You are on page 1of 6

Mengenal punca keguguran

Oleh NAJIBAH HASSAN


BAGI pasangan yang masih belum
mempunyai cahaya mata dan pernah mengalami keguguran, isu ini mungkin
sesuatu yang agak sensitif untuk dibincangkan.
Malah, tidak kurang yang beranggapan keguguran yang berlaku sehingga
menimbulkan rasa bersalah ini berpunca daripada tindakan mereka.
Hakikatnya, keguguran merupakan salah satu masalah yang kerap
berlaku di mana kurang dari 10 peratus kehamilan berakhir dengan
keguguran.
Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan
Manusia dan Pakar
Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Kuala
Lumpur - Universiti Putra
Malaysia (HKL-UPM), Prof. Madya Dr.
Noraihan Mohd. Nordin berkata,
selain hipertensi yang boleh menyebabkan
eklampsia dan pre eklampsia,
keguguran merupakan satu lagi ancaman
sepanjang tempoh kehamilan.
Menurut beliau, keguguran sebenarnya boleh
berlaku kepada mana-mana
wanita hamil tanpa satu sebab yang dapat
diketahui dengan jelas.
``Malah, ia juga bukan berpunca daripada
sesuatu keadaan atau tindakan yang dilakukan
oleh pasangan terbabit,'' jelasnya.
Secara umum, keguguran didefinasikan sebagai
kelahiran atau kehilangan janin yang telah
terbentuk sebelum 28 minggu kehamilan.
KECACATAN kromosom seperti Down's
Kesemua senario secara semula jadi yang Syndrome antara punca keguguran.
dikenali sebagai spontaneous miscarriage
berlaku secara spontan.
Keguguran spontan ini menyebabkan janin, uri
dan kantung terkeluar dari rahim melalui pintu rahim.
Namun, bergantung kepada jenis keguguran yang dialami bukan kesemua produk
kehamilan ini akan keluar sekali gus.
Menurut Dr. Noraihan, dianggarkan 10 peratus wanita yang keguguran
mengalami pendarahan dan kekejangan pada 20 minggu pertama kehamilan.
``Daripada jumlah ini, separuh daripada mereka akan mengalami keguguran secara
spontan.
``Dalam kes-kes keguguran secara spontan, 50 peratus janin tidak
terbentuk dengan sempurna, manakala dalam kumpulan ini 50 peratus janin
mengalami kecacatan kromosom,'' jelasnya.
Beliau menambah, dalam kebanyakan kes, punca keguguran tidak dikenal pasti.
Namun, keguguran boleh berlaku jika janin atau tisu-tisu yang
bercantum dengan tumbesaran janin tidak terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, wanita yang pernah mengalami keguguran masih boleh hamil secara
normal pada masa akan datang.
Sehubungan itu, wanita yang tidak mengalami pusingan haid dan
mengalami tanda-tanda hamil serta mengalami pendarahan dinasihatkan
supaya menjalani pemeriksaan doktor.
Ini bertujuan untuk mengesahkan sama ada mereka hamil atau sebaliknya dan untuk
memastikan keadaan kandungan.
Menurut Dr. Noraihan, pada kes-kes keguguran terancam, pendarahan akan keluar sedikit
demi sedikit.
Dalam 50 peratus kes ini, pendarahan terhenti dan kandungan akan membesar hingga
sembilan bulan.
Dalam 50 peratus kes pula, proses keguguran akan berlanjutan hingga ke peringkat
keguguran yang tidak dapat dielakkan.
``Pendarahan akan berlaku lebih banyak, sakit pada ari-ari dan pintu rahim mula
terbuka,'' katanya.
Pada peringkat keguguran berlaku, sekiranya separuh saja yang keluar
dikenali sebagai incomplete abortion, manakala jika semua janin habis
keluar dipanggil complete abortion.

Punca
- Kecacatan dari segi struktur dan genetik
- Kecacatan kromosom
- Kelainan pada rahim
- Jangkitan faraj
- Masalah kromosom daripada salah seorang
pasangan
- Masalah auto imun
- Masalah ketidakseimbangan hormon yang
dikaitkan dengan corpus luteum
- Genetik kedua-dua ibu bapa memiliki banyak
persamaan yang dikenali sebagai alli imune
disorder
Keguguran spontan ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:
Keguguran terancam (Threatened Abortion - TA)
Pendarahan yang berlaku pada peringkat awal kehamilan dianggap sebagai keguguran
terancam.
Dianggarkan 1/4 daripada wanita hamil mengalami pendarahan semasa dua trimester
yang pertama.
Bagaimanapun, hanya separuh daripada mereka yang mengalami keguguran.
Wanita yang mengalami TA biasanya dapat dikenal pasti melalui gejala-gejala seperti:
a. Pendarahan yangg tidak diiringi rasa sakit
b. Janin dalam kandungan masih hidup
c. Pintu rahim masih tidak terbuka
d. Ibu tidak menghadapi sebarang masalah
Daripada keseluruhan mereka yang mengalami TA, terdapat kemungkinan
50 peratus dapat meneruskan kehamilan, manakala 50 peratus yang lain
mengalami keguguran.
Rawatan terbaik untuk wanita yang mengalami TA ialah berehat bagi mengurangkan
kekejangan yang dialami.
Pada masa yang sama, pesakit dinasihatkan supaya tidak melakukan hubungan seks
dalam sementara waktu.
Keguguran yang tidak dapat dielakkan (Inevitable Abortion - IEA)
IEA diertikan sebagai pendarahan yang disertai dengan pengembangan laluan pangkal
rahim.
Pada peringkat lanjut, pintu rahim telah mula terbuka. Pendarahan
yang berlaku lebih teruk dari TA dan disertai sakit perut di bahagian
ari-ari.
Keguguran tidak lengkap (Incomplete Abortion - ICA)
Keguguran jenis ini berlaku ekoran daripada TA.
Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius disertai rasa sakit perut.
Biasanya, ICA menyebabkan pintu rahim terbuka dan sebahagian produk kehamilan
terkeluar.
Janin yang gugur ini berumur dalam lingkungan kurang dari 16 minggu.
Keadaan ini boleh dikenal pasti oleh pesakit sendiri atau melalui
pemeriksaan.
Wanita yang disahkan ICA perlu membersihkan rahim mereka bagi
mengelakkan janin yang mati dalam rahim dijangkiti kuman atau bakteria.
Keadaan ini boleh membawa kepada Septic Abortion.
Keguguran akibat jangkitan kuman (Septic Abortion - SA)
Ia merupakan keguguran yang dikaitkan akibat berlakunya jangkitan dalam rahim ekoran
pereputan tisu.
Jangkitan bakteria ini juga boleh berlaku melalui penggunaan
alat-alat kurang bersih yang digunakan untuk melakukan keguguran
elektif.
Malah, tisu-tisu yang masih tertinggal yang tidak dibersihkan dengan sempurna juga
boleh menimbulkan masalah yang serupa.
Jangkitan ini boleh merebak pada tisu-tisu janin dan dinding rahim, otot-otot rahim atau
organ berhampiran.
Antara gejala yang dialami oleh wanita terbabit ialah:
- Demam yang teruk
- Menggigil
- Sakit perut yang teruk
- Kekejangan yang berterusan
- Pendarahan yang teruk
- Sakit belakang
- Keputihan yang berbau busuk
Sekiranya keadaan mereka bertambah serius, pesakit boleh mengalami renjatan seperti:
- Tekanan darah dan suhu badan rendah
- Masalah pernafasan
- Penghasilan air kencing yang sedikit atau tiada
langsung
Sekiranya SA tidak dirawat segera, ia boleh mengakibatkan kematian.
SA juga boleh berpunca daripada keguguran haram sama ada dengan
menggunakan bahan-bahan kimia atau alat-alat tertentu seperti buluh
runcing atau lalang tajam.
Penggunaan bahan-bahan ini bukan saja berbahaya, malah ia juga tidak bebas dari
kuman.
Keguguran lengkap (Complete Abortion - CA)
Wanita yang mengalami CA biasanya mengalami gejala-gejala seperti pendarahan, sakit
perut dan pengeluaran tisu-tisu.
Selalunya, keguguran yang berlaku selepas 16 minggu adalah lengkap kerana semua
janin terkeluar dari rahim.
Keguguran tertinggal (Missed Abortion - MA)
MA diertikan sebagai janin yang mati tetapi masih berada dalam rahim.
Biasanya, janin berusia kurang daripada 28 minggu dan rahim tidak membesar seperti
biasa.
Pada peringkat awal, wanita terbabit biasanya mengalami gejala
kehamilan seperti pembengkakan buah dada, kerap membuang air kecil atau
loya pada waktu pagi.
Bagaimanapun, gejala ini akan berkurangan.
- Sesetengah wanita, mungkin mengalami pendarahan berwarna coklat yang sedikit tetapi
berterusan.
- Diagnosa yang dibuat melalui pemeriksaan dan ultrasound.
- Wanita yang disahkan mengalami MA dinasihatkan supaya membersihkan rahim bagi
mengelakkan jangkitan kuman.
- Bagi kandungan yang kurang daripada 14 minggu, pembersihan melalui
Dilatation&Curettage (D&C) perlu dilakukan oleh doktor yang
bertauliah.
- Bagi kandungan yang lebih besar, pesakit akan diberi ubat untuk membuka pintu rahim
bagi membolehkan kontraksi pada rahim.
Keguguran berulang (Recurrent Abortion - RA)
Keguguran yang berlaku lebih tiga kali setiap kali seseorang wanita hamil.
Ini mungkin disebabkan oleh masalah pada ibu, rahim, pangkal rahim dan janin.
Masalah kesihatan ibu juga boleh mengakibatkan keguguran seperti:
a. Jangkitan kuman sifilis atau torches
b. Penyakit-penyakit seperti SLE, ketidakseimbangan
hormon, penyakit talasemia dan
lain-lain.
c. Kelainan pada rahim
d. Struktur rahim yang abnormal
e. Masalah fibroid
f. Pintu rahim yang tidak kuat
g. Masalah genetik seperti kromosom ibu yang tidak
normal.
http://paramedik.bbfr.net/t2582-mengenal-punca-keguguran
KEGUGURAN pada usia dua atau tiga bulan memang sering didengar. Bagi kebanyakan
wanita, pengalaman sendiri atau kisah daripada rakan menjadikan mereka lebih berhati-
hati pada awal kehamilan.

Tetapi apa sebenarnya yang anda tahu mengenai keguguran? Mengikut Pakar Perunding
Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pusrawi Sdn Bhd, Dr Salleh Mohd Yatim,
kandungan yang ‘jatuh’ 28 minggu ke bawah didefinasikan sebagai keguguran tetapi jika
ia ‘jatuh’ selepas tempoh itu ia dinamakan kelahiran.

“Dari sudut kesihatan, anda harus tahu keguguran dibahagi kepada beberapa jenis (type)
dan sama ada keguguran itu adalah keguguran normal (spontan) atau pengguguran haram,
kedua-duanya memiliki risiko jika tidak dirawat dengan betul,” katanya.

Dari sudut kesihatan, Dr Salleh berkata, keguguran sebenarnya berlaku disebabkan faktor
ibu dan janin. Dalam kebanyakan kes, usia ibu yang lanjut, ibu berpenyakit seperti
kencing manis, buah pinggang, endokrin dan lain-lain penyakit yang tidak dirawat atau
dikawal rapi boleh membawa kepada keguguran.

Selain itu, kecacatan pada pangkal rahim (cervical incompetence) dan kecacatan rahim
(uterus) juga boleh menyebabkan keguguran.

“Kerana itu, sebelum seseorang wanita hamil, dia sepatutnya berjumpa dengan doktor
bagi memastikan tahap kesihatannya. Sebaiknya enam bulan sebelum hamil. Ini bagi
memastikan dia tidak berhadapan dengan apa-apa risiko jika hamil. Tetapi kebanyakan
wanita Malaysia akan hamil tanpa berjumpa dengan doktor dan akan hanya mengetahui
risiko kesihatan yang bakal mereka hadapi selepas kandungan berusia beberapa bulan,”
katanya.

Begitupun, walaupun ibu sihat dan bersedia untuk hamil, keguguran juga boleh terjadi
jika janin dalam kandungan tidak stabil. Ini merujuk pada kandungan yang gugur
sebelum berusia tiga bulan. Biasanya janin tidak sempurna dan tidak boleh hidup di luar
kandungan.

Ada juga janin yang tidak sihat ini terus membesar dan lahir ke dunia. Malangnya apabila
mereka lahir, bayi ini tidak boleh hidup tanpa bantuan makanan seperti dalam kandungan.
Apabila ini terjadi biasanya bayi akan meninggal dunia tidak berapa lama selepas
dilahirkan.

Jika ditinjau dari sudut undang-undang dan agama, pengguguran tidak dibenarkan sama
sekali kecuali kandungan itu boleh membahayakan kesihatan ibu dan menyebabkan
kematian.

Pengguguran haram pula, mengundang maut dan masalah kesihatan kerana cara yang
tidak sempurna boleh menyebabkan banyak masalah kepada ibu. Antara masalah biasa
pengguguran haram termasuklah pendarahan, jangkitan, septisimea dan kematian juga
boleh berlaku.
Jenis keguguran

 Threatened abortion
BIASANYA bakal ibu mengalami pendarahan tetapi apabila pemeriksaan dilakukan,
kandungan masih lagi hidup. Pesakit dinasihatkan banyak berehat dan mengelak daripada
kerja-kerja fizikal yang berat. Kemungkinan pendarahan akan berhenti dan kandungan
kembali stabil itu ada.
 Inevitable abortion
MERUJUK keguguran yang tidak boleh diselamatkan. Biasanya ibu akan berasa sangat
sakit dan pemeriksaan mendapati pintu rahim sudah terbuka.
 Complete abortion
PESAKIT akan mengalami kesakitan dan pendarahan pada mulanya. Dalam keadaan ini
keguguran berlaku di mana janin dan segala tisu yang berkaitan keluar dengan
sendirinya.
 Incomplete abortion
KEGUGURAN yang tidak ‘membersihkan’ seluruh ruang rahim. Apabila pemeriksaan
dilakukan selepas keguguran, didapati bahawa masih terdapat tisu-tisu atau janin di
dalam rahim.
 Missed abortion
BIASANYA, ia disedari apabila si ibu berhenti mengalami alahan seperti sebelumnya,
apabila perut tidak membesar seperti yang dijangkakan atau bayi di dalam kandungan
tidak bergerak. Pemeriksaan akan mendapati bahawa janin meninggal.
 Septic abortion
KEADAAN ini berlaku apabila keguguran disertai jangkitan pada fetus, placental atau
endometrium. Demam adalah simptom keguguran begini dan disertai simptom yang
dikaitkan dengan keguguran biasa seperti pendarahan. Antara sebab berlakunya
jangkitan, ia dikaitkan dengan tisu placental atau fetal yang tertinggal dalam rahim
berikutan incomplete abortion.
http://mypermatahati.com/blog/info-kehamilan/keguguran-buat-bakal-ibu-fobia.htm

You might also like