You are on page 1of 8

Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan.

2011

Karangan Berpandukan Ransangan

Praktis 1 ( Gambar Rajah )


Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pengurusan masa yang berkesan.
Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENGURUSAN MASA
YANG BERKESAN

Membuat jadual Menyiapkan tugasan


Berdisiplin
peribadi dengan segera

Rangka Karangan
Pendahuluan – setiap saat yang berlalu adalah sangat berharga – seseorang itu banyak memperoleh manfaat
sekiranya bijak menguruskan masa

Isi

1. Membuat jadual peribadi – jadual mestilah bersifat fleksibel, iaitu boleh di ubah suai dan diikuti – meliputi
waktu ulangkaji, menyiapkan latihan dan diri sendiri

2. Menyiapkan tugasan dengan segera – sikap suka menangguhkan tugasan akan menambahkan bebanan kerja
pada saat akhir

3. Berdisiplin – tanpa disiplin yang ketat, jadual yang dibuat sudah pasti tidak dapat diikuti dengan lancar

Penutup – seseorang yang bijak membahagikan masanya memiliki ciri insan yang berjaya – sehubungan itu, kita
perlu belajar menguruskan masa supaya kehidupan kita lebih sempurna

Latihan 1 – Rajah di bawah menunjukkan kegunaan komputer. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
menggunakan komputer. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kegunaan
komputer

Maklumat
Pentadbiran melalui
pejabat Pendidikan Perubatan Internet

RUMUSAN PEMAHAMAN DAN PETIKAN UMUM

1 Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur


Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan. 2011

Praktis 2 – (a) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-faktor majikan
menggaji pekerja asing dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Belakangan ini tumpuan media banyak terarah lebih banyak. Tempoh sebulan yang disyaratkan oleh
kepada isu kebanjiran pekerja asing yang dikatakan kerajaan untuk mengiklankan sesuatu jawatan kepada
bertambah secara mendadak setiap bulan, malah isu rakyat tempatan memang membebankan majikan.
ini dikatakan sudah kerap menjadi bahan bahan Walau bagaimanapun, memang wujud sikap
perbincangan dengan pelbagai saranan dan mengutamakan keuntungan dalam kalangan majikan
pandangan diajukan berkenaan bahana kemasukan dengan mengambil pekerja asing. Berbanding pekerja
mereka ke negara ini. tempatan, pekerja asing dibayar gaji yang lebih
Sebagai sebuah negara yang rancak murah. Malah buruh asing juga menjadi pilihan
membangun, permintaan terhadap tenaga buruh kerana dikatakan lebih rajin.
untuk menampung kerancakan pembangunan projek Sikap rakyat tempatan yang terlalu memilih
dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan pekerjaan menjadi faktor utama majikan
( RMK-9 ) adalah tinggi. Dalam RMK-9, negara mengutamakan pekerja asing. Sektor pembantu
memerlukan pertambahan tenaga baharu sebanyak rumah misalnya, langsung tidak menjadi pilihan
1.2 juta orang di sektor pembinaan, iaitu sektor tenaga kerja wanita di negara ini. Hal ini demikian
paling kritikal kerana sukar sekali untuk kerana tahap pendidkan belia di negara ini yang
mendapatkan pekerja tempatan. Walaupun polisi dianggap tinggi, iaitu sekurang-kurangnya tahap
kerajaan yang mahukan pekerja tempatan SPM menjadikan mereka beranggapan bahawa kerja-
diutamakan, namun pengambilan pekerja asing tidak kerja seperti mengatur batu-bata, mengangkat guni
dapat dielakkan. Sikap rakyat tempatan sendiri yang simen, meratakan jalan, malah bergayut pada
tidak berminat dengan kerja berat seperti buruh kasar ketinggian sehingga berpuluh-puluh tingkat tidak
memaksa majikan beralih kepada buruh asing. setaraf dengan pendidikan mereka. Malah ibu bapa
Jesteru, langkah mengambil pekerja asing perlu sendiri tidak mahu anak-anak mereka terlibat dalam
dilakukan untuk memastikan sesetengah sektor itu sektor yang dianggap khusus untuk buruh asing.
tidak lumpuh. Nampaknya selagi anjakan minda belum
Di samping itu, majikan juga tidak sanggup berlaku dan rakyat negara ini tidak bersedia untuk
menunggu permohonan daripada pekerja tempatan bekerja di sesetengah sektor, selagi itulah negara
kerana tempoh itu akan menyebabkan kerugian yang perlu bergantung pada buruh asing.

( Diubahsuaikan daripada ‘Semua Bidang


Perlukan Tambahan Tenaga Kerja’, Berita
Harian, 13 Ogos 2007 )

(b) Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

( I ) Berikan maksud kata anjakan minda. ( 2 markah )

( ii ) Bagaimanakah sikap rakyat tempatan terhadap sektor-sektor pekerjaan tertentu di negara ini ?
( 3 markah )

( iii ) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengurangkan pergantungan
kepada pekerja asing ? Berikan alasan anda. ( 4 markah )

Latihan 2 – (a) Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang fungsi Terowong
SMART dibina dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Terowong SMART yang dibina di tengah-tengah kesesakan bandar raya Kuala Lumpur tentunya menelan kos yang
sangat tinggi. Namun, ternyata keperluannya amat berbaloi dengan kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan.
Setelah siap pembinaannya, terowong ini memainkan peranan yang begitu penting kepada warga bandar raya.
Projek SMART merupakan projek yang menggabungkan dua sistem, iaitu sistem lalu lintas yang
membantu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sistem pengurusan banjir yang membantu untuk
mengatasi sebahagian masalah banjir di ibu kota. Untuk mengatasi kesesakan lalu lintas, terowong ini menyediakan
dua tingkat laluan kenderaan sepanjang 3 kilometer yang menghubungkan Lebuh Raya KL-Seremban dengan Jalan
Sultan Ismail dan Jalan Tun Razak. Bagi memastikan operasi trafik berjalan lancar, hanya laluan sehala dibenarkan
di laluan dua dek SMART, iaitu satu laluan menghala ke pusat bandar dan satu lagi laluan keluar.

2 Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur


Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan. 2011

Bagi tujuan pengawalan banjir pula, SMART menyediakan struktur pagalihan, takungan air, terowong, dan
pembentungan berkembar. Sistem ini dapat menakung kapasiti air sebanyak 3 juta meter padu dengan menggunakan
kolam yang besar. Limpahan air dan aras air di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang dikawal melalui
sistem hidrologi di sepanjang sungai tersebut, manakala di setiap ddek lalu lintas pula terdapat Pintu Kawalan Banjir
Automatik yang berfungsi secara automatik apabila banjir berlaku
Terowong SMART direka bentuk untuk kegunaan kenderaan ringan. Had laju yang ditetapkan ialah 60 km
sejam. Motosikal dan kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong ini. Terowong ini juga
dilengkapi dengan alatan mencegah kebakaran, alatan perubatan, dan telefon kecemasan. Sekiranya berlaku
sebarang kemalangan dalam terowong, pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan mengumumkannya
melalui radio di bawah frekuensi 100 yang boleh didengar di dalam terowong sahaja. Pemandu boleh keluar dari
terowong melalui pintu-pintu kecemasan yang disediakan di setiap 1 kilometer.
Terdapat juga laluan kecemasan yang menghubungkan dek atas dan dek bawah di setiap 250 meter. Empat
sistem pengudaraan di dalam terowong ini membolehkan udara beredar dengan baik jika berlaku kebakaran dan asap
tebal.
Jelaslah bahawa kecanggihan Terowong SMART yang dibina ini amat bermanfaat kepada semua
pengguna dan banyak membantu warga kota yang sering dihantui masalah banjir kilat.
(Diubahsuaikan daripada ‘Kecanggihan
Terowong SMART’ oleh Marzhatul Syima,
ASUH, Disember 2007)

(b) Berdasarkan petikan Rumusan, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Nyatakan maksud rangkai kata amat berbaloi. (2 markah)

(ii) Berikan tiga cara untuk mengatasi masalah jika berlaku sebarang kemalangan di dalam terowong?
(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah cara lain untuk mengelakkan berlakunya banjir kilat di kota kota besar?
(4 markah)

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA – Membina ayat

Membina ayat daripada Kata ganda seluruh dan kata majmuk

Praktis 3 – Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
( i ) lemah-lemah – lemah-lembut ( iii ) cerdik-cerdik – cerdik-pandai
( ii ) cantik-cantik – cantik-manis

Membina ayat daripada Kata dasar dan kata ganda berimbuhan

Praktis 4 – Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
( I ) bau – bau-bauan ( iii ) lama – lama-kelamaan
( ii ) tuduh – tuduh-menuduh

Membina ayat daripada Kata dasar dan kata majmuk

Praktis 5 – Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

3 Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur


Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan. 2011

( I ) ambil – ambil-alih ( iii ) hak – hak-milik


( ii ) hapus – hapus-kira

Membina ayat daripada Kata ganda seluruh dan kata terbitan

Praktis 6 – Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
( I ) lebih-lebih – berlebihan ( iii ) sakit-sakit – menyakitkan
( ii ) baik-baik – kebaikan

Membina ayat daripada Kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyinya

Praktis 7 – Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
( I ) tempoh – tempuh ( iii ) cocok – cucuk
( ii ) telor – telur

Membina ayat daripada Kata banyak makna


Praktis 8 – Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
( I ) kurang ( iii ) jernih
( ii ) hujung

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA – Menukarkan ayat

Ayat biasa – Ayat yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang. Contoh : Burung itu terbang.

Ayat Songsang – Kebalikan dari ayat biasa iaitu predikatnya di depan manakala subjeknya di belakang. Contoh :
Terbang burung itu.

Menukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang

Praktis 9 – Tukarkan ayat bersusunan biasa kepada ayat bersusunan songsang.

( I ) Peperangan yang berlaku sekarang banyak mengorbankan nyawa manusia.

( ii ) Pegawai itu telah didakwa Kerana memalsukan tandatangan ketua jabatannya.

( iii ) Congak kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk
membeli kereta baru.

Menukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa

Praktis 10 – Tukarkan ayat bersusunan songsang kepada ayat bersusunan biasa.

( I ) Tidak disukai oleh rakan-rakan perangainya yang setengah masak itu.

4 Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur


Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan. 2011

( ii ) Tidak dapat digembleng secara optimum guna tenaga rakyat Malaysia.

( iii ) Untuk meluaskan pasaran promosi barangan itu telah dilancarkan.

Menukarkan ayat dalam bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden

Praktis 11 – Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti, anda dikehendaki menukarkan ayat-ayat daripada bahasa
Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden dengan mengekalkan maksud asalnya.

( I ) Akan keris ini anugerah kitalah kepada laksamana.

( ii ) Hamba mati dibunuhnya sekalipun, kabullah hamba, daripada derhaka akan tuan
hamba.

( iii ) Adapun ilmu yang ku ajarkan kepadamu ini jangan kau ajarkan pada barangsiapa.

Menukarkan ayat dalam bahasa pasar kepada bentuk bahasa Melayu standard

Praktis 12 – Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti, anda dikehendaki menukarkan ayat-ayat itu kepada bentuk
penggunaan formal. Anda hendaklah mengekalkan maksud asalnya.

( I ) Masa harga getah naik harga semua tuan kebun nak pi motong.

( ii ) Wa anak ada mau kelija tatak cakap mau baca.

( iii ) Senang punya jam kalu semua orang sini mari mau minta tolong juga.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA – Membetulkan ejaan dan imbuhan

Praktis 13 – Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

( I ) Pemasukan secara berterusan bertali arus pendatang asing ke negara ini jika tidak dikawal akan
mendatangkan masaalah sosial yang kronik.

( ii ) Kita tidak buleh mementingkan pangkat dan kedudukan sehingga sanggup memperlekehkan orang lain sampai
menjejaskan maruahnya.

( iii ) Taksuban orang ramai terhadap khasiat telur penyu menyebabkan populasi spisis laut itu kian berada
dalam keadaan genting.

Praktis 14 – Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

( I ) Setiap pelajar mempunyai tahap kebolehan yang berbedza dan mereka memerlukan masa untuk menguasai
perkara yang mempelajari.

( ii ) Buku kerja itu diterbitkan oleh penerbitan swasta untuk kemudahan pelajar membuat latehan supaya
dapat menguasai sesuatu tajuk yang dipelajari.

( iii ) Para guru tidak wajar dijadikan sasaran apabila berlaku masalah displin pelajar kerana perkara ini
berhubungan kait dengan institusi keluarga dan masyarakat.

5 Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur


Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan. 2011

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA – Peribahasa

Praktis 15 – Tuliskan maksud dan ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan
maksud dan penggunaannya.

( I ) Alah bisa tegal biasa ( iv ) Ada gula ada semut


( ii ) Bagai lebah menghimpunkan madu ( v ) Patah kemudi perahu hanyut
( iii ) Kayu bengkok mustahil bayang-bayangnya
lurus

Karangan umum

LAPORAN

 Laporan – melaporkan sesuatu kegiatan atau peristiwa yang telah berlangsung.

 Pastikan bahawa anda betul-betul tahu akan segala hal yang hendak dilaporkan dan bersifat kenyataan bukan
khayalan.

 Format laporan kegiatan persatuan berbeza sedikit dengan format laporan tentang minit mesyuarat.
_________________Tajuk Laporan ________________
Format Laporan Kegiatan Persatuan

Pendahuluan_______________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Isi________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Isi________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Isi__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Penutup_____________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Disediakan oleh, TARIKH.

__Tandatangan Pelapor__
( NAMA PELAPOR )
6 dan
Jawatan Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur
persatuan
yang diwakili oleh pelapor
Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan. 2011

_________________Tajuk Laporan ________________

Tarikh Laporan :Minit Mesyuarat


Format
Hari :
Masa :
Tempat :
Yang Hadir : Nama ( jawatankuasa )
Nama ( jawatankuasa )
Nama ( jawatankuasa )

CACATAN MESYUARAT
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan __________________________________________.
1.3 Pengerusi menjelaskan bahawa tujuan _____________________________.
Tindakan : Untuk Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang terdahulu


2.1 _____________________________________________________________________
____________________________________________________________________.
Tindakan : Untuk Makluman

3.0 Aktiviti berkenaan ____________________________________________________________


3.1 Pendapat.
3.2 Mengusulkan cadangan.
3.3 Cadangan disokong atau tidak disokong.
3.4 Kebenaran.
Tindakan : ___________________

4.0 Perkara – perkara berbangkit


4.1 Rungutan, cadangan, hal semasa, pengumuman dan sebagainya.
Tindakan : ___________________
5.0 Hal-hal lain
5.1 Pelaksanaan tugas berkaitan aktiviti
Tindakan : ___________________

Penutup_(berkaitan dengan penangguhan minit mesyuarat )______________________


__________________________________________________________________________________

Yang menjalankan tugas,

__Tandatangan pelapor___
( NAMA PELAPOR )
Jawatan dan persatuan
Yang diwakili oleh pelapor

7 Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur


Bahasa Malaysia Tingkatan 5Jan. 2011

DIALOG / WAWANCARA / FORUM

 Dialog / wawancara / forum melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak.


 Karangan dialog kurang formal berbanding dengan karangan wawancara dan forum yang lebih formal dan
serius.
 Anda mestilah menentukan perkara dan jalan cerita sebelum memulakan karangan.
 Pendahuluan dan penutup mesti ditulis seperti karangan biasa dan isi-isi nya terdiri daripada dialog yang
mempunyai nama penutur, titik bertindih dan ayat.
 Menggunakan bahasa baku sepenuhnya.

Praktis 16 – Tulis karangan bagi setiap perkara yang berikut. Panjangnya karangan itu mestilah lebih daripada
350 patah perkataan.

Anda merupakan setiausaha Persatuan Sejarah. Persatuan tersebut telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat
bersejarah. Tulis laporan itu selengkapnya.

Sebagai sidang redaksi sekolah, anda ditugaskan untuk menemu ramah olahragawan sekolah anda tentang
penglibatannya dalam bidang sukan dan strategi kejayaannya. Hasil temuramah itu akan disiarkan dalam majalah
sekolah. Tulis temuramah itu sepenuhnya.

8 Disediakan oleh : Cik Puteri Siti Fatinnur

You might also like