You are on page 1of 5

http://www.youtube.com/watch?

v=CBUP8Lv3MsQ&feature=related
http://mzu3111.blogspot.com/2009/11/jaques-emily-dalcrozey.html
http://tabuhemas.com/Dalcroze.pdf

Emile Jacques-Dalcroze
Oleh : Mastor Hj Jarkaseh
22 Ogos 2009
Emile Jaques-Dalcroze ( 1865 - 1950) ialah seorang pendidik muzik Swiss yang mencipta
kaedah Eurhythmic, iaitu satu kaedah pengalaman pembelajaran muzik melalui pergerakan
berirama. (Pengaruh konsep eurhythmics ini dapat dilihat dalam pedagogi Orff Schulwerk
yang digunakan secara meluas di Amerika Syarikat).
Kaedah Dalcroze adalah bersaskan prinsip bahawa muzik dan gerakan sentiasa berkaitan,
Dalam setiap muzik akan ada satu gerakan yang dapat dikaitkan dengan muzik tersebut.
Kaedah ini mengandungi tiga elemen penting iaitu: Irama, Solfa dan Improvisasi.
Elemenelemen tersebut, menurut Dalcroze adalah satu latihan muzikal yang menyeluruh
dalam
membentuk ahli muzik yang baik. Dalam kaedah ini, elemen-elemen dalam setiap subjek
diadun melalui aktiviti kreativiti muzik dan pergerakan.
Dalcroze memulakan kerjaya sebagai pendidik muzik di Geneva Conservatory dimana
beliau mengajar harmoni dan solfa. Beliau mula membuat percubaan kaedah-kaedah baru
semasa mengajar dalam kelas-kelas beliau. Pada 1906, Dalcroze mula memperkenalkan
kaedah-kaedah beliau kepada orang ramai. Tahun 1910, dengan bantuan rakannya Wolf
Dohm, beliau mengasaskan sebuah sekolah muzik di Hellerau yang menggunakan
sepenuhnya kaedah-kaedah pembelajaran beliau. Bagaimanapun, pada tahun 1914 sekolah
ini terpaksa ditutup kerana berlaku Perang Dunia Pertama.
Dalcroze kembali ke Geneva dan mengasaskan pula Institut Jaques-Dalcroze. Beliau
mengajar di sekolah ini sehingga akhir hayat beliau. Inilah satu-satunya di sunia sebuah
institusi yang memberikan sijil, diploma dan ijazah pengkhususan kaedah Dalcroze kepada
penuntut-penuntutnya.
http://www.pgsrmuzik08iptho.com/dalcroze.html
Kaedah Dalcroze 
Emile Jaques-Dalcroze (1865-1950)
Lulusan  Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional yang kuat.Dilantik sebagai Professor harmoni di Konservatori Muzik Geneva ketika berusia
25 tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru muzik."Dalcroze Eurhythmic" adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam
muzik.Komponen asas Dalcroze ialah:
1.        Euritmik
2.        Solfege
3.        Improvisasi
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui
proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula
dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti
bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.
Kaedah Dalcroze merupakan  suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan
kanak-kanak:
"        Untuk bergerak
"        Berjaya dan diperkenalkan
"        Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat
"        Untuk bersaing
"        Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik
"        Untuk mengembara
"        Memperoleh kepuasan kreativiti
"        Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama
"        Untuk mengetahui
Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu "Theory of multiple interlligences". Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7
"theory of multiple interllegences" dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga
prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.
Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya
mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai
usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.
Euritmik (eurhythmic)
Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik
ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi   bahan-bahan penting yang boleh
meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan
badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak
isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian).
Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu:
"        Mendengar
"        Merasai
"        Berimaginasi
"        Mengintrepetasi bunyi
"        Bertindak/respon/bergerak
"        Membayangkan maksudnya secara luaran
Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan
seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.
Solfa (solfage)
Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing)
dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu
seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

Improvisasi (improvision)
Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan
elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh
kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.
Pergerakan :
1.        Setempat - tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin), membongkok bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.
2.        Pergerakan di ruang udara - berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur, melompat bergelop, merangkak dan seterusnya.
Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada:
"        Penumpuan (attention)
"        Konsentrasi, mengingati
"        Menghasilkan semula (reproduce)
"        Menukar (change)
"        Automate
Kemahiran di atas diajar melalui pergerakan fizikal yang melibatkan:
"        Aural (pendengaran)
"        Tectile/kinestathetic (tangan/suara)
"        Visual (penglihatan)
"        Kreativiti (pemikiran)
4 Langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:
1.Preparation
Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu  dijauhkan dari dada dalam tempo, detik sepanjang proses menarik nafas.
2.Attack
Menghembus nafas (strike kedua belah tangan)
3.Prolongation
Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.
4.Kembali kepada preparation
Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula
Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964) yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara/mod pengajaran:
"        Mod Enaktif - melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya.
"        Mod Ikonik - melalui penggunaan symbol grafik gambar/lukisan
"        Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik

KAEDAH DALCROZE DLM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MUZIK 2010

ZAINAL ARIFFIN AB. gHANI

http://zainalariffin.com/?p=116 19 feb 1;27 A.M

Emile Jaques-Dalcroze (1865-1950)

Lulusan  Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional yang kuat.Dilantik sebagai Professor harmoni di
Konservatori Muzik Geneva ketika berusia 25 tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru muzik.”Dalcroze Eurhythmic” adalah pendekatan muzik
berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Konponen asas Dalcroze ialah:

1. Euritmik
2. Solfege
3. Improvisasi

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam
konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian.
Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah, university dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan
seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan  suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah
mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak:

 Untuk bergerak
 Berjaya dan diperkenalkan
 Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat
 Untuk bersaing
 Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik
 Untuk mengembara
 Memperoleh kepuasan kreativiti
 Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama
 Untuk mengetahui

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu “Theory of multiple interlligences”. Bodily-
kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 “theory of multiple interllegences” dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen
penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini
disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan
pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik
tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Euritmik (eurhythmic)

Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama.
Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu
dilatih sebab ia mengandungi  bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan
menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang
disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik
tanpa nyanyian).

Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana
individu perlu:

 Mendengar
 Merasai
 Berimaginasi
 Mengintrepetasi bunyi
 Bertindak/respon/bergerak
 Membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan
pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.

Solfa (solfage)

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality).
Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah
lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda
seseorang.

Improvisasi (improvision)

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak
panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang
dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.

Pergerakan :

1. Setempat – tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin), membongkok bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.
2. Pergerakan di ruang udara – berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur, melompat bergelop, merangkak dan seterusnya.

Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada:

 Penumpuan (attention)
 Konsentrasi, mengingati
 Menghasilkan semula (reproduce)
 Menukar (change)
 Automate

Kemahiran di atas diajar melalui pergerakan fizikal yang melibatkan:

 Aural (pendengaran)
 Tectile/kinestathetic (tangan/suara)
 Visual (penglihatan)
 Kreativiti (pemikiran)

4 Langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:

1.Preparation

Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu  dijauhkan dari dada dalam tempo, detik sepanjang proses menarik nafas.
2.Attack

Menghembus nafas (strike kedua belah tangan)

3.Prolongation

Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.

4.Kembali kepada preparation

Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula

Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964) yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3
cara/mod pengajaran:

 Mod Enaktif – melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya.


 Mod Ikonik – melalui penggunaan symbol grafik gambar/lukisan
 Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik

Previous P

IRAMA TRADISIONAL

You might also like