You are on page 1of 12

SEJARAH LOMPAT TINGGI

Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di
Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu. Pelompat
pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguh
pun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan
lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang
dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali. 

Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern
cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi
palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang bekersan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’
(1.97m) pada 1895. 
Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya
yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur
Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya
hingga kini.

Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu
Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula
ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu.
Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh
digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat
yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik
pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain. Dalam
pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir
dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan
gaya ini.

Diantara semua gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya
guling barat dan gaya kelana sahajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi seseorang
peserta. 
CIRI-CIRI UMUM ACARA LOMPATAN
Kejayaan suatu kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang tidak
berpengetahuan tentang faktor sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali
sebagai satu bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan
pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bahagian.
Menurut Dick Fosbury , pengasas gaya Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan
kekuatan latihan yang digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat
untuk memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fasa penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada
kelajuan menegak dan pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu
acara ke acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal difahami, ia akan mudah digunakan untuk
acara yang lain. 

FAKTOR MEKANIKAL
1. Kelajuan Lonjakan
• Kelajuan ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
• Atlit yang bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila
mlakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
• Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan kompenan menegak. 
• Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus kepada kedudukan pinggang selepas
lonjakan.
• Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan kelajuan mendatar dengan kadar yang
paling perlahan. 
• Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan pinggang perlu berada dibawah
persediaan melompat. 
• Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu
cepat, kaki lonjakan tidak terkawal. Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang
sempurna. 
• Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan menggunakan Progress Pecutan secara
beransur-ansur.
• Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila atlit mula membuat penukaran
daripada mendatar kepada menegak.
• Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada faktor berikut:-
o Kelajuan kaki yang berkurangan ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
o Berhenti dengan kaki lonjakan.
o Membiarkan kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
• Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan
pinggang.
• Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara melembutkan pinggang dan tidak
mengurangkan kelajuan mendatar.
KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK

Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal.
Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh
kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa
larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawah
pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukan
pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkan
langkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang
naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada
ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggang
yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut. 

SUDUT LONJAKAN

Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau
parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada
di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut
yang sama.
Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan
pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting
dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan
larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan
kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi
dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan
lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52°
sudut lonjakan.
KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN

Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan
pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untuk
bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untuk
mengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan. 
Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara.
Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukum
Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama dan
berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak.
Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran di
sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang
bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara.

RUMUSAN

Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara
lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal.
Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian pinggang ketika
lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah
tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada
setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan.

LARIAN PENUJUAN

Objektif larian penujuan ialah supaya dapat melatih atlit mencapai kelajuan secara mendatar yang
maksimum, menukar kelajuan mendatar kepada kelajuan menegak semasa lonjakan. Larian
penujuan juga diajar supaya atlit dapat mempelajari posisi tubuh yang efisien, tegak dan tinggi
semasa langkah yang keempat dan kelima terakhir sebelum fasa lonjakan.
Prinsip utama dalam larian penujuan ini adalah :
1. Mencapai kelajuan maksimum yang terkawal semasa melakukan lonjakan.
2. Mengekalkan postur badan yang tegak semasa lonjakan.
3. Berusaha mendapatkan sudut yang rendah dan mendatar semasa lonjakan.
LENGKUNGAN PECUTAN

Penujuan yang dikehendaki mestilah menggunakan konsep “lengkungan pecutan”, konsep yang
digunakan oleh ramai jurulatih acara lari pecut. Lengkungan pecutan ialah atlit yang mencuba
untuk memecut dalam suatu tempoh masa. Jaraknya mestilah mengikut sesuatu satu set corak
sehinggalah pecutan maksimum dicapai. Pada beberapa tahap semasa atlit sedang berusaha keras
ini,tubuhnya akan mencapai puncak kelajuan,mengekalkan kelajuan itu untuk tempoh masa yang
pendek dan akhirnya,berikutan keletihan atlit akan mula memperlahankan larian.
Perwatakan setiap individu atlit akan menentukan tempoh masa dan jarak untuk mencapai pecutan
yang maksimum. Lonjakan mestilah dilakukan selaras dengan tempoh masa ini. Inilah tempo yang
diingini oleh atlit – suatu pembinaan kelajuan dan frekuensi yang segera di keseluruhan fasa
penujuan.
Berapakah jarak yang ideal kepada pelompat untuk berlari dalam fasa penujuan ini? Ini akan
ditentukan oleh individu atlit itu sendiri namun akan dikawal oleh faktor ketinggian badan, jarak
langkah, dan kebolehan untuk memecut. Umumnya, lebih pantas seseorang atlit itu, lebih lama
masa yang diperlukan untuk proses pecutan. Sebaliknya, lebih muda atau perlahan seseorang atlit
itu, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk melakukan proses pecutan.Seorang atlit yang muda
atau perlahan mungkin akan mencapai puncak kelajuan dalam langkah yang lebih sedikit, mungkin
dalam 20 hingga 30 meter sahaja. Seorang pelari pecut kelas dunia mungkin memerlukan sehingga
60 meter untuk mencapai kelajuan maksimumnya. Walau bagaimanapun, jurulatih perlulah bekerja
dengan setiap atlit agar dapat memahami perbezaan individu itu.

JARAK LARIAN

Formula yang am untuk melakukan larian ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual itu
menggunakan bilangan langkah berbanding jarak yang diukur. Konsep ini boleh digunakan di dalam
proses melatih fasa larian penujuan kepada pelompat. Satu kaedah yang efektif untuk mencapai
teknik ini ialah dengan memulakan larian lompatan dari 12 jumlah langkah pada awal musim. Untuk
mengajarkan konsep tempo, atlit perlu berdiri pada satu titik dengan kaki lonjakan di hadapan.
Daripada kedudukan statik, atlit perlu menolak diri dengan sekuat yang mungkin, dan memulakan
kiraan setiap kali kaki lonjakan berpijak pada tanah. Kiraan itu hendaklah berbunyi begini, “satu
dan dua,tiga dan empat” sehinggalah kiraan enam. Pada tahap ini, atlit akan melonjak sedikit
sebagai simulasi kepada lonjakan. Sistem kiraan ini akan membolehkan atlit mendapat gambaran
frekuensi langkah yang semakin meningkat semasa melonjak.
Keseluruhan proses ini haruslah dibuat di trek atau rumput dan selalunya jauh daripada papan
tandaan lonjak. Ini adalah supaya atlit membiasakan diri dengan tempo dan frekuensi dan bukannya
dengan papan anjal.
Semasa atlit belajar untuk memecut dan membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak,
jarak itu dapat diukur dan diubah kepada papan anjal, tetapi tidak sehingga atlit memperoleh
semua komponen yang diperlukan. Apabila atlit berjaya mempelajari larian 12 langkah, secara
perlahan-lahan tambahkan lagi 2 langkah. Sentiasa ingat bahawa semakin sedikit langkah, semakin
kurang peluang untuk melakukan kesilapan.

POSTUR BADAN SEMASA BERLARI

Adalah penting untuk mengingati bahawa posisi badan yang condong ke depan adalah disebabkan
oleh pecutan. Semasa peringkat pertama pecutan, badan atlit akan condong dengan darjah yang
besar. Semasa atlit mencapai puncak kelajuan, badannya akan menjadi tegak. Semasa
menyahpecutan, badan atlit akan menjadi ke belakang sedikit.
Semasa pinggul pelompat bergerak sepanjang larian, secara semula jadi ia akan menaik sedikit.
Untuk melakukan lompatan, satu perubahan akan berlaku di mana kedudukan pinggul akan
merendah sedikit sebelum ia menaik semasa atlit melompat. Atlit mestilah melakukan perubahan
ini untuk mengekalkan kelajuan. Sasarannya ialah untuk merendahkan badan tanpa
memperlahankan kelajuan.
Seperti yang telah diberitahu, setiap langkah semasa berlari perlu bertambah panjang. Semasa
langkah bertambah panjang, kedudukan pinggul akan menjadi lebih rendah. Tambahan lagi,
disebabkan oleh pembengkokan lutut dan sendi buku lali, pinggul akan menjadi lebih rendah. Ini
akan dapat dicapai oleh extension yang tidak sempurna pada langkah ketiga yang terakhir sebelum
melonjak. Teknik ini membenarkan langkah yang kedua terakhir dilakukan dengan kedudukan betul-
betul di bawah badan dan kaki berada mendatar di atas tanah. Seterusnya, langkah yang terakhir
dipendekkan, maka ini akan menyebabkan hip berada pada kedudukan yang tinggi untuk melonjak.
Langkah yang terakhir seharusnya mendatar, supaya kaki dapat dilepaskan dengan pantas.

CHECK MARKS

Tidak kira berapa bnyak pun langkah yang diambil semasa larian penujuan, format yang mudah dan
konsisten perlulah digunakan. Larian seharusnya mempunyai 3 check mark. Check mark yang paling
penting ialah ketika permulaan larian. Untuk pelompat yang baru, seelok-eloknya diajarkan teknik
memulakan larian dari keadaan pegun. Kaki lonjakan berada di hadapan. Atlit menolak kuat dengan
menggunakan kaki lonjakan yang sentiasa melakukan kontak dengan permukaan tanah. Badan
dihayun ke belakang dan atlit akan menggunakan kaki bebasnya untuk menapak dan menolaknya
dengan sepenuh tenaga. Pelompat yang lebih mahir pula selalunya memulakan larian dengan
langkah yang seakan-akan melompat.
LATIHAN PLIOMETRIK

Latihan Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang baru diperkenalkan di Amerika Syarikat pada
awal 90-an. Berasal daripada perkataan Greek, ‘plio’ membawa maksud ‘lebih’ atau
‘meningkatkan’ dan ‘metrik’ bererti jarak. Fred Wilt menterjemahkan pliometrik sebagai latihan-
latihan yang menghasilkan pergerakan otot isometrik yang berlebihan yang menyebabkan refleks
regangan dalam otot. Hari ini, pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan pergerakan
otot-otot untuk bertindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa atau kekuatan eksplosif.
Latihan pliometrik hanya diaplikasikan selepas atlit mencapai tahap kekuatan optimum atau
mencukupi bagi mengelakkan kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan
dilakukan pada penghujung fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan.
Otot mempunyai sifat elastik. Semasa otot meregang, otot akan mendapat kekuatan untuk
mengecut secara automatik, yang dikenali sebagai refleks myotonik. Geoffrey Dyson (1977), di
dalam bukunya Mechanics of Athletics menyebutkan bahawa “ fungsi otot ialah untuk menggunakan
ketegangan. Keadaan ini akan dapat menghasilkan hasil yang terbaik apabila diletakkan beban
secukupnya dengan tujuan untuk memanjangkannya, berbanding memendekkannya. Semakin cepat
ia memendek, semakin sedikit ketegangan yang digunakan, malah semakin cepat ia memanjang,
semakin besar ketegangan itu. Dyson menambah lagi bahawa terlalu banyak keregangan akan
menyebabkan menyebabkan kesan yang buruk.
Verhoshansky’s (1967) menyokong teori bahawa semakin banyak beban yang digunakan, semakin
meningkat prestasi seseorang atlit itu. Hasilnya, ramai jurulatih yang berpendapat bahawa latihan
pliometrik adalah satu-satunya cara untuk melatih atlit lompat tinggi. Pada pendapat mereka, jika
sesuatu itu dapat membawa faedah, maka kuantiti latihannya haruslah diperbanyakkan. Kerana
inilah terjadinya di dalam latihan lompat tinggi atlit dikehendaki melompat platform setinggi 8
hingga 12 kaki. Tidak mustahillah latihan pliometrik telah dikatakan penyebab kepada kecederaan
tisu lembut.

Objektif utama latihan ini adalah bagi meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif dan boleh
dilakukan dengan menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian
dan bola segar.
FASA LOMPATAN TINGGI

Biasanya, apabila murid-murid disuruh melompat sesuatu halangan, kebanyakan daripada mereka
melompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang menggunakan penujuan dari sisi
atau rusuk. Sebenarnya, dari segi prinsip mekanikal, teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan.
Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu murid-murid
mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang prinsip-prinsip asas
lompatan. Penyampaian ini bolehlah dilakukan melalui aktiviti lompatan dan pengajaran secara ansur
maju.
Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :

a) Penujuan – larian menghala ke palang

b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan

c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.

d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

GAYA LOMPAT TINGGI

Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana
dan gaya Fosbury Flop.
a) Gaya gunting
pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari
palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.
b) Gaya timur
pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun
secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
c) Gaya guling barat
penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan
kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa
pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat pelepasan.
d) Gaya pelana
Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara
bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya
seolah-olah meniarap di atas palang.
e) Gaya Fosbury Flop
Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi
palang dengan membelakangi palang.
GAYA PELANA

Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki
lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pulapelompat yang nahir dalam penujuannya akan
dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak akan
menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya
gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.
a) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari
sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat
dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat
pada langkah yang terakhir.
b) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat.
Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki.
Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa
lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari
dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing
seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja
pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk
mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat
atau bahagian belakang badan.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA


PELANA

a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.


b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.
c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.
d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang.
GAYA FOSBURY FLOP

Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik
baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu)
dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir sama dengan bahagian tengkuk.

Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi
peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam
pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.

a) Penujuan
Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu
adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat melepasi
palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Cara menentukan penujuan bagi gaya Fosbury Flop
ditunjukkan dalam rajah di bawah.

b) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkng, kaki
luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang semakin hampir selari dengan
palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi
dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk
membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.

c) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (memandang palang) sambil melentikkan
badannya. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di
bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang.
Kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki
tidak tersangkut pada palang dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

d) Pendaratan
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki.
Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang
badannya (tulang belikat).
BUTIRAN MENGAJAR

a) Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.


b) Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau seragam.
c) Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
d) Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak.
e) Lentikkan badan semasa melepasi palang.
f) Buka kaki sedikitsemasa meluruskannya ke atas.

PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI

a) Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.


b) Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya.
c) Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat,
menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak
berjaya melompat.
d) Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira
di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan.
e) Seserang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang lain
gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.
f) Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian tengah atas
palang.

JAGUH NEGARA MALAYSIA DAN KEJAYAAN

Negara kita misalnya, memang sudah terkenal dengan jaguh-jaguh dalam acara lompat tinggi.
Pelompat-pelompat seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah, dan wanita
seperti Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum sudah dikira terkenal diMalaysia dalam acara
ini.Atlet negara, Shabana Khanum berjaya melepasi palang pada ketinggian 1.73 meter untuk
meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi wanita, Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau
Pinang tahun lalu.
Malaysia juga disegani di rantau Asia Tenggara dalam acara lompat tinggi. Sudah ramai atlet negara
Malaysia yang telah berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi. Namun begitu, negara
Malaysia masih lagi mencari bakat-bakat, yang dapat diketengahkan di peringkat kejohanan yang
lebih tinggi, bagi mewarisi peninggalan atlet sekarang, pada masa hadapan.

You might also like