You are on page 1of 3

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong merupakan sebuah sekolah yang


terletak di kawasan luar bandar. Tahun-tahun kebelakangan ini, sekolah ini
sering diletakkan sebagai Sekolah Prestasi Rendah (SPR) ekoran pencapaian
kelulusan dalam PMR yang kurang daripada 50%.

Hal ini terjadi, ekoran pencapaian kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
yang rendah, sebenarnya telah mempengaruhi keseluruhan pencapaian sekolah.
Daripada tinjauan sebelumnya, didapati murid-murid tidak berminat belajar mata
pelajaran Bahasa Inggeris kerana tidak berminat dan mengangapnya sukar
difahami.

Selain itu, lokasi sekolah dan persekitaran kehidupan murid yang kurang
terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian murid
juga menyebabkan mereka kurang meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Ekoran daripada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan


Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang bermula pada tahun 2003,
didapati kurangnya minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris telah
menjangkiti pula minat murid terhadap mata pelajaran Sains. Hasilnya, murid-
murid juga telah mula menunjukkan sikap negatif terhadap mata pelajaran Sains.

Memandangkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan secara


langsung mempengaruhi prestasi akademiknya, maka dibuat satu kajian
tindakan bagi merangsang minat murid terhadap mata pelajaran Sains, yang
secara tidak langsung akan mempertingkatkan pencapaian akademiknya.

Kurangnya minat murid-murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris ini telah
memberikan impak yang agak besar terhadap minat mereka di dalam mata
pelajaran Sains. Apabila kerajaan memperkenalkan dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bermula
tahun 2003, para pelajar kumpulan lemah yang sememangnya tidak berminat
dan lemah dalam Bahasa Inggeris, turut merasakan bahawa mata pelajaran
Sains juga susah kerana diajar dalam Bahasa Inggeris. Hasilnya, mereka
menjadi tidak berminat untuk belajar Sains.

Kurangnya minat pelajar di dalam mata pelajaran Sains ini dapat dilihat
apabila mereka tidak memberikan tumpuan apabila guru mengajar, lambat
datang ke Makmal Sains apabila tiba waktu pelajaran Sains, sengaja
mencari helah meninggalkan makmal/kelas Sains dengan alasan ke tandas
dan sebagainya, tidak membuat latihan dan nota, tidak gemar menjawab
soalan yang dikemukakan, tidur semasa guru mengajar dan tidak
membawa buku teks, buku latihan dan alat tulis yang mencukupi apabila
menghadiri kelas Sains di Makmal. Selain itu, mimik muka, cara menjawab
soalan apabila dikemukakan soalan lisan dan cara mereka duduk juga
dapat menggambarkan betapa tidak sukanya mereka terhadap mata
pelajaran Sains ini.

Pada peringkat awal, saya membuat dua andaian, pertamanya, kemungkinan


murid-murid ini yang majoriti mereka merupakan murid-murid yang lemah
sememangnya tidak mempunyai minat untuk belajar. Keduanya, mereka lebih
suka guru Sains mereka pada tahun yang lalu, iaitu orang guru wanita yang
cantik, baik hati dan lemah lembut, berbanding saya yang lebih tegas dan guru
baru pula di sekolah ini.

Namun, telahan ini ternyata meleset apabila perbincangan dibuat dengan guru-
guru mata pelajaran lain seperti Sejarah, Bahasa Melayu, Geografi, Pendidikan
Seni dan Pendidikan Jasmani. Guru-guru mata pelajaran tersebut menyatakan
mereka tidak menghadapi masalah yang serupa, bahkan para pelajar amat
berminat terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni dan Bahasa
Melayu.
Namun begitu, senario yang melanda ini serupa polanya dengan mata pelajaran
Matematik dan Bahasa Inggeris. Maka, kesimpulan awal yang saya buat ialah,
penyebab utamanya ialah kurangnya minat murid terhadap mata pelajaran
Bahasa Inggeris memberi telah kesan terhadap mata pelajaran lain yang diajar
dalam Bahasa Inggeris.

You might also like