You are on page 1of 8

DAHAGI INDIA

Dahagi merupakan rusuhan sepoi menentang pemerintahan British di India.[]

Namun, Dahagi bukan satu pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing.

Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu

sahaja, manakala sebahagian besar penduduk tetap tidak terlibat. Pihak British menyangkal

kenyataan bahawa ia adalah satu rusuhan kebangsaan atas sebab-sebab bahawa India

tidak wujud sebagai sebuah negara pada masa itu. Inggeris juga berpendapat,

pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya

melibatkan seluruh India.[] Pemberontakan ini merupakan permulaan perjuangan

kebangsaan untuk membebaskan India daripada pemerintahan British. Mereka

menganggap rusuhan sepoi sebagai perang kemerdekaan yang pertama di India. [] Orang

India menganggap Dahagi India yang tercetus pada tahun 1857 merupakan gerakan

antipenjajah.[] Ia berlaku ketika wujudnya perasaan tidak puas hati sosial dan politik.[]

Gerakan menentang penjajahan British di India atas sebab konflik antara nilai Barat dengan

nilai tempatan.[] Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan

pemberontakan terbesar di India. Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan

tentera atau sepoi menentang Inggeris di India [] Malah, bukan semua sepoi bangkit

menentang British. Selain itu,mereka yang tidak puas hati dengan Inggeris tutur sama

terlibat dalam pemberontakan ini. Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan

putera raja, pembesar dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan

mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris.[] Peristiwa ini dianggap

penting oleh orang India kerana pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangan

kebangsaan menentang penjajah serta menganggap pemberontakan ini sebagai perang

kemerdekaan.[] Apa yang jelas sekali perjuangan mereka sebenarnya berdasarkan

kepentingan masing-masing. Ini boleh dilihat berdasarkan askar-askar Sikh dan rejimen

tempatan yang lain menyebelahi pihak British.[]

1
Sebab-sebab tercetusnya Dahagi

Sebab utama yang mencetuskan peristiwa ini adalah perasaan dendam sepoi-sepoi.

Ini sebenarkan merupakan sebab serta merta yang mencetuskan Dahagi India.[] Perasaan

dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu;

a. Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India

• Ini melibatkan golongan tentera dari Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin

dan Rajput yang berkasta tinggi. Mereka ini dari wilayah Qudh dan barat laut India.

Mereka tidak suka bekerja berat dan bimbang kasta mereka akan tercemar

sekiranya mereka berkhidmat di luar India.[]

• Apabila Inggeris mengarahkan mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka

ini telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap

mereka. Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas.

b. Akta pengambilan tentera am

• Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke mana-mana sahaja mereka

diperlukan atau wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah

tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati

• Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan

Eropah.

c. Amalan diskriminasi dalam tentera

• Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa

yang diterima tentera Inggeris.[]

• Selain itu, sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan

bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini menimbulkan perasaan kecewa dalam

kalangan sepoi India. Masalah disiplin yang serius berlaku dalam tentera akibat

pemindahan pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk mengisi jawatan-jawatan

awam.[]

d. Masalah senapang
2
• Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield.

• Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu

sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Namun begitu, di percayai bahawa peluru

tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu.

• Suasana ini telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka

yang membabitkan sepoi Hindu dan Muslim yang seterusnya menganggap ini

sebagai satu muslihat British untuk menentang kebudayaan-kebudayaan tradisional

mereka dan beranggapan bahawa Inggeris cuba untuk mengkristiankan mereka. []

Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat

menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan

dipenjarakan.

Pemberontakan ini juga disebabkan pembaharuan sosial yang dilakukan oleh Lord

William Bentick di India yang pada anggapan dan pemikiran barat sebagai tradisi kuno dan

merugikan telah membawa kepada penentangan terhadap Barat.[] Pembaharuan sosial

yang dilaksanakan termasuklah penghapusan beberapa adat yang dikatakan terlalu

kontroversi antaranya;

a. Amalan Sutee

• Ini berkaitan dengan pengorbanan diri balu-balu Hindu apabila si suami meninggal

dunia. Dalam upacara pembakaran si suami, si isteri akan turut sama dibakar

bersama-sama suami mereka yang telah mati. Malah terdapat balu-balu ini dipaksa

untuk melakukan amalan ini oleh sanak saudara kerana ingin memiliki harta simati.

• Bagi Inggeris tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan dianggap satu perbuatan

jenayah. Oleh itu Inggeris menghapuskan amalan ini melalui pembentukan undang-

undang pada tahun 1929.

b. Amalan Thugee

• Ini berkaitan rapat dengan kumpulan agama yang bersenjata. Mereka ini akan

menjalankan rompakan dan pembunuhan di jalanan. Mereka ini akan menyamar diri
3
dan mencekik sampai mati ke atas pengembara-pengembara atas nama Dewi Kali

c. Menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan

• Amalan ini sebenarnya bagi mengelakkan ibubapa menanggung derita dan malu

daripada pemberian dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin

kelak.

• Amalan ini sebenarnya merupakan adat turun temurun yg dilakukan masyarakat

India

d. Meluluskan Akta Kahwin semula

• Bagi penganut agama Hindu, seseorang yang ditinggalkan oleh si suami adalah

dilarang untuk berkahwin semula.

• Dengan adanya akta ini bermakna telah melanggar adat tradisi masyarakat India.

Meskipun idea-idea radikal Inggeris ini baik dan bertujuan memperbaiki kehidupan orang

India, tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat tempatan kerana masih berpegang teguh

kepada tradisi dan adat resam yang diwarisi turun-temurun.

Manakala, pengenalan teknologi Barat mengancam kedudukan sistem kasta dan

dianggap sebagai satu langkah mencemarkan agama Hindu.[]

• Teknologi Barat yang diperkenalkan oleh Inggeris ialah pembinaan jalan keretapi dan

telegraf. Masalah yang timbul di sini ialah tetang amalan Inggeris yg tidak membenarkan

orang India menaiki keretapi kelas satu dan dua.[] Amalan diskriminasi ini sebenarnya telah

menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkelas tinggi.

Perubahan sosial ini menimbulkan kepercayaan bahawa pihak British cuba untuk

mengkristiankan orang India. Ini menyebabkan penduduk tempatan menyertai Dahagi untuk

mengusir orang asing dari tanah mereka.

Selain itu, di wilayah-wilayah yang ditawan oleh Syarikat Hindia Timur, banyak keluarga

telah kehilangan tanah dan menjadi miskin akibat kegagalan mereka membuktikan hak milik

mereka secara sah. Tanah-tanah itu kemudiannya diambil alih oleh pihak British.[]

4
Penyebaran sistem pendidikan British dan penghapusan sistem pendidikan Hindu dianggap

sebagai percubaan British mengkristiankan penduduk tempatan. Orang India risau akan

berlaku perubahan terhadap kehidupan, kedudukan dan adat resam mereka jika sistem

pendidikan British ini disebarkan dalam kalangan rakyat. Perasaan tidak puas hati semakin

memuncak akibat pembubaran tentera asli selepas satu wilayah diambil alih oleh pihak

British.

Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie merupakan sebab politik yang terpenting. Beliau

telah mengilhakan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan orang India.[] Ini

merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India.[] Ada tiga alasan yang

digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of

Lapse iaitu;

i. Undang-undang Lesap Waris telah menafikan hak-hak tradisional dari segi

perwarisan. Orang India terlalu marah dengan tindakan British yang menduduki

wilayah-wilayah yang tiada pewaris sah.

ii. Hak menakluk kuasa Agung

iii. Penyalahtadbiran pemerintah tempatan

Melalui dasar ini Inggeris berjaya mengilhakan wilayah Punjab, Karnatik, Qudht, Tanjur,

Satera, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur. Walaupun Dalhousie percaya bahawa

pemerintahan British adalah paling baik bagi orang India tetapi doktrin tersebut telah

menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemerintah India malah

menjatuhkan maruah pemimpin tempatan. Ini dapat dilihat daripada penentangan yang

melibatkan golongan putera-putera raja yang memerintah seperti Nawab dari Karnatik, Raja

Tanjor, dan Nana Sahib.

Nana Sahib tidak puas hati dengan tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen

yang sepatutnya diterima, malah perasaan dendam itu menjadi bertambah hebat lagi

5
apabila tanah dan estet ayah angkatnya, Baji Rao dirampas oleh Inggeris.[] Atas alasan

itulah Nana Sahib mengetuai Dahagi diKanpur dan dikatakan bertanggungjawab ke atas

pembunuhan orang British secara beramai-ramai di situ. Pada keseluruhannya, golongan

pemerintah yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British telah menyokong Dahagi.[]

Pembaharuan Pentadbiran Inggeris turut mencetusnya pemberontakan ini. Suruhanjaya

Inam adalah kajian terhadap Pajakan Tanah tanpa sewa. Melalui dasar ini Inggeris

menyebabkan 20 000 estet di Deccan jatuh ke tangan Inggeris. Tindakan ini telah

menjejaskan pendapatan penduduk yang selama ini menggunakan sistem lama. Malah

Inggeris telah mengubah pentadbiran hasil tanah yang sudah tentunya memberi kesan

kepada pemilik dan penyewa tanah.

i. Pengenalan undang-undang British dan penggunaan bahasa Inggeris

sebagai bahasa kehakiman juga ditentang oleh penduduk tempatan

ii. Pembatalan jawatan tinggi kepada penduduk India. Ini bermakna jawatan ini

hanya diberi kepada orang Inggeris dalam perkhidmatan awam dan tentera.

Ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka

yang terlibat.[]

Sebab kegagalan Dahagi

Faktor utama kegagalan Dahagi adalah disebabkan ketiadaan tujuan yang sama

dalam kalangan pemberontak. Walaupun orang tempatan dan sepoi mengambil bahagian

dalam Dahagi tetapi semuanya bertempur bagi kepentingan-kepentingan mereka sendiri

kecuali beberapa orang.[] Contohnya;

a. Rani Jhansi berjuang untuk hak-hak asasi seseorang putera.

b. Nana Shahib berjuang untuk membalas dendam atas kehilangan tanah dan estet

ayah angkatnya, Baji Rao.

6
c. Orang Muslim berjuang untuk memulihkan Empayar Moghul.

d. Sepoi-sepoi berjuang disebabkan pelbagai faktor seperti agama mereka terancam,

membalas dendam peribadi seperti kehilangan kedudukan atau kerana bayaran

upah yang rendah.

Pemberontak-pemberontak daripada golongan lain tidak mempunyai tujuan positif

kesuali rasa benci yang sama terhadap British. Dahagi yang berlaku terhad di sesuatu

kawasan dan tidak melibatkan orang Sikh yang tetap setia kepada British. Malah, sikap

tolak ansur Lord Canning telah meredakan perasaan sepoi-sepoi dan meredakan

tentang mereka. Kekurangan pucuk pimpinan di kalangan pemberontak menjadi satu

rintangan besar kepada pemberontak-pemberontak.

Kesan-kesan Dahagi

Kesan terpenting ialah penghapusan Syarikat Hindia Timur (SHTI) pada tahun

1858. Ini berpunca daripada perletusan Dahagi yang telah membuktikan SHTI tidak

berkebolehan untuk memerintah India yang begitu luas. Mengikut Akta Kerajaan India

tahun 1858, SHTI dimansuhkan dan keputusan telah diambil untuk memindahkan

pentadbiran kerajaan India terus kepada Kerajaan Mahkota iaitu, tanah besar England.

Gabenor Jeneral menerima gelaran Wizurai. Ratu Victoria membuat satu pengumuman

pada tahun 1858. Menurutnya, putera-putera tidak akan kehilangan hak-hak dan

perjanjian-perjanjian yang wujud dengan mereka akan dipelihara. Ratu turut bertolak

ansur dalam hal agama dan menyakinkan mereka bahawa mereka yang layak untuk

memegang jawatan awam akan diberikan peluang tanpa mengira kasta ataupun

kepercayaan. Pengampunan umum telah dijanjikan kepada semua pemberontakan

kecuali mereka yang terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat British.

Undang-undang Warisan yang menjadi pertikaian turut dimansuhkan kerana Ratu telah

mengisytiharkan “kami tidak inginkan sebarang pelanjutan milik-milik wilayah kami pada

hari ini”.

7
RUJUKAN

You might also like