You are on page 1of 74

KEMAHIRAN MENULIS

Pengenalan tulisan :

Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi.


Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui
butiran-butiran tulisannya.
Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak
ada tulisan.
Definisi kemahiran menulis :-
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)

Menyatakan menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang


disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan
seterusnya menjadi ayat.
Pusat Perkembangan Kurikulum

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan


ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan
menggunakan ayat dramatis,tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang
jelas dan kemas.
Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi
pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.
Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi
pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.
Yahya Othman

Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu,idea atau maklumat secara


bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis,penggunaan
bahasa,audience dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan
alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh
Don Byrne

Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,
proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan
kandungan pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.
Koh Boh Boon

Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan belajar


memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan
merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun
dan logik.
Ishak Haron

Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis


dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah
kemahiran penulisan secara mekanis.
OBJEKTIF
Jangka pendek

Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan


menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami.
Kanak-kanak dapat mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisantulisan
.
Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna
dalam bentuk tulisan.
Menanamkan minat suka menulis
Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan.
Mendirikan asas menulis yang kukuh
Jangka panjang

Memenuhi kehendak semasa.


Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi
penulisan.
Faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis
Faktor luaran

Bahan dan cara pengajaran.


Faktor dalaman

Lahir dari diri pelajar sendiri.


Faktor lain

Antaranya kurang perhatian, tumpuan,memori dan kesediaan ketika mula belajar


menulis
Tidak diberi panduan betul.
Halangan kemahiran menulis

Kaedah pengajaran yang tidak betul.


Cara pelajar memegang pensil juga mempengaruhi.
Guru kurang peka terhadap pembentukan huruf yang betul.
Aktiviti asas menulis tidak dijalankan secara serius.
Jenis kemahiran menulis
Kemahiran menulis secara mekanis

Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya


Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan
kemas.
Pelajar diperkenalkan huruf tanda bacaan dan lain-lain.
Langkah Kemahiran Menulis Secara Mekanis

Latihan pergerakan tangan, otot dan jari


Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan
sebagainya.
Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan lain-lain.
Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.
Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental
Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis
Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat
atau lain-lain.
Peringkat Mengajar Menulis secara Pelahiran Mental :

Menyalin dan meniru


Menghasilkan semula
Menggabungkan
Penulisan berpandu
Penulisan bebas
Peringkat kemahiran menulis
1. PRAMENULIS
· Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata
kepada murid-murid.
· Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara
2. PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS (MEKANIS)
· Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.
· Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.
3.
PERINGKAT UNTUK PELAHIRAN
Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan kepantasan
yang sesuai.
Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara
perkataan dalam ayat.
Contoh aktiviti pramenulis
Aktiviti membuat corak :

Aktiviti mewarnakan corak :

Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :

7
Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya

Contoh aktiviti

peringkat
mendirikan asas
(mekanis) :

1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.


2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua
3. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul
4. Menulis huruf mengikut urutan yang tetap
5. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
6. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.
Contoh Aktiviti Kemahiran Menulis Secara Pelahiran Mental.

Mengisi silang kata.


Mengisi tempat kosong dalam ayat
Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi
Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita
Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.
Pemilihan bahan untuk kemahiran menulis
1. Buku latihan
· Carta
· Rajah
2. model
· Transparensi dan overhead projector.
· Kapur dan kertas bergaris dan tidak bergaris
· Dan sebagainya.
Kesalahan biasa dalam tulisan :

Bentuk huruf tidak sama saiz.


Jarak antara huruf tidak sama.
Tulisan menjadi kotor.
Kecondongan tulisan tidak sama.
Jenis-jenis penulisan :

Karangan terkawal
Separuh terkawal
Karangan bebas
Karangan berpandu
Kaedah pengajaran kemahiran menulis :

Motivasi
Persediaan
Persembahan
Perlaksanaan
Penilaian
Proses kemahiran menulis
1. Pembelajaran tiga peringkat menulis
2. Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis.
3. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf
4. Kenalpasti kesalahan murid.
5. Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.
MAKLUMAT TAMBAHAN
KEMAHIRAN MENULIS CEPAT
KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting. Aktiviti ini dija
lankan
atau dilakukan pada peringkat kanak-kanak dan juga pada peringkat orang dewasa.
Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran mendengar. Hasil
daripada kajian itu, beliau merumuskan bahawa dalam keadaan manusia sedar, 45%
digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini
menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen
(1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi
kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar
merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana
proses pengajaran di universiti biasanya dilakukan secara kuliah dan pensyarah t
idak
banyak memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan.
Keadaan ini menggambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar
bersungguh-sungguh ketika sesi kuliah sedang berjalan.
Anderson et al.(1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah
pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971 : I)
menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antar
a
50% hingga 100%.
2.1 KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR
.
Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai
alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses
psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang
disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan
melakukan tindakbalas yang sesuai.
.
Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang
melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses
yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.
.
Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar
secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada
situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan me
ncapai
tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan
dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran.
.
Mendengar adalah
perbuatan yang
menggunakan organ
bersama-sama dengan
saraf pendengaran di otak.
Tetapi perbuatan ini mesti
dilatih dengan betul supaya
14
proses pendengaran dapat
dilakukan dengan betul.
.
Devine (1981) menyatakan
bahawa dengan
mendengar bukan sahaja
menumpukan sepenuhnya
perhatian tetapi melibatkan
motivasi dan keadaan
fizikal emosi yang
mempengaruhi proses
pendengaran itu sendiri.
.
Dakin (1980:31)
.......listening is one half of
the process of
communication.
.
Kemahiran mendengar
adalah satu proses yang
melibatkan dua peringkat
kemahiran. Peringkat
pertama ialah menerima
dan membezakan bunyibunyi
yang hampir sama.
Peringkat kedua pula ialah
memahami bunyi bahasa
yang bermakna seperti
15
perkataan, frasa, klausa
dan ayat.
.
Kemahiran mendengar
merupakan gabungan
segala yang didengar,
difahami dan diingati.
.
Kemahiran mendengar
melatih seseorang individu
untuk mendengar,
mengenal bunyi bahasa,
urutan seterusnya
berupaya untuk
memahami.
.
Kemahiran mendengar
melatih seseorang untuk
mendengar sekaligus
mamahami pertuturan
penutur dengan baik. Hal
ini secara tidak langsung
dapat menjadikan
komunikasi berlaku dengan
berkesan.
2.2 TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Terdapat beberapa tujuan kemahiran mendengar. Antaranya ialah :
.
Mendengar untuk mendapatkan
maklumat, fakta, data dan pengetahuan.
Contohnya seperti mendengar ceramah
untuk mendapatkan pengetahuan.
.
Untuk menghayati keindahan bahasa dan
muzik. Misalnya dalam puisi. Bahasa
yang digunakan begitu puitis, dengan itu
pendengar dapat menghayatinya melalui
proses pendengaran yang baik.
Manakala mendengar untuk tujuan
menghayati keindahan muzik pula
bertujuan untuk menghayati lirik-lirik lagu
yang didendangkan.
.
Untuk mengetahui keadaan semasa.
Tujuan ini amat penting supaya kita tidak
ketinggalan daripada mengetahui
perkara-perkara yang berlaku di sekeliling
kita. Kita dapat mendengar
perkembangan semasa ini melalui media
elektronik seperti radio dan televisyen.
.
Untuk mendengar penjelasan guru
tentang sesuatu. Tujuan ini amat penting
bagi pelajar dan penuntut-penuntut di
institut pengajian tinggi. Mereka perlu
mendengar dengan teliti setiap input yang
diberikan oleh guru mahupun pensyarah
seperti penerangan tugasan mahupun
ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlaku.
2.3. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR
Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah
faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi
sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang
mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak
tergolong dalam cacat pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran
antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak
lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding
dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga,
termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi
kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh
mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan
dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya
seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh
mempengaruhi kebolehan mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran
mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang
didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak
balas.
Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.
2.4 HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR
18
Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar. Halanganhalangan
ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
Antara halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan
dalam membezakan bunyi. Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam
menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapat
memberi makna terhadap apa yang didengar. Kekeliruan dalam membezakan bunyi
akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar
tentang apa yang terkandung dalam ayat.
Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar.
Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan
menyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang
lemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan penanda wacana yang
menjadi wahana penting dalam membentuk kesinambungan ayat akan menghadapi
masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan ayat.
Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat.
Pendengar yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar.
Maklumat yang didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.
Contohnya seperti semasa murid-murid mendengar pesanan guru supaya pesanan
tersebut disampaikan kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidak
datang ke sekolah.
Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang
terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan mak
na
dan maklumat yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid
sukar untuk memahami sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.
Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga boleh
mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi. Penggunaan
ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga boleh
mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk mengatasinya
adalah dengan menggunakan bahasa Melayu baku ketika bertutur. Selain itu para
penyampai maklumat terutamanya guru wajar merancang langkah-langkah yang
sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar. Antara
perancangan yang harus dibuat ialah pemilihan bahan.
2.5 PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
Proses mendengar (hearing) ialah satu proses fisiologi yang melibatkan telinga
sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa. Sungguhpun telinga merupakan alat asas
dalam proses mendengar, proses memahami pendengaran (listening) pula melibatkan
proses psikologi dan mental seperti pengamatan (perception), kecerdasan
(intelligence) dan pemikiran (thinking). Selain itu, kefahaman mendengar (listen
ing
comprehension) juga akan dipengaruhi oleh minat dan tumpuan (concentration) yang
ada pada seseorang pendengar.
Sebagaimana Assuming that a speaker is making an effort to be heard and
understood, it is the responsibility of the listener to receive the communicator s
message. Listening requires us to concentrate very hard on what is being said. U
nlike
reading, in which we can go over a passage several times if needed in order to
understand it, listening has no built-in switch. Unless we are using a tape reco
rder, we
cannot play yang kita semua sedia maklum, proses mendengar dan memahami secara
berkesan bukanlah satu tugas yang mudah. Ini adalah kerana proses tersebut
memerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif daripada pendengar.
Menurut Hunt (1981 : 20) :
back what the speaker has said. Therefore, we must listen well to the message
as it is being presented.
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar dereta
n
bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan bunyi
dan bertindak terhadap bunyi.
Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu mendengar bunyi da
ri
unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat
20
didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arahnya. Pada peringkat permulaan
mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan.
Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu dapat didengar secara
keseluruhan. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat
artikulasi dan pancaindera yang normal.
Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi yang
didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi tersebut
didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu daripada penutur, pendengar
akan menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi yang didengar
olehnya. Dalam erti kata lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang
dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Pros
es
ini yang berulangkali dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kepada
pendengar.
Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna beberapa
deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan perbezaan makna antara satu
deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya,
bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan
marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih,
simpati dan sebagainya. Kesimpulannya, pendengar yang baik akan memahami dan
mengerti maksud setiap ujaran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja boleh
memahami malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya.
Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya
akan terlaksana setelah pendengar melalui peringkat-peringkat yang terdahulu iai
tu
mendengar deretan bunyi, memahami bunyi tersebut dan menguasai makna beberapa
deretan bunyi. Ia berlaku apabila pendengar hendak membuat rumusan dan
keputusan. Pendengar akan bertindak untuk melakukan sesuatu yang wajar setelah
arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
2.6 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua iaitu mendengar secara intensif
dan mendengar secara ekstensif.
MENDENGAR SECARA INTENSIF
Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang bias
anya
dilakukan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh
dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama menekankan kepada latihan yang
berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Jenis yang kedua pula
menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.
1. Latihan Berpusatkan Kepada Kefahaman Makna
Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalank
an
melalui pelbagai cara. Antaranya ialah :
I.
Mendengar arahan
Murid-murid atau para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas
terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua d
arjah
atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar
dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dengan cepat dan
dapat bertindak terhadapnya dengan segera. Murid-murid seperti ini dapat
menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yan
g
boleh dijalankan ialah dengan melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan
sesebuah bandar pada peta dan lain-lain.
II.
Menjawab soalan kefahaman
Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal
pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk
fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Pelbagai aktivi
ti boleh
dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna,
membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran,
membuat andaian interential dan memberi komen.
III.
Mendengar untuk mendapatkan maklumat
Dalam latihan ini perhatian murid-murid lebih ditumpukan kepada bahagian-bahagia
n
tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih mu
ridmurid
mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan
mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-muri
d.
Antaranya ialah mendengar tentang rahsia kejayaan pelajar cemerlang, mendengar
daripada seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli dan mendengar
arahan serta teknik-teknik yang diberikan oleh seorang jurulatih bola sepak sert
a
mendengar dan mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
orang tertentu dalam seminggu.
IV.
Membuat ringkasan
Murid-murid mendengar petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang
didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakan terlebih dahulu. Muri
dmurid
diminta mencatat isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan. Ringkasan itu
kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.
V.
Menyelesaikan masalah
Murid-murid mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang dengan
rakan-rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada mulanya, mereka
diminta untuk mendengar masalah itu dengan teliti. Kemudian, merka perlu memaham
i
maksudnya dan mencari punca masalah tersebut. Selepas itu, murid-murid diminta
untuk membuat cadangan mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah
tersebut. Kadangkala, murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan
tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya 50 Tahun Malaysia
Merdeka, Terbilangkah Kita? . Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran
mendengar secara intensif.
2. Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan
Setelah murid-murid memahami dan boleh membuat andaian terhadap apa yang
didengarnya, guru boleh meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat
memperincikan bahasa. Pada peringkat awal atau permulaan, murid-murid akan
didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan.
Tujuannya adalah untuk meberitahu mereka bahawa mereka boleh menterjemah
sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami
apa yang diperkatakan. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri
mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang
mendengar pelbagai bentuk bahasa.
Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu
digunakan, guru juga boleh membimbing murid-murid mereka untuk mengesan
kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam bahasa ketika bahasa itu dituturkan. Gur
u
boleh menarik perhatian perhatian murid-murid kepada aspek-aspek bahasa yang laz
im
diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada, tekanan, gaya, bentuk dan st
ruktur.
Kesalahan-kesalahan seperti ini secra tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran

bahasa lisan murid-murid.


MENDENGAR SECARA EKSTENSIF
Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah muridm
urid
dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara
ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan
tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya.
Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan
daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperoleh.
BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR
Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Antaranya ialah :
a) Mendengar Secara Pasif
Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah.
Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna
keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang
didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta
menyebut semula perkara-perkara yang didengar itu.
Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif.
Antaranya ialah mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat
mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kep
ada
mereka.
b) Mendengar Secara Bertelau-telau
Mendengar secara bertelau-telau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua.
Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif.
Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap
bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka tidak biasa
mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.
c) Mendengar Tanpa Tindak Balas
Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak
membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak
peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami
sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan
menyebabkan mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati
atau sebagainya.
d) Mendengar Secara Menebuk-nebuk
Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuknebu
k
kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu.
Pada peringkat ini, kemahiran mendengar bagi pelajar yang menuturkan bahasa itu
masih rendah.
Kemahiran mendengar secara menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam kalangan
pelahar bahasa ibunda. Hal ini terjadi kerana mereka cukup pasti bahawa mereka
berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman
mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.
e) Mendengar Dengan Beremosi
Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang
dituturkannya. Hal ini kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga
memberangsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memahami dan
bertindak terhadap ujaran tersebut.
f) Mendengar Secara Berhati-hati
Pada peringkat ini, seseorang itu perlu mendengar dengan teliti dan secara
bersungguh-sungguh. Si pendengar harus menumpukan pendengarannya terhadap
kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesua
tu
percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan ada
lah
untuk menentukan supaya setiap butir perkataan yang dituturkan itu dapat difaham
i
dengan tepat dan betul.
g) Mendengar Secara Kritikal
Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai
kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar si
pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan
sesuatu fakta yang didengarnya.
h) Mendengar Dengan Pengamatan
Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah
boleh berfikir secara kritikal. Mendengar dengan cara ini akan lebih bermakna ji
ka
proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Hal ini
membawa makna si pendengar akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang
dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.
I) Mendengar Secara Kreatif
Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan menja
di
matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si
pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia
dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Hal ini membawa maksud ia dapat
memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh
membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas serta
jitu.
Mendengar secara ekstensif lebih menekankan aktiviti mendengar secara
kritis dan logik. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk
memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan besar murid-murid boleh
memberi komen daripada apa yang didengarnya atau melengkapkan sebuah cerita
atau mungkin juga mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya.
Latihan mendengar seperti ini dapat membantu murid-murid memberi pandangan yang
baik mengenai sesuatu perkara dan sekaligus dapat menjadi pendebat yang baik
dengan mengeluarkan huja-hujah yang bernas.
2.7 PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR
Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran
pertengahan dan kemahiran peringkat maju.
KEMAHIRAN PERMULAAN
Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah mengecam
bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar
dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna perkataan,
melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan
,
bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan ayat dan
mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat.
KEMAHIRAN PERTENGAHAN
Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran
mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat
khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi
( perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal sikap dan perasaan oang yang
bercakap dan sebagainya.
KEMAHIRAN PERINGKAT MAJU
Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui
fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti
aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan
menggunakan pelbagai struktur nahu.
2.8 PEMILIHAN BAHAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam proses merangsang kemahiran mendengar
dalam kalangan murid-murid terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung amatlah penting. Pemilihan bahan yang sesuai akan merangsang
pendengaran murid untuk mendengar secara ekstensif.
Antara bahan yang boleh digunakan untuk merangsang pendengaran ialah
penggunaan media elektronik. Pemilihan bahan berkomputer dan media elektronik
yang lain seperti radio, televisyen, perakam video dan kaset boleh membantu pros
es
ulang tayang untuk tujuan mendengar kenyataan atau maklumat penting yang berkait
an
dengan isi pembelajaran. Mendengar dan melihat boleh meningkatkan pemahaman
pelajar dalam menghubungkannya dengan makna dan isi.
Selain itu guru perlu menggunakan bahan-bahan rangsangan pembelajaran
yang bersesuaian. Contohnya seperti menggunakan bahan berbentuk prosa sama ada
prosa tradisional ataupun prosa moden, bahan berbentuk puisi dan menggunakan
bahan grafik seperti kad-kad bergambar.
2.9 AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR
Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid tel
ah
dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran
mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap
kemahiran mendengar setiap pelajar.
Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan.
Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar dikehendaki
mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru
menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah,
pelajar
juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya
pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi
perkataan yang disebut oleh guru.
Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pel
ajar
diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama sebutannya berulang-ulang kali.
Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk
memaksimumkan kesannya. Contoh-contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan
29
depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua
belas kilo dan tulang temulang di atas belulang.
Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi
kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit
perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. Guru menyebut perkataan itu dan murid
diminta memadankannya dengan gambar berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah
seperti berikut :
Arahan kepada murid : Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga perkataan.
Tuliskan huruf-huruf A, B atau C dalam ruangan di bawah gambar yang sesuai.
Soalan 1 :
A = buku
B = kuku
C = duku

Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas
juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemaha
man
murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat
beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah :
I. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas.
II.
Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih
lama.
III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan.
2.10 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah
pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid, mengekalkan
perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah pengajaran yang boleh
dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah kaedah permainan bahasa, kaedah
bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal jawab.
Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam
pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar
para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan
guru
yang memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan
oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahir
an
berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca
dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.
Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut
iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan,
menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis ras
a
bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.
Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelaj
ar
mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat
disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur,
membaca dan menulis dalam kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana
ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligu
s
menghilangkan minat pelajar untuk mendengar.
Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita ialah
memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji ce
rita
itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz.
Guru perlu berlatih bercerita seolah-olah berada dihadapan murid-murid sekurangk
urangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru hendaklah bercerita dalam
keadaan yang selesa. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar
atau alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-a
yat
yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan juga perlu
disediakan.
Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui
Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setela
h
dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris
dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah supaya guru dapat
mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik
tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan
permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan
dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama
dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk
pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara
spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz
dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuha
n.
Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara p
elajar.
Pelajar perlu mendengar dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang
bertindak sebagai pengacara supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik
sekaligus memerlukan mereka menguasai kemahiran mendengar.
Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah
pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama
dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan
kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan
interaksi guru dengan murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahir
an
mendengar pelajar.
Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang
sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping
dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman mendengar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid,
untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis,
untuk
mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar serta
meningkatkan kemahiran mendengar para pelajar. Soalan yang terancang dan
bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
KEMAHIRAN MEMBACA

1.1 DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA.


Membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja
bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid
yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, jika tidak memahami apa yang
disuarakan maka murid itu tidak dikira pandai membaca.
· Pumfrey (1977)
Satu proses pemikiran yang membina
· Zulkefli Hamid (1994)
Ketika seseorang itu membaca ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara
langsung dan sedar dengan bahan bacaannya.
· Deboer dan Dallman
Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea tang dilambangkan
melalui penulisan.
· Juriah Long (1990)
Pembaca yang cekap hanya memberi perhatian pada perkataan-perkataan
yang penting sahaja. Ia juga memberi tumpuan kepada kebolehan memproses
bagi mendapatkan makna dengan menggunakan strategi anlisis dan sintesis
dalam bacaan.
· KPM (1998)
Para pelajar harus cekap membaca dan memahami pelbagai bahan dengan
kritis dan analitis.
· KAMUS DEWAN
Membaca ialah suatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan mengetahui
sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.

Satu proses kompleks yang perlu seseorang menguasai sub-kemahiran yang


berkaitan dengan asas-asas bacaan
Sebelum pelajar menguasai kemahiran membaca, mereka perlu menguasai,
mengenal huruf-huruf yang menjadi lambang kepada bunyi, mengenal sistem
ejaan dan mengetahui sebutan perkataan mengikut penyukuan kata.
1.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA.
TUJUAN
MEMBACA
Tujuan
Serta-merta
Tujuan
lanjut
1.2.1 Tujuan Serta-merta
Tujuan serta-merta mempunyai tujuan muktamad yang berhasrat membolehkan
murid-murid membaca dan memahami. Tujuan serta-merta juga mempunyai
tujuan lain:
a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan intonasi
yang betul.
b) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa merasa sebarang
gangguan.
c) Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus-menerus dan mencari
pengertian daripada yang dibaca.
d) Untuk menimbulkan minat mahu mambaca sebagai alat hiburan atau alat
pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.
1.2.2 Tujuan Lanjut
a) Sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari
sekolah.
b) Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan pandua hidup
c) Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah.
d) Latihan untuk melahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
e) Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti
perkembangan sekeliling.
1.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MEMBACA
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca. Antaranya
termasuklah perbendaharaan kata, pembantukan ayat atau jenis ayat dan panjang
pendek ayat serta perkataan. Penggunaan konsep-konsep, saiz dan stail cetakan,
penggunaan dan penyusunan bahan visual atau grafik, bentuk penulisan,
penyusunan idea atau isu minat membaca, dan pengetahuan latar pembaca
menjadi faktor penting.
Walaupun banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca, kebanyakan
penyelidik menjelaskan bahawa aspek penggunaan perbendaharaan kata dan
panjang pendek ayat merupakan dua faktor penting yang dapat menunjukkan tahap
membaca.
Di samping itu, daripada banyak faktor yang mempengaruhi membaca, minat,
dan pengetahuan serta pengalaman pembaca merupakan faktor-faktor yang tidak
dapat dikawal. Bahan x mungkin dapat menarik minat murid A tetapi menjemukan
murid B. dengan itu, kemahiran membaca x adalah rendah bagi murid B dan
rendah bagi murid A. Lazimnya, seseorang itu mendapati pembacaan sesuatu
bahan menyeronokkan kerana ia telahpun mempunyai pengetahuan dan
pengalaman lalu yang dapat dikaitkan dengan apa yang dibaca.
1.4 HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA
1.4.1
Kelemahan dalam Memahami apa yang dibaca
Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak mengenal huruf, akan mengalami
kesukaran untuk membaca dengan lancar,
1.4.2
Kekeliruan dalam membezakan bunyi bacaan
37
Murid seharusnya mempunyai kemahiran dalam menentukan huruf yang
dibaca.kekeliruan dalam membezakan huruf akan menyebabkan pelajar tidak
dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang dibaca.
1.4.3
Tidak cekap dalam memproses maklumat
Pembaca yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka baca.
Maklumat yang dibaca akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali.
1.4.4
Gaya bacaan
Gaya bacaan juga mempengaruhi kemahiran membaca.
1.5 PROSES MEMBACA
Membaca ialah suatu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa
kemahiran tertentu dan merupakan interpretasi symbol grafik. Membaca
memerlukan seseorang mengenalpasti symbol dan hubungannya dengan makna
tertentu. Membaca juga adalah aspek bahasa dan komunikasi. Proses meletakkan
pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea. Membaca
memerlukan penyampaian atau komunikasi mesej dan sistem bahasa (sistem
isyarat) untuk membolehkan mesej itu disampaikan.
Dalam proses membaca, sistem isyarat ialah symbol grafik. Membaca adalah
proses pancaindera. Pembaca mesti dapat bertindakbalas untuk membezakan
bentuk melalui penglihatan terhadap symbol grafik. Membaca juga ialah proses
mengenalpasti perkataan.
1.6 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MEMBACA
Terdapat empat jenis bacaan dalam kemahiran membaca dan dua cara
daripadanya sering dijalankan di sekolah-sekolah iaitu bacaan mekanis dan bacaan
mentalis. Jenis-jenis kemahiran membaca ialah:
· Bacaan mekanis
· Bacaan mentalis
· Bacaan ekstensif
· Bacaan intensif
1.6.1
BACAAN MEKANIS
Menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,intonasi dan irama
mengikut gaya yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan.
1.6.2
BACAAN MENTALIS
Bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada
maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas
daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam
bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak
diperlukan dalam bacaan senyap.
1.6.3
BACAAN EKSTENSIF
Bacaan meluas yang menekankan aktiviti membaca diluar kelas oleh murid
secara sendiri.
39
1.6.4
BACAAN INTENSIF
Bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang kebolehan meneliti,
memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.
1.7 PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA
Peringkat kemahiran membaca terdiri daripada enam peringkat iaitu:
· Peringkat menyediakan murid
· Peringkat prabacaan
· Peringkat membaca secara mekanis
· Peringkat membaca dan memahami
· Peringkat intensif
· Peringkat ekstensif
1.7.1 PERINGKAT MENYEDIAKAN MURID
Guru berperanan penting dalam meninjau keadaan murid-murid sama ada
bersedia untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pada peringkat ini,
guru perlu memberi perhatian kepada dua perkara yang dikira penting iaitu:
a) Perasaan murid-murid
b) Bahasa murid-murid
Perasaan murid-murid
Murid yang baru memasuki alam persekolahan mengalami perubahan pada alam
sekeliling. Murid mulai bimbang kerana terpisah dengan ibu bapa dan kawasan yang
berlainan dengan tempat tinggal mereka. Mereka hanya bergaul dengan rakan sebaya
yang belum mereka kenali. Guru perlu memahami kesulitan dan perasaan yang dialam
i
40
oleh mereka. Guru perlu menawan hati murid sehingga mereka menaruh kepercayaan
kepada guru, mula merasa perasaan kasih kepada guru dan tidak menganggap guru
sebagai orang asing. Guru harus bijak mengambil hati murid seperti menghiburkan
mereka dengan nyanyian, pantun kanak-kanak, cerita jenaka dan binatang, lakonan,
senaman dan kegiatan kumpulan yang menyeronokkan.
Bahasa murid-murid
Soal bahasa ini penting dalam melihat kebolehan dan keberanian murid-murid
bertutur dan berbahasa. Melalui bahasa, murid dapat menyatakan perasaan dan
fikirannya. Bagi murid yang belum lengkap pertuturannya, sebutan dan fahaman yan
g
belum sempurna akan menyusahkannya dalam proses membaca dan menulis. Oleh itu,
guru perlu mengambil tahu hal ini sedari awal sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran bermula. Guru harus menyiasat tentang bahasa yang digunakan oleh
murid-murid khasnya bahasa yang akan digunakan dalam pelajaran bacaan.
1.7.2 PERINGKAT PRABACAAN
Pada peringkat prabacaan, perkara-perkara seperti asas bacaan
memerlukan kajian yang mendalam dan teliti daripada guru supaya pelajaran
yang disampaikan tidak membosankan murid. Hal-hal ini berhubung rapat
dengan alat bantu mengajar dan bahan bacaan yang sesuai. Guru perlu
menyediakan alat-alatan seperti kapur berwarna, papan magnet, kad-kad
imbasan yang telah bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat serta
gambar-gambar berwarna untuk menarik minat murid.
Peringkat prabacaan ini menekankan beberapa perkara penting:
a) guru perlu memastikan segala bahan yang hendak diajar hendaklah dipilih,
dikawal dan disusun dengan baik.
b) Guru mestilah mengajar perkataan-perkataan dan rangkai kata atau ayat
yang sesuai dengan murid pada peringkat prabacaan.
c)
Guru perlulah menyedia alat-alat mengajar yang lengkap untuk menimbulkan
minat murid.
d) Isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru mestilah berkait rapat
dengan pengalaman dab sesuai dengan perkembangan jiwa kanak-kanak.
e) Penggunaan gambar yang berwarna-warni untuk menarik hati murid dan

memberi galakankepada mereka.


f)
Guru selalu memberi galakan dan bimbingan supaya dapat memupuk
semangat murid untuk terus belajar membaca.
Peringkat prabacaan ini juga merupakan:

Satu tempoh masa yang menyediakan murid untuk membaca


Penyediaan dilakukan dengan memberikan pengalaman, mengenal dan
mengecam sebelum membaca.
Murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang mendorong mereka
mempertingkat ketajaman penglihatan dan pendengaran,
Penekanan juga diberi untuk membolehkan murid membentuk kelaziman
membaca, dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.
1.7.3 PERINGKAT MEMBACA SECARA MEKANIS
Pada peringkat ini, bacaan yang dibaca menggunakan sebutan yang jelas
dan terang dengan intonasi dab irama yang mengikut gaya membaca yang betul
dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Melalui peringkat ini, guru
memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan mengikut
kesesuaian kepada kebolehan dan umur murid. Selain itu, guru menjalankan
sesi soal jawab dengan murid dan membantu murid dari segi perkataanperkataan
dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna
perkataan itu. Di samping itu, guru juga boleh membaca dan murid-murid
menyemak bacaan guru atau guru membaca dan murid-murid mengikut bacaan
guru. Guru turut membantu murid dengan mengajar murid membaca secara
individu dengan bergilir-gilir danguru berbincang dan bersoal jawab dengan
42
murid-murid mengenai isi bacaan untuk menguji kefahaman murid. Ini boleh
dilakukan secara lisan atau bertulis.
Pada tahap ini juga, murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata,
perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Murid-murid juga sudah boleh
membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
yang bermula dengan konsonan.
Tahap ini mempunyai beberapa perkara penting yang lain mengenainya:
a) kaedah membaca yang sistematik
b) Kesesuaian bahan bacaan
c) Alat Bantu yang sesuai dan pelbagai
d) Iklim bilik darjah

1.7.4 PERINGKAT MEMBACA DAN MEMAHAMI


Pada peringkat ini, bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan
peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru perlu menyediakan soalansoalan
yang mudah untuk kefahaman murid selain mengambil kira sebutan
suara dan kelancaran murid. Dalam hal ini, bacaan senyap amat digalakkan
supaya murid dapat melatih diri untuk menangkap maksud isi pelajaran yang
dibaca. Guru perlu memberi perhatian kepada perkara berikut iaitu memulakan
langkah membaca setelah murid-murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan
boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf. Guru harus memperbanyak
soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca.
Teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsipyang betul dan perlu
digunakan oleh guru untuk membina kefahaman murid serta menjalankan aktiviti
bacaan intensif dan ekstensif untuk latihan kemahiran membaca murid.
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa
kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna.
Pada tahap ini murid patut mempunyai keupayaan untuk:

Mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca


Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang
dibaca.
1.7.5 PERINGKAT BACAAN INTENSIF
Peringkat ini memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan
mentafsir bacaan dengan tepat. Murid memerlukan bimbingan dan bantuan
penuh daripada guru dalam menggunakan peringkat peringkat kemahiran ini.
Guru hendaklan berbincang dengan murid mengenai bahan-bahan bacaan
intensif sama ada menganalisa atau dijadikan latihan asas untuk latihan-latihan
menulis. Murid-murid juga dibenar menggunakan kamus atau buku rujukan
tatabahasa pada peringkat ini. Guru perlu memastikan aktiviti di dalam kelas
ditukar setiap hari. Guru juga boleh mempelbagai soalan utuk bahan bacaaan
intensif iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk
jawapan bertulis. Pada peringkat ini, segala kajian yang dilakukan pada bahan
bacaan intensif dibuat secara lebih mendalam.
1.7.6 PERINGKAT BACAAN EKSTENSIF
Peringkat ini adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif menitikberatkan aspek
pengukuhan asa bacaan, meningkatkan kepantasan membaca membina dan
mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting oleh murid.
Pada peringkat ini murid mendapat kepuasan, keseronokandan menambah ilmu
pengetahuan mereka. Peringkat bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan
membaca yang dilakukan di luar kelas oleh murid tanpa bimbingan guru. Ia juga
44
merupakan bacaan yang membuat bahasa murid membaca sesuatu bahan
tanpa menghadapi kesukaran dan berasa seronok dan terhibur.
Selain itu, bahan bacaan ekstensif ini harus luas dan sesuai dari segi
perbendaharaan kata, umur, minat, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita
murid. Bahan bacaan ini juga harus diperoleh daripada bahan-bahan yang
berbeza.
1.8 PEMILIHAN BAHAN BACAAN
1.8.1 Menentukan Tahap Kesukaran
Pastikan bahan itu boleh dibaca dengan penggunaan kamus yang
minimum. Sekiranya murid terpaksa merujuk terlalu banyak perkataan
sukar di dalam kamus, dia cepat letih dan keliru apabila cuba
mencantumkan semua perkataan-perkataan baru yang diperoleh
maknanya dalam kamus.
Sekiranya murid baru mula membaca, cari bahan-bahan yang
disediakan khas untuk pembaca yang baru dengan membaca iklan-iklan
akhbar, keterangan dibawah gambar dan notis terutamanya apabila
bahan-bahan itu dibantu dengan bahan bergambar.
1.8.2 Memilih Tajuk Bacaan
Pilih tajuk bacaan yang biasa dengan diri murid. Kebiasaan dengan
suatu tajuk membantu murid lebih mudah meneka makna perkataan yang
jarang ditemui. Keadaan ini dapat mengurangkan jurang pengetahuan
bahasa. Pilih keratan akhbar yang pendek dan petikan majalah berkaitan
topik yang murid mempunyai sedikit pengetahuan mengenainya.
1.8.3 Bahan Yang Menarik Minat
Pilih bahan-bahan yang difikirkan mendatangkan minat supaya
terus membaca. Sekiranya didapati bahan yang dibaca itu menarik, murid
mungkin meneruskan bacaannya dan situasi ini menunjukkan sebahagian
daripada kejayaan murid.
1.9 AKTIVITI KEMAHIRAN MEMBACA
1.9.1 Aktiviti Peringkat Prabacaan
Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
Memilih bentuk yang sama dan berbeza dari segi warna, bentuk dan
saiz.
Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf.
Mengelaskan benda atau bentuk gambar mengikut kumpulan.
Menyusun benda atau gambar mengikut urutan.
1.9.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis
Membunyikan huruf-huruf dalam perkataan.
Membaca perkataan bergambar.
Menyusun semula huruf yang diberi untuk membina perkataan
bepandukan gambar.
Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.
Mengeja perkataan dan membaca ayat
Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam
perkataan.
1.9.3 Aktiviti Peringkat Membaca Dan Memahami
Menyusun dan memadankan gambar-gambar dengan perkataanperkataan
yang diberi.
46
Menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi.
Membaca senyap sesuatu cerita untuk dibincangkan.
Menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk gambar rajah.
Menggambarkan bahan yang dibaca dengan memberi penerangan.
Menggambarkan cerita yang dibaca dalam bentuk lisan.
1.10 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
1.10.1 Kaedah Mengeja
a.
Mengeja dan membatang suku kata seperti b, a,= ba; t, u= tu. kemudian
suku kata ini digabungkan menjadi perkataan.
b.
Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.
1.10.2
Kaedah Bunyi
a) Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang
lain, misalnya ba, tang,= batang
b) Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan
akhirnya perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba.
1.10.3
Kaedah Huruf
a) Mengenal nama-nama huruf a, b, c, d,- , z, vocal dan konsonan.
b) Di dalam Bahasa Malaysia yang dibunyikan ialah:
Vocal-
a,e,i,o,u
Vocal dan konsonan ba, be, bi, bu, bo
Diftong -
ai, au, oi
c) Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya
ba + tu = batu.
d) Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.
47
1.10.4
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu:
a) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman
melalui gambar.
b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alatala
t
sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam
suasana berbahasa. Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan di
cipta
oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Oleh kerana itu, model-model yang diperde
ngarkan
haruslah model-model yang baik yang membolehkan pelajar-pelajar bertutur secara
berkesan.
3.1 KONSEP BERTUTUR
Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur i
tu dapat
mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak
belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertu
tur
dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina. Pertuturan yang
baik
boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi
dan
penguasaan sistem bunyi yang lain.

Objektif Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan


mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-
rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.
Dalam menguasai kemahiran tersebut, guru haruslah memastikan
murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta
menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.
Pengajaran Dan Pembelajaran Bertutur Haruslah Membolehkan Murid:
Menyebut dengan jelas

Menyampaikan atau melahirkan pendapat


peribadi
Menunjukkan arah
Bertemu ramah
Memberikan penerangan dan memberi alasan
Membina soalan untuk mencari maklumat
Bertukar-tukar pendapat dan maklumat
Melaporkan peristiwa dan member sesuatu
huraian dengan tepat
Bertutur secara bertatasusila
Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan
sesuai dengan pendengar dan situasi
3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUTURAN
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :

a)
Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan
kemampuan menghasilkan bahasa.
b)
Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat
sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu.
Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk
berfikir dan bercakap.
c)
Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal
manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi
berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.
d)
Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan
keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
e)
Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak
perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan
oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan
urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.
Faktor Dwibahasa: Kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik
berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini
3.3 ASPEK-ASPEK PERTUTURAN
Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian dalam kemahiran
bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabaha
sa,
kelancaran dan laras bahasa.
i.
Sebutan: Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi
setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan
melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus
menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.
ii.
Tekanan: Tekanan adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat
dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan
dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut
sesuatu pengucapan.
iii.
Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi
itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini
biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak
membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa
Inggeris dan Arab.
iv.
Jeda (persendian): Unsur ini disebut juga sebagai persendian. la digunakan
untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata,
atau ayat-ayat. Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai
hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika ia
digunakan.
v.
Intonasi: Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu
sesuatu ayat itu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi
ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut
jenis ayat yang dituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan
sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat
manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.
vi.
Nada: Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu
perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada
lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili sa
tu
suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya
lebih ketara dalam Bahasa Cina.
vii.
Tatabahasa: Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang
menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini
mempunyai kaedah dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi,
morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek
tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan
bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan.
viii.
Kelancaran: Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap
dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi
sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.
ix.
Kefasihan: Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam
bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan
kata atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan
tepat. Mereka boleh bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.
x.
Laras bahasa: Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh
menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang
sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu
untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.
f) disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa ibunda (pertama).
3.4 PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR
· PERINGKAT AWAL
a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
b) Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat .
d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.
f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
g) Memberi arahan.
h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.
· PERINGKAT PERTENGAHAN
a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.
c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang,
masa bersekolah, persekitaran, di rumah dan sebagainya.
f) Membaca iklan dan peraturan-peraturan.
g) Memberi ucapan pendek dan mudah.
h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
i) Memberi komen secara mudah.
j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
· PERINGKAT MAJU
a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya.
b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
g) Memberi ceramah dan syarahan (yang disediakan).
h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar
dan lain-lain.

i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.


j) Mendeklamasi puisi.
k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
3. 5 Pemilihan Bahan Kemahiran Bertutur
Guru boleh memilih alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan krite
ria
yang berikut;
a) Bahan yang sedia ada
b) Kesesuaian dengan objektif pengajaran
c) Keberkesanannya.
Alat atau bahan bantuan mengajar boleh dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu;
a) Guru, Murid dan Bilik darjah
Gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu
Proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya;
i. Guru menaikkan dan menurunkan tangan kanan atau menggerakan
kepala bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pertuturan.
ii. Guru menunjukkan cara membunyikan sesuatu sebutan
iii. Guru menggunakan papan tulisuntuk mencatat perkataan atau frasa yang
perlu digunakan oleh murid apabila bertutur.
b) Objek Sebenar
Objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat dan bahan
pengajaran yang berkesan, untuk membolehkan murid;
i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, contohnya, bunyi pelbagai kenderaan,
mergastua dan air dengan menggunakan alat audio seperti radio dan pita
rakaman.
ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku.
Contohnya, pertuturan sekumpulan manusia di stesen bas berbeza
dengan pertuturan di pasar. Contoh ini boleh ditunjukkan atau didengar
melalui alat audio dan visual seperti television, video, filem dan
transperansi.
iii. Bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan
saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan yang boleh
digunakan secara kreatif sebagai bahan bertutur.
c) Gambar
Guru digalakkan mempunyai fail untuk menyimpan gambar yang boleh
digunakan dalam pengjaran dan pembelajaran bertutur. Sama ada gambar
tunggal atau gambar bersiri boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk
murid-murid bercerita, berlakon, berpuisi dan berdialog. Gambar-gambar yang
digunakan hendaklah sesuai dari segisaiz, terang dan jelas.
3.6 AKTIVITI-AKTIVITI BERTUTUR
Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau
temubual dan lain-lain seumpamanya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehka
n
murid-murid mengamalkan atau menggunakan bahasa dalam bidang komunikasi yang
paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari.
Latihan sebutan, penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan.
Aktiviti-aktiviti di atas bolehlah dijadikan rangsangan atau model aktiviti lisa
n sebagai
aktiviti lanjutan di dalam kelas.
1. Aktiviti Perbualan
Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk.
Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut,
oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih
kawannya.
Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang
menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang tel
ah
ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa ya
ng
telah diceritakan oleh rakan bualannya itu.
Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi:

1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam


perbualan itu.
2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk
dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan
jika tajuk itu tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang bol
eh
menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.
Contoh:

Tajuk: Pekerjaan bapa saya sebagai Ketua Pejabat Pos


i. Kemukakan beberapa soalan yang boleh menerbitkan hal-hal yang berkaitan
dengannya. Misalnya, gelaran atau panggilan kepada pekerja di bahagianbahagian
tertentu seperti posman, kerani, penjual setem, juruwang, penerima
bungkusan dan lain-lain lagi.
ii.
Guru siapkan juga benda-benda yang diperlukan ada di pejabat pos seperti
setem, bungkusan-bungkusan, surat, gam, buku simpanan wang, borang
telegram dan sebagainya.
iii.
Guru boleh membina sebuah pejabat pos olok-olok di dalam kelas:
Letakkan semua label di kaunter-kaunter yang berkenaan, seperti setem,
telegram, bungkusan dan lain-lain.
Letakkan murid sebagai pekerja di tiap-tiap kaunter.
Tetapkan murid-murid yang akan memegang peranan sebagai pembeli,
penghantar surat, penghantar bungkusan dan sebagainya.
Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki misalnya: .
Minta beli setem.
.
Bertanyakan harga setem.
.
Minta borang telegram.
.
Hendak menyimpan wang.
.
Hendak mengeluarkan wang dan sebagainya.

iv.
Perkenalkan barang-barang yang hendak digunakan itu seperti setem dengan
harga-harganya (misalnya 5 sen, 10 sen, 20 sen, 75 sen, $1.00) dan seterusnya
setakat yang sesuai dengan pengetahuan membilang dan mengenal angka yang
telah sedia ada pada murid-murid.
v.
Bincangkan bentuk dan ragam ayat yang hendak digunakan.
vi.
Daftarkan di papan hitam atau kad imbasan perkataan-perkataan yang
diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan.
vii.
Mengadakan latihan menggunakan ayat-ayat yang hendak digunakan di dalam
aktiviti itu.
viii.
Menggunakan ayat-ayat di atas dalam situasi sebenar di pejabat pos tadi.
ix.
Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan
semula apa yang telah dibuatnya di pejabat pas sebentar tadi.
x.
Guru boleh bersaal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian
tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar tadi.
xi.
Guru boleh menyediakan dialog pendek sebagai rangsangan pelajaran lisan
untuk aktiviti selanjutnya.
Aktiviti lisan seperti ini boleh juga dijalankan dengan menggunakan tajuk-tajuk
seperti pasar, kedai makan, kedai buah-buahan, kedai buku dan kedai runcit.
2.
Aktiviti Bercerita
Dalam pengajaran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting, bukan sahaja d
i
kalangan kanak-kanak malah juga di kalangan orang-orang dewasa.
o
OBJEKTIF BERCERITA
a) Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:
.
Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan
menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat. Misalnya, menjadi
angkasawan, gergasi dan haiwan.
b) Membina rasa hati:
.
Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau
mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan penderitaan. Keadaan ini
dapat membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka
terhadap manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain dalam
kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru membawa mereka
kepada tema cerita itu.
c) Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:
.
Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid
dibangkitkan. Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan
memberi komen terhadap peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut.
Aktiviti ini boleh diikuti dengan perbincangan selanjutnya.
d) Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid:
.
Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baru, ayat, peribahasa,
teka-teki dan sebagainya perbendaharaan kata murid-murid boleh
diperluaskan.
e) Asas untuk pendidikan agama:
.
Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik.
Melalui cerita-cerita seperti ini, terutama cerita-cerita yang mengandungi
pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik akan dapat
disemai di kalangan murid-murid.
o
PRINSIP-PRINSIP BERCERITA
Cerita harus mempunyai tema yang sesuai dan bermakna cerita dari segi tema atau
jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian dengan umur, latar bela
kang
dan pengalaman murid-murid.
a) Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. lni bermaksud bahasa perlulah
mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau rangkai kata
yang boleh mengelirukan. Perkataan atau rangkai kata yang mengandungi
beberapa pengertian harus juga dielakkan.
b) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Episod tersusun dan ada
kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka gaya,
menggunakan gerak isyarat, pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk,
lakonan dan sebagainya.
c) Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan intelek,
emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. lni diikuti dengan
aktiviti-aktiviti sebagai gerakerja lanjutan.
o
KEMAHIRAN BERCERITA
Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita.
Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen iaitu :a)
Komponen struktur.
b) Komponen penyampaian.
.
Komponen Struktur
-Komponen struktur ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :.
Permulaan
.
Pembentukan
.
Penutup

i. PERMULAAN
a) Guru harus menarik perhatian murid dan keadaan ini sebaik-baiknya
dapat dikekalkan sehingga ke akhir sesuatu pembelajaran. Keadaan ini
selalunya boleh didapati melalui penggunaan gerak isyarat yang sesuai,
pernyataan muka, gambar, perhubungan penglihatan, media dan sebagainya.
b) Guru harus menunjukkan minat dan kecenderungannya untuk
membentuk satu perhubungan yang baik dengan kelas.
ii. PEMBENTUKAN
a)
Bahasa yang sesuai:
.
Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud
cerita dapat disampaikan dan difahami. Penggunaan cakap ajuk di tempattempat
yang boleh menambahkan kesan dan menjadikan pendengarpendengar
memberi lebih banyak perhatian kepada cerita hendaklah selalu
diadakan. Perkataan-perkataan dan rangkai kata yang kabur patut dielakkan
dan jika ada perkara-perkara baru, ia patut digambarkan sarna ada melalui
lisan atau dengan cara menggunakan gambar.
b) Kelancaran pertuturan:
.
Ini penting untuk perkembangan cerita yang licin. Kefahaman
murid-murid akan lebih baik dan berkesan.
c) Suara guru:
.
Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh berbentuk hiburan
jika ada perubahan-perubahan dalam suara guru. Ini ditegaskan dari segi
nada, intonasi, ketinggian, kekuatan dan sebagainya. Ini biasanya berlaku
pada tempat-tempat yang sesuai, secocok dengan peristiwa-peristiwa dalam
cerita itu.
d) Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai:
.
Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan bermakna
membantu menerangkan atau menyampaikan maksud atau kandungan sesebuah
cerita. la juga membangkitkan minat dan memberi kefahaman yang
lebih kepada murid-murid.
e) Rangsangan yang tepat:
.
Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh digunakan
untuk mengarahkan minat dan perhatian murid kepada cerita keseluruhannya;
misalnya, media yang sesuai digunakan, soalan-soalan boleh dikemukakan,
atau cadangan-cadangan dan pendapat muridmurid di mana-mana yang
sesuai boleh diterima dan disesuaikan dengan cerita.
f) Aturan perkembangan cerita:
.
Peringkat-peringkat atau bahagian-bahagian cerita yang
membentuk keseluruhan cerita mesti dalam susunan 'dahulu-kemudian'.
g) Penjelasan tema cerita:
.
Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-pendengar
boleh membincangkan plot cerita, watak-watak utama dan dapat membuat
gambaran mengenai moral cerita tersebut.
h) Penglibatan murid-murid:
.
Semasa membentuk cerita, murid-murid boleh terlibat sama
secara efektif, kognitif dan kadang-kadang fizikal. Mereka boleh terlibat secara
lisan, atau dengan melakukan sesuatu, atau memberi pandangan dan
pendapat atau sebagainya.
iii. PENUTUP
a) Cerita mempunyai kesudahan: Ini perlu untuk memenuhi objektif guru.
b) Penyediaan gerak kerja atau aktiviti lanjutan. Pelbagai bentuk aktiviti boleh
mengikut sesi bercerita. Murid-murid boleh dilibatkan dalam perbincangan,
lakonan, ekspresi, bersoal jawab dan sebagainya.
.
Komponen Penyampaian
Komponen penyampaian ini bertujuan untuk menyampaikan cerita dengan lebih
berkesan lagi, pelbagai kemahiran boleh digunakan oleh guru.
Di antaranya ialah:

i.
Penggunaan bahasa:
a) Bahasa mestilah jelas. Perkataan yang sesuai adalah mustahak. Bahasa
juga harus mudah, elakkan perkataan dan rangkai kata yang kabur. Kata-kata
penghubung digunakan untuk membantu dalam perkembangan cerita.
b) Suara: Jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan intonasi. Ini
mustahak kerana ia boleh menjadikan cerita lebih hidup, menarik, bermakna dan
dramatis.
ii.
Keceriaan guru:
a) Penggunaan gerak isyarat/pernyataan: Pergerakan yang bermakna dapat
membentuk minat dan kefahaman yang lebih. la dapat menyampaikan maksud yang
sebenar.
b) Penggunaan pergerakan: Perhatian dapat dibuat dengan pencerita
bergerak tetapi dia harus pasti yang pergerakannya mempunyai tujuan dan
bersesuaian pula untuk membentuk kesan yang diper1ukan.
iii.
Penglibatan murid-murid:
a) Pergerakan murid: Semasa sesi bercerita, murid-murid boleh dipanggil
untuk melakonkan sesuatu babak, situasi atau peristiwa dalam cerita. Pergerakan
yang
bertujuan itu membantu dalam pembentukan cerita dan dapat mengurangkan rasa
bosan. Secara tidak langsung ia menambah penglibatan murid-murid.
b) Jawapan murid-murid: Ini menjadi maklumat balik terhadap cerita si
pencerita. Dengan maklumat ini, guru dapat menyediakan gerak laju yang sesuai da
n
mengubah ceritanya di tempat tertentu.
iv.
Penggunaan alat bantuan:
a) Media alat pandang-dengar: Media pandang-dengar yang dipilih mestilah
berkaitan dengan situasi cerita dan digunakan untuk membangkitkan minat serta
memberi kefahaman yang lebih baik kepada murid-murid.
b) Contoh-contoh: Contoh-contoh yang sesuai boleh menolong murid-murid
meluaskan lagi kefahaman mereka serta berpeluang menikmati cerita itu sepenuhnya
.
v.
Peneguhan:
a) Lisan: Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana yang perlu.
Idea murid-murid, kata-kata galakan serta komen mereka perlu diberi perhatian da
n ini
penting dari segi peneguhan kognitif dan efektif.
b) Pernyataan gerak isyarat: Gerak-geri, pernyataan muka dan badan, jika
digunakan dengan betul, akan membantu menjadikan cerita lebih jelas, hidup dan b
ermakna.
vi.
Perkembangan cerita:
a) Langkah: Harus ada gerak laju yang sesuai semasa bercerita. lni
bergantung kepada bagaimana ia disampaikan; dengan perkataan lain, ia mengikuti
satu corak atau aturan yang sesuai untuk mengembangkan cerita.
b) Perkaitan: Peringkat-peringkat tertentu dalam cerita dikaitkan dalam cara
yang lain. Kata penghubung yang betul penggunaannya, akan memastikan tidak ada
sekatan dalam aliran cerita.
c)
Hentian: Ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mendengar
secara imaginatif memikirkan masalah dan isu-isu yang disampaikan.
o
DASAR PEMILIHAN CERITA
a) Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang
,
peringkat umur, kebolehan otak, kecenderungan dan minat kanak-kanak.
b) Cerita-cerita itu harus menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak
berbelit-belit serta betul pula tatabahasanya.
c) Isi atau tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan, terutama
dari segi pendidikan akhlak dan budi pekerti.
d) Cerita yang dipilih itu sebaik-baiknya biarlah daripada cerita-cerita yang bo
leh
dijadikan bahan lakonan atau kerja bertulis.
e) Plot cerita seharusnya menarik dan mudah difaham.
f) Cerita-cerita yang dipilih itu juga semestinya tidak menyinggung mana-mana
agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

g) Cerita-cerita juga tidak seharusnya rnenyentuh dasar kerajaan atau


bertentangan dengan dasar tersebut.
h) Cerita harus ada unsur-unsur perpaduan kebangsaan.
o
CARA MENJALANKAN PELAJARAN CERITA
i.
Guru rnenerangkan terlebih dahulu perkataan atau rangkai kata yang susah
yang hendak digunakan dan rnenerangkan juga perkara-perkara yang menjadi latar
belakang cerita itu
ii.
Setelah rnengumpulkan murid-murid di hadapan darjah, guru terus becerita
sambil rnenunjukkan gambar-gambar atau alat bantu mengajar yang lain untuk
menguatkan lagi perhatian dan kefahaman mereka.
iii.
Setelah selesai bercerita, guru bolehlah rnengemukakan soalan-soalan. Guru
bolehlah rnenyoal isi cerita dan murid-murid juga boleh menyoal.
iv.
Pelajaran akan lebih rnenarik jika kanak-kanak diminta rnelakonkannya jika
sesuai dengan masa dan keadaan.
3. Aktiviti Lakonan
Lakonan bukan sahaja dapat melatih kanak-kanak bertutur dengan baik malah dapat
juga rnendorongkan rnereka beraksi dengan gerak-geri yang bersahaja. Jenis lakon
an
yang boleh digunakan ialah:

.
Lakonan Bisu.
.
Lakonan Berkait.
.
Lakonan Berseni Kata dan Menggunakan Pergerakan.
.
Lakonan Menggunakan Patung.

1. LAKONAN BISU
Lakonan ini hanya menggunakan pergerakan anggota tanpa berkata apa-apa.
Dengan berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah
yang dibuat oleh pelakon itu. Dalam hal ini, murid-murid akan sentiasa berfikir
dan
memerhatikan dengan teliti perhubungan pergerakan itu.
Murid-murid yang berlakon itu pula berpeluang memikirkan sesuatu yang hendak
dilakonkannya dan menghubungkannya pula dengan sesuatu kejadian itu. Lakonan
jenis ini adalah satu cara untuk melepaskan tenaga yang berlebihan atau melepask
an
emosi yang meluap-Iuap di kalangan mereka.
Guru bolehlah terlebih dahulu berunding dengan murid-murid yang akan
mengambil bahagian dan meminta mereka melakonkannya. Murid-murid lain diminta
memerhatikan setiap pergerakan yang dilakonkan oleh rakan-rakan mereka.
Perkara-perkara yang boleh dilakonkan ialah :

I. Pekerjaan rumahtangga:
.
Membelah kayu, menyapu, membasuh kereta,
mengangkat air, menyiram bunga, membasuh baju, membuai adik dan lain-
lain.
II. Permainan:
.
Main gasing, guli, layang-layang, bermain bola, mandi
sungai dan lain-lain.
III. Binatang:
.
Kambing makan rumput, itik berjalan, burung terbang,
kambing dikejar oleh anjing dan sebagainya.
IV. Situasi:
.
Membeli barang-barang, membeli setem, mengambil air
sembahyang dan sebagainya.
2. LAKONAN BERKAIT
Lakonan ini amat sesuai dijalankan pada peringkat rendah. Guru menyebut sesuatu
perkataan sambil melakonkannya sekali, misalnya duduk, tidur, saya buka buku, sa
y a
menulis di papan hitam, saya bersikat dan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat
menangkap perkaitan antara percakapan dengan lakonan dan akan membuatnya
berulang-ulang kali.
3. LAKONAN BERSENI KATA DAN MENGGUNAKAN
PERGERAKAN
· Lakonan jenis ini biasanya dijalankan dengan dua cara iaitu :
i. Lakonan yang tidak bersengaja.
.
Kanak-kanak melakonkannya selepas mendengar sesuatu cerita atau
kejadian dengan tidak memerlukan persediaan yang panjang lebar. Guru memberi
nasihat dan cadangan sahaja. Kanak-kanak berlakon bebas dan menggunakan
perkataan-perkataan mereka sendiri.
ii. Lakonan yang bersengaja.
.
Lakonan jenis ini biasanya disediakan khas daripada buku-buku
cerita. Murid-murid dilatih dan diberi tugas untuk menjayakannya. Biasanya guru
akan menyediakan senikata untuk mereka.
· Lakonan berseni kata ini boleh dijalankan seperti berikut :a.
Terangkan dahulu apa yang patut dibuat oleh murid-murid sama ada
dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberi
senikatanya.
b. Selepas itu guru bolehlah memilih pelakon-pelakonnya. Semasa
pemilihan dibuat, pastikan peluang berlakon itu diberi kepada semua. Guru tidak
seharusnya bergantung kepada murid-murid yang pandai sahaja.
c. Guru kemudian memberi arahan atau petunjuk bagaimana saharusnya
diperbuat oleh setiap orang pelakon.
d. Kanak-kanak melakonkannya dengan bebas sebagaimana yang
dikehendaki oleh jalan ceritanya. Jangan ganggu kanak-kanak semasa berlakon
walaupun didapati tidak memuaskan.
e. Setelah itu baharulah guru membetulkan kesilapan mereka dan jika perlu
mereka diminta melakonkannya sekali lagi sebelum memberi peluang kepada
kanak-kanak lain berlakon.
f. Guru hendaklah memberi perangsang iaitu jangan mengkritik atau
menyalahkan kanak-kanak sehingga boleh membunuh semangat dan minat
mereka untuk berlakon.
g. Perlu juga guru menyediakan alat-alat seperti topeng dan pakaian yang
sesuai supaya lakonan itu menjadi lebih realistik dan berkesan.
4.
LAKONAN MENGGUNAKAN PATUNG
Lakonan patung ialah lakonan antarabangsa yang tertua. Ia boleh juga
digunakan untuk menyampaikan pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah. Jenis

jenis patung yang boleh digunakan ialah:

i. Patung kayu:
.
Gambar binatang atau manusia diwarnakan dan kemudian dilekatkan
kepada kayu.
ii. Patung sarung tangan:
.
Kepala berjenis hidup-hidupan yang diperbuat daripada pelbagai alat dan
diberi pakaian.
iii. Patung tali
.
Anak-anak patung itu digerakkan dengan menggunakan kuasa tali yang
diikatkan kepadanya. Guru akan menunjukkan lakonan patung itu kepada
murid-murid dan melaluinya kanak-kanak dapat membetulkan kesalahan
bahasanya.
4.
Aktiviti Perbincangan
Perbincangan adalah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan dan ia dilakuka
n di
kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Sewaktu
berbincang, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan segala pandangan d
an
pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Sambil itu guru memandu serta
mengarahkan pandangan-pandangan mereka itu ke satu prinsip idea yang menyeluruh.

Melalui aktiviti mengajar begini, murid-murid dapat memperkembangkan


pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir denga
n
jelas, mengutarakan idea-idea bernas dan lojik serta bekerjasama dengan murid-mu
rid
lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Aktiviti
perbincangan biasanya dapat menggalakkan penglibatan mereka secara aktif dan
dinamik.
5. Aktiviti Syarahan atau Pidato
Aktiviti ini boleh dijalankan apabila murid-murid sudah dapat menguasai bahasa
dengan baik, boleh bertutur dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. Tajuk yan
g
dipilih haruslah bersesuaian dengan minat dan umur murid-murid. Tajuk boleh dibe
rikan
beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan tetapi pastikan yang murid-murid tidak
membaca teks yang telah disediakannya.
6. Aktiviti Berpuisi
Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan murid-murid membaca puisi dengan gaya,
gerak-geri, nada suara dan intonasi yang betul di samping memperkenalkan bentukb
entuk
puisi itu atau menyuruh murid-murid menciptanya atau boleh juga memetiknya
daripada petikan-petikan luar. Di antara bentuk-bentuk puisi ialah pantun, syair
,
gurindam dan seloka, teka-teki dan sajak.
7. Aktiviti Temuramah
Sesi-sesi temubual atau temuramah juga boleh diadakan untuk menambahkan
kemahiran lisan. Pilih dua atau tiga orang murid bagi satu-satu sesi yang mengam
bil
masa lebih kurang lima hingga enam minit. Tentukan siapa yang berperanan sebagai
orang yang menemuduga dan ditemuduga. Soalan-soalan boleh dikemukakan secara
spontan atau disediakan sebelumnya.
2.11 KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR
Mackey (1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi, mencadangkan beberapa
kaedah pengajaran kemahiran bertutur bagi memastikan ketepatan penggunaan aspeka
spek
bahasa dalam kemahiran lisan. Mickey mencadangkan aktiviti-aktiviti latihan
seperti meniru dan menghafal dialog, latih tubi pola ayat, latihan pandang dan s
ebut
dan karangan lisan.
Latih Tubi
Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid meniru dan
mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai, dalam kumpulan besar,kumpulan
kecil dan selanjutnya secara individu. Sekiranya murid menghadapi masalah guru a
kan
menyebut semula dan meminta murid-murid mengulangi sebutan itu lagi. Latih tubi
sebutan meliputi latih tubi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata, dan da
n bunyibunyi
fonem yang diambil daripada bahagian dialog yang akanditiru dan dihafal oleh
murid-murid. Latih tubi penyebutan bunyi meliputi lati tubi menyebut bunyi fonem
dalam
perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan di kalangan murid-murid. Lati
h
tubi pasangan minimal juga digunakan. Dalam latih tubi ini, pasangan perkataan y
ang
mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan.
Contohnya perkataan daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu dan lai
n-lain.
Dialog Dan Nyanyian
Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan.
Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh
murid meniru dan menghafal dialog. Teknik latih tubi dialog adalah sama dengan t
eknik
latih tubi pola ayat. Kadang-kadang seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk
ditiru dan dihafal oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-muri
d
menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi
dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.
Latihan Pandang Dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan
sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang
digunakan dalam teks latihan. Di samping itu kad-kad imbasan bergambar, carta
bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. Semua alat bantu ini
digunakan dalam latih tubi supaya murid-murid dapat menghsailkan pertuturan yang
diperlukan oleh guru.
Karangan Lisan
Karangan ini merupakan karangan dalam bentuk lisan yang dihasilkan oleh murid-mu
rid
berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut adalah dalam bentuk bers
oal
jawab, latihan penghasilan dan karangan bebas.
Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan yang bedasarkan petikan yang
dibaca ataupun senarai gambar yang diberi. Dalam latihan ini, murid-murid dikehe
ndaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberikan petikan untuk dikaji.
Kemudian murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri.
Karangan bebas hanya diberikan pada peringkat tertentu sahaja. Murid-murid
dikehendaki mencari bersama, butiran tentang tajuk tersebut dan mereka dikehenda
ki
berbual tentang tajuk tersebut.

You might also like