You are on page 1of 12

IMPLIKASI-IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN FIZIKAL TERHADAP

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi terhadap


pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.Implikasi-implikasi ini dapat
dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal
kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif anak-kanak.

Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal


remaja sekitar umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-
kanak setakat yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan
kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin
untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Disamping itu, kanak-kanak pada tahap ini
akan berkembang pada tahap berbeza. Mereka juga aktif pada peringkat ini. Maka,
guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan
mengambilkra perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7


hingga 12 tahun pula berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik
seperti piano atau biola dan berkait. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah
permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan
pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya
tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesaian.

Implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat pra operasi dalam


lingkungan umur 2 hingga 7 tahun pula ialah dengan mengajar kanak-kanak
menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud
seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Disamping
itu, arahan yang diberikan guru haruslah pendek disertai dengan conntoh. Sebagai
contoh, arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuati
aktiviti dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.

Implikasi bagi perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 7 hingga


11 tahun pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit
terutama untuk belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D
seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak
harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagai
contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji
keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.
IMPLIKASI ASPEK PERKEMBANGAN TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat
kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain.
Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu
individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita
mereka dalam norma-norma kehidupan seharian.

Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak


faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan mencapai
objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan
pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan
keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan
dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya.

Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu
murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu
kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan


menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti
yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti
senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu murid.
Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya.

Dalam pada itu, menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah difahami
oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masing-masing. Sama ada
tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia dengan ilmu di
dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan datang.

Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah menarik


minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang
dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan terutama
aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan
melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola sepak,
bola jaring, tarian dan sebagainya.

Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang
susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang umum kepada khusus
dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah berperingkat-peringkat mengikut
setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini dapat membantu kepada kefahaman
murid, penghayatan murid, penghafalan murid dan berikutnya pengamalan murid dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek agama, sains, pendidikan moral,
pendidikan jasmani dan sebagainya.

Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik
serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka. Peranan
guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai
contoh cara-cara menggosok gigi. Hendaklah menggunakan berus gigi yang masih elok
untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus kandungannya. Dan menggosok
gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini
membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi
atau gigi, dan berdikari.

Justeru itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan


pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap pencapaian
seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang
disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak.

Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah
efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan
peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya
pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan
cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan,
soal jawab, rumusan dan sebagainya.

Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil


daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru
dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang
apa yang diajar. Peranan ibubapa dirumah juga diharapkan dan digalakkan dalam
membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibubapa adalah orang yang paling hampir
dan memahami keperluan mereka.

Guru sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-
murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai
perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik
darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan
kendiri setiap murid berkenaan.

Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik
dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri
perubahan dalam kehidupan seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan
seiring mengikut usia mereka.
2. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan

perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut:

* Teori-teori perkembangan manusia

* Potensi manusia

* Motivasi

* Perbezaan Individu

Konsep pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza. Pertumbuhan lebih kepada

perubahan fizikal (kuantitatif). Manakala perkembangan merupakan suatu perubahan di segi kualitatif

yang berjalan secara berperingkat. Di setiap peringkat kanak-kanak mengalami perubahan yang berbeza.

Namun begitu ia saling berinteraksi ( Mok Soon Sang, 2002, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan

Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya Selangor, m/s12).

Pada pendapat saya, di antara cara yang dapat membantu mengoptimumkan pencapaian

pertumbuhan dan perkembangan murid-murid ialah guru perlu mengetahui aspek-aspek yang

mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak iaitu teori perkembangan manusia,

potensi manusia,motivasi dan perbezaan individu.


Bagi teori perkembangan manusia, empat aspek utama yang perlu diberikan perhatian ialah

perkembangan jasmani, perkembangan kognitif, perkembangan emosi dan rohani dan perkembangan

social.

1. Perkembangan Jasmani.

Bagi perkembangan jasmani guru perlu menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja

praktik mengikut perkembangan fizikal pelajar bukannya yang bersifat kompleks. Contohnya bagi pelajar

tahun satu, aktiviti jasmani yang bersesuaian dengan peringkat umur ini ialah lari membawa bola dan

sebagainya

2. Perkembangan kognitif

Bagi perkembangan kognitif pula biasanya melibatkan perancangan aktiviti pembelajaran dan

pengajaran yang menarik dan pelbagai alat bantu mengajar yang membentuk konsep yang bertepatan

dan bersesuaian dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Contohnya

penggunaan kad imbasan dan vcd semasa sesi pembelajaran dan pengajaran .

3. Perkembangan Emosi dan Rohani

Bagi perkembangan emosi dan rohani guru perlu membimbing pelajar menghadapi dan menyelesaikan

permasalahan emosi dan rohani yang bersesuaian. Contohnya bagi pelajar yang mengalami gangguan

emosi kerana kegemukan sering diejek oleh rakannya, maka ini akan menyebabkannya jadi malu untuk

berhadapan dengan rakan-rakan dan boleh mengganggu tumpuannya kepada pembelajaran. Di sinilah

peranan guru amat penting untuk membantu murid menghadapi konflik diri untuk membolehkannya

bersama dengan rakan yang lain.


4. Perkembangan Sosial

Dalam perkembangan social guru boleh menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan

secara kumpulan berdasarkan perkembangan social manusia untuk memoptimumkan perkembangan

pembelajaran dan poengajaran. Contohnya aktiviti projek buku skrap secara berkumpulan.

Dalam usaha untuk membantu murid mencapai pertumbuhan yang optimum faktor mencungkil

potensi yang ada dalam diri murid juga boleh membantu untuk memperkembangkan kreativiti dan

kebolehan yang ada dalam diri mereka. Potensi pelajar boleh dilihat dari aspek jasmani, intelek, bakat

dan emosi.

1.Potensi Jasmani

Bagi potensi jasmani merujuk kepada kemampuan untuk memperoleh kecemerlangan dalam bidang

kesukanan dan permainan. Contohnya seorang peamain badminton yang berpotensi dalam bidang

jasmani mungkin akan dipilih mewakili sekolah , kemudian daerah , negeri dan seterusnya Negara.

2. Potensi Intelek

Bagi potensi intelek biasanya melalui aktiviti-aktiviti kognitif. Ini bermakna potensi intelek pelajar akan

berkembang jika pelajar terlibat dalam kajian ilmiah seperti bidang bahasa dan matematik.

3. Potensi Bakat

Potensi bakat juga terdapat pada individu tertentu. Contohnya pelajar yang berpotensi dalam bidang

muzik akan mudah menghafal lirik lagu-lagu yang diberikan.


4. Potensi Emosi

Potensi emosi atau perasaan merujuk kepada keupayaan individu untuk mengubah sikap, nilai atau

mengawal persaaannya. Contohnya pelajar yang bersikap negatif terhadap kerja sekolah akan berubah

menjadi positif apabila menyedari kepentingan tugasan sekolah.

Motivasi diri murid juga mampu mempengaruhi faktor mengoptimumkan perkembangan

mereka. Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi diri dan motivasi di segi pendekatan dan teknik

pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk membantu merangsang, membangkit dan

mengekalkan minat murid terhadap suatu matlamat tertentu termasuklah untuk mengubah sikap, minat

dan tingkahlaku mereka. Berdasarkan dua bentuk motivasi ini satu penggarapan perlu dilakukan untuk

memperkembangkan strategi Pengajaran & Pembelajaran antaranya;

1. Mewujudkan set induksi yang menarik.

2. Menggunakan pengalaman murid untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

3. Sentiasa membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan soalan-soalan yang mencabar.

4. Mewujudkan semangat bersaing melalui pelbagai aktiviti seperti permainan atau pertandingan.

5. Menggunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan motivasi murid dalam

pembelajaran yang selanjutnya.( Mok Soon Sang, 2002, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan

Budiman Sdn Bhd Subang Jaya Selangor, m/s12)

Dari sudut perbezaan individu dalam mempengaruhi pertumbuhan yang optimum, pelbagai

variasi dapat dilihat dan harus diteliti oleh guru kelas. Perbezaan yang paling ketara ialah keupayaan

mental, kognitif social dan emosi.


1.Perbezaan Mental

Bagi perbezaan keupayaan mental akan dapat dilihat melalui pencapaian akaademik yang jauh tinggi

bagi pelajar yang cerdas berbanding pelajar yang kurang cerdas. Guru boleh menangani perbezaan ini

melaluinpembag=hagian kumpulan mengikut pencapaian mereka dan seterusnya memberikan tumpuan

yang lebih kepada pelajar yang lemah.

2.Perbezaan Jasmani

bagi perbezaan jasmani biasanya melibatkan keupayaan pelajar tersebut melakukan aktiviti senaman.

Guru perlu bijak mewujudkan peluang untuk pelajar menikmati kejayaan terutamanya yang lemah.

Contohnya aktiviti senaman yang mudah kepada yang berbentuk kompleks.

3. Perbezaan Sosial

Bagi perbezaan social biasanya pelajar biasanya pelajar yang bersifat ekstrovert lebih aktif mengambil

bahagian dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian guru perlu memastikan

aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklah sejjar dengan kebolehan mereka. Contohnya aktiviti

pemulihan untuk pelajar yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang cerdas.

4. Perbezaan Emosi

Bagi perbezaan emosi biasanya pelajar yang berasal dari keluarga yang bahagia kan mengalami

kestabilan emosi berbanding pelajar yang berasal dari keluarga yang retak. oleh itu guru perlu lebih

bersimpati dan cuba menyelesaikan masalah ini meallui sesi kaunseling.


Guru perlu mengenalpasti pendekatan yang perlu dilakukan mengikut aras-aras tertentu yang dapat

diikuti oleh semua peringkat kognitif murid dengan baik dan sempurna. Selain itu aktiviti lain ialah

menjalankan proses pembelajaran secara koperatif, arahan mengkhusus kepada perkara tertentu dan

mengurangkan variabiliti berhubung latarbelakang, pencapaian, kebolehan dan sebagainya. Guru yang

dapat menggabungjalin dan membuat penelitian khusus mampu mengubah corak pertumbuhan dan

perkembangan murid kepada pencapaian yang lebih optimum.


3(a). Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang introvert. Jelaskan

dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat meningkatkan ciri-ciri positif kedua-dua

personaliti ini.

Personaliti manusia boleh dikategorikan kepada tiga iaitu ektrovert, introvert dan ambivert.

1. EKSTROVERT

Seorang Ekstrovert mempunyai banyak ciri positif seperti bersemangat, aktif,

berinisiatif, suka bersosial, sukakan perubahan, mudah bertindakbalas, berupaya menjadi

pemimpin dan gemarkan keseronokan.

2. INTROVERT

Ciri seoarang introvert pula ialah pasif, cemas, boleh dipercayai, pemalu, sensitif, kurang

bersedia menghadapi risiko, tidak banyak bercakap tetapi sukakan sistem hidup yang teratur.

Di dalam proses pengajaran di kelas pelbagai jenis tingklahlaku akan ditemui atau

dihadapi oleh guru lebih-lebih lagi menghadapi murid yang bercirikan ekstrovert dan introvert.

Beberapa kaedah dan cara boleh digunakan untuk membantu meningkatkan ciri-ciri positif bagi

kedua-dua personaliti ini. Peranan guru sebagai role-model, persepsi positif dari rakan sebaya

dan individu yang diterima dalam kumpulan, persekitaran sekolah yang baik, penglibatan secara

aktif dalam aktiviti ko-kurikulum mampu untuk membantu menggalakkan pembentukan ciri

personaliti yang lebih yakin (positif).


Bagi murid yang berciri ekstrovert, guru-guru boleh melakukan perkara-perkara seperti

berikut;

1. Sentiasa menggalak dan merangsang pelajar untuk mengemukakan soalan tidak

kiralah samada dalam proses pengajaran di kelas mahupun di luar kelas. Contohnya

ransangan membina soalan melalui gambar-gambar yang disediakan oleh guru.

2. Mereka ini boleh dipercayai untuk dilantik membimbing rakan sekelas yang

mempunyai ciri introvert (pasif) dalam menjalankan aktiviti kumpulan. Contohnya

aktiviti perbincangan dalam kumpulan.

3. Memperbanyakkan aktiviti pengayaan.

4. Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P).

(Mok Soon Sang, 2004, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya

Selangor, m/s 54).

Bagi murid yang berciri introvert pula mereka dapat dibantu dengan;

1. Melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti mudah dalam kelas ataupun di luar kelas

yang membolehkan mereka menikmati perasaan kejayaan. Contohnya dalam

aktiviti sukan guru boleh melibatkan mereka dalam permainan yang mudah seperti

lari membawa bola.

2. Pastikan isi pelajaran yang diberikan atau latihan yang disediakan adalah setimpal

dengan kebolehan. Ini akan menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Contohnya

soalan-soalan latihan yang mempunyai ransangan gambar yang mudah.


3. Hentikan segala ejekan “si bodoh” atau “si bulat” yang biasa ditujukan kepadanya

tetapi berikan kata-kata pujian untuk meransang penglibatan di dalam kelas.

4. Mengadakan sesi kaunseling untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan dia

menjadi seorang introvert.

5. Menggalakan mereka untuk menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan unit

beruniform di mana mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan individu lain.

6. Jadikan mereka ketua dalam kumpulan yang memerlukannya berinteraksi dengan

ahli kumpulannya.

( Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan 1 Psikologi Perkembangan - Semester 1, 1999, Penerbit Fajar

Bakti Sdn Bhd, m/s 176-177).

You might also like