You are on page 1of 23

ALAT

KELENGKAPAN
KERJA KAYU
“ALAT MENANDA
&
MERANCANG TANDA”
PERATURAN AM &
KESELAMATAN BENGKEL.
Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan
daripada guru
Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa
mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru
Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera
beritahu guru yang berkenaan
Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa
ketika penggunaannya dan bersih serta kemas
sebelum meninggalkannya.
PERATURAN AM & KESELAMATAN
BENGKEL

VIDEO KESELAMATAN BENGKEL.


(klik pada teks untuk paparan video)
ALAT MENANDA
DAN
MERANCANG TANDA
1. Pembaris Keluli
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli
berkarbon tinggi yang tahan karat dan
keras.
Permukaan pembaris keluli ditandai dengan
ukuran sentimeter (cm) dan milimeter
(mm).
Pembaris keluli ini bersaiz 300mm dan
1000mm.
(a)Kegunaan Pembaris Keluli

Mengukur dan memindahkan ukuran.

Membina garis lurus pada atas permukaan.

Menguju kerataan permukaan.


(b) Cara Menggunakan
Pembaris Keluli
2. SESIKU L
Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli
yang tahan.
Manakala bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras
atau keluli.
Sesiku L biasanya bersaiz 20cm.
Pada matanya ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan inci.
(a) Kegunaan Sesiku L

Menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan


keratan permukaan kayu.

Menguji kepersegian kayu


(b) Cara-cara Menggunakan
Sesiku L
• Menguji tepi yang bersudut tepat
• Menguji keratan kayu
3. PITA PENGUKUR
Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.
Panjang pita pengukur yang biasa dilihat ialah
diantara 2.0 meter hingga 8.0 meter.
Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak
yang pendek serta panjang.
Pita pengukur juga boleh digunakan untuk
memindahkan ukuran.
4. PISAU PENANDA.
Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil
yang diperbuat daripada keluli khas.
Pisau penanda digunakan untuk
manandakan garisan yang akan dipotong
dengan gergaji atau pahat semasa
membuat tanggam.
5. PENSIL TUKANG

Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal.


Permukaannya berbentuk segiempat tepat.
Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti
menanda dan merancang tanda.
6. PEMBARIS LIPAT
Pembaris lipat diperbuat daripada kayu keras yang boleh
dilipat.
Hujung pembaris ini diperkuat dengan loyang supaya tahan
lasak.
Saiznya berbeza-beza daripada 90cm hingga 480cm.
Pembaris lipat berfungsi sebagai alat pengukur atau
memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat.
7. ARAS SPIRIT
Aras spirit adalah sejenis alat untuk menentukan aras
dan kepugakkan.
Ia diperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan
rata pada keedua-dua mukanya.
Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan
tabung spirit atau air untuk mendapatkan aras atau
kepungakkan.
Panjang aras spirit biasanya diantara 300mm hingga
1.5 meter.
8. SESIKU SERONG BOLEH LARAS.
Bentuk badannya serupa dengan sesiku L melainkan
matanya tidak dipasang tetap.
Ia digunakan untuk menanda atau menguji sesuatu
garisan yang sudutnya lain daripada 45 darjah dan 90
darjah.
9. SESIKU BERGABUNG
Badan mata diperbuat daripada keluli.
Manakala matanya boleh dilaraskan atau
diubahsuaikan kedudukan pada badannya.
Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90
darjah dan mukanya yang lain bersudut 45 darjah
dengan matanya.
10.TOLOK PENANDA
Tolok penanda diperbuat daripada kayu.
Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras.
Mata terdapat pada kayu pelaras.
Terdapat dua jenis tolok pananda, iaitu tolok penanda satu
paku (mata) dan tolok penanda tanggam putting (dua mata).
(a) Kegunaan Tolok Penanda
Tolok penanda digunakan untuk menanda ukuran tebal atau
lebar kayu.
Tebal atau lebar kayu itu ditandai dengan garisan selari dengan
ira kayu yang dibuat dapa sisi atau permukaan kayu.
Garisan ini menunjukkan tabal atau lebar kayu dalam ukuran
yang seragam.
Cara menanda tebal kayu. Garisan selari dibuat pada sisi kayu.
Lebar kayu garisan selari dibuat pada permukaan kayu.
(b) Cara Menggunakan Tolok
Penanda.
Longgarka skru tangan, laraskan badan tonggak
mengikut ukuran yang dikehendaki.
Kemudian ketatkan skru tangan itu semula.
Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan
tonggak ditolak rapat ke sisi atau permukaan kayu.
Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya
mudah ditolak.
Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores
permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja.
11.TOLOK BERSENGAT
Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat
daripada keluli dan kedua-dua kakinya adalah tajam seperti
paku.
Tolok bersengat digunakan untuk membuat bulatan pada
kayu atau membuat tanda melengkung.
VIDEO ALAT MENANDA DAN MERANCANG TAN
DA
(klik pada teks untuk paparan video)
TAMAT

You might also like