You are on page 1of 13

Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

Written by Administrator, on 24-03-2008 22:28


Views 13603

Favoured 20

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan
sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms
33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan
jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan
ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum
setiap satunya.
Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan
bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan
bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau
‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah
ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.
Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa
"Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy"
dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16
Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127
(14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua
bentuk seperti berikut :-
1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya
bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk
menyertainya .
2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang
penyertaan semua peserta.
Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar)
mengandungi dua unsur utama :-
* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.
* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat
atau tidak dapat.
* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

1 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian
atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)
Disebutkan :-

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran
peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan
kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi,
justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan
permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )
Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam
kategori judi :-
1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara
langsung iaitu : -
a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur
secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau
berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)
b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos
telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di
talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu
nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar
baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.
c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa
yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan
bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.
d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima
SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang
diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan
wang ke dalam akaun tertentu.
Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan
menggunakan cara ini.

2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung
iaitu:-
Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga
menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan
bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan
tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi
kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

2 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

Jenis Cabutan Yang Halal


Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya
adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai
pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang
pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu
memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah
Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )
Sebagai contoh :
a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan
yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Hukum : Ia adalah halal.
b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua
kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat
sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan
tanda tertentu di bawah kerusi.
Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.
c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan
promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih
dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan
cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.
Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada
kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini
tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli
barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.
Permainan @ Peraduan Moden
Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang
halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang
beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti
ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad
mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn
Qayyim, hlm76)
Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini
saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai
dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-
1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak
RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu.
Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang
mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-
a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari
miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.
Pendapat yang lebih kuat (rajih) : adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana
wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang

3 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan
demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.
2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai
hadiahnya.
Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk
Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai
HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya.
(Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie,
3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar
harga sewaan gelanggan tenis.
Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh
sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama
seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu
dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-
duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)
Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan
permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua
pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah
akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha
dalam perihal haram.
Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya
berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan
Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ;
Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )
4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan
belanja makan kumpulan yang menang.
Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.
5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada
sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka
menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli
hadiah.
Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang
bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua
iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan
terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai
perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.
Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai

4 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.


Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia
tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika
semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan
bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan
perasaan sahaja.
Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan
yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa
mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.
6) Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.
Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian
juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman
Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 )
Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta
khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin
menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.
Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-

1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala
wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain
digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan
Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan
mereka dalam perjudian tanpa disangka.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

25 Mac 2008
Last update: 25-03-2008 00:42

Published in : Soal Jawab, Kewangan

Users' Comments (38) Add your comment


Posted by zulaikha, on 14-01-2010 16:05, IP 218.208.113.195, Guest
1. Melanggan Reader Digest, layak memenangi
Salam Ustaz,

Bagaimana jika nama terpilih daripada senarai pemegang kad kredit (Islamic Bank)
Di dalam surat dikatakan memenangi sejumlah wang. TETAPI, penganjur (Reader’s Digest) mensyaratkan: melengkapkan borang
dan membeli buku/ melanggan agar layak terpilih memenangi wang tersebut. Terdapat beberapa peringkat (3 kali menghantar
borang dan membeli dua kali buku/melanggan).

Adakah ia termasuk dalam kategori judi, meskipun mendapat manfaat daripada bacaan tersebut.

UZAR : HMM, SUKAR SIKIT NAK BERI KOMEN KERANA GAMBARANMASIH KURANG JELAS. adakah ia termasuk dalam pakej
promosi kad bank Islam?..kalau ye, mestilah sepatutnya penasihat Syariah bank islam dah kaji dan lulus,

5 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

» Reply to this comment...


» See all 1 replie(s)

Posted by adam zaim, on 05-01-2010 08:34, IP 93.96.22.137, Guest


2. hukum 'Charity Draw'
salam ustaz,

apakah hukumnya jika memasuki 'charity draw'?


tujuan penganjur adalah untuk mencari derma untuk kebajikan dan harga untuk satu penyertaan adalah tetap tetapi peserta boleh
membeli seberapa banyak yang mereka mahu.

penganjur menyediakan hadiah untuk peserta yang bertuah.

UZAR : panduan ada di dalam artikel. Jika peserta beroleh hadiah dari gabungan wang penyertaan, ia adalah judi

» Reply to this comment...

Posted by rezal, on 09-11-2009 07:28, IP 115.132.25.12, Guest


3. beli barang hasil wang haram
Salam...saya nak tanya mengenai barang yg dibeli dari wang haram (rasuah/judi/toto)..adakah buang terus barang itu atau jual
kat orang atau bagi kat orang..minta tlg penjelasan segera..tq

» Reply to this comment...

Posted by Nan S.Iskandar, on 07-10-2009 23:12, IP 124.13.195.29, Guest


4. Apakah hukum?
Ustaz,
Saya membuka kelas untuk mengajar tentang kesihatan dan pemakanan sihat. Saya mengenakan yuran kepada semua peserta
kelas untuk menanggung kos tenaga pengajar, sewa dewan dan beberapa kos membabitkan hal-hal pengurusan. Dalam pada itu
saya juga mengambil sebahagian yuran dari semua peserta untuk memberikan hadiah kepada peserta yang menunjukkan
pencapaian tertentu dalam sudut kesihatan. Apakah hukumnya? Adakah ini termasuk dalam judi?

» Reply to this comment...

Posted by abuimtiaz, on 30-07-2009 18:15, IP 124.13.183.220, Guest


5. yuran
salam.

bagaimana pula sekiranya sesebuah persatuan ingin membuat satu aktiviti untuk mengisi tabung persatuan lalu memilih sukan bola
sepak contohnya dengan mengambil yuran sebanyak rm50 setiap penyertaan. kemudian hadiah pula adalah hasil sumbangan
pihak ketiga yang tidak terlibat langsung dalam pertandingan. ambil contoh johan mendapat rm1000. n.johan rm700 dan ketiga
rm500 yang mana nilainya lebih banyak dan tidak mungkin yuran tadi boleh terkumpul untuk mendapatkan hadiah sedemikian.

yuran rm50 itu tadi adalah wajib dan dimasukkan kedalam tabung persatuan.
mohon penjelasan uzar.

» Reply to this comment...

Posted by Kerikil, on 22-07-2009 15:19, IP 138.250.83.137, Guest


6. Encik
Assalamualaikum.

Quote
5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada
tajaan diperoleh......

Sila baca komen saya di sini.(http://tajdid- melayu.blogspot.com/2009/07/ bicara-judi.html)


Wassalam.

» Reply to this comment...

Posted by sofi, on 30-06-2009 14:39, IP 210.48.222.5, Guest


7. skim awfar bank islam
ok dak skim awfar bank islam, ble dapt Rm 100,000. Mcm sijil smpanan premium plak

UZAR : sila baca jawapan di sini

» Reply to this comment...

Posted by fakry, on 28-06-2009 00:50, IP 203.82.79.102, Guest


8. salam

6 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

salam...
kami anjur pertandingan boling, 50% yuran d guna utk hadiah, 20% untuk sewa dan 30% utk makanan...tolong uzar bg hukum utk
situasi kami ini.

UZAR : Pastikan ada kumpulan tak perlu bayar yuran atau cari sponsor atau ada kumpulan bayar yuran tapi tak join.

» Reply to this comment...

Posted by Ahmad O, on 28-05-2009 16:28, IP 80.6.120.244, Guest


9. Huraian tentant hadiah perkara (2.)
Asslammualikium w.b.t Ustaz,
Saya masih lagi tidak memahami huraian ustaz tentang hadiah pertandingan pada perenggan akhir artikel diatas iaitu -> 2.Hadiah
diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja.. (mengikut dari komen-komen itu ustaz ada menyebut untuk memikirkan nya
lagi.. sekarang sudah hampir setahun saya menunggu jawapannya).

Soalan saya..

1. Apakah maksud 'sebahagiany uran peserta sahaja' itu?


2. Apakah perbezaan nya dengan no.5 dalam artikel ustaz itu.

terima kasih
AO

» Reply to this comment...

Posted by Jakall, on 18-05-2009 11:02, IP 60.53.25.229, Guest


10. keliru~
Assalamualaikum..

maafkan sy kerana bertanya..


sy agak musykil dengan statement yg di bawah ni..
Quote

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

soalan sy..
bagaimana lak kalo pertandingan seperti pertandingan sukan? ianya dijalankan secara kecilan tanpa sebarang bantuan atau
sumbangan? yelah..zaman skang ni bkn senang nak mtk sumbangan..hadiah dibeli dari duit yuran peserta..tp bukan semua la duit
yuran tu digunakan utk beli hadiah..so tu nak kira camner lak tu? adakah dikira haram jugak? kalo camtu means org yg berduit jer
la yg bleh anjurkan pertandingan? mtk ustaz perjelaskan ngan lebih terperinci..dan..maafkan sy..but kalo leh sy nak baca hadis
ataupun pernyataan dari Al-quran yg menyatakan itu adalah haram..maafkan sy kalo ada yg tak senang dengan soalan ini..tp ini
utk mengelakkak kekeliruan..sekian~

» Reply to this comment...

Posted by Khairul, on 02-04-2009 15:03, IP 58.185.79.242, Guest


11. hukum
Salam UZAR..
saya dan rakan (10 org) mempunyai kumpulan bermain badminton. kami ingin mengadakan pertandingan. boleh x kami mengutip
bayaran bulanan dan menggunakan wang terkumpul tersebut untuk digunakan membiayai hadiah untuk pemenang? mohon
pandangan USZAR dan rakan2 pelawat web ini. TQ

UZAR : Telah dijelaskan dalam artikel bhw cara tersebut TIDAK BOLEH dan judi.

» Reply to this comment...

Posted by kiwi bingung..!! Kuantan Pahan, on 06-11-2008 02:21, IP 194.80.178.1, Guest


12. ...
Assalamualaikum....
Uzar MUNGKIN masalah saya seperti AbgNgah dari kota baru saya menang cabutan bertuah dari YAHOO REWARDS sebanyak
RM 80,000.00 kenapa hukumnya haram...???? sedangkan saya tak menyertainya dan tidak mengeluarkan 1 sen pun duit bagi
memasuki penyertaan peraduan ini, saya tak join pun lotery tu apa yang saya faham seolah-olah mereka ingin memberikan hadiah
kepada kita.... saya masih muda berilah jawapan yang lebih terang agar tidak jadi bingung Uzar TOLONGLAH SAYA KENAPA
HUKUMNYA HARAM...?????

UZAR : Haram sebab tipu dan sdr akan kena bayar untuk dapatkan duit yg tipu tu...

» Reply to this comment...

Posted by j-QAF, on 14-05-2008 18:08, IP 60.52.101.67, Guest


13. ...

7 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

Salam uzar..

Amalan cabutan bertuah dan permainan yang berunsur judi seperti futsal adalah perkara yang amat memeningkan dalam
masyarakat saya.

Saya yakin, dari pandangan seorang pendakwah, uzar rasanya boleh faham bagaimana beratnya fikiran saya dalam memikirkan
jalan penyelesaian tentang hal ini.

Jika difikirkan kaedah dakwah secara hikmah, saya rasa tidak sepatutnya saya berkeras dalam memahamkan masyarakat tentang
kesalahan cabutan bertuah, bayaran futsal, dan banyak lagi amalan yang tidak mengikut syara' dalam masyarakat.

Oleh itu saya ingin mohon pandangan dan nasihat uzar. Jika uzar didalam masyarakat saya dan berada dalam situasi saya dalam
organisasi belia yang kecil sebuah masyarakat yang sensitif jika ditegur..apakah prinsip yang perlu saya pegang dan adakah
pengecualian saya sebagai pendakwah?

Harap uzar faham situasi saya ingin memahamkan masyarakat saya. Kerana saya sendiri sebagai ajk kecil belia, secara tak rela
telah terlibat dalam masalah cabutan bertuah dan pertandingan futsal yang dianjurkan oleh persatuan belia kami sendiri. Saya
terkepung antara masalah rempit, sosial dan masalah sikap masyarakat felda tempat saya.

terima kasih tak terhingga buat uzar.


Harap dapat perhatian.

wassalam..

» Reply to this comment...

Posted by Abgngah, on 13-05-2008 17:59, IP 60.52.103.82, Guest


14. ...
Assalamu'alaikum UZAR,

Mcm mana dgn cabutan yg dibuat dengan menggunakan alamat email saya sedangkan ianya diambil secara rawak dari berjuta
alamat email untuk memenangi hadiah. Baru-baru ini, saya dihubungi mengenai perkara ini oleh satu organisasi di UK dan
Belgium memaklumkan mengenai kemenangan saya.

Walaubagaimanapun, saya tidak memberi maklumbalas akhir kerana ianya badan lottery.

Adakah boleh jika kita ambil duit tersebut untuk disalurkan ke baitulmal?

ABGNGAH
KOTA BHARU

UZAR : IA BUKAN SAJA JUDI MALAH PENIPUAN YANG NYATA. SAYA SENDIRI DAH MENANG BERPULUH KALI CABUTAN
YG ABG NGAH SEBUT TU..

BERHATI-HATI DAN JANGANLAH MUDAH DIITPU..

» Reply to this comment...

Posted by lurus dan telus, on 13-05-2008 09:46, IP 60.52.97.46, Guest


15. ...
assalamualaikum ustaz,
saya amat tertarik kepada persoalan status Hadiah Sijil Simpanan Premium atau Konsep Sijil Simpanan Premium.

Ulama mesti telus dan berani menyatakan sesuatu yang benar walaupun di hadapan pemimpin yang zalim.
Tanpa menguraikan fakta fakta yang susah di fahami oleh orang biasa, saya ingin bertanya , 1) Hadiah Sijil Simpanan Premium
adakah Halal atau Haram . Sijil Simpanan Premium itu sendiri (sijil itu sendiri) adakah Halal atau Haram.

Jangan terlalu biarkan kami yang bodoh menilai sendiri, kami memerlukan jawapan.

Orang yang tersesat dalam gelap pasti menerpa cahaya terang.

UZAR : MENRUT MAKLUMAT ORANG DALAM YANG SAYA BARU DAPAT SSP ADALAH HARAM KERANA SBEHAGIAN BESAR
DANA YANG TERKUMPUL DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI PINJAMAN RIBANYA

» Reply to this comment...

Posted by kie lipis, on 08-04-2008 23:55, IP 60.52.98.103, Guest


16. ...
assalamualaikum,,
nak tanya pasal cabutan sijil simpanan premium. halal ke halam.

» Reply to this comment...

Posted by ibnu daud lagi.., on 06-04-2008 17:38, IP 60.52.102.106, Guest


17. ...

8 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

akum uzar... maafkan saya kalau ni soalan membebankan uzar. dapat jawap ringkas pun takpe... saya copy semula dari ibnu
daud sebab saya betul2 perlu tahu apa yang perlu saya buat especially supaya kami tak terikat dengan riba bank konvesional
lagi....
akum UZAR, saya dari sabah. kami nni orang kampung, maklum la kurang arif tentang riba.

Alhamdulillah, banyak perubahan pd diri sy n family tentang riba. tq uzar atas nasihat dan ilmu yang anda curahkan. saya baru
saja dapat vcd 'zalimkah perbankan Islam?'..

Sedih juga bila dapat tahu dulu terlalu banyak kami terlibat riba..dalam vcd Uzar ada bagitahu kalau buat loan konvensional, kena
tukar kepada Islamik loan. ok, saya faham yang tu. masalah saya ialah, baru sebulan yang lepas ayah saya meninggal dunia.

Dia ada buat loan rumah, tetapi tidak ada insuran dan kami sekeluarga perlu bayar baki sebanyak RM9000 leboih kurang (sebulan
ccm sebanyak rm117 selama lebih kurang 4-5 tahun lagi kalau tak silap ) .

Saya sudah cek di bank(Ambank) tempat arwah buat loan dulu dan pegawai tu kata, ayah saya buat loan konvensional. kalau
ikutkan saya, kalau ada duit, saya nak langsai semua.Kami dah bertekad taknak terjebak denganriba lagi.

So, pegawai tu kata tak boleh tukar kepada Islamik loan sebab pinjaman atas nama arwah ayah saya seorang sahaja . saya buntu
ustaz.. tapi saya yakin masih ada jalan penyelesaian... cuma saya perlu berusaha... jauh di sudut hati kecil saya, mudah-mudahan
arwah ditempatkan dikalangan solihin.. moga2 Allah ampunkan kejahilan kami yang lalu.. so, pada pandangan Uzar,apa perlu saya
buat... semoga jasa baik Uzar, akn di pandangnya sebagai amalan yang soleh... Terima kasih banyak2...

tq uzar ats kprihatinan saudara,maaf banyak2 kalau menyusahkan...

» Reply to this comment...

Posted by makbal@tm.com.y, on 03-04-2008 15:08, IP 211.25.51.14, Guest


18. ...
Sebuah Pertubuhan Mengajurkan Makan Malam atau kejohanan atau pentas pertunujukan dan makan malam dengan
mengenakan bayaran untuk menyertainya dan menontnnya. Dan Hadia istimewa cabutan tikit bertuah kepada berjaya. Hasil
daripada kutipan akan didermakan kepada tabung amal seperti tabung pertubuhan, anak-anak yatim dan sebagainya. Apakah
hukumnya Ustaz?

» Reply to this comment...

Posted by amir, on 01-04-2008 21:11, IP 60.52.101.42, Guest


19. ...
kalu kalah ,pihak kalah kena buat dende?

» Reply to this comment...

Posted by mama haziq, on 01-04-2008 13:37, IP 211.25.51.14, Guest


20. ...
salam

menarik artikel ni, macamana pula tentang pertandingan memancing..? pendapat saya ada juga unsur judi di situ @ mencuba
nasib. Nak masuk bertanding kena bayar yuran sure mengharapkan menang. kalau kalah siap marah2 sbb tak puas hati dgn
timbangan dll. Macamana tu UZAR? Adakah pertandingan memancing yang kerap dianjurkan tu HALAL statusnya?

» Reply to this comment...

Posted by saudagar, on 31-03-2008 13:21, IP 211.25.51.1, Guest


21. ...
bagaimana pula dengan peraduan teka barang melalui sms, kita perlu bayar caj sms untuk menyertainya, hadiah yang selalu
diberikan seperti tel bimbit, motor dan sebagainya. harap penjelasan uzar.

» Reply to this comment...

Posted by ibnu daud, on 27-03-2008 19:46, IP 124.13.138.177, Guest


22. ...
akum UZAR, saya dari sabah. kami nni orang kampung, maklum la kurang arif tentang riba.

Alhamdulillah, banyak perubahan pd diri sy n family tentang riba. tq uzar atas nasihat dan ilmu yang anda curahkan. saya baru
saja dapat vcd 'zalimkah perbankan Islam?'..

Sedih juga bila dapat tahu dulu terlalu banyak kami terlibat riba..dalam vcd Uzar ada bagitahu kalau buat loan konvensional, kena
tukar kepada Islamik loan. ok, saya faham yang tu. masalah saya ialah, baru sebulan yang lepas ayah saya meninggal dunia.

Dia ada buat loan rumah, tetapi tidak ada insuran dan kami sekeluarga perlu bayar baki sebanyak RM9000 leboih kurang (sebulan
ccm sebanyak rm117 selama lebih kurang 4-5 tahun lagi kalau tak silap ) .

Saya sudah cek di bank(Ambank) tempat arwah buat loan dulu dan pegawai tu kata, ayah saya buat loan konvensional. kalau
ikutkan saya, kalau ada duit, saya nak langsai semua.Kami dah bertekad taknak terjebak denganriba lagi.

So, pegawai tu kata tak boleh tukar kepada Islamik loan sebab pinjaman atas nama arwah ayah saya seorang sahaja . saya buntu
ustaz.. tapi saya yakin masih ada jalan penyelesaian... cuma saya perlu berusaha... jauh di sudut hati kecil saya, mudah-mudahan

9 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

arwah ditempatkan dikalangan solihin.. moga2 Allah ampunkan kejahilan kami yang lalu.. so, pada pandangan Uzar,apa perlu saya
buat... semoga jasa baik Uzar, akn di pandangnya sebagai amalan yang soleh... Terima kasih banyak2...

» Reply to this comment...

Posted by yusri, on 27-03-2008 06:38, IP 60.52.100.47, Guest


23. ...
USTAZ,
BAGAIMANA DENGAN PERADUAN / CABUTAN BERTUAH SIJIL SIMPANAN BANK SIMPANAN NASIONAL ( BSN ) .. SAMBIL
MENYIMPAN BERHARAP DAPAT HADIAH YANG DI TAWARKAN. SYARAT YANG DIKENAKAN WANG TIDAK BOLEH DI
KELUARKAN DALAM MASA 45 HARI .. MINTA USTAZ JELASKAN . T/KASIH

» Reply to this comment...

Posted by msrizal, on 26-03-2008 16:45, IP 211.25.51.1, Guest


24. ...
Assalamulaikum UZAR, terima kasih dengan artikel yang cukup bermakna ini.

» Reply to this comment...

Posted by syabab, on 26-03-2008 06:20, IP 60.52.98.127, Guest


25. ...
Assalamualaikum UZAR, saya ada satu soalan. Kami ada menganjurkan perlawanan bola sepak.Syarat penyertaan bagi setiap
sukan lebih krg rm200.setiap pasukan membayarnya dan duit tersebut di gunakan untuk membayar kos sewaan padang dan
membeli hadiah.sebelum perlawanan, diadakan cabutan bertuah, yang mana salah satu pasukan yang menyertai perlawanan ini
akan di kembalikan semula wang penyertaan. apa hukumnya?

» Reply to this comment...

Posted by Hidayat, on 25-03-2008 14:57, IP 211.25.51.1, Guest


26. ...
Salam, Saya tak bersetuju dengan jawapan Wannabe kpd Abu Hafiz & Kadir Rahman. Saya berpendapat ianya harus. Bukankah
UZAR dah hightlightkan '2.Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja' dalam syarat 2. bagi pertandingan yg
dibenarkan dlm Islam.

UZAR : SOALAN TU SAYA TANGGUH KERANA FIKIR PANJANG SIKIT LAGI.

SEKALI FIKIR MEMANG TAK BOLEH JUGA..KERANA SEMUA PESERTA TETAP HILANG DUIT ATAUUNTUNG DUIT.. SO
SEDANG FIKIR KOT-KOT ADA SUDUT PANDANGAN YANG SAYA TAK NAMPAK.

» Reply to this comment...

Posted by ummameerah, on 25-03-2008 14:55, IP 211.25.51.1, Guest


27. ...
Jazakallah kepada WANNABE

Maaf UZAR, saya kurang faham. sekarang dah faham. UZAR punye tulisan ni kena re-read, baca sekali sure tak register,
especially orang macam saya yang cetek ilmu.

btw, UZAR pernah kupas pasal sambutan maulid tak secara article? yang rakaman tu pc saya ni tak dapat deliver dengan baik .
Dah cari melalui search engine site ni tapi tak jumpa writen article.

UZAR : SORRY, SAYA PUN BUKAN PANDAI SANGAT MENULIS SEBENARNYA, JIKA NAK BAHASA SAYA OK , KENA SEMAK
3-4 KALI..TAPI BILA TAK SEMPAT..TERPAKSALAH PEMBACA REREAD UNTUK FAHAM YE.

KEDUANYA, ISU BAB KEWANGANINI MEMANG SUSAH NAK DI TERANG GUNA BAHASA MUDAH. BEKERJA KERAS UNTUK
GUNA BAHASA YANG BOLEH DIFAHAMI OLEH ORANG YANG TIADA BACKGROUND SYARIAH DAN KEWANGAN.

NAMUN CUBA SEKADAR MAMPU

» Reply to this comment...

Posted by kadir rahman, on 25-03-2008 14:50, IP 211.25.51.1, Guest


28. ...
Terima kasih WANNABE,

Saya faham mengenai bab Permainan @ Peraduan Moden clause 5, bagaimana pula dengan kesimpulan hadiah pertandingan
yang dibenarkan dalam Islam clause 2 seperti di bawah? Ia kelihatan bertentangan dengan bab Permainan @ Peraduan Moden
clause 5. Berapakah nisbah yang dimaksudkan dengan sebahagian yuran tersebut?

Quote

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan
pentadbiran pertandingan

10 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

» Reply to this comment...

Posted by ayub, on 25-03-2008 14:49, IP 211.25.51.1, Guest


29. ...
uzar saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini

1. pekerja office saya ada membuat "main kutu". satu kepala or seorang 100 seramai 11 orang so setiap org akan dapat 1100
(100 duit sendiri) tiap bulan. yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la.. saya melihat disini ia
ada unsur judi,sebab sebelum cabutan2 mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang
dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus.

saya harap sangat komen uzar. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah,ini bermakna saya faham setelah membaca buku
uzar tulis

UZAR : JAWAPANNAY TELAH DIJADIKAN SATU ARTIKEL LENGKAP.. TAHNIAH KERANA SOALAN ANDA TELAH TERPILIH
DALAM CABUTAN BERTUAH. ..NAMUN TIADA HADIAH DI DUNIA KECUALI PAHALA DI AKHIRAT SETIAP KALI ORANG
MEMBACA SOALAN ANDA DAN JAWAPAN SAYA.

» Reply to this comment...

Posted by altaaf, on 25-03-2008 13:28, IP 211.25.51.1, Guest


30. ...
salam..

kan dulu2 ade praduan power root tu kan..bile kita bli air tin power root, bawah pnutup tin tu ada bagitau kita dapat hadiah skian2 (
jika btuah la)..

Saya ade dengar org kate haram, sbb seolah2 macam main tikam.ala pmaianan budak2 yang beli cekidis@jajan tu, n ade ketas kt
dlm tulis menang sekian2 hadiah..memag klu power root tu airnya blh diminum, tikam tu pn cekedisnya boleh dimakan, tp klu mmg
org duk bli dgn jumlah yg byk utk dpt hadiah btuah tu, blh ke??

kalu tengok yang ustaz kate pasal bli2 surat kabar byk2 tu kira ok la haramnya, sbb surat kabar tu baca 1 naskah je, naskah2 lain
kita duk ambik borang praduan je, tp air power root n cekedis tikam tu kan boleh diminum@ makan smuanya..jd minta pendapat
ustaz..
jazakallah

» Reply to this comment...

Posted by sanggang, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest


31. ...
ustaz,
mcm mana hukumnya kalau peraduan teka jumlah guli. setiap yang nak meneka kena beli tiket harga sekian-sekian. yg dapat teka
dgn tepat dapat hadiah. yang tak tepat berpeluang utk menang hadiah cabutan bertuah. boleh ke macam tu? ke ada unsur2 haram
kat situ? tolong jawab ye ustaz.

» Reply to this comment...

Posted by ct_aisyah, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest


32. ...
ya dah baca...saja nak kompem lagiii...

» Reply to this comment...

Posted by WANNABE, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest


33. ...
Ustaz,

Izinkan saya jawab soalan Abu Hafiz dan Kadir Rahman (mcm biasa, ustaz bagi markah je)

Hukumnya haram

Dari bab Permainan @ Peraduan Moden clause 5

"Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur
judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah
kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari
perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal
secara sepakat ulama."

» Reply to this comment...

11 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

Posted by WANNABE, on 25-03-2008 09:28, IP 60.52.99.173, Guest


34. ...
Ustaz,

Izinkan saya tolong jawab soalan ummameerah (ustaz tolong bg markah je)

(1) Hadiah yang diterima adalah harus kerana ibu bapa adalah penaja/ibu bapa tidak bertanding/peserta yg bertanding tidak
menanggung kerugian.

(2) Hadiah yang diterima adalah harus kerana syarikat adalah penaja/syarikat tidak bertanding/pekerja yg bertanding tidak
menanggung kerugian.

UZAR : MARKAH PENUH..ALHAMDULILLAH

» Reply to this comment...

Posted by ct_aisyah, on 25-03-2008 00:34, IP 60.52.98.217, Guest


35. ...
peraduan mencari benda tersembunyi dlm BH pon x boleh la UZAR jika sengaja dibeli semata-mata utk sertai peraduan tu?

UZAR : KALAU SETAKAT BELI PAPER SENASKHAH UTK BACA SAMBIL MASUK , TIADA MASALAH. JIKA BELI LEBIH DARI
SATU..IA SUDAH JATUH SYUBHAT DAN BOLEH JADI JUDI. BUKANKAH TELAH DISEBUT DI DALAM ARTIKEL

» Reply to this comment...

Posted by ummameerah, on 25-03-2008 00:33, IP 60.52.98.217, Guest


36. ...
Thank you for the ilm.

Soalan saya:
(1) Bagaimana pula hadiah yang di terima semasa pertandingan disekolah, seperti sports day, yang mana ibu bapa di minta
memberi sumbangan untuk membeli hadiah dan lain-lain lagi sebaga anjuran hari sukan sekolah?

(2) ada syarikat/organisasi yang memberi sumbangan hadiah cabutan bertuah supaya dapat mengelakkan cukai pendapatan
syarikat. Hadiah tu haram tak?

» Reply to this comment...

Posted by Abu Hafiz, on 25-03-2008 00:33, IP 60.52.98.217, Guest


37. ...
Salam. Boleh Ustaz jelaskan syarat hadiah #2: Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja. Bagaimana sekiranya
sesuatu peraduan yg mengenakan yuran untuk mengumpul dana, sebahagian kutipan digunakan untuk hadiah, sebahagian untuk
kos penganjuran, dan selebihnya untuk dana persatuan?

JKK.

» Reply to this comment...

Posted by kadir rahman, on 25-03-2008 00:33, IP 60.52.98.217, Guest


38. ...
Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran
pertandingan.

Saya agak keliru dengan kenyataan ini kerana ia dengan mudah menghalalkan penggunaan wang terkumpul dari yuran
penyertaan sebagai hadiah.

Saya pernah melihat sebuah masjid menganjurkan pertandingan bola sepak dimana setiap pasukan dikenakan yuran dan dihadkan
jumlah pasukan yang layak mendaftar. Nilai hadiah-hadiah yang ditawarkan lebih kurang 80% dari jumlah yuran terkumpul,
selebihnya mungkin digunakan untuk pentadbiran pertandingan.

Saya fikir ianya haram, tetapi bertentangan dengan kenyataan ustaz diatas. Mohon penjelasan ustaz tentang nisbah hadiah dan
pentadbiran.

» Reply to this comment...

Add your comment

mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr


License Creative Commons - Some rights reserved

12 of 13 13/02/2010 6:48
Cabutan Bertuah & Peraduan, Pertandingan Moden - www.zaharuddin.net http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=vie...

Close Window

SEO by Artio

13 of 13 13/02/2010 6:48

You might also like