You are on page 1of 19

sukatan pelajaran kimia kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

KIMIA

1
sukatan pelajaran kimia kbsm

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH
MENENGAH

KIMIA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


2001

2
sukatan pelajaran kimia kbsm

Cetakan Pertama 2000


Cetakan Kedua 2001
(c) Kementerian Pendidikan Malaysia 2000, 2001

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk
dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua
Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala
Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau hono-
rarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Sukatan Pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah: kimia.


ISBN 983-62-7121-X
1. Chemistry-Outlines, syllabi, etc. 2. Chemistry--Study and
teaching (Secondary)--Malaysia.
1. Malaysia. Kementerian Pendidikan.
Pusat Perkembangan Kurikulum.
540.712595

Dicetak oleh
Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka
Lot 1037, Mukim Perindustrian PKNS
Ampang/Hulu Kelang
Selangor Darul Ehsan

3
sukatan pelajaran kimia kbsm

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-


cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan


seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-
cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iiiiii
4
sukatan pelajaran kimia kbsm

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkankan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Ma-
laysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

iv
5
sukatan pelajaran kimia kbsm

Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi


menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan
warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni


dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.

Kimia ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Mata
pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan
dalam bidang kimia, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik
dan nilai murni. Kandungan Sukatan Pelajaran Kimia Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah merangkumi kajian tentang jirim, interaksi antara bahan
kimia serta penghasilan dan pengurusan bahan kimia.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

v6
sukatan pelajaran kimia kbsm

PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan
bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam merealisasikan pembinaan insan seperti yang
dihasratkan itu, pendidikan sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah


status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang
berilmu, saintifik dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga
berkebolehan untuk mengurus alam dan sumbernya secara optimum dan
bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk
warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya
sains dan teknologi.

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan,


kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini
amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang
ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang
membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka.

Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah


inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan
kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir
dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh
sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan
membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni.

1
7
sukatan pelajaran kimia kbsm

Kurikulum Sains KBSR dan KBSM digubal untuk murid dari sekolah
rendah ke sekolah menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan keperluan
negara dan ciri sejagat sains. Fokusnya adalah pada pembelajaran sains
yang berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.

Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat
mata pelajaran elektif. Mata-mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah
rendah, dan Sains untuk sekolah menengah. Mata-mata pelajaran elektif
cuma ditawarkan di sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini adalah
Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan.

Mata-mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah dan sekolah


menengah rendah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains
kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti
sains di peringkat menengah atas. Sains untuk sekolah menengah atas
pula di samping menghasilkan murid yang celik sains dan inovatif juga
menyediakan murid untuk menceburi diri dalam bidang sains dan teknologi
yang lebih umum. Manakala mata-mata pelajaran sains elektif bertujuan
untuk menyediakan murid yang lebih cenderung, minat dan berupaya dalam
bidang sains untuk menceburi diri dalam kerjaya bidang sains dan teknologi
yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber
tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan
penting dalam pembangunan negara.

Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim
secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan
penghasilan serta penggunaan bahan. Kimia mempunyai kaitan yang rapat
dengan kehidupan manusia. Penghasilan dan penggunaan bahan kimia
membawa kesan kepada masyarakat dan alam sekitar. Perkembangan yang
pesat dalam bidang kimia banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan
dalam pelbagai bidang termasuk bidang perubatan dan perindutsrian. Oleh

28
sukatan pelajaran kimia kbsm

itu, ilmu kimia perlu dikuasai oleh murid supaya mereka dapat menangani
perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang semakin berteraskan kepada
sains dan teknologi dan memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi demi meningkatkan mutu kehidupan manusia sejagat.

Mata pelajaran Kimia adalah program dua tahun untuk murid tingkatan
empat dan lima sekolah menengah atas. Ia dirancang untuk membolehkan
murid memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori,
konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian. Pemerolehan dan
penguasaan kemahiran berkaitan dengan kimia menyediakan murid untuk
menangani perubahan dan menyumbang ke arah pengurusan diri dan alam
sekitar dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup manusia.
Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas pendidikan kimia untuk
melanjutkan pelajaran ke bidang kimia, bidang yang memerlukan pengetahuan
dan kemahiran berkaitan dengan kimia serta ke kerjaya yang berkaitan dengan
sains dan teknologi.

Kurikulum diperjelaskan dalam dua dokumen iaitu Sukatan


Pelajaran(SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk setiap mata
pelajaran. SP menggariskan penekanan, matlamat, objektif dan kandungan
kurikulum secara umum. HSP memperincikan kehendak kurikulum mengikut
tingkatan. HSP mengandungi maklumat tentang matlamat dan objektif
kurikulum, penerangan ringkas tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir,
kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, strategi pengajaran dan
pembelajaran dan isi kandungan. Isi kandungan ini memberi spesifikasi
tentang kurikulum melalui Hasil Pembelajaran yang dihasratkan dan
Cadangan Aktiviti Pembelajaran. Di samping itu bahan sokongan kurikulum
yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum dengan
berkesan juga disediakan.

3
9
sukatan pelajaran kimia kbsm

MATLAMAT

Kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai


pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap
saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dalam kehidupan harian. Justeru, murid mempunyai landasan
kimia untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya sains
dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram, dinamik,
progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi
penciptaan alam.

OBJEKTIF
Kurikulum Kimia membolehkan murid:

1. Memperoleh pengetahuan kimia dan menghubungkaitkan pengetahuan


ini dengan fenomena alam semula jadi dan pengelaman harian.

2. Memahami pengetahuan kimia yang berkaitan dengan perkembangan


bidang sains dan teknologi, pengurusan alam semula jadi dan sumbernya
serta proses industri dalam pelbagai bidang.

3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif


berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah,
membuat keputusan dan mengkonsepsikan.

5. Menilai maklumat berkenaan sains dan teknologi dengan bijak dan


berkesan.

6. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

410
sukatan pelajaran kimia kbsm

7. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi dan bersedia


memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi

8. Menyedari kepentingan pengurusan alam semula jadi serta sumbernya


dengan bijaksana untuk keberterusan hidup manusia sejagat.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan


negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

10. menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha


manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena
alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Kimia disusun atur mengikut tema. Setiap tema mengandungi


beberapa bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai
satu atau lebih hasil pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan tema
dan bidang pembelajaran yang berkenaan. Hasil pembelajaran diperincikan
kepada aras yang merangkumi objektif pembelajaran yang mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan strategi
berfikir,kemahiran saintifik serta penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Aktiviti pembelajaran dicadangkan untuk mencapai setiap hasil


pembelajaran yang dihasratkan. Cadangan aktiviti pembelajaran
mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong murid berfikir dan
memperkembangkan minda mereka dalam proses pembelajaran konsep
sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi. Pembelajaran
berfikrah ini boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains
teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme,
pembelajaran masteri dan pembelajaran yang bermakna. Pendekatan ini

511
sukatan pelajaran kimia kbsm

merangkumi kaedah seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,


lawatan dan kajian masa depan. Penggunaan sumber luar bilik darjah dalam
pengajaran dan pembelajaran sains juga digalakkan. Kemahiran memilih,
menganalisis dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber turut
diperkembangkan melalui kurikulum ini. Sumber maklumat terdiri daripada
sumber cetak atau sumber elektronik. Dalam aspek ini teknologi khususnya
teknologi maklumat digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan
hasil pembelajaran yang dihasratkan.

Kemahiran Saintifik

Penguasaan kemahiran saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan


memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat
keputusan secara bersistem. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains
merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kritis,
kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama
dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid
untuk berfikir secara berkesan.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains yang perlu diperkembangkan dalam kurikulum


kimia adalah:
· Memerhatikan
· Mengelaskan
· Mengukur dan menggunakan nombor
· Membuat inferens
· Meramal
· Berkomunikasi
· Menggunakan perhubungan ruang dan masa
· Mentafsirkan data

612
sukatan pelajaran kimia kbsm

· Mendefinisikan secara operasi


· Mengawal pemboleh ubah
· Membuat hipotesis
· Mengeksperimen

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan


sains yang membolehkan murid :

· Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan


betul
· Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
· Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
· Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
· Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

Kemahiran Berfikir

Pengajaran dan pembelajaran kimia memberi satu peluang yang baik untuk
mengembangkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir murid. Pada masa
yang sama, pembelajaran kimia memerlukan penggunaan kemahiran berfikir
dan strategi berfikir. Kemahiran Berfikir boleh digolongkan kepada kemahiran
berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Pengalaman pembelajaran kimia boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam
diri murid. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan
pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang.
Dalam kurikulum ini, objektif pembelajaran untuk domain afektif ini dijadikan
Hasil Pembelajaran yang khusus. Aktiviti yang spesifik untuk mencapai objektif
pembelajaran ini dicadangkan.
713
sukatan pelajaran kimia kbsm

Kandungan Pengetahuan

Kandungan Kimia telah diolah dalam empat tema seperti berikut:

A. Memperkenalkan Kimia
B. Jirim di sekeliling kita
C. Interaksi antara bahan kimia
D. Penghasilan dan pengurusan bahan kimia

Pendekatan bertema ini dapat mewujudkan perkaitan antara pelbagai


pengetahuan dalam bidang kimia. Tema ini merangkumi ilmu kimia yang
diperlukan dalam pendidikan kimia di peringkat menengah atas. Di samping
itu, pendekatan ini juga menyepadukan pemerolehan dan aplikasi
pengetahuan, penguasaan kemahiran berfikir dan saintifik, penerapan sikap
saintifik dan nilai murni. Kesepaduan ini memberi kefahaman yang lebih
bermakna dalam pembelajaran Kimia.

Berikut diberikan kandungan pengetahuan dalam setiap tema.

A. Memperkenalkan Kimia

Dalam tema ini, murid diperkenalkan kepada bidang kimia sebagai satu bidang
yang mengkaji tentang jirim dan mementingkan kaedah penyiasatan secara
saintifik. Kerjaya yang berkaitan dengan bidang kimia juga diperbincangkan.

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Pengenalan kepada Kimia

· Bahan kimia dalam kehidupan harian.


· Skop dan penekanan dalam bidang kimia.
· Kerjaya yang memerlukan ilmu kimia.
· Sumbangan industri kimia terhadap pembangunan negara.

14
8
sukatan pelajaran kimia kbsm

· Kaedah saintifik.
· Sikap saintifik dan nilai murni.

B. Jirim di sekeliling kita

Dalam tema ini, murid diperkenalkan kepada bidang kimia sebagai satu bidang
yang mengkaji tentang jirim. Tema ini mengandungi konsep yang asas dalam
kimia. Konsep ini merupakan prasyarat untuk mempelajari kimia seterusnya.
Penguasaan konsep yang dikemukakan melalui tema ini amat penting untuk
memastikan pemahaman tentang bidang kimia. Tema ini juga digunakan
untuk menghubungkaitkan bidang kimia yang dipelajari dengan kerjaya yang
berkaitan dengan kimia.

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Struktur Atom

• Teori zarah jirim.


• Teori kinetik jirim.
• Sejarah perkembangan model atom.
• Nombor proton.
• Nombor nukleon.
• Simbol unsur.
• Isotop.
• Susunan elektron dalam atom.
• Elektron valens.

2. Formula dan Persamaan Kimia

• Jisim atom relatif dan Jisim molekul relatif.


• Konsep mol.
• Formula kimia.

915
sukatan pelajaran kimia kbsm

· Formula empirik dan formula molekul.


· Persamaan kimia yang seimbang.

3. Jadual Berkala Unsur

· Sejarah perkembangan Jadual Berkala Unsur.


· Prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
· Kumpulan dan kala.
· Kumpulan 18.
· Kumpulan 1.
· Kumpulan 17.
· Unsur peralihan.

4. Ikatan Kimia

· Kestabilan gas adi.


· Pembentukan Ikatan ion.
· Pembentukan ikatan kovalen.
· Sifat sebatian ion.
· Sifat sebatian kovalen.

C. Interaksi antara bahan kimia

Dalam tema ini, murid mempelajari pelbagai tindak balas kimia yang
menyebabkan perubahan kimia pada bahan. Idea bahawa jirim berinteraksi
menghasilkan bahan yang baru serta menghasilkan perubahan tenaga dikaji.
Aplikasi tindak balas kimia dalam industri juga dipelajari.

10
16
sukatan pelajaran kimia kbsm

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Elektrokimia

· Elektrolit dan bukan elektrolit.


· Elektrolisis sebatian lebur.
· Elektrolisis larutan akueus.
· Persamaan tindak balas setengah.
· Proses elektrolisis dalam industri.
· Sel kimia.
· Siri elektrokimia.

2. Asid, Bes dan Garam

· Maksud asid, bes dan garam.


· Peranan air dalam pembentukan ion hidroksonium.
· Sifat asid dan alkali.
· Asid kuat dan asid lemah.
· Alkali kuat dan alkali lemah.
· Kemolaran.
· Proses peneutralan.
· Penyediaan garam.
· Kegunaan garam dalam kehidupan.
· Analisis kualitatif garam.

3. Sebatian Karbon

· Sebatian organik dan sebatian tak organik.


· Hidrokarbon.
· Alkana.
· Alkena.
· Isomerisme.

17
11
sukatan pelajaran kimia kbsm
· Alkohol.
· Asid karboksilik.
· Ester.
· Lemak dan minyak.
· Polimer semula jadi.

4. Pengoksidaan dan penurunan

· Tindak balas redoks.


· Pengaratan.
· Pengekstrakan logam.
· Tindak balas redoks dalam elektrolisis dan sel kimia.

5. Termokimia

· Tindak balas eksotermik dan endotermik.


· Haba pembakaran.
· Haba peneutralan.
· Haba penyesaran.
· Haba pemendakan.
· Gambar rajah aras tenaga.

6. Kadar tindak balas

· Tindak balas cepat dan tindak balas lambat.


· Kadar tindak balas purata dan kadar tindak balas pada
masa tertentu.
· Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

12

18
sukatan pelajaran kimia kbsm

D. Penghasilan dan pengurusan bahan kimia

Tema ini membolehkan murid memahami interaksi antara bahan


menghasilkan bahan buatan untuk memenuhi keperluan kehidupan harian
dan masyarakat. Murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan
kemahiran kimia yang dipelajari dengan kehidupan harian. Kepentingan
pengurusan bahan buatan ini dengan bertanggungjawab juga dibincangkan.

Kandungan pengetahuan tema ini adalah seperti berikut:

1. Bahan Buatan dalam industri

· Penyediaan asid sulfurik secara perindustrian.


· Kegunaan asid sulfurik.
· Pembuatan ammonia.
· Aloi.
· Polimer sintetik.
· Kaca dan seramik.
· Bahan komposit.

2. Bahan kimia untuk pengguna

· Sabun dan detergen.


· Bahan tambahan makanan.
· Ubat tradisional.
· Ubat moden.

13

19

You might also like