You are on page 1of 2

Refleksi

Saya bersyukur pada Tuhan kerana di atas limpah kurnianya saya telah
Berjaya menyiapkan tugasan untuk subjek Pendidikan Moral. Tugasan kami
adalah membuat laporan pemerhatian penggunaan strategi dan kaedah serta
pendekatan yang digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral di sekolah tempat sayamenjalani program pengalaman berasaskan
sekolah. Kami akan memerhati guru-guru moral Pendidikan Moral. Kemudian
kami perlu mencatat strategi,kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk
mengajar.
Tugasan ini terbahagi kepada dua. Tugasan pertama adalah menjelaskan
peranan guru terhadap murid bagi kaedah bercerita dan kaedah pameran.
Tugasan saya yang kedua adalah mendokumentasikan segala aktiviti
pendekatan tindakan sosial yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Banyak yang saya belajar melalui tugasan ini. Saya belajar dengan lebih dalam
lagi tentang penggunaan strategi dan kaedah pengajaran dalam Pendidikan
Moral. Pemilihan untuk penggunaan strategi dan kaedah perlulah betul agar
tidak membosankan pelajar dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Pemilihan yang
salahmenyebabkan objektif pengajaran kita tidak tercapai. Contohnya, jika kita
hendak menarik perhatian murid-murid selepas waktu rehat dimana mereka
sudah tidak berminat untuk belajar kita boleh menggunakan kaedah lakonan
kerana murid-muridsuka meniru watak. Jika guru memilih kaedah berceritapun
boleh cuma pada waktu tersebut murid-murid mungkin mengantuk kerana sudah
kenyang. Seorang guru jugaperlu bijak memilih pendekatan yang sesuai dalam
pengajaran Pendidikan Moral. Sayamendapati bahawa pendekatan tindakan
sosial dapat menarik minat murid-murid.Projek menghias kelas sempena bulan
kemerdekaan dapat menerapkan pelbagai nilaiseperti cinta akan Negara dan
bekerjasama. Murid-murid mudah teruja dengan bendabaru terutamanya apabila
melibatkan pertandingan. Saya berasa kagum dengan caracikgu tersebut
mengaplikasikan pendekatan tersebut.

Semasa membuat tugasan ini saya juga dapat mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan diri saya. Kekuatan saya adalah mampu untuk bekerjasama dengan
pelbagai orang.Kerjasama adalah penting kerana kerja yang sukar akan menjadi
mudah dan ringan jikakita membahagikan tugas tersebut. Selain itu, saya juga
mempunyai kemahirankomunikasi yang baik. Saya perlu banyak bertanya
banyak kepada guru semasamelaksanakan tugas ini. Kemahiran komunikasi
saya yang baik banyak membantu sayauntuk mengumpul maklumat. Pada
mulanya agak sukar kerana kita masih baru ditempat orang jadi kita tidak tahu
apa yang orang akan fikir tentang kita. Jadi sebagaiseorang guru kita perlu
melatih diri agar tidak malu dan berani berhadapan denganperkara dan tempat
baru. Kelak apabila kita sudah menjadi guru tentu kita akanberhadapan dengan
pelbagai karenah guru lain dan muris-murid.
Kelemahan diri yang saya kenalpasti adalah tidak memahami sepenuhnya
PendekatanTindakan Sosial.Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat
pelbagai bacaandan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu,
saya mudah berfikirannegatif tentang sesuatu. Fikiran ini membuatkan saya tidak
yakin melakukan sesuatukerana fikir sesuatu yang buruk dan memalukan akan
terjadi. Namun saya seringberkata pada diri sendiri bahawa saya boleh belajar
dari saat yang buruk danmemalukan tersebut agar perkara tersebut tidak akan
berlaku lagi.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan teriam kasih
kepadaEncik Johari Chek Omar di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Tidak
dilupakan jugarakan-rakan dan guru Sk St. Mary yang banyak membantu.
Terima kasih.

You might also like