You are on page 1of 4

PAKAIAN DI SEKOLAH

 
 Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah ,
mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran daripada
Pengetua. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
 Baju-T sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu
sekolah seperti bergotong-royong, permainan dan aktiviti seumpamanya.
 Pelajar wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradap di sekolah, termasuk
ketika menghadiri kelas tambahan, konsert atau berurusan di sekolah.
 
BAJU
 
 Kemeja putih berlengan pendek, tidak berlipat.
 Kemeja berlengan panjang tidak dilipat (hanya untuk pelajar Tingkatan Enam, Pengawas,
Pengawas Pusat Sumber dan Kadet Polis)
 Saiz baju mesti bersesuaian.
 Leher baju yang terlalu kecil atau berfesyen poket yang luar biasa (fancy) dilarang.
 Bahagian belakang baju yang tidak berfeseyen.
 Pelajar beragama Islam dibenarkan memakai baju berlengan  panjang tanpa berlipat pada
hari Jumaat sahaja.
 Pelajar mesti mengancing butang dan hujung baju mesti dimasukkan ke  dalam seluar
denga kemas sama ada di dalam atau di luar sekolah.
 Baju-T sekolah atau baju-T serba putih tanpa sebarang corak dan logo boleh dipakai
untuk kegiatan luar kelas.
 
 
SELUAR PANJANG LELAKI
 
 Pelajar lelaki dari tingkatan peralihan hingga tingktan dua memakai seluar pendek
berwarna hijau tua (Olive Green). Pelajar lelaki dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima
memakai seluar panjang berwarna hijau tua. Pelajar lelaki tingkatan enam memakai
seluar panjang berwarna putih. Seluar dipakai dengan betul, tidak tergantung pada
pinggul dan jika terlalu longgar, hendaklah dipakai tali pinggang.
 Seluar potongan jeans dan seluar berfesyen dilarang.
 Potongan seluar tidak boleh berfesyen, umpamanya berbentuk terlalu lebar.
 Panjang seluar mesti bersesuaian. Had seluar panjang mesti sekurang-kurangnya
menyentuh mulut kasut.
 Hujung kaki seluar mesti dijahit kemas berlipat dan tidak berzip.
 
 
TALI PINGGANG
 
1. Warna tunggal sama ada warna perang atau hitam tanpa corak.
2. Lebar tali pinggang antara dua hingga tiga cm. Kepala tali pinggang (buckle) yang besar
dan beraneka bentuk tidak dibenarkan.
 
PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
 
 Pinafore empat kerat berwarna biru muda dengan potongan skirt yang tidak kembang.
 Panjang skirt mesti menutupi lutut.
 
LENCANA DAN  TAG NAMA
 Semua pelajar mesti memakai lencana sekolah. Lencana ini dijahitkan pada sebelah kiri
pinafore / atas poket baju. Sila rujuk Rjah 1 dan 3 untuk kedudukan yang betul.
 Semua pelajar sidang pagi memakai lencana kecil di penjuru kanan kolar baju.
 Pelajar memakai tag nama pada sebelah kiri pinafore atau baju di bawah lencana sekolah.
Sila rujuk Rajah 1 dan 2 untuk kedudukan yang betul.
 Lencana persatuan / kelab / sukan yang diluluskan hanya boleh dipakai pada waktu
perjumpaan masing-masing kecuali telah mendapat kebenaran Pengetua.
 Kerosakan tag nama mesti dilaporkan kepada Guru Tingkatan / Ketua Tingkatan. Tag
nama baru dapat dibeli melalui Lembaga Pengawas Sekolah.
 Tag nama sementara mesti dipakai oleh pelajar yang kehilangan / belum mendapat tag
namanya sehingga tag nama baru dibekalkan.
 Pelajar-pelajar dilarang :-
(a)              memakai tag nama pelajar lain,
(b)              menconteng / merosakkan tag nama, dan
(c)              mengubah huruf dan angka pada tag nama.
 
 
TALI LEHER
 
 Tali leher sekolah diberi kepada Pengawas Pusat Sumber, Kadet Polis, Ketua Tingkatan
dan Pembimbing Rakan Sebaya (Kumpulan Perkhidmatan)
 Tali leher mesti dipakai dengan kemas bersama pakaian seragam kecuali pada waktu
menjalani Pendidikan Jasmani
 
 
KASUT
 
1. Kasut kanvas berwarna serba HITAM sahaja dibenarkan.
2. Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Kadet Polis memakai kasut berjenama, bertumit
tinggi dan berfensyen tidak dibenarkan. Bentuk lain yang tidak sesuai akan diberitahu
dari semasa ke semasa.
3. Kasut dipakai dengan betul, tidak berlipat di tumit dan tali kasut diikat kemas.
 
 

 
 
KEKEMASAN DIRI
 

 Pelajar mesti menjaga kekemasan diri  pada sepanjang masa sama ada semasa di dalam
kawasan sekolah, mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah di luar sekolah. Ini
termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
 Pelajar dilarang memakai hiasan yang tidak dibenarkan.

RAMBUT
SEMUA PELAJAR
 

 Rambut tidak boleh dikerinting atau diwarnakan / celup.


 Rambut berfesyen tidak dibenarkan. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut’.
 Rambut yang berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.

 
PELAJAR LELAKI

 Pelajar lelaki mesti berambut pendek.


 Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai dan janggut.
 Semua pelajar lelaki yang mendaftar untuk Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu mulai
tahun 1998 diwajibkan memotong rambut gaya crew cut sehingga tamat persekolahan di
sekolah ini.

PELAJAR PEREMPUAN

 Rambut panjang mesti diikat mengikut panduan berikut :-

(a)  Hanya menggunakan reben atau tali getah berwarna putih atau hitam sahaja tanpa
corak. Hiasan lain tidak dibenarkan.

(b)  Klip besi biasa yang kecil dan berwarna hitam.

(c)  Lebar reben antara satu hingga tiga cm.

 Pelajar perempuan tidak dibenarkan berfesyen rambut seperti lelaki.


KUKU
 Mesti sentiasa pendek dan bersih.
 Pelajar dilarang mewarnakan atau menginai kuku / jari / tapak tangan.

BARANG KEMAS / HIASAN

 Semua pelajar dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai
kaki dan barang-barang kemas lain.
 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai subang dan anting-anting.
 Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak
berfesyen dan tidak ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk cincin, diamternya
tidak boleh melebihi 1.2 cm.
 Pelajar tidak dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen
keterlaluan.
 Pelajar dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya
pada mana-mana bahagian tubuh badan.
 Barang hiasan untuk beg seperti `soft toys’ loceng dan sebagainya tidak dibenarkan
dibawa ke sekolah.

BARANG-BARANGAN LARANGAN DI SEKOLAH


Buku / bahan cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah fesyen, poster /
kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah, buku kisah cinta remaja /
dewasa, cerita seram berlebihan dan seumpamanya.
1. Alat-alat elektronik seperti `game & watch’, `cyberpet’, pita video, cekera padat (CD),
pita kaset, radio walkman, radio dan sebagainya.
2. Alat-alat solek.
3. Alat / barang hiasan / barang kemas seperti cermin, tali pinggang berfesyen, subang
berfesyen, klip rambut yang besar / berfesyen, reben yang berwarna-warni, cincin, rantai,
pendant, tali / benang dan semua jenis batu permata.
4. Sikat jenis `brush’ / hujungnya runcing dan tajam.
5. Alat yang tajam / batang kayu / batang besi / senjata berbahaya seperti pembaris besi /
keluli yang panjang, pisau, pemutar skrew, gunting besar, rantai besi dan sebagainya.
6. Jaket / Sweater / Windbreaker.
7. Bahan letupan dan bahan bakar seperti mercun, `thunder flash’, mancis dan bahan kimia.
8. Baju atau baju-T yang berwarna-warni / tidak boleh dipakai di sekolah.
9. Alat-alat permainan seperti catur, monopoli, kad judi (poker card), gitar dan sebagainya.
10. Segala jenis rokok dan dadah; minuman keras dan pil / ubat kecuali atas nasihat doktor.

You might also like