You are on page 1of 6

Sekalung apresiasi buat saudara pengemudi acara, barisan panel hakim yang

berkarisma lagi tinggi inteleknya, penjaga masa yang setia dengan detik-detik berharga,
serta sidang hadirin nadi pembangunan Negara.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera, salam perpaduan, salam satu Malaysia.

Hadirin yang saya hormati,

Sebelum lautan isi saya renangi, ayuh kita hayati definisi gagasan 1 Malaysia
yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun
Abdul Razak. Menurut epistimologi kamus dewan frasa gagasan bermaksud buah
fikiran yang dijadikan saranan ataupun suatu cita-cita. Manakala, secara
konseptualnya, 1 malaysia bermaksud pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, dan India
yang hidup dalam satu rumpun dalam keadaan aman bagi melahirkan negara yang
cemerlang. Maka, gabungan indah frasa-frasa tersebut mengajak kita bersama-sama
untuk merungkai berkaitan usaha-usaha kerajaan dalam merealisasikan gagasan 1
malaysia.

Hadirin sekalian,

Menerusi cetusan minda saya yang pertama, institusi pendidikan pemangkin


gagasan satu Malaysia. Untuk menyemai semangat perpaduan kaum dalam kalangan
pelajar, hendaklah dilaksanakan daripada kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kerajaan telah merancang untuk menubuhkan Sekolah
Wawasan dimana di dalamnya terdiri daripada 3 buah sekolah iaitu sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Hal
ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan sejak kecil lagi. Selain
itu, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) juga merupakan langkah
bijak kerajaan untuk menyemai perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana
setiap penyertaan diwajibkan untuk disertai oleh 3 kaum yang berbeza. Bersatu tenaga
membina nilai integriti perpaduan kaum. Maka jelaslah dibawah institusi pendidikan
Melayu, Cina, India bersatu untuk membentuk Negara bermutu.
Sidang dewan yang budiman,

Berganjak kepada cetusan minda saya yang kedua, penglibatan generasi muda
tunjang gagasan 1 Malaysia. Memandangkan semangat perpaduan yang semakin
pudar dalam kalangan generasi muda, maka kerajaan telah mewujudkan Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada 14 Febuari 2003. Program ini telah disertakan
dengan 4 modul asas iaitu kenegaraan, fizikal, pembinaan karekter dan khidmat
komuniti. Melalui modul-modul inilah semangat perpaduan dapat diterapkan secara
terus dalam diri generasi pewaris ini. Secara tidak langsung nilai-nilai unggul dari aspek
jasmani,emosi,rohani, dan intelek dapat disemai dalam diri generasi muda. Pemupukan
nilai ini haruslah dilaksanakan secara berterusan bagi menjamin perpaduan yang
mantap antara kaum. Oleh itu jelaslah disini bahawa melalui penglibatan generasi muda
dapat membentuk Negara yang bersatu.

Sidang dewan pencetus arus kegemilangan,

Meniti cetusan idea saya yang terakhir, bahasa sebagai medium perpaduan
Negara. Bahasa merupakan bahan utama yang menjadi komunikasi penting bagi
melahirkan sesuatu tindakan. Cuba kita bayangkan sekiranya pelbagai kaum seperti
melayu, cina dan india dapat menguasi bahasa dengan mantap maka perpaduan yang
sedia ada menjadi lebih utuh dan kukuh. Kerajaan menggalas tanggungjawab yang
penting bagi memastikan sesuatu bahasa itu terus menjadi medium perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah mencanang kempen budi
bahasa. Kempen ini telah mendapat sokongan penuh daripada pelbagai kementerian di
Malaysia antaranya Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan
Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan lain-lain.
Pada masa yang sama, program ini telah disertai daripada pelbagai kaum, bangsa dan
pelbagai usia tua, muda, mahupun remaja. Kesannya dapat melahirkan insan yang
berakhlak mulia, saling menghormati dan dapat menguasai bahasa sebagai bahasa
perpaduan. Oleh itu jelaslah melalui bahasa dapat memupuk perpaduan lantas
merealisasikan gagasan 1 malaysia.
Warga dewan sekalian,

Secara holistiknya melalui institusi pendidikan, penglibatan generasi muda,


bahasa sebagai medium perpaduan menjadi elemen utama dalam usaha kerajaan bagi
merealisasikan gagasan 1 malaysia bukan sahaja bayangan tetapi menjadi kenyataan.
Justeru sebagai rakyat Malaysia, ayuh kita bersatu padu berganding bahu tanpa
mengenal jemu bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk Negara yang
bersatu dan disegani seantero dunia.

Sekian, terima kasih.


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, salam satu
Malaysia. 1 pengguna 1 suara

Bingkisan barakah buat peneraju acara, barisan panel hakim yang berkarisma lagi
tinggi inteleknya, penjaga masa yang setia dengan detik-detik berharga. hadirin
pencetus arus kegemilangan negara.

Agenda melebarkan minda menyusuri pidato “BELILAH BARANGAN BUATAN


MALAYSIA”

Sidang pertiwi pengguna bestari,

Maudhuq bicara hari ini cukup indah, ayuh kita telusuri dan hayati bersama,
pemahaman secara konseptual menjadi pembuka agenda utama agar pemahaman kita
menjadi jelas dan nyata. Kempen belilah barangan buatan Malaysia yang dianjurkan
oleh Kementerian Pedagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan merupakan
agenda perdana negara yang bertujuan menggalakkan pengguna tempatan mencintai,
membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Maka maudhuq pidato saya
pada hari ini, “belilah barangan buatan Malaysia” mengajak kita bersama2 merungkai
berkaitan langkah, manfaat dan kesan penggunaan barangan negara tercinta. Oleh itu
saya cerakinkan maudhuq kepada 4 agenda utama, buat tatapan minda anda semua.

Warga dewan pengguna budiman,

Meniti cetusan idea minda pertama, pengiktirafan antarabangsa anjakan kualiti


barangan negara. Adakah kita sedar bahawa standard kualiti barangan Malaysia tidak
kurang hebatnya setanding dan setara dengan barangan import dunia. Memetik
harapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berhasrat dengan kempen gempar negara, tabiat rakyat dapat
diubah segara, barangan tempatan pilihan utama. Mengapa kita perlu membeli
barangan antarabangsa semata-mata kerana jenamanya sedangkan kualiti barangan
tempatan negara kita jauh bermutu dan bernilai, ditambah dengan harga yang
berpatutan dan menjimatkan. Bukti jelas dapat dilihat apabila Kompleks Padiberas
Nasional (bernas) Sekinchan selangor telah dianugerahkan MS ISO 2009 oleh Sirim
Bhd kerana kejayaan mereka mengurus dan mengeluarkan beras yang bermutu tinggi
diterima dunia. Maka slogan “belilah barangan buatan Malaysia” ini, bukan anganan
kosong semata-mata, sebaliknya impian penuh bermakna.

Sidang saksi pengguna bervisi,

Meniti cetusan idea minda kedua, kitaran ekonomi seimbang pendapatan negara
berkembang. Apabila pengguna membeli barangan berkualiti negara maka
menyebabkan kitaran ekonomi dalam negara seimbang dan sentiasa berterusan,
urusan jual beli penuh harmoni, terjalin indah ikatan hakiki dengan membeli barangan
tempatan terkini. Lantas ekonomi negara dapat terus dijana. Impak jelas utama, krisis
ekonomi dunia terus melanda, namun Malaysia masih berbangga, tiada gerun tiada
berduka ekonomi kukuh negara, menjadi penyelamat utama. Kerana apa? Kerana
pengguna bijak nusa memilih barangan buatan Malaysia. Oleh itu jelas bahawa urusan
ekonomi seharian pengguna merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Hadirin yang dihormati,

Meniti cetusan idea minda ketiga, barangan tempatan jadi pilihan kadar import
dikurangkan. Selaku pengguna bijak, kita sewajarnya menyokong barangan tempatan.
Hal ini menyebabkan kadar import barangan luar negara dapat dikurangkan. Lantas,
senario ini dapat mengelakkan kebocoran kitaran ekonomi ke luar negara dan
menyumbang kepada pengukuhan ekonomi Malaysia. Bukti realitinya dapat dilihat
ketara, Korea Selatan, rakyatnya yang begitu berbangga dengan membeli dan
menggunakan barangan buatan negara mereka berbanding barangan import. Keadaan
ini telah mengubah persepsi antarabangsa yang dahulunya negara ini tersenarai
sebagai antara negara termiskin dunia. Namun, dalam masa 4 dekad, Korea Selatan
berubah cepat, bergelar negara hebat menjadi salah satu negara paling kaya dan
tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trilyunan dollar. Oleh itu jelas, penggunaan
barangan tempatan, kadar import dikurangkan, ekonomi negara mapan.

Pendengar berhemat pengguna berjimat,

Meniti cetusan minda terakhir, sokongan padu pengguna platform utama


usahawan bumiputera. Adakah kita sedar tidak mungkin kita dapat merasa nikmatnya
barangan tempatan berkualiti negara tanpa hadirnya usahawan bumiputra berjaya.
Oleh itu selaku pengguna, menjadi tanggungjawab diri, membantu bangsa pertiwi
memajukan sesebuah industri. Impaknnya, usahawan kita dapat menambah kapasiti
pengeluarannya dan terus mengekalkan pekerja mereka. Tamsilnya jelas yang dapat
dilihat, Perusahaan Otomobil Nasional (proton) telah diiktiraf dan menembusi pasaran
dunia. Kadar jualan meningkat 30% pada tahun pertama kerana sambutan galakan
pengguna Malaysia sehingga menembusi pasaran antarabangsa; China, India
mahupun nusantara. Oleh itu jelas dengan menyokong dan membeli barangan
tempatan negara, membantu usahawan bumiputra melonjak ke arah persada dunia.

Hadirin yang dimuliakan,

Secara tuntasnya berani saya mengatakan bahawa, dengan menyokong


barangan buatan malaysia, melahirkan pengguna yang bijak dan berhemat
mengamalkan ikutan berjimat cermat, di samping dapat memangkin ekonomi negara.
Ayuh kita menjadi penguna bijak dengan merealisasikan kempen belilah barangan
buatan Malaysia ini, bertepatan dengan tema, “kuasa pengguna: 1 pengguna, 1 suara”
agar Malaysia lahir sebagai negara terbaik, dijunjung ditabik di persada seantero dunia.
Belilah barangan buatan Malaysia, 1 pengguna 1 suara.

Sekian, wassalam…

You might also like