You are on page 1of 23

Prosedur Kecemasan

Kebakaran
Pengenalan
• Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar
dan kehilangan nyawa di bangunan-bangunan
seperti pejabat, hotel, pusat membeli belah,
hospital, sekolah dan rumah.
• Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan
keselamatan semasa kebakaran yang baik
dilaksanakan.
• Pencegahan yang terbaik ialah dengan
menghapuskan bahaya kebakaran.
Api
• Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-
tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan bakar.
• Punca-punca haba termasuk percikan api, api
yang menyala, kuasa elektrik dan besi panas.
• Bahan mudah bakar seperti suratkhabar,
langsir, pakaian, dan perabot adalah tergolong
dalam bahan bakar selain minyak tanah atau
petrol.
Segitiga Api
Apa Harus Dibuat jika Berlaku Kebakaran
Melepaskan Diri dari Bangunan Terbakar

• Tutup mulut dan hidung dengan sapu tangan atau


kain basah bertujuan untuk menahan asap, debu-
debu dan habuk masuk.
• Apabila bergerak dalam bangunan berasap gunakan
cara meraba-raba dengan tapak tangan untuk
mengelakkan halangan dan juga kejutan elektrik.
• Seorang hendaklah menuju ke dinding dan merayap
sekeliling sehaluan hingga berjumpa pintu.
Dari Tingkat Pertama

• Sekiranya menggunakan tangga rapatkan diri


ke bahagian dinding.
• Menyusur ke bawah cara membelakang, rasa
dengan kaki sebelum pijak.
• Untuk tangga besi pastikan kepanasannya.
• Perhatian harus diberi kepada tangga ianya
punca bahaya. Kemungkinan boleh hangus
kerana kepanasan.
• Gunakan tingkap/bumbung dapur dan terjun
ke bawah.
Dari Tingkat Dua
• Jangan panik, gunakan kain-kain selimut,
cadar untuk membuat tali dan ikat pada
perabot berat atau tiang.
• Hulur tali serendah-rendah yang boleh hingga
ke bawah, jaga keselamatan semasa menuruni
cara ini.
Dari Tingkat Tiga
• Sediakan tali belati untuk menuruni, jika
boleh.
• Tutup pintu, buka jendela dan menjerit untuk
menarik perhatian orang dibawah.
• Tunggu sehingga bantuan tiba.
• Jangan gunakan lif semasa kebakaran.
Penggunaan Soket Panggilan Isyarat dan Gelendong Hos
Jika Pakaian Anda Terbakar
Prosedur Kawad Kebakaran
• Setiap sekolah hendaklah menjalankan kawad
kebakaran dan kecemasan disekolah masing-
masing.
• Kawad kebakaran tersebut hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya sekali di dalam
masa setahun.
Tujuan
• Supaya pelajar yang terancam boleh bertindak
dengan tenang dan teratur.
• Supaya jalan keluar dan tangga keselamatan
(routes of escape) digunakan mengikut 
kaedah yang dirancang.
• Supaya tindakan pengosongan bangunan
dilaksanakan dengan cepat dan teratur.
• Melatih AJK Pengurusan Krisis yang dilantik
menjalankan tugas dengan sempurna dan 
mengikut prosedur.
• Supaya dapat menguji keupayaan bertindak
serta keberkesanan alatan kebombaan 
dan kecemasan pada sesebuah bangunan
tersebut.
Persediaan
• Mewujudkan Jawatankuasa bertindak di setiap bangunan
dan melantik AJK Pengosongan Bangunan :
– Sebagai tanda pengenalan, AJK Pengosongan Bangunan
hendaklah memakai topi yang bewarna merah umpamanya.
–  Bertanggungjawab kepada semua penghuni semasa
pengosongan bangunan sehingga dipastikan keadaan bangunan
selamat untuk dihuni semula atau sehingga 
tanggungjawab tersebut diambilalih oleh pegawai pasukan
perkhidmatan.
– Memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan, jika
perlu.
• Menyediakan pelan lantai (floor plan) dan
rancangan tindakan.
Tindakan Sewaktu Menjalankan Latihan

•Bunyikan loceng kecemasan.


•Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dengan kadar
segera.
•Laporkan diri di tempat perhimpunan dan pastikan nama anda dipanggil
semasa 
perbarisan.
•Guru Tingkatan, panggil baris dan periksa kehadiran pelajar masing-masing
di tempat perhimpunan dan lapor kepada AJK Pengosongan Bangunan.
•AJK Pengosongan Bangunan laporkan kepada Pegawai Bomba faktor masa,
cara-cara pengosongan dijalankan/ulasan.
• Semasa mengosongkan bangunan TIDAK
dibenarkan:-

– Berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang-


barang.
– Pintas memintas atau tolak menolak antara satu sama lain.
– Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu
mereka untuk keluar dari 
bangunan.
– Hanya selepas bangunan anda diisytiharkan selamat,
barulah anda boleh masuk semula ke dalam bangunan
dengan teratur.
• Amali\SMK Hutan Melintang Latihan
Kebakaran Sesi Pagi.flv
Penutup
• Kebakaran atau apa-apa kecemasan di bangunan-bangunan
boleh berlaku pada bila-bila masa dan keadaan tanpa diduga.
• Kebakaran dan kecemasan boleh meragut
nyawa, mencederakan dan memusnahkan harta benda.
• Latihan kawad kebakaran dan kecemasan adalah merupakan
suatu langkah persediaan atau berjaga-jaga bagi menghadapi
segala kemungkinan yang mungkin berlaku.
• Di dalam apa jua keadaan sekalipun, perlu dingatkan bahawa
menyelamat nyawa adalah lebih penting daripada
menyelamat harta benda.
 

You might also like