P. 1
PAKAIAN TRADISIONAL

PAKAIAN TRADISIONAL

|Views: 17,426|Likes:
Published by AyuNor

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: AyuNor on Feb 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/28/2013

pdf

text

original

SOALAN TUGASAN Pembelajaran secara konstektual adalah kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman individu

dan masyarakat dalam kehidupan seharian. (a) Berdasarkan pernyataan di atas, plih TIGA jenis pakaian tradisional yang biasa digunakan oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Bincang dan bandingkan perbezaan atau persamaan mengikut jenis-jenis hiasan dan pembuatanya.

Pengenalan . Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket diRaja yang antik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas. Negara kita kaya dengan warisan budaya pelbagai kaum. Antara warisan yang menjadi kebangaan kita ialah pakaian yang unik dan istimewa. Pemilihan 3 jenis pakaian tradisional. Perbezaan Kaum Melayu (baju kurung Teluk Sejarah pakaian Belanga) • Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada Cina (cheogsam) • Sejarah kehadiran kaum Cina dari Negara China bermula dengan India (sari ) • Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan

1

zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. • Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. •

berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Berasal dari Dinasti Qing (Manchu) menjajah daratan China, mengenakan pakaian perempuan Manchu yang dikenal sebagai qípáo sehingga tahun 1644 pemerintah Qing. Aslinya qipao besar dan longgar, menutup sebagian besar tubuh wanita mulai dari leher hingga ke hujung tangan dan hujung kaki. • Bermula selepas Perang Dunia 1

bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan HinduCeyloneseTamil juga keturunan Punjabi-Singhs.

2

bermulanya Bentuk • Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dibahagian kiri kanan baju dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. • Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuh kan lagi leher baju tersebut. • Baju kurung • • Cheogsam. Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. • • Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang atau terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Ia dipadankan dengan kain dalam yang

3

teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali; a) Baju lelaki labuhnya separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung kaum wanita labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. b) Kaum lelaki memakai baju dengan seluar panjang Acheh atau Seluar panjut. Kaum wanita bersama kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang •

berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kemudian sari dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di

4

bawah pusat bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini. • wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai kain sarung yang digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan. Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang 5 dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.

seperti kain samping lelaki dengan ombakombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini. • Bahagian leher akan disulam dengan jahitan tangan. Terdapat 6

berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan Pemakai • sebagainya Baju ini boleh dipakai kaum dan Jenis Kain • Melayu Kain berdagang luar dan kain selendang dari kain songket yang menggunakan tenunan tangan • Kepelbagaian fabrik termasuk sutera dan kain benang emas dari Cina, kain bugis dan tenunan Bugis, kain Samarinda dari • oleh lelaki wanita • Busana klasik Cina yang asalnya berlapislapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak. • • Baju ini dipakai oleh kaum wanita Cina sahaja. • Baju ini dipakai oleh kaum wanita India sahaja. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

7

Kalimantan Timur, belacu, baldu, kain cindai, serasah dan kain dewangga yang datang dari Parsi, India dan Arab. Ciri-ciri Islam pula terserlah dalam hampir semua unsur budaya, baik dari penggunaan istilah, bahanbahan, jenis atau pola Pemilihan motif • pakaian. Mengunakan elemen unsur tumbuhan dan Pengguna n warna pakaian • abstrak Orang Melayu menggangap penggunaan baju kurung berwarna merah sebagai lambang keberanian • • Menggunakan motif flora dan fauna Pengunaan warna merah sebenarnya mempunyai makna tersendiri Warna yang bagi merah sendiri • • Menggunakan motif flora dan fauna Sari berwarna merah memperlihatkan sifat pemakain dikatakan pemarah, garang atau sukar didekati.

masyarakat Cina.

8

menggambarkan • Baju kurung Tradisional yang berwarna kuning dianggap sebagai warna diraja sebagai warna larangan oleh kaum melayu tradisional. • keadaan telah lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan. Warna merah itu dipanggil dalam Cina bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. hong bahasa dan • yang menjadi terang dan ceria

Ia selari dengan peribadi Dewi Kaali bersari merah yang dikatakan berupaya ‘membinasakan ’ sesiapa yang cuba mempermainka nnya. Sari berwarna kuning dipakai apabila seseorang membawa kavadi atau membayar nazar di kuil. Maka, si pemakainya sentiasa dihormati oleh semua orang. Penggunaan dengan sanggul bunga pada rambut • Barang kemas seperti cincin,gelang ,

perhiasan

Memakai selendang dan sibar.

Penggunaan dengan kipas tangan

Penggunaan kerongsang dipakai untuk mencantumkan

Pengukir dan tukang-tukang emas Cina juga tidak pernah

9

baju mereka supaya tidak terdedah. • Kebanyakan kerongsang orang Melayu, hanya dengan motif daun dan bunga ataupun bulan sabit berbintang tengah sahaja. • Barang kemas seperti dokoh,pending, cucuk sanggul • Banyak dipengaruhi budaya lain contohnya dari India dan negara Arab pada barang perhiasaan •

ketinggalan rnenggunakan motif burung, kupu-kupu, jenisjenis kerang dan sebagainya dalam menghiasi kerongsang. Bentuk ini berbeza sekali dengan rnotif dalam pertukangan emas Melayu; agama Islam melarang umatnya menerapkan gambar atau ukiran bernyawa seperti ini dalam sebarang rekacorak. Barang kemas utama seperti gelang jed, kerongsang dan rantai. • Begitu mereka yang berketurunan •

rantai subang Pending yang dipopularkan oleh suku kaum India di Melaka menerapkan rekabentuk yang hampir serupa pending orang Melayu kecuali reka coraknya telah diubah dengan menunjukkan unsun-unsur kepercayaan agama dan simbol-simbol tertentu semenjak berkurun-kurun lamanya. Bentuk-bentuk motif yang digunakan ini boleh membezakan di antara pending Melayu dengan yang bukan Melayu.

10

Cina yang menggunakan batu sebagai gelang tangan. Persamaan • Barang perhiasan • • • • Orang Melayu dan India mengunakan cincin sebagai barang perhiasan dari emas,perak dan tembaga Cincin berasal dari Barat dan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan Pancaran daripada pemakaian cincin telah diilhamkan kepada orang Melayu dan Cina. Pengunaan gelang bagi kaum Melayu, Cina dan India. Pengunaan gelang Melayu dan India mengunakan pengaruh dari India .Ini berdasarkan hubungan perdagangan dan perniagaan yang dijalankan oleh orang India atau lebih dikenali dengan panggilan "Keling Pelekat" yang sering masuk ke kampung-kampung untuk berniaga. • Seperti gelang tangan pembentukan gelang kaki hampir serupa, biasanya dibuat sepasang. Gelang kaki biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan India • • • • Gelang Melayu dan India dari emas, perak dan tembaga Penggunaan anting-anting jurai tradisional oleh kaum Melayu dan India Penggunaan cucuk sanggul goyang oleh kaum Cina dan Melayu Dokoh yang dipakai oleh orang Melayu mempunyai persamaan bahawa dokoh telah diperkenalkan oleh orang India seolah-olah menggantikan kalungan bunga malai yang Warna pakaian Jenis kain • • lazim dipakai oleh orang India. Warna sari putih melambangkan pemakainya adalah seorang balu sama dengan baju kurung berwarna putih. Sari dan baju kurung diperbuat dari kain sutera.

11

(b) Buat SATU rumusan bagaimana Pakaian dan Perhiasan Diri Tradisional boleh membantu dalam mewarnai dan memupuk semangat Malaysia Bersatu.

Perpaduan merupakan perkara mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian disesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing. Oleh itu kita semua harus memainkan peranan yang sama, dari segi itu pendekatan pembelajaran secara kontekstual adalah dirasakan paling sesuai. Pendekatan ini agak bertepatan dengan situasi sekarang, dimana anak-anak generasi muda hidup dalam zaman teknologi yang canggih tetapi mencabar kesepaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Belajar akan lebih bermakna jika anak “mengalami” sendiri apa yang dialaminya, bukan “mengetahuinya”. Pembelajaran yang berorientasi target penguasaan material terbukti berhasil dari kompetensi “mengingat” jangka pendek, tetapi gagal dalam membekalkan anak dalam memecahkan persoalan dalam kehidupan jangka panjang, pendekatan kontekstual (contextual teaching about learning/CTL) adalah suatu pendekatan pengajaran yang dari karakteristiknya memenuhi harapan itu. Pembelajaran secara konstektual adalah kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman individu dan masyarakat dalam kehidupan seharian. Oleh itu kita telah menyedari bahawa konsep pembelajaran ini dapat digunakan dalam menyemai rasa masyarakat majmuk yang menuju ke arah konsep Malaysia Bersatu. 12

Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang unik dan warisan budaya yang tersendiri. Misalnya terdapat perbezaan antara tarian, muzik, bahasa dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum. Walau bagaimanapun semua kaum saling mengenali warisan budaya tersebut. Seni berpakaian dan perhiasan tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita. Dalam masyarakat tradisional, pakaian tradisional digunakan dalam kehidupan seharian dan waktu keramaian. Budaya ini wujud sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat pakaian dan perhiasan tradisional yang diubahsuai mengikut perkembangan semasa tanpa mengenepikan nilai sentimentalnya. Adab berpakaian yang kita amalkan bertujuan mengekalkan budaya masyarakat yang berbilang bangsa. Pakaian dan perhiasan tradisional adalah merupakan warisan kebanggan rakyat Malaysia di mata dunia. Langkah pertama, kita seharusnya mengenali pakaian dan perhiasan tradsional sesuatu kaum yang terdapat di Malaysia. Penerapan ini dapat dilakukan pada anak-anak generasi kita dari kecil lagi. Ini dibuktikan oleh pepatah lama “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan kewrganegaraan dan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pakaian dan perhiasan tradisional terdapat dalam pelbagai jenis dan berbeza mengikut kaum. Ini menjadikan ia sesuatu yang unik dan tersendiri kerana pada masa kini masyrakat Malaysia samada Cina, Melayu, India atau kaum lain dapat memakai dan memperagakan perhiasan tradisional ini tanpa mengira kaum. Tidak semestinya hanya bangsa atau kaum Melayu sahaja yang memakai baju kurung atau baju kebaya. Keunikan budaya berpakaian masyrakat Malaysia ini jelas terserlah dari segi budaya persekitaran yang dimainkan peranan oleh orang dewasa melalui pemakaian mereka yang pelbagai bangsa dan kaum. Ini menunjukkan kita dapat hidup bersatu padu dalam sebuah masyarakat majmuk hanya melalui penyatuan pada pakaian. Selain itu pakaian dan perhiasan tradisional juga ada digunakan dalam tarian yang dipelajari oleh semua kaum. Contohnya dalam tarian Inang atau Joget menggunakan baju kebaya atau baju telok belanga, baju cheongsam dalam tarian kipas, sari dalam tarian bharata natyam dan sebagainya. Sesuatu bangsa akan lebih memahami budaya bangsa lain melalui berpakaian.

13

Dalam situasi sekarang, contohnya ramai pekerja Cina memakai kebaya dan pekerja India yang memakai cheogsam semasa bertugas atau semasa mengunjungi rakanrakan sewaktu sambutan perayaan Tahun Baru Cina atau Hari Raya Aidilfitri misalnya sebagai menghargai dan menghormati persahabatan mereka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Bangsa Melayu misalnya akan merasa bangga dan terharu atas penghargaan kaum lain yang memakai pakaian dan perhiasan tradisional mereka. Secara tidak langsung ia mewujudkan semangat kekitaan dikalangan kita tanpa mengira kaum,agama dan bangsa. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormatmenghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti tarian dan sambutan perayaan pelbagai agama dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum. Tiada larangan bagi sesuatu bangsa atau kaum lain untuk mempelajari tarian atau menyambut sesuatu perayaan ini dan seterusnya memakai pakaian dan hiasan tradisional bangsa lain. Dalam sebuah kumpulan tarian kipas misalnya yang terdiri dari pelajar pelbagai kaum akan tetap memakai cheongsam. Mereka akan memakai pakaian yang sama sebagai unsur kesatuan. Alat perhiasan misalnya gelang sama ada gelang tangan atau gelang kaki yang dipakai oleh bangsa Melayu dan India. Gelang tangan jed dipakai oleh semua kaum walaupun ia merupakan unsur peninggalan barang perhiasan tradisional kaum Cina. Ia mewujudkan perasaan hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain secara tidak langsung. Ia akan menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan seni yang perlu dikekalkan, dihargai dan dihormati oleh semua kaum. Kaum lain akan belajar menghormati dan menghargai sesuatu budaya orang lain. Nilai murni ini penting dalam menyatu padukan rakyat berbilang bangsa dan kaum di Malaysia ini.

14

Semua pakaian dan barang perhiasan tradisional ini merupakan satu ikon penyatuan rakyat Malaysia asalkan ia tidak melanggar hukum agama sesuatu pengganut. Ia amat penting kerana dapat mengajar kita menghormati kaum lain. Misalnya semasa perayaan Tahun Baru Cina kita tidak akan memakai pakaian berwarna hitam dan orang Cina tidak akan memakai skirt singkat dan jarang sewaktu menziarahi kematian orang Melayu atau semasa memasuki masjid. Anatara cara lain ialah mengadakan Hari Kebudayaan sama ada di peringkat sekolah, tadika ataupun universiti/ kolej pendidikan. Pemupukan semangat kekitaan pada pakaian dan perhiasan tradisional dapat menjadi intergerasi sosial perpaduan kaum. Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup dalam harmoni. Negara kita diharapkan agar dapat terus menjadi teladan kepada negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk. Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Jelaslah bahawa pakaian dan perhiasan tradisional dapat memainkan peranan membentuk Malaysia bersatu. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua. Kita menggunakan intergrasi sosial yang mana menurut Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2) menyatakan bahawa ‘Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua bangsa dalam negara’. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Penggunaan ikon pakaian dan perhiasan tradisional bersesuaian dengan konsep Kebudayaan Kebangsaan yang mana berkeupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup dan budaya bersama.

15

RUJUKAN 1. En Khairuddin Talib, HBAE 3103 Kraf Tradisional (Oct 2009), OUM, Metor Doc. Sdn . Bhd, Seri Kembangan, Selangor. 2. Hassan mohd Ghazali, Pendidikan seni Visual Ting 4&5 (Jan 2007), Creative Enterprise. Sdn . Bhd, Bangsar Utama 1, Kuala Lumpur. 3. Panel Penulis Pusat Perkembangan Kurikulum, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4, Kementerian Pendidikan Malaysia (2004), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 4. Vishalache a/p Balakrishnan, Marwwiyah binti Abu Kasim, Muslimin bin Fazli, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 5, Kementerian Pendidikan Malaysia (2006), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur 5. Zailani Yaacob dan Azimah A. Samah, Buku Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM Ting 4&5(2006), Oxford Fajar Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor:Percetakan Polygraphic. Laman web: 1. http://www.google.com.my/search picture montage 2. http://www.balai seni negara.com.my 3. http://www.tourism.gov.my/my/about/culture_attire.asp 4. http://www.gogle.com.my search/ pembelajaran konstektual 5. http://www.scribd.com/ 6. http://malaysiana.pnm.my/02/ Warisan Budaya Malaysia : Pakaian Dan Perhiasan 7. http://perpaduan.blogspot.com/ Perpaduan Teras Kejayaan : Kemerdekaan M'sia 8. http://azemi09.wordpress.com/2010/02/04/ Esei: Usaha-usaha memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat…? « Cikgu Azemi's Blog 9. http://www.pemudaumno.org.my/modules.php? Laman Web Pemuda UMNO Malaysia - Pengukuhan Perpaduan Negara

16

Busana orang Melayu

Lelaki menggayakan Baju Melayu Teluk belanga fabrik geriamut hijau lumut, bersamping kain sutera tenun dan bercapal. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga songket bunga tabur dan kain berdagang luar, berhias sibai baldu dan dokoh.

Baju Kurung Teluk Belanga coklat bercorak bunga tabur, digayakan dengan kain sarung songket ikatan ombak mengalun dan selempang penuh diserikan dengan dokoh.

Busana Kaum Cina

Baju Cheogsam berbelah tepi dan berkolar.

17

Busana Kaum India

Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak. Barang Perhiasan

Pending

Dokoh

Gelang kaki

Gelang Tangan

18

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->