dalam Masalah
pendidikan 2005 (m.s. 131-141) : Universiti Malaya.

Perguruan sebagai satu profesion (2000). http://www.guruohguru.wordpress.com


diperoleh pada Julai, 10 2010.

Profesionalisme perguruan (2000).

30
http://scribd.com/doc/26935059/PROFESIONALISMEPERGURUAN.(etikaguru)
Diperoleh pada Julai, 10 2010.

Rohaniza Idris (2009,Desember 5). SGM iktiraf profesion guru, bukan bebanan. Berita
Harian.

Suhaimi B. Mat Sulong @ Mustofa (2006). Membangunkan perisian modul alat bantu
mengajar (ABM) bertajuk kimpalan arka bagi tingkatan 4 pengajian kejuruteraan
mekanikal. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan : Universiti Teknologi Malaysia.

Terlalu lambat naik pangkat (2009, Julai 11). Berita Harian.

VeenaRusli (2009) Pelancaran dokumen Standard Guru Malaysia


http://apps.emoe.gov.my/bpg/index.cfm?sector=news&page=read&newsid=760.
Diperoleh pada Julai, 10 2010.

Wahid Hashim (2000). Guru kelas satu. http://www.tutor.com.my/tutor/index.asp.


Diperoleh pada Julai 18, 2010.

8.0 LAMPIRAN

31
Rajah 1: Logo Standard Guru Malaysia

32
Rajah 2: Buku Standard Guru Malaysia

33
Rajah 3:

Pelancaran Dokumen Standard Guru Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd
Yassin

34
Rajah 4: Kerangka
Standard Guru
Malaysia

35
Rajah 5: Buku Rancangan Malaysia ke-10 2011-2015

36

You might also like