You are on page 1of 2

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

1. Teknik ini merupakan satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam
menguruskan disiplin di dalam bilik darjah.
2. Teknik ini menggunakan prinsip peneguhan
3. Teori peneguhan menyatakan bahawa:
 Tingkahlaku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkahlaku ditunjukkan
 Tingkahlaku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau dilemehakan
berdasarkan akibat yang diberikan
 Teknik ini bertindak bersdasarkan tingkah laku yang diberi ganjaran akan
diulangi manakala yang tidak diberikan ganjaran akan dilupuskan
 Peneguhan positif (ganjaran) lebih berkesan daripada dendaan
4. Dalam memberi peneguhan beberapa faktor perlu diambil kira seperti umur, latar
belakang, tingkah laku yang ingin dibentuk, kedukaran aktiviti dan tahap
kemahiran murid akan mmepengaruhi keberkesanan peneguhan.
5. Peringkat-peringkat peneguhan ialah:
 Bahan makanan
 Barangan
 Token
 Aktiviti
 Keistimewaan
 Pengiktirafan rakan
 Perakuan guru
 Kepuasan kendiri
6. Kadangkala perlu bagi guru untuk mengadakan suatu bentuk sistem modifikasi
tingkahlaku yang formal dan berstruktur.
7. Dua sistem yang boleh digunakan untuk memodifikasi tingkahlaku yang formal
dan berstruktur ialah sistem kontrak tingkahlaku dan sisitem token
8. Sistem kontrak tingkahlaku ialah satu kontrak bersturktur yang dibentuk oleh
guru dan murid setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak
terhadap tingkahlkau yang diingini.
9. Sisitem token berfungsi seperti wang yang dapat ditukar dengan barangan yang
digemari atau aktiviti yang menyeronokkan. Sistem ini selalu digunakan dalam
kelas-kelas pendidikan khas dan kelas pemulihan.

You might also like