Professional Documents
Culture Documents
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-
Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek PKU3106 Pentaksiran Dalam
Pendidikan Khas ini dengan selamat. Biarpun pada peringkat awal untuk
menyiapkan tugasan ini saya menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah, namun
akhirnya ianya dapat disempurnakan juga, walaupun tidak sebaik yang dipinta.
terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPGM Kampus Darulaman.
Terutamanya, khas buat En. Zainal Abidin bin Nasir diatas kesudian membantu dan
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini, sukar bagi
Biarpun subjek PKU 3106 ini adalah satu subjek yang agak sukar di mana
ianya merupakan satu subjek baru bagi saya, dimana masa di peringkat diploma
dahulu saya tidak pernah mempelajarinya namun dengan teknik dan skill yang
gunakan oleh En. Zainal Abidin seperti teknik pembentangan dan perbincangan
dapat membantu saya untuk memahami serba sedikit mengenai subjek ini. Ianya
secara tidak langsung dapat membantu saya untuk mengajar murid- murid di sekolah
saya. . Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan
buat rakan- rakan sekelas PGSR Pendidikan Khas 2008 , Guru- guru SKDHZ dan
murid- murid PKBP SKDHZ diatas kesudian kalian membantu saya. Bantuan dan
sumbangan kalian amat dihargai. Terima kasih sekali lagi. Sekian, wasallam.
0.0 PENGENALAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji berkaitan kanak- kanak bermasalah
pembelajaran yang mana mereka ini menghadapi gangguan dalam satu ataupun
lebih dari aspek proses asas psikologikal termasuklah dalam bab memahami
ataupun dalam menggunakan bahasa, bercakap atau menulis. Semua ini jelas
menunjukkan ciri ketidaksempurnaan yang terdapat pada seorang murid
contohnya mendengar, berfikir, bercakap, membaca, menulis, mengeja atau
membuat pengiraan matematik. Jangka masa kajian kes ini ialah mengambil
tempoh masa selama 4 minggu. Di dalam kajian ini penulis telah memilih
seorang murid khas dari Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah
Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin, Serdang Kedah sebagai respondan kajian.
Murid ini diklasifikasikan sebagai murid bermasalah pembelajaran kerana
mempunyai masalah Slow Learner Tro Mental Retardation With
Hepatosplenomegaly Cause.
masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga
membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang
melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk
berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka
dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan
menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan
menyebabkan kemurungan.
Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara
seseorang itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda
hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri.
Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya
seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia
akan berkelakuan baik serta bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu
dibesatkan dalam suasana berpecah belah seperti peperangan, kemungkinan besar
dia akan menjadi seorang yang kasar dan panas baran. Walaubagaimanapun,
tingkah laku berubah menerusi pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah
apabila mereka menjadi semakin terpelajar.
Kesimpulannya, Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras
dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya
pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuhkan,memperbaiki,danmempertingkatkan perkembangan murid- murid
khas di program khas mahupun program pendidikan khas integrasi di Negara ini.
Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan
dan seterusnya dengan keputusan tersebut juga dapat membantu guru
mengembangkan serta mempertingkatkan lagi potensi seseorang murid khas
ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
TUJUAN PENTAKSIRAN
Secara umumnya, tujuan sesuatu pentaksiran dijalankan adalah untuk :
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara lebih menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke
semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN
i. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan?
ii. Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian
dilakukan melalui pemerhatian.
iii. Apa maksud pemerhatian?
iv. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan
perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu
kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat clan merekodnya
dengan tepat.
v. Apakah yang diperhatikan?
vi. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja seperti
berikut:
1. Tingkah laku.
2. Tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai.
Contohnya:-
a. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.
b. Menyusun blok bersama rakan atau
c. bersendirian.
d. Mengikat tali kasut.
e. Berlari sambil melompat.
f. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
g. Membuat kolaj dalam kumpulan.
h. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 9
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
MEREKOD MAKLUMAT
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
i.Senarai Semak.
a.Definisi:
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:
ii. Prosedur
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan
senarai semak:
a) Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
b) Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
c) Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
d) Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
e) Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan.
f) Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan
maklumat/amalan yang lebih tepat/ kekal.
g) Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran
atau tingkah laku murid.
CONTOH REKOD
i) Rekod Skala Kadar
a. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid.
b. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang
gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Rekod Berterusan
a. Definisi
Rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita "narrative" yang dibuat ke
atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap
perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian.
Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan
minit.
PENYIMPANAN MAKLUMAT
b. Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah
dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap
kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf.
Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang
melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria
pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi
yang dibuat oleh murid.
c. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi
PELAPORAN
a. Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke
semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan
pencapaian murid.
b. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:
• Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
• Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan
pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh clan ketrampilan diri mengikut
tahap keupayaan mereka.
• Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang telah diperolehi hasil
daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.
Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid merupakan rumusan yang dibuat oleh
guru hasil daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai
perkembangan diri murid secara menyeluruh dan spesifik. la berbentuk ulasan
berdasarkan item-item yang telah dibina melalui hasil pembelajaran yang hendak
dicapai berasaskan Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan KanakKanak.
Ulasan yang dibuat seharusnya dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian
sebenar diri murid yang boleh diukur melalui keenam-enam komponen berikut:
a. Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi
b. Perkembangan Kognitif
c. Perkembangan Kerohanian dan Moral
d. Perkembangan Sosioemosi
e. Perkembangan Fizikal
f. Perkembangan Kreativiti dan Estetilka
Maklumat yang perlu ada semasa membuat rumusan mengenai perkembangan
murid melalui keenam-enam komponen perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:
* Pengetahuan
Aspek pengetahuan murid meliputi:
• Diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat
• Kepelbagaian hidupan di persekitaran
• Kewujudan fenomena alam
• Agama
• Pengalaman berdasarkan multimedia
* Kemahiran
Aspek kemahiran yang telah dikuasai oleh murid meliputi:
• Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
• Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
• Kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menjalankan
aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran.
* Kreativiti
Kreativiti murid boleh dinilai dalam:
• Menghasilkan objek dengan menggunakan bahan secara kreatif (contoh: bahan
semulajadi, bahan kitar semula
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 15
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
* Komunikasi
Kebolehan berkomunikasi murid yang boleh dinilai adalah seperti:
• Berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur
• Melakukan pengucapan bertatasusila menggunakan bahasa yang betul
• Berinteraksi secara `non verbal' (bahasa isyarat) dan boleh difahami
• Memberi pendapat yang boleh diterima pakai.
Tindakan Susulan
Secara umumnya, murid- murid berkeperluan khas lazimnya terdiri daripada murid
yang mengalami masalah tertentu seperti Down Sindrom, Slow learner, Autisme,
Disleksia ataupun Mental Retardition. Fokus utama saya pada kali ini ialah slow
learner dan mental retardation.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 16
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
Salah satu kategori kanak- kanak berkeperluan khas ialah kerencatan mental
atau kurang upaya mental. Lazimnya, ramai orang awam hanya mengetahui serba
sedikit berkaitan kerencatan mental dan ciri- ciri yang dimiliki oleh individu tersebut.
Walaupun kesedaran terhadap kerencatan mental telah bertambah, namun masih
ada atau terdapat ramai golongan yang membuat anggapan salah dan cetek ilmu
berkaitan golongan ini. Contohnya, seseorang yang tidak boleh menyelesaikan
sesuatu masalah atau berkelakuan aneh digelar sebagai “ cacat otak “, “ otak tak
betul” dan sebagainya. Walaupun istilah ini digunakan sebagai gurauan, namun
ianya menggambarkan takrifan masyarakat dengan mudah mengaitkan kegagalan
melakukan sesuatu atau kelakuan aneh dengan kelemahan dan kekurangan mental
Menurut Evans ( 1983) beliau mendefinisikan kerencatan akal atau mental
sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang yang normal, tidak dapat
menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal serta orang yang tidak dapat
memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam
sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Takrifan ini terlalu umum kerana ia juga
memerihalkan kelemahan yang dialami oleh individu biasa atau normal tetap tidak
diketagorikan sebagai kerencatan mental. Selain itu, definisi yang lebih tepat lagi dan
diterima ramai ialah takrifan yang dikemukakan oleh Persatuan Kerencatan Mental
Amerika ( American Association on mental Retardition ) atau dikenali sebagai AAMR.
Persatuan ini ialah organisasi tertua dan terbesar didunia yang terdiri daripada ahli
professional dalam bidang kerencatan mental. Persatuan ini terkenal dengan
peranan yang dimainkan dalam penentuan dasar, penyelidikan, rawatan dan
pencegahan kerencatan mental. Definisi terkini yang dikemukakan oleh AAMR telah
diterima dan digunakan oleh kebanyakkan organisasi ataupun persatuan pendidikan
yang terlibat dengan kerencatan mental di merata dunia iaitu :
“ kerencatan mental ialah suatu kurang upaya yang bercirikan fungsian intelektual
dan tingkah laku adaptif yang terhad. Kerencatan mental lazimnya berpunca
sebelum umur 18 tahun .” ( AAMR , 2002 )
Istilah kefungsian intelektual boleh dimaksudkan sebagai kanak- kanak
kerencatan akal atau mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada tahap intelektual di
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 17
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan lazimnya
digunakan. Manakala tingkah laku adaptasi pula ialah kebolehan kanak- kanak
kerencatan mental dikenal pasti menurut sejauhmanakah mereka Berjaya
menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti bercampur gaul, menjaga diri
sendiri, berkomunikasi dan sebagainya. Lazimya kanak- kanak ini dapat dikenal pasti
melalui ujian IQ, serta pemerhatian kanak- kanak tersebut dari aspek penguasaan
kemahiran konseptual, kemahiran praktikal dan kemahiran social.
BIODATA MURID
MAKLUMAT MURID
3) Umur : 57 tahun
4) Agama : Islam
5) Pekerjaan : Kaunselor
6) Pendapatan : RM 3704.87
Gambar Fasihin semasa beratur waktu hendak pulang ( tidak dapat menurut
arahan guru supaya beratur )
Adik Ashraf Fasihin bin Hasim adalah anak bongsu daripada 7 adik beradik
iaitu 5 perempuan dan 2 orang lelaki. Bapanya En. Hasim bin Abdullah adalah
seorang Kaunselor di Pusat Serenti, Serdang daerah Kulim Bandar Baharu,
manakala ibunya Puan Normah binti Saman pula adalah seorang surirumah
sepenuh masa. Sejak dari lahir adik Ashraf Fasihin atau lebih dikenali sebagai
Fasihin atau ” Wak Jum ” dikalangan rakan- rakan sekelas telah diserahkan kepada
ibu saudaranya iaitu kakak kepada ibunya yang tinggal di Titi Serong, Perak. Beliau
telah dibesarkan oleh ibu saudaranya sehinggalah beliau berumur 6 tahun. Bermula
dari saat dilahirkan sehingga berumur 5 tahun keluarga ini tidak mengetahui bahawa
anak mereka ini menghadapi sedikit masalah iaitu terencat akal ringan sehinggalah
beliau berumur 6 tahun. Di mana ketika ini beliau tidak boleh mengikuti aktiviti
pembelajaran di tadika biasa. Guru tadika menyatakan kepada ibu saudaranya
bahawa Asyraf Fasihin tidak boleh bersekolah di sekolah biasa apabila beliau tidak
Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa
dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh
menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar.
Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di
tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah
nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan
tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu
murid itu.
Kegunaan rekod anekdot:
Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan
aktiviti individu dan bagi kes konferensi.
Kebaikan rekod anekdot:
· Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini.
· Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang
beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.
· Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di
mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian.
· Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaja dan
melupakan perkara atau tingkah laku lain.
beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara
berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu nyata dan
kerap dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit.
Kebaikan rekod persampelan masa:
· Menjimatkan masa.
· Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku.
· Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistic.
· Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad.
· Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanak
ataupun beberapa jenis tingkah laku secara serentak.
Keburukan rekod persampelan masa:
· Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan tertinggal
tingkah laku yang berguna.
· Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan
berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak dinyatakan.
Ini menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.
v. Duration recording
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 30
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
Skil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku
membabitkan pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang
diperhatikan dan panjang tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah bilangan
tingkah laku terbabit berlaku dalam masa yang ditetapkan dan tempoh masa.
Kadar dihitung dengan menbahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini
dengan minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun berapa
kali seorag pelajar meninggalkan tempat duduknya ketika kelas matematik dijalankan
dapat dicatatkan sebagai kadar kija tempoh kelas dijalankan ataupun tempoh masa
pemerhatian diketahui. Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian
dibuat beberapa kali sepanjang tempoh. Daripada beberapa siri pemerhatian ini,
kadar purata pelajar meninggalkan tempat duduknya dapat ditentukan.
· Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada satu kejadian sahaja.
· Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja yang beliau lihat.
· Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran pemerhati yang khusus.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 32
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
Secara amnya, Adik Ashraf Fasihin adalah seorang murid yang boleh
membaca dengan lancar bahan bacaan yang terdiri daripada sukukata terbuka juga
tertutup. Namun demikian, Adik Ashraf tidak boleh diganggu oleh orang persekitaran
dan sifatnya yang mudah terganggu dengan ganggu luar dan persekitaran boleh
membuatkan pembacaannya tidak lancar, tersekat- sekat serta terhenti
seketika.Tingkah laku negatif beliau yang mudah terganggu dengan bunyi- bunyi di
persekitarannya seperti bunyi lori, kereta, bunyi siren kereta bomba serta siren balai
bomba dan sebagainya menyebabkan beliau sering terhenti – henti dalam
menyiapkan tugasan beliau.
Selain itu juga, adik Fasihin walaupun boleh membavca buku dan bahan
bacaan dengan lancar namun bacaan ada sekata yakni tiada nada dan jeda serta
intonasi. Beliau membaca semua bahan bacaan tidak kira buku cerita, sajak
mahupun pantun dengan nada yang sekata ataupun dengan istilah lain “ mono-
tone”.Bila kita dengan dengan teliti bacaan beliau, saya dapati adik Fasihin juga tidak
tahu peranan penanda bacaan yang terdapat di dalam teks seperti titik, koma, tanda
seruan, tanda soal dan sebagai. Beliau sering kali membaca teks secara terus tanpa
menghirau tanda bacaan tersebut. Apabila beliau membaca teks bacaan atau buku
cerita saya dapati bacaan beliau adalah berterusan tanpa ada berhenti dan nada
sewperti sedih , gembira dan sebagainya.
Di samping itu juga, saya dapati beliau juga bermasalah dari aspek
pemahanan bahan bacaan. Di mana, didapati beliau tidak memahami bahan bacaan
yang di baca oleh beliau. Ini berdasarkan temubual yang saya lakukan terhadap
beliau selepas membaca buku cerita. Apabila disoal kembali berkaitan buku cerita
tersebut seperti nyatakan nama- nama watak yang terdapat di dalam cerita tersebut
dan Apakah tajuk cerita tersebut, beliau tidak boleh menjawab. Menurut Puan Siti
Norhashimah Said, guru Bahasa Melayu beliau, Adik Fasihin tidak memahami bahan
bacaannya, walaupun beliau boleh membaca dengan lancar. Oleh sebab itu, setiap
kali selepas membaca bahan bacaan guru perlu mengulas bacaan tersebut dengan
bahasa yang lebih mudah berulang kali supaya beliau faham isi kandungan bahan.
Sikap beliau yang mudah terganggu menyebabkan beliau sering tertinggal
perkataan maupun melangkau baris semasa membaca bahan bacaan jika tidak
dipantau oleh guru. Ini menyebabkan, jika kita dengari bacaannya dengan teliti
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 34
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
didapati bacaannya tiada kesinambungan serta seolah- olah tergantung dan tiada
makna. Masalah ini sering berlaku jika beliau teransang dengan gangguan di
persekitarannya, contoh bunyi siren bomba. Beliau akan berhenti membaca dan
melarikan diri ke tingkap untuk melihat keadaan diluar dan akhirnya apabila disuruh
menyambung kembali beliau tidak tahu dimana tempat beliau berhenti.
REKOD ANEKDOT
Ulasan :
Fasihin adalah seorang murid yang sangat periang dan mudah bergaul serta cepat
mesra. Namun demikian beliau memiliki masalah dari aspek tingkah laku dimana
beliau sering menimbulkan tingkah laku negatif seperti mengacau rakan, mudah
hilang daya tumpuan, mudah bosan, cepat terangsang dengan persekitaran dan
sebagainya. Tingkah laku negatif ini menyebabkan beliau sering kali tidak dapat
menyiapkan tugasan dengan sempurna, beliau seolah- olah melepaskan batuk
ditangga apabila disuruh menyiapkan tugasan dan hasilnya tidak memuaskan hati
guru. Oleh sebab itu, guru perlulah memberi perhatian dan bimbingan secara
individu kepada beliau dalam menyiapkan tugasan. Dan arahan yang diberikan perlu
jelas dan satu langkah demi satu langkah dan perlu di pantau.
Secara umumnya, saya dapati adik Fasihin adalah seorang yang lemah
dalam aktiviti penulisan. Di mana, apabila diarah untuk menyalin semula bahan
tersebut ke dalam buku atau kertas, beliau mula gelabah dan sering menyoal
berulang kali dengan soalan “ Cikgu... cikgu.. nie kena buat ke???” sehingga dua
tiga kali. Semasa beliau menyiapkan tugasan ini, saya dapati adik Fasihin tidak boleh
menyalin semula dengan cantik. Didapati, kerjanya amat comot, tidak mengikut
urutan, dimana bahan di garisan pertama di campur dengan bahan garis ketiga serta
tidak mengikut garis. Dimana di bahagian atas beliau tidak melangkau satu baris
kemudian melangkau, kemudian tidak dan sebagainya.
Selain itu, beliau juga didapati sering meninggal perkataan, baris serta huruf
semasa menyalin semula. Beliau juga tidak menyalin semula tanda bacaan yang
ada. Keadaan ini menyebabkan beliau sering dimarahi oleh guru. Sikap beliau yang
seringkali ingin cepat siap tugasan yang diberi dan sambil lewa menjalankan tugasan
menyebabkan tugasannya tidak kemas dan cantik dan agak sukar untuk dibaca
semula.
Di samping itu, sikap beliau yang mudah bosan yakni menghadapi masalah
daya tumpuan yang singkat menyebabkan beliau seringkali ingin cepat siap dan
sering menghantar latihan ataupun tugasan yang tidak siap dan sempurna.
Kesimpulannya, adik Fasihin adalah seorang murid yang bermasalah dari aspek
daya tumpuan, yakni beliau hanya boleh mem beri tumpuan kepada sesuatu tugasan
dalam tempoh masa 5 sehingga 10 minit sahaja. Dan selepas jangka masa ini beliau
akan mula gelisah dan melakukan tingkah laku negatif seperti mengacau rakan,
mem baling sesuatu ataupun menarik bulu stocking beliau.
Pada minggu ketiga ini saya telah membuat pemerhatian terhadap adik
Fasihin dari aspek kefahaman. Saya telah memberi pada adik Fasihin satu teks
bacaan bertajuk Anak Itik yang Hodoh dan meminta beliau membaca dengan kuat di
hadapan kelas. Kemudian, saya meminta adik Fasihin untuk kembali ke tempat asal
beliau dan meminta beliau untuk membaca kembali teks tersebut sendiri dalam nada
yang perlahan sebanyak 2 kali. Saya dapati Adik Fasihin membaca teks bacaan
tersebut seperti yang diarahkan. Namun tidak sampai 2 minit, adik Fasihin telah
datang kepada saya dan memberi tahu bahawa dia telah sudah membaca dan bila
saya meminta beliau membacanya sekali lagi beliau tidak mahu.
Kemudiannnya, saya mengedarkan lembaran kerja berkaitan lembaran kerja
tersebut kepada beliau untuk menguji kefahaman beliau terhadap teks tersebut.
Keputusannnya, saya dapati adik Fasihin tidak dapat menjawab soalan tersebut
dengan betul di sebabkan beliau tidak memahami kandungan teks tersebut. Menurut
Puan Siti Norhasyimah binti Said, guru Bahasa Melayu kelasnya..... Adik Fasihin
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 37
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
lazimnya tidak dapat menjawab soalan kefahaman secara sendirian, beliau perlukan
bimbingan guru untuk membantunya menjawab satu soalan demi satu soalan. Hal ini
di sebabkan adik Fasihin tidak dapat menghubungkaitkan apa yang dibacanya
dengan soalkan yang dikemukakannya serta sukar mengaplikasikan.
Selain itu, beliau juga tidak boleh menyiapkan tugasannya dengan sendiri
tanpa bantuan guru. Biarpun beliau mengenali nombor dari nombor satu sehingga
seratus dan mengenali setiap tanda dalan operasi matematik seperti “ + , - , x, RM “ dan
sebagainya tetapi beliau tidak boleh mengaplikasinya untuk menjawab soalan yang
diberikan kepadanya. Dengan bantuan guru dengan menunjuk kepadanya dari satu
langkah ke satu langkah serta penggunaan bahan maujud barulah beliau boleh
menyiapkan semua tugasan yang diberikan kepadanya.
Di samping itu juga, adik Fasihin juga sukar menghafal sifir mengikut urutan
contohnya “ 1x 2 = 2, 2 x 2 = 4, 3 x 2 = 6, 4 x 2 = 8 dan 5 x 2 = 10 “. Saya dapati
apabila disuruh untuk menghafal sifir 2 beliau akan membaca seperti berikut “ 1 x 2 =
2, 2 x 2 = 2, 3 x 2 = 2, 4 x 2 = 2...... dan seterusnya” semuanya sama dan kadang-
kadang beliau akan menyebut sahaja apa nombor yang terlintas di mindanya.
Apabila diberi latihan beliau seringkali menjawab dengan jawapan yang salah
dengan menulis sebarang nombor yang terlintas difikirannya ataupun menyalin
semula soalan tersebut kembali.
Kesimpulannya, saya dapati adik Fasihin memang amat lemah dalam subjek
matematik walaupun beliau mengenali nombor dari nombor satu sehingga seratus.
Pada peringkat permulaan saya mengandaikan beliau hanya menghafal nombor
namun bila dilakukan ujian pengecaman beliau mengenali semua nombor- nombor
baik dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris, namun beliau amat sukar
untuk mengaplikasikannya untuk menyelesaikan sebarang operasi yang melibatkan
latihan ataupun kerja yang berurutan.
Arahan : Tandakan ( / ) jika ya, ( x ) jika tidak dan ( - ) sekiranya tiada respon di
mana perlu.
Sikap Catatan
Arahan: Bulatkan pada petak yang sesuai berdasarkan pemerhatian dan temu
bual dengan ibu bapa dan murid.
RESPON
Ya Tidak
BIL PERLAKUAN
1. Merosakkan harta benda 1 0
2. Mencederakan diri sendiri 0 1
3. Mencederakan orang lain 0 1
4. Berkelahi secara lisan 0 1
5. Berkelahi secara fizikal 0 1
6. Berbahasa kasar dan kesat 1 0
7. Meludah 1 0
8. Cepat marah atau meradang 0 1
9. Menjerit, menangis atau ketawa tanpa sebab 1 0
10. Tidak boleh duduk diam 1 0
11. Ingkar atau tidak menurut perintah 0 1
12. Membuat bising 1 0
13. Perhatian mudah terganggu 1 0
14. Memencilkan diri 0 1
15. Lembap pergerakan 0 1
16. Becakap bersendirian 1 0
17. Mengajuk percakapan 1 0
18. Gelisah 0 1
19. Berkhayal atau termenung 0 1
20. Membuat sesuatu tanpa tujuan 1 0
Jumlah kecil 10 10
Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi
Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
26/9/2010 08:15 09:15 XXXXX XXXXX 14
pagi Pagi XXXX
27/9/2010 08.45 09:45 XXXXX XXXXX 12
Pagi Pagi XX
28/9/2010 10:45 11:45 XXXXX XXXXX 10
Pagi Pagi
29/9/2010 09:15 10:15 XXXXX XXXX 9
Pagi Pagi
30/9/2010 11:15 12:15 XXXXX XX 7
Pagi T/hari
Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi
Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
03/10/2010 08:45 09:45 XXXXX XXXXX 15
pagi Pagi XXXX X
04/10/2010 10.45 11:45 XXXXX XXXXX 10
Pagi Pagi
05/10/2010 09:15 10:15 XXXXX XXXXX 13
Pagi Pagi XXX
06/10/2010 11:15 12:15 XXXXX X 6
Pagi T/hari
Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi
Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
10/10/2010 08:45 09:45 XXXXX XXXXX 15
pagi Pagi XXXX X
11/10/2010 10.45 11:45 XXXXX XXX 8
Pagi Pagi
12/10/2010 09:15 10:15 XXXXX XXXXX 13
Pagi Pagi XXX
13/10/2010 11:15 12:15 XXXXX 5
Pagi T/hari
14/ 10/ 2010 11.45 12.45 XXXXX XXX 7
Pagi T/hari
Definisi tingkah laku : Keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa sesi
Masa
Tarikh Kekerapan Jumlah
Mula Akhir
17/10/2010 08:45 09:45 XXXXX 5
pagi Pagi
18/10/2010 10.45 11:45 XXXXX XX 7
Pagi Pagi
19/10/2010 09:15 10:15 XXXX 4
Pagi Pagi
20/10/2010 11:15 12:15 XXXX 4
Pagi T/hari
21/10/ 2010 11.45 12.45 XX 2
Pagi T/ hari
16
14
12
Pertama
10
Kedua
8
Ketiga
6
Keempat
4
Kelima
2
0
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
RUMUSAN
murid lain mengikut bacaan tersebut. Bacaan dimulakan dengan kaedah mengeja
sukukata dan kemudiannya membatang perkataan seterusnya membaca kembali
ayat tersebut. Lazimnya, adik Fasihin sering diminta mengetuai bacaan. Kemudian,
kad tersebut di serah kepada murid lain untuk dibaca dan diikuti oleh murid lain
dalam lingkungan 5 – 10 orang setiap pagi. Kemudian guru akan menyoal murid
berdasarkan kad tersebut. Ianya dilakukan berulang kali sehingga murid- murid
menguasainya.
Manakala, bagi matapelajaran matematik pula saya dapati adik Fasihin
mengenali semua nombor dari nombor satu sehingga nombor seratus serta lancar
mengira nombor- nombor tersebut. Begitu juga bacaan sifir, beliau boleh membaca
sifir dengan betul dan baik jika berpandukan sifir dan dengan bimbingan guru secara
individu. Guru perlu membimbing beliau dari satu peringkat ke peringkat lain. Begitu
juga dengan aktiviti tugasan atau kerja rumah yang diberikan jika tidak dimaklumkan
kepada waris untuk membimbing beliau, pasti hasil dan jawapannya semuanya salah
dan kadang kala beliau hanya akan menyalin semula soalan yang di berikan. Beliau
sangat lemah dalam mata pelajaran matematik tambahan yang melibatkan aktiviti
tambah dan tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, beliau juga
menghadapi masalah dalam hal menyalin soalan daripada papan hitam. Beliau
seringkali tertinggal soalan dan nombor, menyalin secara salah, tidak teratur yakni
soalan nombor 1, soalan 4, soalan 3, soalan 5 dan sebagainya tidak secara teratur.
Kadang- kadang soalannya tidak sama dengan solan guru. Selain itu juga beliau
juga tidak boleh menggunakan pembaris untuk membuat garisan di tepi buku dengan
lurus. Beliau selalu meletakkan pembaris di tepi buku namun membuat garisan di
bahagian lain. Tulisan beliau juga agak comot dan tidak kemas dan sukar untuk
membezakan antara nombor 2 dan 5, 3 dan 8. Tulisannya seakan- akan sama dan
kelihatan agak kabur walaupun menggunakan pensil 2B.
Selain itu, adik fasihin juga mempunyai masalah dari aspek sosial. Sekali
pandang dan bertemu dengannya kita dapati beliau adalah seorang murid yang
peramah, mudah mesra, cepat bergaul, tidak malu dan mudah di bawa ke mana-
mana. Namun demikian, ramai rakan yang tidak mahu berkawan dengannya beliau
kerana masalah tingkah laku negatifnya seperti suku membaling benda seperti batu,
kertas dan sebagainya tidak menentu, gemar meludah, mengulangi perkataan yang
sama, dan sebagainya. Saya dapati beliau juga sukar berkongsi barang dengan
kawan- kawan dan mempunyai sikap individualistik. Beliau tidak pandai bermain
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 49
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
dengan rakan dan jika diberi sebiji bola untuk dimain bersama rakan, beliau akan
melarikan bola tersebut dan bermain sendiri dan melakukan aktiviti sendiri, beliau
juga sukar untuk memahami arahan guru.
Beliau juga menghadapi pelbagai masalah tingkahlaku negatif antaranya tidak
boleh duduk diam, daya tumpuan singkat, mudah terpengaruhi dengan persekitaran,
ekolalia, suka melakukan perbuatan yang pelik seperti menarik bulu stoking dan
meniup ke udara serta beberapa tingkah laku lain. Bagi mengatasi tingkah laku ini
contohnya tidak boleh duduk diam dan tumpuan singkat, saya sering menggunakan
kaedah ekonomi token, time- out serta denda untuk mengurangkan tingkah laku
negatif tersebut. Hasilnya, menampakkan pengurangan, namun ianya hanya
bertahan kira- kira 2 hingga 3 bulan dan bila beliau telah melupainya beliau akan
mengulanginya kembali. Tingkah laku negatif beliau ini seringkali mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran beliau di dalam kelas. Hal ini menyebabkan
beliau sukar untuk belajar dan ianya juga mengganggu rakan- rakan lain di dalam
kelasnya. Beliau juga sering menimbulkan masalah tersebut jika mendapati guru
yang mengajar beliau tidak tegas dan garang terhadap beliau, terutamanya guru-
guru baru.
Kesimpulannya, tingkah laku negatif beliau banyak mempengaruhi perjalanan
proses pengajaran dan pembelajaran beliau di dalam kelas. Jika guru bertindak
tegas dan berlakon garang dengan beliau dan memberi tumpuan secara individu
kepada beliau , pasti beliau boleh menguasai pembelajaran pada hari tersebut.
BIBLIOGRAFI
Chua Tee Tee, dan Koh Boh Boon, Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan
Asas ( 1992 ), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
PGSR P/K( KOHORT 1) Page 50
ZUNAIDA ZAINOL PKU 3106 770710025546
Julia Jantan, dan Siti Suhaila Samian, HBSE 3303 Perkembangan Dan Ciri- Ciri
Kanak- Kanak Berkeperluan Khas, Open Universiti Malaysia.
Surayah Zaidon, dan Haslinda Md. Ali, Penilaian dalam Pendidikan Prasekolah,
( 2009 ), Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/19075058/PERKEMBANGAN-KANAK2
http://www.scribd.com/doc/14907791/PENGENALAN-KEPADA-PENDIDIKAN-
KHAS
http://www.scribd.com/doc/17192915/Punca-Kecacatan-Dan-Pencegahan
http://www.geocities.com/Athens/Agora/3988/kki.html