You are on page 1of 23

SOALAN TUGASAN

Perkembangan seni berkembang seiring dengan perkembangan kognitif dan fizikal


kanak-kanak.Persekitaran turut mempunyai kesan kepada perkembangan seni kanak-
kanak.Berdasarkan teori Perkembangan Torrance, huraikan bagaimana penggunaan
persekitaran dapat membangun pemikiran kreativiti kanak-kanak menerusi
pembelajaran seni visual. Seterusnya dengan menggunakan persekitaran sebagai tema
pembelajaran jelaskan bagaimana kefahaman pelajar mengenai bahasa tampak (asas
seni reka ) dapat diukur dengan menggunakan portfolio yang merupakan satu kaedah
menilai dan menguji pencapaian pelajar.Anda juga diminta untuk mencadangkan satu
bentuk penilaian portfolio yang dapat menilai aspek-aspek asas seni reka tersebut.

( Jumlah:30 markah)

Pendahuluan

Kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara telah lama


disedari (Storm& Storm, 2002). Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah,
pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk
kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era
globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus
berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat
membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020,
keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi
yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan
sektor industri, teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan telah mengubah dan akan
terus mengubah taraf dan corak kehidupan masyarakat keseluruhannya.
Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah
memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini
telah mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka
kepada latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka
memerlukan banyak bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan yang
berlaku.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini
merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni
Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang
efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan
pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi
melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.

Ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan
aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

1.0
Kreativiti dalam Kanak-Kanak

Definisi kreativiti
Kreativiti berasal daripada perkataan latin iaitu “creare” yang bermaksud
“membuat”.Menurut kamus dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu
kemampuan (kebolehan ) mencipta daya kreatif ,kekreatifan manakala kreatif pula
sebagai mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu
idea asli dan baru.

Kreativiti adalah lebih kepada produk – ia adalah satu proses contohnya sebuah
lukisan yang menarik, tulisan cetusan pemikiran, atau respons yang unik, mungkin
contoh karya kreatif,tetapi keputusan yang membuat mereka melukis, mewarna,
melakar dan berfikir merupakan inti dari proses kreatif. Frank Cizek menyatakan
bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan
jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri .Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi
ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang
mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang
lain fikiran .

Berdasarkan teori perkembangan Torrance, persekitaran turut mempunyai kesan


kepada perkembangan seni kanak-kanak .Persekitaran dapat membantu membangun
pemikiran kretiviti kanak-kanak.

Seni dan muzik adalah contoh umum dari kreativiti, tetapi anda dapat mencari fikiran
kreatif di hampir semua aspek kehidupan dan persekitaran yang juga melibatkan
masyarakat,tempat tinggal dan budaya.

E. Paul Torrance telah mencipta dan membangunkan teori kreativiti yang membantu
menjelaskan tujuh perkara utama di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang
individu.Ia boleh digunakan oleh seorang guru pendidikan seni visual di dalam proses
memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.

a) Penyoalan

Persekitaran fizikal yang direka untuk menstimulasi minda dapat meningkatkan


penyelesaian masalah secara kreatif. Misalnya, ketika ditunjukkan sebuah benda
berbentuk bulan-setengah dan bertanya, "Apakah yang boleh kita buat dengan bentuk
ini?" Kanak-kanak akan menghabiskan imej mental pertama mereka dan mula
mengembangkan idea-idea dari apa yang mereka lihat di persekitaran mereka. Melihat
sekeliling ruangan kelas atau ruang bermain untuk isyarat adalah kaedah penyelesaian
masalah kreatif. Persekitaran yang mempunyai pelbagai perkara baru akan membantu
kreativiti.Contohnya guru menunjukkan tanah liat dan memberikan soalan apa yang
boleh dibuat dengan tanah liat itu? Rangsangan melalui proses penyoalan akan
menggalakkan daya fikir mereka dan dengan bantuan contoh –contoh relevan wujud
ide baru .
b) Penemuan

Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan
oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan - penemuan terbaru melalui
penyelidikan dan kajian Dalam konteks ini , murid digalakkan membuat pelbagai usaha
eksplorasi dan eksperimen melalui aktiviti seni tampak seperti mewarna ,melukis dan
sebagainya.Aktiviti –aktiviti seperti lawatan akademik mampu memberikan rangsangan
kepada murid kerana ianya berupaya memberikan motivasi dan rangsangan
penemuan-penemuan baru.Contohnya dalam penghasilan batik,murid boleh meneroka
cara yang lebih efisien untuk menghasilkan batik dari lawatan ke kilang penghasilan
batik dan mencuba sendiri untuk membuat seluruh proses menghasilkan batik
itu.Mungkin dengan itu murid dapat sedikit gambaran dan ide baru bagi memudahkan
penghasilan batik di sekolah dan mereka boleh bereksperimen ,contoh lilin ditukarkan
kepada warna krayon dan sebagainya.

C )Pemerhatian

Pemerhatian merujuk kepada rangsangan menggunakan pelbagai deria.Sebagai


contoh,deria penglihatan digunakan bagi aktiviti lukisan.Di dalam konteks pendidikan
seni visual ,proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-
mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria
sentuhan dan sebagainya.Contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran bertema
persekitaran iaitu pokok, pemerhatian pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu
melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat
menyediakan cara tambahan untuk belajar mewarna, melukis dan melakar bahkan
menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan ide untuk mereka
berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dapat
memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.
d) Percubaan

Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.Individu


yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang
dikehendaki .Sebagai contoh , penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan
besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki ,namun percubaan demi percubaan
dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi .Secara tidak langsung
percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang
dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang
lain.Contohnya melalui pengalaman sedia ada itu,seseorang murid akan lebih kreatif
untuk menghasilkan karya yang menarik dan bermutu.Ketika membuat topeng
haiwan,seseorang murid itu cuba melukis dan menghasilkan rupa yang asli.Percubaan
demi percubaan akan membantu dia membetulkan kesalahan dan latih tubi itu akan
membuatkannya lebih berimaginasi dengan meggunakan teknik –teknik lain agar
mendapat hasil yang terbaik.

e) Penerokaan

Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk menapulasi pelbagai


barangan dan alat yang terdapat di sekeliling .Bagi tujuan itu, guru pendidikan seni
boleh menggalakkan penggunaan bahan-bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi
tujuan penghasilan karya.Ini secara tidak langsung, membimbing murid menjadi individu
yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Selain itu ia akan mengajar
mereka menjadi lebih berjimat dan menghargai alam sekeliling.Seperti contohnya botol
mineral boleh digubah untuk menjadi bunga plastik dan diwarnakan serta dihiaskan di
dalam kelas.Selain itu juga, kelongsong telur boleh dijadikan puppet,dihiaskan dan
diwarnakan.Ini akan membuatkan mereka lebih berkreativiti. Pelajar digalakkan untuk
meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan
pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang
yang benar-benar berimaginatif.Contoh melalui aktiviti menghasilkan poster
menggunakan kaedah catan. Poster adalah satu bentuk komunikasi perhubungan dan
pengiklanan serta berfungsi sebagai pengumuman dan pemberitahuan sesuatu
maklumat. Dari aspek penerokaan, kanak – kanak dapat membuat penemuan sendiri
sama ada dari segi pembacaannya, kajian tugasan mahupun penggunaan alat
komunikasi seperti komputer dan internet. Contohnya, guru memberi tugasan untuk
mencari bahan bagi membuat poster anti dadah. Pelbagai bahan dan rujukan boleh
diterokai oleh kanak – kanak seperti melayari laman web Agensi Anti Dadah
Kebangsaan, membuat lawatan ke Pameran Penyalahgunaan Dadah dan sebagainya.
Ia sekaligus dapat merangsang kecerdasan interpersonal mereka seperti memahami
perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka lebih mudah memahami
kesan buruk akibat dadah dan sudah tentu menggalakkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif.

f) Memanipulasi
Memanipulasi merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mampu bertindak
melalui bahan atau keadaan sedia ada.Maksudnya murid mampu menggunakan objek
dan bahan yang terdapat disekeliling untuk dijadikan hasilan seni.Dalam konteks
pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan
mengelakkan pembaziran.Contohnya bahan semulajadi seperti dahan pokok kelapa
boleh dianyam untuk menghasilkan tikar,batang pokok pisang boleh dipotong kecil
untuk menghasilkan corak dan suratkhabar lama boleh dibuat origami .Kebiasaaan nya
murid di kawasan luar bandar lebih mahir menggunakan media atau bahan disekeliling
mereka untuk dijadikan hasilan seni.

g) Aktiviti/ bermain

Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain .Bagi kanak-kanak ,masa bermain
merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.Justeru,rangsangan
perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik.Sebagai contoh, guru boleh
menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. Disini mereka boleh
mempamerkan bakat melukis dan membina keyakinan diri melihat hasil lukisan mereka.
Menurut Lowenfeld ( 1975 ), beliau percaya bahawa setiap kanak – kanak dilahirkan
kreatif. Kanak – kanak suka mencuba, ingin meneroka dan mempunyai rasa ingin tahu
yang tinggi. Sifat semula jadi kanak – kanak yang gemar bermain. Seorang guru
Pendidikan Seni harus memupuk daya kreativiti kanak – kanak. Bagi kanak – kanak
masa bermain adalah merupakan masa yang begitu menyeronokkan dan penuh
dengan cabaran. Justeru itu, rangsangan perlu diwujudkan melalui aktiviti belajar
melalui bermain. Daya kreativiti kanak – kanak dapat dipertingkatkan, sekiranya mereka
diberi peluang mencuba dan terus mencuba.

3.0 Kefahaman pelajar tentang bahasa tampak

3.1 Persekitaran sebagai tema pembelajaran.

A) Alam semulajadi - Tumbuh-tumbuhan

Figura A – Lukisan Alam Sekitar dengan warna air

Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran, pelajar ini menggunakan


persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di
sekelilingnya.Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar melukis, mewarna
dan melakar bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai hasil karya dan
ide untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan
kefahaman pelajar mengenai bahasa tampak memberikan kanak-kanak keseronokkan
dan kegirangan di dalam bilik darjah sewaktu proses pembelajaran berlaku.Dengan
kreativiti, mereka menggambar suasana di tepi pantai dan meluahkan hasil lukisan itu
dengan cara sendiri.
Setiap karya mempunyai ciri-ciri khusus yang dapat diklasifikasikan sebagai aplikasi
asas-asas seni reka.Pengertian seni adalah sangat abstraktif ,namun setiap objek seni
mempunyai unsur seni reka yang jelas,mempunyai mesej dan disalurkan dengan
menggunakan medium tertentu. Unsur-unsur seni reka mempunyai enam asas yang
penting iaitu garisan,rupa ,bentuk,jalinan,ruang dan warna .

Gandingan sifat dan jenis garisan akan digunakan bagi tujuan melukis sesuatu objek,
sama ada objek alam, buatan manusia, fenomena atau imaginasi. Setiap pilihan garisan
dalam melukis disandarkan kepada fungsi garisan itu sendiri. Ada yang berfungsi
sebagai menimbulkan rupa awal, menggubah bentuk, merangka struktur tertentu,
mewujudkan ruang, menghasilkan jalinan, mengolah motif/rekacorak, menimbulkan
ton/nilai dan sebagainya.

Berdasarkan Figura A Portfolio di atas,penilaian dan pengujian mendapati pelajar ini

mengunakan jenis garisan tegak dan beralun.Media digunakan ialah warna air.Dia

mengunakan rupa organik dan tidak terikat dengan bentuk yang khusus.Malahan

lukisan ini dilihat masih lemah daripada segi teknik mewarna dan warna digunakan

yang kurang menarik perhatian.Bentuk ilusi boleh dilihat pada hasil karya ini melalui

gambar atau ilustrasi yang cuba dilukis melalui lakaran dan catan.Ruang cuba

ditampilkan tetapi masih tidak seimbang dan lemah kerana objek yang besar dan kecil

kelihatan sama sahaja.Imbangan yang boleh dilihat ialah imbangan tidak sementri dan

bahasa tampak seni perlu banyak diperbaiki lagi.


Figura B- Lukisan Alam Sekitar( krayon dan warna air)

Pada

Pada portfolio kedua ini pula ,pelajar yang membuat tema persekitaran melukis
pemandangan yang kelihatan pokok-pokok.Kualiti garisan merujuk setiap karektor
garisan yang dihasilkan semasa melukis. Pelukis akan menentukan setiap garisan yang
akan dibuat sama ada garisan tegas tanpa banyak variasi, variasi dalam pemberatan
seperti pada lukisan kontor, garisan berulang-ulang (semacam pergerakan/ritma)-
pergerakan fizikal.
Jelasnya kualiti garisan tidak menggambarkan tenaga gestural yang terhasil dari strok
pensel (kekuatan tekanan yang diberi) atau arang atau medium yang lain semasa
melukis. Garisan yang dihasilkan melalui lukisan menjadikan kualiti ini sebagai faktor
penting dalam menentukan karektor ekspresif kepada imej terutamanya dalam lukisan
kontor .Bentuk yang dihasilkan bentuk ilusi melalui menggambar.Warna yang
digunakan menarik dan berwarna –warni .Namun begitu ,keseimbangan ruang letak
objek tidak seimbang dan kurang bersesuaian.

Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,bergoyang, bergegar,


berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’,
rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.
Figura C – Lukisan Alam Sekitar menggunakan warna air

Pada Figura C, jalinan yang digunakan bersifat pemukaan sesuatu objek yang boleh
dikesan secara penglihatan (tampak) atau sentuhan. Jalinan ini biasanya banyak
terdapat di permukaan objek alam dan objek buatan manusia seperti pada permukaan
batang kayu, kulit siput, permukaan daun, kulit nenas, rumput, permukaan dinding, tikar
mengkuang dan sebagainya.Apa yang dilihat pada persekitarannya,di aplikasikan
kepada hasil lukisan ini dengan menggunakan teknik catan.Pada batang pokok,wujud
jalinan halus dan kasar yang digabungjalinkan bagi menunjukkan timbul tekstur.

Terdapat tiga jenis jalinan yang digunakan iaitu Jalinan sebenar (actual Texture),
jalinan tiruan (Simulated Texture) dan jalinan rekaan (Invented Texture). Kesemua jenis
jalinan ini dapat diklasifikasikan kepada  jalinan sentuh dan jalinan tampak.Ini
menunjukkan pelajar ini mengetahui secara mendalam asas-asas seni dan berupaya
menghasilkan gambar seperti di atas.

Jalinan juga boleh mengambil mana-mana contoh karya (catan misalnya) bagi
memahamkan pelajar tentang jalinan. Kadang-kadang pelajar akan mengubah dari
simulating texture kepada abstract. Dengan mengubah kepada jalinan abstrak, pelajar
berasa karya mereka lebih senang diolah, dipermudahkan pemikiran dan idea
penterjemahan dari yang asal, menjadi kan permukaan karya suatu yang lebih
dekoratif.

Lanjutan mengenai titik dan menjadi garisan yang bersambung sehingga menghasilkan
rupa digandingkan dengan kefahaman berkaitan prinsip menggubah yang turut
mementingkan ruang. Pada peringkat awal kefahaman mengenai rupa mungkin
menggunakan garisan luar yang mudah untuk menggubah sesuatu gambaran. Selain
itu,penataan warna juga disusun dengan baik dan menggunakan warna panas dan
sejuk bagi menunjukkan jarak kedudukan ruang sesuatu objek yang
dilukis.Bersandarkan lukisan ini ,pelajar sedang cuba menghasilkan pemandangan
ketika waktu senja.Penggunaan ruang adalah seimbang dan setara bagi setiap sudut.

Hasilan yang agak menarik dan kreativiti yang tinggi serta penggarapan ide yang baik
telah ditonjolkan pada karya ini.Kesatuan terdapat dalam hasilan lukisan ini dan ia
merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan
grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur,
lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.

4.0 Cadangan untuk penilaian portfolio dari aspek asas seni reka.

Definisi penilaian
Penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi
nilai . Ia bermaksud seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salahsatu
atau semua daripada perkara-perkara berikut keberkesanan, kelancaran,fungsi dan
operasi.

Portfolio merupakan satu kaedah menilai dan menguji pencapaian pelajar. Portfolio
Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja
seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru itu, bentuk portfolio
menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan
hasil kerja yang hendak dibuat. . Portfolio membawa maksud kesemua hasil kerja
pelajar – karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya dikumpul dan
disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.

Secara umumnya, bentuk portfolio dapat dinilai melalui empat aspek iaitu kajian,
lakaran, rangka sebenar dan persembahan portfolio. Keempat – empat aspek yang
meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui
sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal kanak –
kanak, sekolah dan kemudahan yang ada.

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif. Ia turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan
membuat keputusan. Ini disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain
mendokumenkan urutan proses kerja, ia turut menuntut kemahiran mencetuskan idea
secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif sama ada melalui alat,
bahan atau teknik tertentu. Kanak – kanak dapat merancang proses kerja dengan
memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja
dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi
mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia
menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu menjadi salah satu alat penilaian benar
dalam proses pembelajaran kanak – kanak.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat himpunan rakaman
urutan proses hasilan kerja kanak – kanak. Contoh hasil kerja kanak – kanak dapat
dilihat secara berterusan. Melalui portfolio juga, pernyataan perasaan kanak – kanak
semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual juga berlaku.

Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebaahagian peristiwa penting
untuk dikongsi bersama pihak lain. Semua pihak dapat menjadikan portfolio sebagai
petunjuk keupayaan dan refleksi kanak – kanak tentang proses kerja serta hasil kerja
seni. Satu bentuk penilaian portfolio yang dicadangkan bagi menilai aspek – aspek asas
seni reka.
4.1 Kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni Visual.

Bagi menilai hasil kerja kanak- kanak, seseorang guru harus mengambilkira beberapa
elemen dan prinsip seni reka dalam penilaian. Cantik merupakan suatu perkara yang
sangat subjektif. Oleh itu, penilaian atau pemarkahan boleh diambilkira dengan
menganalisa elemen – elemen dan prisip – prinsip seni. Elemen seni iaitu garisan. Hasil
kerja kanak – kanak dapat dilihat dengan penggunaan garisan. Terdapat beberapa jenis
garisan yang perlu diketahui seperti garisan tebal , nipis, bergigi, putus – putus dan
sebagainya

Bentuk pula boleh dilihat dari sudut dua dimensi dan tiga dimensi. Penggunaan ton
akan mewujudkan bentuk. Tona iaitu satu kesan tampak yang diwujudkan oleh kesan
cahaya. Contohnya gelap ke terang. Kesemua elemen – elemen ini perlu ditekankan
dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

Warna,terdapat berbagai jenis warna. Di antaranya warna panas dan warna sejuk,
warna asas,warna sekunder, dan juga warna tertiar. Warna juga boleh jadi dari sudut
monokromatik dan akromatik. Penggunaan warna yang sesuai akan mewujudkan
keharmonian, kontra dan dramatik dalam sesebuah hasil kerja. Melihat kepada elemen
rupa ianya bermula dari satu titik dan berakhir dengan titik mula akan menghasilkan
rupa.

Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru sepanjang proses pembelajaran. Hasil kerja
pelajar merangkumi karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota dan sebagainya dikumpul
dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Pemerhatian dilakukan
guru untuk pengujian formal atau tidak formal. Seseorang guru harus memberi tugasan
kepada pelajar beserta tempoh masa yang ditetapkan atau diperlukan bagi menyiapkan
tugasan. Contohnya aktiviti membuat kolaj.
Pengujian secara sumatif lebih bermakna kerana ianya memberi maklumat tentang
penguasaan pelajar secara menyeluruh. Ianya boleh dibuat melalui portfolio yang
dihasilkan oleh pelajar. Pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru
menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.
Luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak
sukar untuk dinilai.Tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard
yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajar- pelajar di dalam kelas
serta cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni
pada sebarang medium seni.

Penutup

Kesimpulannya seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan


keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah
kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima
mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej - mesej yang di
sampaikan . Dengan lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku
dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima.

Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam
semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan
melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut.
Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk memupuk kreativiti di peringkat sekolah
di dalam Pendidikan Seni Visual dianggap sebagai sangat mendesak dan penting.
Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini, memiliki pengetahuan dan kepintaran
yang tinggi tidak memadai. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mesti disertai dengan
kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apabila mereka dewasa
nanti.
BIBLIOGRAFI

Mazlan b. Mohamad. (2003). Siri Pendidikan Perguruan, Pendidikan seni 2, Kurikulum


Pendidikan Seni.. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Siti Zainon Ismail,..(1989). Percikan Seni. Kuala Lumpur: DBP Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Aasar, S. E. (1993). Human Potential: An Exploration of the Role of Creativity from an


Arab Perspective.

In Isaksen, S. G., Murdock, M. C., Firestein, R. L., & Treffinger, D. J. (Eds),


Understanding and
Recognizing Creativity: The Emergence of A Discipline, 454-465. NJ: Ablex Publishing.

Abdullah Sani, Y. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS


Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah

Amabile, T.M. (1996). Creativity in Context, Update to The Social Psychology of


Creativity. Colorado:
Westview Press, Inc.

Poh Swee Hiang. (2002). Siri Pendidikan Perguruan KBKK, Kemahiran Berfikir Secara
Kritis & Kreatif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

(1998), Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

MALAYSIA. Universiti Terbuka Malaysia. (2006). HBAE 1103. Pengenalan Pendidikan


Seni Visual. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn.Bhd

Bahan Internet:

1. http://goecities.com/smjelai/mesna1.html?200915
2. http://www.fp.utm.my/daftarweb/data/22-41.pdf

3. http://www.ppk.kpm.my/html/about%20cdc/about_per.htm (2003).

You might also like