1

HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002

Definisi Menggambar Menggambar merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan diatas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik yang mana dihasilkan melalui aplikasi warna diatas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Selain itu , respresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan adalah dalam bentuk grafik. Dalam teknik menggambar perkembangan, imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid perlulah diutamakan. Bidang ini membolehkan murid mengenali lebih dekat lagi kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Terdapat pelbagai kegiatan yang dijalankan dalam bidang menggambar antaranya lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.

Teknik Resis Resis dalam perkataan inggeris ³resist´ didefinisikan sebagai suatu aktiviti menggambar yang dihasilkan daripada warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Teknik tindihan lilin ke atas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis. Teknik resis juga membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar apatah lagi teknik resis adalah suatu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-warna air dan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. Resis dari kertas lilinialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis. Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur

Resis boleh dilakukan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan sapuan warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Terdapat pelbagai jenis resis antaranya ialah: y y y y y y y y y y y y Krayon resis dengan warna air Krayon resis dengan warna poster Krayon resis dengan warna tempera Krayon resis dengan dakwat basah Krayon resis Kertas lilin resis Resis dengan kain Krayon resis batik Resis dengan warna air dan perekat getah (campuran) Resis dari warna air dan lilin biasa Resis dari kapur dan lilin (cara positif) Resis dari kapur dan lilin (cara negatif) . Teknik resis membuatkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak meresap atau menyerap warna dalam keadaan warna asal. Resis dengan menggunakan kain dan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.2 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis.

Lakarkan bentuk geometri yang dikehendaki. 3. Warnakan lakaran menggunakan krayon.dakwat basah.warna poster. Warnakan lakaran tadi menggunakan krayon. Teknik ini boleh juga menggunakan warna air atau dakwat basah. Cara. 4. berus.pensel Cara.cara : 1. Keringkan. Sapukan lakaran dengan menggunakan dakwat basah ke atas permukaan lukisan. 4. pensel dan bekas air.3 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Contoh 1 Jenis Resis : Krayon resis dengan warna poster Tema/tajuk : Pembalut hadiah Alat dan bahan : Karyon resis. . Lukis atau lakar gambar bunga-bunga kecil menggunakan pensel.cara: 1. 2. bekas air. kertas lukisan berus. Sapukan lakaran tadi menggunakan warna poster. 2.krayon. Contoh 2 Jenis Resis : Krayon resis dengan dakwat basah Tema/tajuk : Lukisan Geometri Alat dan bahan : kertas lukisan. Setelah itu keringkan dan boleh dijadikan pembalut hadiah yang menarik. 3.

2. kertas lukisan yang tebal. berus. Warna akan diserap oleh bahagian kertas yang tidak berwarna dan diresiskan oleh krayon lilin menjadikan seolah-olah seperti jaring sarang labah-labah atau corak batik. bekas air dan lilin . lukis garisan dan bentuk dengan krayon membenarkan kawasan kertas masih kelihatan. Rendam kertas dalam air dan renyuk menjadi bola. ratakan dan buang lebihan air yang terdapat pada kertas lukisan menggunakan tisu. Hasilkan satu lakaran dengan pensel di atas kertas lukisan yang tebal. Gunakan garisan pensel sebagai panduan. warna poster.kertas tisu Car-cara: 1. Warnakan keseluruhan permukaan dengan warna air atau warna tempera. Contoh 4 Jenis resis : Resis dari warna air dengan lilin biasa. 3.4 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Contoh 3 Jenis resis: Krayon resis batik Tema/ tajuk: Corak bunga Alat dan bahan: Krayon. Luruskan kertas lukisan tadi. berus. 5. Tema/tajuk : Seekor rama-rama Alat dan bahan : kertas lukisan.warna air. 4.

Perkataan Ambatik pula bermaksud melukis. Warnakan lakaran dengan menggunakan warna poster. mewarna atau menitik. Batik mula diperkenalkan di Kelantan sejak tahun 1910. Kaedah pembuatan batik dilakukan secara tradisional . Motif Motif ialah corak hiasan digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. empat. haiwan dan fauna. awan larat. segi tiga. Batik Pelangi telah diperkenalkan pada tahun 1770-an lagi.wau. Motif benda ialah corak yang diolah daripada benda-benda seperti jaring ikan. batik merupakan suatu bidang kraftangan yang paling unggul. Antara motif geometri ialah manipulasi bentuk bulat.watak wayang kulit dan sebagainya. Perkataan ³Batik´ berasal dari Indonesia iaitu dari perkataan Jawa ³tik´ yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.Bentuk Geometri digubah dalam pelbagai variasi seperti perulangan motif dan menghasilkan corak yang menarik. pada masa kini batik diusahakan atau dihasilkan menggunakan peralatan moden. kon. menulis. Lakarkan gambar seekor rama-rama dengan menggunakan lilin biasa 2. Akan tetapi. Motif abstark pula diolah mengikut kreativiti dan imaginasi pelukis. masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap. 3. Pada masa dahulu. Keringkan dan dibingkaikan Sejarah Perkembangan Batik Pada abad ke -15 Masihi. Motif Organik lebih berunsurkan alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan.dan lain-lain. Terdapat 2 bentuk utama motif batik iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Corak gabungan terhasil daripada gabungan dua atau lebih motif yang telah diterangkan tadi. . Walaupun kadangkala sukar ditafsirkan tetapi hasilnya tetap menarik.5 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Cara-cara: 1. Kelantan dan Terengganu kebanyakannya perusahaan batik.

Biasanya motif ini disatukan bentuknya dengan bahagian lain badan kain dengan motif seperti keluk berbunga. banji dan pilin berganda. . lengkungan separuh bulat dan motif pinggir awan.pohonan bunga dan motif yang lebih bebas. Selain itu.6 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Contoh Motif Geometrik y y y y y Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Bunga Buluh Motif Bunga Buluh Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung Susunan Reka Corak Motif Susunan dan reka corak motif disesuaikan mengikut reka letak dan kedudukan pada kain. Bahagian badam kain selalunya dihiasi dengan motif penuh seperti bunga tunggal yang membentuk corak. keluk berlingkar. susunan menyerong selalunya motif yang digunakan ialah parang rusak.

Jenis Batik Batik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu : y y Batik Canting Batik Blok . Terdapat beberapa jenis kain putih yang selalu digunakan: y y y y y y y y y y y y y Broked Codroy Cotton cambric Cotton poplin Crepe china Crepe satin Jacquard Lawn Unitika Rayon/fuji Shirting Twill Kasa Sutera habotai Jenis.7 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Penjenisan Kain Batik Dalam pembuatan batik penggunaan jenis kain putih untuk batik tidak terhad kepada kain kapas sahaja.

Pemidang Kayu Berus Pelbagai Saiz Periuk atau Kuali Dapur : kayu yang digunakan untuk menegangkan kain : Digunakan untuk menyapu warna. Keistimweaan batik Canting ialah ia menggunakan alat canting yang berisi dengan lilin cair untuk melakar corak pada permukaan kain. Mutu hasil bergantung kepada kemahiran melukis dan mewarna. jemuran . Corong halus berfungsi untuk melilinkan isen. Teknik mewarna adalah hampir sama dengan teknik basah atau basah catan cat air.manakala corong kasar pula untuk membentuk pola asas corak. Peralatan Asas Membuat Batik Canting Canting : mempunyai pelbagai rupa dan bentuk sama ada mempunyai satu corong atau banyak corong. Perbezaan saiz adalah bagi tujuan tertentu. sodium silikat atau lilin : Digunakan untuk memasak lilin. Warna disapu di atas kain menggunakan berus.8 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Batik Canting Batik Canting juga dikenali sebagai batik lukis batik canting atau batik tulis. : untuk memasak Tempat mencelup kain dan tempat merebus kain.

rayon. lawan lima. serbuk sabun atau soda asli : jenis kain yang sesuai ialah kain kapas . cotton shirting. Minyak Kelapa atau lemak binatang digunakan untuk melembutkan lilin supaya aliran lilin tidak tersekat dan tidak pecah. drill. poplin. . lawan Unitika dan voile. Pewarna Reaktif dan campuran Bahan pemati warna Bahan pencuci Kain : remazol atau primazin (pewarna reaktif) : warna sodium silikat : soda asli. kambrik Sutera.9 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Bahan campuran lilin : lilin putih (parafin) dan rosin.

Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel di atas permukaan kain. Kain yang bersih dan kering ditegangkan pada pemidang kayu. 2. .10 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Teknik Membuat Batik Canting 1.

Bahan campuran lilin dipanaskan sehingga cair. . 4.11 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 3. Canting digunakan untuk mengisi lilin cair dan membuat lakaran pada permukaan kain mengikut bentuk corak sehingga semua garisan dan lakaran siap diconteng.

12 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 5. Setelah kering. 6. kain direndam di dalam cecair sodium silikat selama 8 ± 12 jam . Bahan pewarna disapukan pada motif batik mengikut gubahan warna dan daya kreativiti pelukis.

Kain kemudian direbus di dalam air panas yang dicampur dengan sedikit bahan debu soda.13 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 7. . 8. Kain dicuci dan dibilas di dalam air biasa sebelum dijemur di tempat redup sehingga kering.

Melalui teknik resis juga dapat membantu dalam perkembangan emosi dan imaginasi murid. Ini bukan saja akan dapat meningkatkan ketajaman akal fikiran murid. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea. Tema bertujuan agar murid tahu bagaimana resis yang perlu mereka tonjolkan. untuk menghasilkan sesuatu resis murid sebenarnya melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran. Melalui teknik resis juga. Ini kerana semasa berinteraksi dengan alat dan bahan. Melalui aktiviti resis secara tidak langsung ianya membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Melalui teknik resis juga murid akan dapat mempertajamkan lagi interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan khususnya ketika penghasilan resis dilakukan. Ini kerana ketika menghasilkan resis perkara utama yang perlu diambil kira ialah pemilihan tema.14 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Kepentingan Teknik Resis Di Sekolah Rendah. Selain itu murid juga dapat memperkembangkan deria penglihatan kerana kemahiran menghasilkan resis juga melibatkan pancaindera lain melalui kaedah perbandingan penelitian warna daerah ketika menghasilkan resis yang baik. murid . Seperti contoh teknik krayon dan warna air memerlukan murid supaya dapat mengimbangi pemilihan warna yang sesuai bagi mendapatkan kesan kontra yang dikehendaki. berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid ketika menghasilkan resis. murid akan dilatih dalam membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Antara kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah ialah yang pertama iaitu. murid akan dapat membuat pemerhatian secara aktif terhadap sesuatu catan resis atau bahan kerja yang mereka hasilkan. Seperti contoh. Proses ini bukan saja akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas visual murid berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah seperti teknik yang terdapat dalam kegiatan menghasilkan resis. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan .murid malah menggalakkan proses penjanaan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi melalui teknik resis yang mereka aplikasikan ketika menghasilkan bahan. Pemahaman murid tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan penghasilan teknik resis di sekolah. imaginasi dan alam fantasinya kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Peringkat ini menggalakkkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.

Antara kepentingan lain mempelajari teknik resis di sekolah ialah dapat membina apresiasi seni visual secara mudah kepada murid. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui penghasilan resis mereka. Selain itu. dalam mempelajari kemahiran resis ini murid dapat digalakkan untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan seperti kesedaran dalam menjaga alam sekitar mahupun keprihatinan terhadap makhluk Tuhan yang lain seperti binatang. murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan dating setelah proses menghasilkan resis yang pertama.Pendidikan Seni dalam peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya lebih berimaginatif. nilai patriotism.15 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Selain diberi pengalaman membuat aspresiasi seni visual secara mudah. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar. nilai kebersihan dan kepekaan. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia member peluang kepada murid belajar secara tidak langsung dan tidak takut untuk mencuba serta melakukan analisis tentang hasil kerja yang mereka hasilkan. Impak daripada kepentingan teknik resis dapat dinilai dari segi perkembangan sahsiah kendiri iaitu menyediakan peluang kepada individu bagi mendapat dan memperkukuhkan penyataan diri melalui pernyataan tampak. murid juga dipupuk dengan nilai-nilai murni seperti menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Secara umum murid dapat membuat pertimbangan ang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Selain itu. Berpengetahuan dan peka terhadap ciriciri estetik. . kreatif. Apresiasi seni visual member pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.

16 HBAE 1403 Alice Benedict/No Matrik 760614125812002 Bibilografi .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful