You are on page 1of 1

GANGGUAN DAN DISKRIMINASI DALAM SUKAN

Menangani masalah gangguan dalam sukan menjadi masalah utama oleh sesebuah pasukan atau
organisasi. Ia bukan sahaja boleh membawa kesan buruk kepada sukan, ia juga mempegaruhi
penglibatan semua pihak di setiap peringkat. Untuk membantu anda memahami jenis- jenis kelakuan
atau perbuatan yang dipanggil sebagai gangguan dan diskriminasi dalam sukan di sini disediakan sedikit
maklumat sebagai rujukan.

Apa itu gangguan dalam sukan?

Gangguan di dalam sukan ialah berbagai tingkah laku oleh individu atau organisasi iaitu:

1. Provokasi,keganasan,memperkecil atau mengugut


2. Boleh berlaku kepada individu atau kumpulan
3. Merujuk kepada perwatakan individu atau kumpulan tersebut

Perbuatan yang dipanggil sebagai gangguan adalah tingkah laku yang diaggap tidak disenangi oleh
individu atau kumpulan.

Jenis- Jenis Gangguan Dalam Sukan

Terdapat 3 jenis iaitu:-

1. Gangguan seksual
2. Kelakuan ganas/ kasar
3. Diskriminasi

Gangguan seksual

Gangguan seksual ialah:-

1. Provokasi secara seksual


2. Permintaan melakukan perbuatan seksual
3. Perbuatan yang meransang seksual (lucah samada secara lisan atau bertulis)

Kelakuan ganas/ kasar

Kelakuan kasar ialah:-

1. Kekasaran secara fizikal (menyerang)


2. Serangan emosi (ugutan, desakan atau ketidakpuasan hati)
3. Pengabaian (kegagalan memberi layanan asas fizikal dan emosi seorang manusia)
4. Penyalahgunaan kuasa (antara jurulatih-pemain atau pengurus-pemain)

You might also like