You are on page 1of 9

Kandungan Muka surat

i. Biodata 1

ii. Sekapur Sirih 3

1. Pengenalan 4

2. Lakaran Kerangka dan bahagian batik dan songket 5

3. Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik


dan kain Songket 6
4. Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket 7
7 Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap 8

5. Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket 13

9 Rancangan Mengajar Harian PSV 16

10 Penutup 19

6. Bibliografi 20

i. _BIODATA
_

NAMA : AMINUDIN BIN MAT LUDIN

NO. MATRIKS : 690101086925002

NO. KAD PENGENALAN : 690101086925

ALAMAT : NO.86, PERSIARAN DELIMA 7,


TAMAN DELIMA,
31050 SALAK BHARU,
SUNGAI SIPUT (U),
PERAK.

ALAMAT EMEL : amin6110@yahoo.com

NOMBOR TELEFON : 0135936020

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH, PERAK

_
ii.
_
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir
dalam melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan
telah menghilangkan semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan
dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal memertabatkan anak didik ,saya
menyahut cabaran ini.
Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Encik MOHD RAZALI BIN JAAFAR,
selaku tutor bagi kursus HBAE2103 Corak dan Rekaan. Tanpa bimbingan dan
tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat
saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata
semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan
yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada
keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.
Terima kasih untuk semua.

Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran
kekuatan tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima
seterusnya, apabila punca aliran (Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah
yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru Mursyid’..

1. Pengenalan.

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu
karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang
tradisional mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat
didefinisikan sebagai suatu susunan motif sama ada secara teratur,
terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada
dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai
jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
Dengan kata lain corak terancang mempunyai pengulangan motif. Sementara
corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif
tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara
merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.

Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau
gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan
organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-
nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengar
adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan
sebagainya.

Dalam tugasan kali ini saya akan cuba menganalisis, mengenalpasti dan
membincangkan rekaan dan corak yang ada pada objek tradisional yang
terdapat pada objek kain batik tekap atau blok dan juga kain songket.
Kain batik dan songket dipilih kerana ianya merupakan satu bidang
kraftangan yang unggul di negara ini. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia
telah menemui kaedah pembuatan batik dan menenun kain songket secara
tradisional. Pembuatan batik dan penenunan kain songket suatu ketika dahulu
hanya dipelopori dan digunakan oleh golongan bangsawan dan istana tetapi
sekarang penggunaanya sudah semakin meluas oleh orang kebanyakan dalam
majlis formal atau tidak formal.

Lakaran kerangka dan bahagian-bahagian Kain Batik dan Kain Songket.

Bahagian-bahagian Kain Batik


__

__

_ Bahagian-bahagian kain songket


_

3. Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik dan kain Songket
Pada awalnya aktiviti membuat batik dan menenun songket hanya terbatas
kegunaan diraja saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga
serta para pembesar mereka. Oleh kerana banyak daripada pembesar tinggal
diluar istana, maka kesenian batik dan songket ini dibawa oleh mereka
keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masing-masing. Ini
menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik dan songket telah digunakan
secara meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang
bilangannya juga semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan
utama rekaan dan corak kain batik dan songket ialah hak cipta, nilai
estetik, nilai komersial dan nilai identiti.
Akta Harta Intelek dapat mencegah berlakunya tindakan penciplakan atau
plagiat, iaitu suatu tindakan dengan maksud menarik keuntungan dari
ciptaan-ciptaan yang merupakan kekayaan intelektual seseorang. Dengan
cara ini ianya dapat melindungi harta intelek atau paten sesuatu karya atau
barangan seseorang dari diplagiat atau dicetak rompak. Di dalam Deklarasi
Universal Hak-Hak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan;
“Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan
perlindungan atas kepentingan-kepentingan moral dan material yang
merupakan hasil dari ciptaannya di bidang ilmu pengetahuan sastera dan
seni”
Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh
seseorang penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi
daripada diciplak. Walaupun motif-motif yang dihasilkannya adalah
berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun dan gabungan
warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka
bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik
yang tersendiri.
Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan
batik dan songket juga memainkan peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang
hidup mengikut aliran zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan
nilai seni yang kreatif mengikut kehendak zaman akan menjadikannya “mati”
dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti penggiat seni yang
berterusan mencipta corak dalam rekaan batik dan songket

mengikut kehendak dan permintaan penggemar batik dan songket akan


menjadikan batik dan songket sesuatu yang diminati dan mempunyai nilai
komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah kepada penggiat
seni batik dan songket tersebut.
Nilai komersial yang terdapat pada batik dan songket bergantung kepada
rekaan dan corak yang dihasilkan pada permukaan batik dan songket. Nilai
komersial inilah yang merancakkan industi pembikinan batik dan penenunan
songket di Malaysia. Nilai komersial akan secara tidak langsung
membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat batik dan songket untuk
menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan corak yang
akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk menghasilkan
sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan akan ada
sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha batik dan
songket tempatan.
Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik dan
songket. Akhir-akhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal
pembikinan dua khazanah ini terutamanya daripada negara yang mempunyai
rumpun yang sama. Identiti batik Malaysia dengan batik-batik keluaran
negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai
keunikan rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara. Begitu
juga dengan keunikan tenunan motif yang tertentu pada kain songket telah
memberikan identiti tersendiri umpamanya tenunan songket Terengganu berbaza
dari Pahang. Ini secara langsung memberi identiti yang tersendiri kepada
batik Malaysia dan kain songket seterusnya membezakannya dengan batik
negara lain. Jelaslah di sini, rekaan dan corak pada batik dan songket
memainkan peranan penting dalam memberi identiti kepada sesuatu hasilan
seni karya tersebut.

4. Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket


Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik
digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh,
pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik
juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain
dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,
cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi.
Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu
digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik.
Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-
masing.

Semasa mantan Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah Ahmad


Badawi memegang jawatan orang nombor satu dalam Kerajaan Malaysia, kain
batik telah diangkat martabatnya. Semua ini adalah hasil usaha isteri
beliau iaitu Allahyahhamah Tun Endon. Kain batik menjadi suatu yang cukup
popular bukan sahaja menjadi rebutan pakar-pakar fesyen untuk menghasilkan
pakaian-pakaian baru berasaskan kain batik, malahan kakitangan awam
digalakan mengenakan pakaian batik pada setiap hari Khamis. Industri batik
yang sebelum ini malap telah berkembang dan bersinar hingga ke peringkat
antarabangsa terutamanya dalam pertunjukan fesyen antarabangsa malahan
Malaysia dikenali kerana kain batiknya yang bermutu tinggi.
Sementara itu, kain songket juga tidak kurang hebatnya dan merupakan
antara perusahaan tradisional yang mempunyai nilai seni yang tinggi.
Sejarah Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas
yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal
di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket berasal
daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan
songket ini telah berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai
Timur seperti di Terengganu dan Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain
di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut dikenali
dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan
sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran
seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan
sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu
yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar
corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan
sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi
lagi unik.
Kalau dahulu kain songket hanya dipakai dan digunakan oleh golongan
bangsawan dan istana kerana kain songket melambangkan status seseorang
ketika itu. Tambahan pula harga yang yang agak mahal kerana proses
pembikinannya amatlah rumit. Tetapi kini situasi tersebut telah jauh
berbeza, kain songket telah digunakan oleh orang kebanyakan terutamanya
ketika majlis perkahwinan bagi raja sehari dan di dalam majlis atau sesuatu
perayaan. Kain songket telah dijadikan sampin dan menjadi kemestian dipakai
bersama baju Melayu terutamanya semasa perayaan hari raya.

Kain songket juga telah dipelbagaikan kegunaannya dengan dijadikan pelbagai


jenis barang seperti beg tangan, kasut, alas bekas tepak sirih dan
sebagainya. Dengan campurtangan kerajaan dalam perusahaan tenunan kain
songket dilihat dapat memelihara industri songket ini untuk terus
berkembang dan dijadikan sebagai satu warisan dan identiti ketuanan Melayu
di Malaysia seperti mana yang diusahakan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan
Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang mewujudkan Galeri Perusahaan Songket
bagi memelihara khazanah dan warisan songket ini supaya tidak lekang dek
panas dan dan tidak luntur dek hujan.
Kesimpulannya, rekaan dan corak di dalam karya seseorang penggiat seni
batik dan penenun songket sesungguhnya memberi pengertian yang amat
mendalam dan bukan hanya untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan
pada sebidang batik dan songket mempunyai hak ciptaan, nilai komersial yang
tinggi dan identitinya tersendiri. Bahkan batik menjadi pakaian rasmi bagi
pekerja sektor awam pada setiap hari Khamis sementara kain songket pula
menjadi pakaian rasmi Raja-Raja Melayu pada majlis-majlis rasmi begitu juga
untuk mereka yang menjadi raja sehari.

5. Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap


_Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak.
Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses
ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu
sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke
dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Gambarajah C: Blok atau Sarang

Proses menekap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil


perhatian dan dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan
sesuatu hasil seni yang bermutu. Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak
mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan merugikan. Langkah-
langkah dalam proses ini adalah seperti berikut:
Membasuh kain untuk menghilangkan kanji.
Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja pengecap.Pastikan kain
diratakan dan ditegangkan untuk membolehkan proses penerapan dilakukan
dengan kemas dan lancar.
Panaskan lilin didalam kuali leper.
Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan
kain. Lakukan dengan kemas.Pastikan blok yang digunakan adalah betul
mengikut corak kerana untuk sehelai kain sarung,corak badan kain adalah
berbeza dengan kepala kain atau bahagian lain. Untuk menghasilkan sehelai
kain sarung,lebih daripada satu blok digunakan.
Celup kain kedalam pewarna Naphtol.Warna yang berbeza digunakan dimulai
dengan warna muda diikuti dengan warna gelap.
Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).
Basuh dan jemurkan kain.

Rajah 5.1 :Proses-Proses dan teknik penghasilan Kain Batik Tekap /Blok

_
1.Kain perlu dibasuh untuk buang kanji

_
2. Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja

_
3. Panaskan lilin
_
4. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan
kain
_
5. Celup kain kedalam pewarna Naphtol

6.Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).

_
7. Rendam dan bilas kain

8.Jemur
6. Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket
Pada asasnya kain songket dihasilkan menerusi proses-proses seperti yang
berikut:
.
_Mewarna Benang
Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang
emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang
tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya
warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah
berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu
dijemur sehingga kering.
_
Menerai Benang
Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat
dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan
benang pakan
_

Menganing
Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas
anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli
mengikut pacak-pacak dibatang anian

_
Menggulung
Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang
loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung)

_Menyapuk
Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan
kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini
dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

_
Menggarat
Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan
dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat diteka

_
Menyongket
Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah
nibung melalui celah-celah benang loseng

_Menekat
Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat
tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada
celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi
kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban dikenalsebagai menyulam atau menekat
benang emas
_Menenun
Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei'
dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek,
badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain.
Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam
proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang
bakal ditenun pada kain.

Contoh kain songket yang telah siap ditenun. Kelihatan sungguh cantik dan
unik.

8. Penutup

Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat
memenuhi keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam
penghasilan batik blok atau tekap, rekaan corak terancang dan tidak
terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik.
Walaubagaimana pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan
untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan
proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip
rekaan.

Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat
diperlukan untuk menguasai kemahiran. Kemahiran yang tinggi akan menjadi
seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni disamping
mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan dapat menilai serta menghayati
sesuatu karya seni dengan lebih mendalam. Sesuatu karya seni itu hanya
dapat dinilai dan dihayati oleh yang yang memang berjiwa seni kerana seni
itu indah dan Allah s.w.t sukakan keindahan.
Bibliografi

Bok Kai Wa, Ibrahim Syed. (1998). Pendidikan Seni STPM. Kuala Lumpur :
Eastview Publications Sdn. Bhd.
Hassan M. Ghazali. (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni
Visual, KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni
Visual, KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer.
New York: Clark Boardman
Leela R (1995), Memperkenalkan Kraf Tradisional, Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Motif-motif Batik (1991), Kuala Lumpur : Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, Infokraf Malaysia.
Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa,
Jakarta., Pustaka Sinar Harapan
Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni
Visual, UNITEM Sdn.Bhd.

You might also like