Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan
2. Jumlah penduduk disesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:
(a) Penduduk berlebihan
(b) Penduduk optimum
(c) Kurang penduduk
3. Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang
terlalu besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk dengan
secukupnya.
4. Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang dapat
menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup yang paling tinggi.
5. Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang kecil
berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat digunakan dengan
sepenuhnya oleh penduduknya.
6. Sesebuah negara dianggap mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak
cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.
8. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia,
Pakistan dan China.
10. Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar kematian
juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang ramai menyebabkan
kemudahan kesihatan tidak mencukupi.
11. Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil produktiviti
negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.
12. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang tinggi.
13. Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka mempunyai anak
yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja pertanian.
14. Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk mendapatkan
lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang tinggi.
15. Taraf teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal dalam
bidang pertanian sahaja.
16. Sesebuah negara dianggap kurang penduduk apabila jumlah penduduknya kurang dan tidak
dapat membangunkan sumber alamnya dengan maksimum.
18. Negara-negara yang mempunyai kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia dan Brazil.
20. Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan kebanyakannya berkelulusan kolej
atau universiti.
21. Golongan muda berkahwin lambat menyebabkan kadar kelahiran rendah dan kadar
pertumbuhan penduduk juga rendah.
23. Penduduk lebih mementingkan kehidupan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf
hidup mereka.
24. Cara hidup pergaulan bebas mempengaruhi golongan muda berkahwin lambat.
1. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan akan memberi kesan terhadap keperluan
kependudukan di negaranya. Ini disebabkan sumber semula jadi negara-negara ini sangat terhad
dan tidak dapat menampung keperluan penduduknya.
2. Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan seperti Ethiopia, India dan Bangladesh
6. Kebanyakan daripada mereka yang berhijrah ke bandar terdiri daripada mereka yang kurang
berpendidikan dan buta huruf. Kekurangan ini menyebabkan mereka sukar untuk mendapat
pekerjaan yang baik dengan upah gaji tinggi.
7. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa tinggal di kawasan setinggan kerana tidak mampu
untuk membayar sewa rumah yang tinggi. Hasilnya berlakulah kesesakan penduduk dan masalah
tempat tinggal seperti di Dhaka, Bangladesh dan Mumbai, di India.
8. Di negara-negara yang berlebihan penduduk seperti Bangladesh, India dan Ethiopia, pertanian
merupakan pekerjaan utama penduduknya. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian tidak
banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Keadaan ini mendorong mereka
untuk berhijrah ke luar bandar dan ke luar negara untuk meningkatkan taraf hidup.
9. Walaupun bilangan kanak-kanak di bawah umur banyak di negara yang berlebihan penduduk,
kerajaannya kurang mampu menyediakan sekolah dan kemudahan pendidikan yang lebih baik.
Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf di negara-negara tersebut sangat rendah. Sebagai
contohnya, hanya 35.5% penduduk Ethiopia, 38.1% penduduk Bangladesh dan 52% penduduk
India yang kenal huruf. Kemiskinan menyebabkan ramai kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai
buruh kasar bagi membantu keluarga mereka.
10. Taraf kesihatan penduduk di negara-negara ini juga berada pada tahap yang rendah. Keadaan
ini berlaku kerana kurangnya kemudahan kesihatan seperti klinik, pusat rawatan dan hospital,
kadar pertambahan penduduk yang ramai telah menambah beban yang terpaksa ditanggung pada
kemudahan kesihatan dan perubatan yang sedia ada.
11. Bilangan kakitangan yang tidak mencukupi juga menyebabkan peluang untuk penduduk
menerima rawatan amat rendah. Contohnya, hanya seorang doktor diperuntukkan bagi merawat
30 195 orang penduduk negara Ethiopia dan 4 759 orang penduduk bagi seorang doktor di negara
Bangladesh.
12. Kebanyakan penduduk di negara-negara penduduk berlebihan mempunyai jangka hayat yang
rendah kerana mengamalkan pemakanan yang kurang berkhasiat, penyakit dan masalah
kebuluran.
13. Penduduk di negara Ethiopia misalnya secara purata mempunyai jangka hayat 48 tahun untuk
lelaki dan 52 tahun bagi perempuan, Manakala, Bangladesh pula pada jangka hayat 58 tahun bagi
lelaki dan perempuan pada tahun 1997.
14. Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan di negara-
negara ini amat kurang kerana ketidakmampuan kerajaan untuk menyediakannya.
15. Hanya 32.3% penduduk India menikmati bekalan air dan 42.4% daripada 75% penduduk di
bandar dan 30.5% di luar bandar mampu menikmati kemudahan bekalan elektrik. Manakala
penduduk di negara Bangladesh terpaksa menggunakan air dari sungai, kolam dan tasik untuk
tujuan domestik.
16. Purata pendapatan bagi setiap keluarga semakin menurun apabila meningkatnya bilangan ahli
keluarga dalam sesebuah rumah.
17. Untuk mengurangkan beban kerja dan kos dalam menjalankan kegiatan pertanian kebanyakan
petani menggunakan tenaga buruh dari kalangan ahli keluarga khususnya anak-anak.
18. Taraf hidup penduduk di negara-negara kurang penduduk adalah lebih baik dan tinggi
dibandingkan dengan negara penduduk berlebihan. Nilai eksport negara-negara kurang penduduk
adalah tinggi dan mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negara.
19. Kadar pertumbuhan semula jadi yang rendah disebabkan kadar kelahiran dan kadar kematian
rendah seperti yang berlaku pada negara Australia dan Kanada.
20. Kadar kelahiran di Kanada hanya 12.5 bagi setiap 1 000 penduduk dan di Australia ialah 12.71
bagi setiap 1 000 penduduk. Kadar kematian penduduk Kanada ialah 7.2 bagi setiap 1 000
penduduk dan di Australia ialah 7.25 bagi setiap 1 000 penduduk.
21. Keadaan ini menunjukkan bahawa pertumbuhan semula jadi di kedua-dua negara adalah
rendah di mana kira-kira 5.46 bagi setiap 1 000 penduduk negara Australia dan 5.3 bagi setiap 1
000 penduduk negara Kanada.
22. Purata pendapatan tahunan yang tinggi membolehkan penduduk di negara seperti Australia
dan Kanada tinggal di rumah-rumah yang lengkap dengan kemudahan moden. Contohnya, setiap
keluarga di Kanada mempunyai purata pendapatan sebanyak AS$39 655 manakala di Australia
ialah sebanyak AS$27 585 bagi setiap keluarga.
23. Kebanyakan penduduk di negara Kanada bekerja dalam sektor perkhidmatan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.
1. Kadar pengangguran di negara-negara ini rendah kerana adanya peluang pekerjaan yang luas
kepada penduduknya. Namun begitu, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja bagi memenuhi
peluang kerja yang disediakan kerana kekurangan penduduk.
2. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Australia dan Kanada terpaksa membuka ruang untuk
kemasukan pekerja asing dari negara-negara seperti Hong Kong, Filipina, India dan China.
5. Kemudahan pendidikan yang baik sehingga ke peringkat universiti mampu dinikmati kira-kira
92% penduduk negara-negara yang kurang penduduk. Contohnya, hampir 100% penduduk
Australia, 99% penduduk Kanada dan 83% penduduk Brazil kenal huruf.
9. Kawasan hutan luas yang dimiliki Brazil mewujudkan kawasan tadahan untuk sungai dan tasik.
Keadaan ini akan membolehkan penjanaan kuasa hidroelektrik yang lebih banyak untuk
menampung keperluan penduduknya.
2. Negara penduduk optimum ini mempunyai jumlah penduduk yang seimbang dengan sumber
yang dimiliki negara. Oleh itu, penduduk di negara ini dapat menikmati taraf hidup yang tinggi.
3. Keadaan penduduk berlebihan dan kurang penduduk tidak akan kekal selamanya malah boleh
berubah mengikut masa.
4. Sesebuah negara yang mengalami kurang penduduk boleh berubah menjadi penduduk
berlebihan apabila berlakunya pertambahan penduduk dan sumber semula jadinya tidak mampu
lagi menampung keperluan penduduk.
5. Bagi negara penduduk berlebihan pula akan mengalami perubahan apabila meningkatnya
penggunaan teknologi dan pengetahuan baru akan meningkatkan sumber semula jadi yang sedia
ada. Keperluan penduduk dapat dipenuhi sepenuhnya dan negara-negara ini tidak akan
mengalami masalah penduduk berlebihan.
2. Aktiviti penduduk dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial memberi kesan terhadap
alam sekitar.
3. Perubahan penduduk telah mengakibatkan kesan positif dan eksan negatif terhadap
penerokaan sumber terutamanya sumber tanih, sumber hutan dan sumber air.
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber
1.Umumnya, keperluan terhadap makanan akan bertambah apabila berlakunya pertambahan
penduduk disesebuah negara. Oleh itu, penerokaan sumber tanih untuk dijadikan kawasan
pertanian perlu dipertingkatkan.
2. Kawasan dataran dan delta sungai yang mempunyai tanih aluvium yang subur sesuai
dijadikan kawasan penanaman padi. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, dan
Dataran Terengganu.
4. Penggunaan baja kimia, racun serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggi
dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi.
5. Di Malaysia, tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah dan koko diusahakan
di
kawasan tanih laterit yang subur. Permintaan tinggi terhadap tanaman komersial seperti
kelapa sawit, getah dan koko menyebabkan kawasan tanih laterit di pedalaman giat
dibangunkan untuk dijadikan kawasan penanaman tanaman tersebut.
7. Penerokaan tanih untuk mendapatkan pasir dan lempung yang digunakan dalam
pembuatan
kaca dan barang-barang tembikar serta pasu turut dijalankan.
8. Aktiviti perlombongan dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijih
besi yang turut mempelbagaikan industri pembuatan negara.
10. Penggunaan tanih yang berterusan untuk menanam tanaman sejenis akan menyebabkan
tanih tersebut menjadi tidak subur.
11. Penggunaan teknologi moden seperti baja kimia, racun serangga dan benih bermutu
tinggi untuk menghasilkan tanaman yang banyak juga akan mencemarkan sumber alam.
12. Para petani yang membakar jerami padi untuk dijadikan baja organik akan mencemarkan
udara dan meningkatkan suhu dunia.
13. Tanah yang beracun mengandungi bahan beracun dihanyutkan ke sungai atau tali air
yang seterusnya mengancam kehidupan akuatik dan tumbuhan di situ
3. Hutan-hutan di Malaysia dapat menghasilkan kayu-kayan yang keras dan bermutu tinggi
seperti meranti, cengal, merbau dan lain-lain lagi.
4. Selain itu, kawasan hutan juga amat penting kerana ia boleh dijadikan kawasan
petempatan, bandar dan juga untuk membina jaringan pengangkutan.
6. Penebangan hutan yang luas akan mendedahkan tanah kepada air hujan seterusnya
mengalami hakisan air larian permukaan yang giat.
7. Tanih yang terhakis akan mengalir ke sungai dan mendap di dasar sungai. Sungai menjadi
semakin cetek dan mudah berlaku banjir.
8. Penebangan hutan juga akan memusnahkan flora dan fauna yang hidup di dalam hutan itu.
9. Kegiatan pertanian pindah yang menerokai hutan untuk pertanian akan membakar pokok-
pokok hutan. Kegiatan ini boleh mencemarkan udara dan menyebabkan kepupusan flora dan
fauna hutan yang istimewa.
10. Pembukaan hutan untuk membina empangan hidroelektrik bagi menampung permintaan
penduduk yang bertambah telah menyebabkan hutan yang luas musnah dan ditenggelami
air.
11. Selain itu, sumber bekalan air negara juga akan terganggu kerana kawasan tadahan
semakin terjejas dan berkurangan.
1. Semua benda hidup termasuk manusia memerlukan air untuk terus hidup. Pertambahan
penduduk mengakibatkan lebih banyak sumber air diperlukan untuk kegunaan domestik,
perindustrian dan pertanian.
3. Empangan Durian Tunggal dan Empangan Klang Gate dibina bagi membekalkan air untuk
kegunaan domestik. Bekalan air juga disalurkan ke kilang-kilang.
4. Manakala Empangan Muda pula dibina khas untuk mengairi kawasan penanaman padi di
kawasan sekitar Sungai Muda di Kedah bagi membantu meningkatkan pengeluaran padi.
7. Selain itu, Tasik Kenyir yang terletak di Empangan Kenyir telah dijadikan pusat
pelancongan terkenal di negara kita, Malaysia.
9. Pembinaan empangan telah memusnahkan hutan dan tempat tinggal orang asli di
sekitarnya.
10. Pemusnahan hutan juga telah mengakibatkan negara kita kehilangan sumber kayu balak
yang bernilai dan memusnahkan kawasan tadahan air.
11. Pembuangan sisa-sisa domestik dari kilang-kilang ke dalam sungai pula telah
mencemarkan sungai. Misalnya, pencemaran air yang terlalu terhadap Sungai Klang
Selangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang.
2. Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan
kesan-kesan negatif penerokaan sumber terhadap alam sekitar.
1. Penggunaan tanih untuk pertanian akan menyebabkan tanih hilang kesuburan. Langkah
yang paling berkesan ialah menambahkan baja kepada tanih.
2. Kawasan pertanian dapat diperluaskan lagi dengan menebus guna kawasan terbiar dan
kawasan paya.
3. Kawasan terbiar seperti bekas lombong boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran
dan buah-buahan, menjadi kawasan petempatan dan tempat pelancongan.
5. Untuk mengatasi masalah kekurangan tanah pinggir laut di Malaysia telah ditambak.
Contohnya, Bandar Hilir Melaka dan Seberang Perai ditambak untuk mendirikan hotel, kedai
dan Pangkalan Kontena Butterworth Utara.
6. Selain itu, kawasan-kawasan cerun bukit juga dapat ditereskan untuk menanam sayur-
sayuran dan teh. Ini dapat menjimat tempat untuk bercucuk tanam.
7. Untuk mengatasi permintaan penduduk yang semakin ramai, tanaman secara hidroponik
dapat dijalankan di rumah atau di kebun.
8. Hasil pertanian dapat ditingkatkan dan dipercepatkan melalui penggunaan teknik pertanian
moden seperti menggunakan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga.
3. Menanam spesies pokok yang cepat tumbuh dan bernilai tinggi seperti akasia, batai,
yamane, dan sesenduk di kawasan ladang hutan.
4. Melaksanakan rawatan silvikultur supaya pokok-pokok cepat matang dan mengawal mutu
pengeluaran kayu balak.
5. Pokok-pokok yang berkualiti tinggi diberi peluang untuk tumbuh dan yang lain akan
dihapuskan.
6. Menjalankan penebangan terpiliih , iaitu hanya pokok yang cukup matang dan saiz
mencukupi sahaja ditebang. Pokok-pokok yang ditebang akan digantikan dengan pokok baru
melalui penanaman semula untuk menjamin keberterusan bekalan pada masa depan.
7. Mewartakan hutan simpan kekal dan tanam negara untuk mengekalkan kawasan tadahan
dan kawasan hutan.
8. Pusat Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diwujudkan untuk
melindungi flora dan fauna. Misalnya, Pusat Perlindungan Orang Utan di Semenggoh
(Sarawak) dan Sepilok (Sabah).
10. Menghadkan pengeluaran lesen pembalakan, masa pembalakan dan pemberian konsesi
hutan.
11. Rancangan pertanian kekal diperkenalkan kepada orang Asli untuk mengurangkan aktiviti
pertanian pindah.
1. Melindungi kawasan tadahan hujan untuk menjamin bekalan air yang mencukupi. Melalui
ini kerajaan Malaysia telah mengenal pasti beberapa kawasan tadahan tertentu untuk
menjamin keberterusan bekalan air.
2. Kerajaan juga mengambil langkah mengawal kualiti air sungai dengan memeriksa,
mengkaji membersihkan dan mengawasi sungai supaya tidak dicemar.
3. Mengadakan kempen 'Cintai Sungai KIta' setiap tahun untuk menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai dan menggalakkan mereka menjaga sungai
dengan tidak membuang sampah sarap ke dalamnya.
4. Menguatkuasakan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996)
bagi mengawal pencemaran sungai.
5. Sistem rawatan air kumbahan yang sempurna wajib disalurkan ke sungai ditapis terlebih
dahulu.
6. Tindakan pemeriksaan saluran paip air bawah tanah perlu sentiasa dijalankan untuk
mencegah berlakunya kebocoran paip. Kebocoran paip akan mengotor dan membazirkan air.
PEMBANDARAN
Pengenalan
5. Jumlah penduduk di bandar bertambah dengan cepat kerana migrasi luar bandar ke bandar
berlaku dengan giat disebabkan penduduk luar bandar ingin mencari lebih banyak peluang
pekerjaan di bandar.
8. Ini adalah kadar kerana pertambahan semula jadi penduduk meningkat dan migrasi penduduk
dari luar bandar ke bandar.
9. Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan yang mengalamiproses pembandaran akan berubah dari
sektor primer kepada sektor sekunder dan tertier.
10. Keadaan ini bermakna sesuatu kawasan itu tidak lagi hanya berfungsi sebagai pusat pertanian,
perikanan tetapi berfungsi sebagai pusat perniagaan, perdagangan, perindustrian dan
perkhidmatan.
11. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan banyak kemudahan asas di kawasan pembandaran
untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin ramai.
12. Kemudahan yang ditambahkan di kawasan pembandaran adalah seperti jaringan jalan raya,
hospital, perumahan, sekolah dan taman rekreasi.
13. Tujuannya adalah supaya penduduk di kawasan pembandaran dapat kemudahan yang
sempurna dan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.
1. Dasar Ekonomi Baru 1970 dan Rancangan Lima Tahun yang memperkenalkan pembukaan
kawasan baru dan bandar kecil telah menyebabkan proses pembandaran berlaku dengan pesat di
bandar dan kawasan sekitarnya.
2. Tindakan ini telah menyebabkan ramai penduduk dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk
mencari pekerjaan yang lebih baik.
3. Terdapat beberapa kawasan di setiap negeri di Malaysia diisytiharkan oleh kerajaan sebagai
kawasan perindustrian iaitu Petaling Jaya, Bayan Lepas, Air Keroh, Pasir Gudang dan sebagainya.
4. Di samping itu, kerajaan juga menubuhkan Zon Perdagangan Bebas di beberapa tempat seperti
Petaling Jaya, Sungei Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang.
5. Zon Perdagangan Bebas dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur, taraf perintis dan
pengecualian cukai pendapatan. Kemudahan-kemudahan ini telah menarik pelabur-pelabur asing
untuk melabur di Malaysia.
6. Selain itu, pihak kerajaan telah menubuhkan bandar-bandar baru seperti Shah Alam, Nilai,
Senawang dan sebagainya.
7. Tujuan kerajaan menubuhkan bandar baru adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan dan menggalakkan penghijrahan penduduk dari luar bandar.
1. Peluang pekerjaan dalam sektor perdagangan, perniagaan dan perindustrian telah menggalakkan
penumpuan penduduk dari luar bandar ke kawasan pembandaran.
3. Penduduk dari luar bandar berhijrah ke bandar untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih
baik dalam pelbagai sektor dan mereka menetap di kawasan sekitar bandar dan lama-kelamaan
kawasan mereka juga berkembang menjadi kawasan bandar seperti Petaling Jaya dan Shah Alam.
4. Selain itu, program tanah rancangan juga mempengaruh pembandaran Malaysia iaitu
mewujudkan peluang pekerjaan di luar bandar dan menggalakkan penduduk berhijrah ke kawasan
baru tersebut untuk mengusahakan.
5. Semakin ramai penduduk berhijrah ke kawasan tersebut. proses pembandaran akan berlaku dan
kawasan tersebut akan menjadi bandar.
1. Pembandaran dan perkembangan bandar dipengaruhi oleh migrasi penduduk dari luar bandar ke
bandar.
1. Sesebuah petempatan bandar yang terdapat di negara ini mempunyai kepelbagaian fungsi.
Fungsi sesebuah bandar adalah berdasarkan kepada bentuk kegiatan ekonomi, sosial dan politik
yang terdapat di sesebuah petempatan.
2. Terdapat bandar-bandar di negara Malaysia yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Bandar
ini biasanya merupakan bandar utama atau ibu negeri. Peta di bawah menunjukkan ibu negeri bagi
negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.
4. Pusat perniagaan dan perdagangan merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di negara
ini. Di bandar terdapatnya gedung-gedung perniagaan, pusat perkhidmatan kewangan dan pusat
membeli-belah serta aktiviti import dan eksport.
5. Antara bandar di negara ini yang berfungsi sebagai bandar perniagaan dan perdagangan adalah
seperti Georgetown, Ipoh, Johor Bahru, Sandakan dan Kuching.
6. Terdapat juga petempatan bandar yang berfungsi sebagai pusat perindustrian. Kawasan
perindustrian Petaling Jaya, Shah Alam, Bayan Lepas, Ayer Hitam, Bukit Mertajam dan Kulim
merupakan antara beberapa bandar perindustrian yang terdapat di negara ini.
7. Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan bandar perindustrian biasanya bekerja di kilang-kilang
yang terdapat dalam kawasan tersebut.
8. Petempatan bandar juga turut berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian yang
dibekalkan dari kawasan bandar . Antara bandar tersebut ialah seperti Kota Bahru, Sandakan,
Temerloh, Tawau, Raub dan Tumpat.
9. Selain itu, petempatan bandar juga turut berfugsi sebagai pusat pendidikan. Institusi pengajian
tinggi awam dan kolej-kolej swasta biasanya terletak di kawasan bandar ini. Bandar Baru Bangi di
Selangor contohnya menempatkan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Universiti
Kebangsaan Malaysia, Maktab Perguruan Islam, Pusat Matrikulasi Bangi, dan kolej Persediaan
MARA.
10. Aktiviti perlombongan bijih timah yang terdapat di bandar Ipoh dan Taiping serta perlombongan
petroleum di Kerteh, Terengganu dan Miri, Sarawak telah menyebabkan bandar-bandar tersebut
berfungsi sebagai pusat perlombongan.
11. Pusat perhubungan dan pengangkutan yang menempatkan terminal utama pengangkutan jalan
raya dan kereta api merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di Malaysia. Tumpat
merupakan terminal kereta api di pantai timur Semenanjung Malaysia.
12. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya menempatkan Hentian Putra dan Puduraya sebagai
terminal utama pengangkutan bas ekspres dan Sentral Kuala Lumpur berfungsi sebagai terminal
utama Kereta api Tanah Melayu (KTM) bagi seluruh Semenanjung Malaysia.
13. Petempatan bandar juga berfungsi sebagai pusat pertahanan negara. Bandar-bandar seperti
Port Dickson, Lumut dan Butterworth menempatkan markas-markas tentera, pengkalan tentera
udara, darat dan laut, berek tentera, pusat latihan, serta tempat simpanan senjata dan peluru.
14. Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser pula berfungsi sebagai pusat
pelancongan dan peranginan di negara ini. Pulau Langkawi juga merupakan pusat pelancongan
yang terkenal di negara ini kerana adanya pusat membeli-belah bebas cukai dan keindahan
pantainya yang bersih dan menarik.
15. Pusat kebudayaan adalah salah satu fungsi petempatan bandar. Di bandar terdapatnya pusat-
pusat pelbagai kebudayaan, balai seni, panggung kebudayaan dan pusat kraf tangan serta
cenderamata. Contohnya seperti di bandar raya Kuala Lumpur terdapat Istana Budaya yang
digunakan untuk kegiatan pementasan.
16. Kemudahan pelabuhan untuk pengendalian aktiviti eksport dan import di negara ini telah
menyebabkan wujudnya bandar-bandar seperti Georgetown, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir
Gudang di Johor, Kuching di Sarawak dan Sandakan di Sabah berfungsi sebagai pusat pelabuhan
di negara ini.
Kesan Pembandaran
1. Proses pembandaran yang berlaku di sesebuah negara telah menimbulkan pelbagai kesan positif
dan negatif di negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Jepun.
2. Bandar-bandar utama di negara-negara ini seperti bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia,
metropolis Bangkok di Thailand dan metropolis Tokyo di Jepun menerima kesan-kesan daripada
proses pembandaran yang berlaku.
2. Jaringan pengangkutan seperti jalan raya diperlebarkan dan lebuh raya bertingkat turut dibina
untuk keselesaan penduduk di bandar seperti bandar raya Kuala Lumpur dan metropolis Bangkok.
3. Selain itu, turut dibina Sistem Pengangkutan Transit Ringan (LRT), Komuter dan Monorel di
bandar raya Kuala Lumpur serta kereta api peluru (Bullet Train) dan kereta api bawah tanah di
metropolis Tokyo, Jepun untuk kegunaan penduduknya.
6. Misalnya, kerajaan Malaysia menyediakan Taman Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa di bandar
raya Kuala Lumpur sebagai lokasi riadah kepada penduduknya. Begitu juga keadaannya dengan
metropolis Tokyo yang terdapat kawasan riadah seperti Ueno, Shiba dan Hibiya.
1. Kepelbagaian kegiatan ekonomi yang terdapat di bandar telah mewujudkan banyak peluang
pekerjaan kepada penduduknya. Kadar upah yang diberi jauh lebih tinggi berbanding luar bandar.
2. Keadaan ini membolehkan penduduk yang bekerja di bandar meningkatkan taraf hidup mereka
melalui pendapatan yang diperoleh.
4. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya terdapat Universiti Malaya, Universiti Tun Abdul Razak,
Kolej Cosmopoint dan sebagainya untuk kemudahan pendidikan kepada penduduknya. Begitu juga
dengan Universiti Tokyo di metropolis Tokyo dfan Universiti Chulalongkorn di metropolis Bangkok.
3. Hospital Selayang yang terdapat di bandar Selayang, hospital Universiti Tokyo, Hospital
Komegome dan Pusat Kanser Kebangsaan di metropolis Tokyo juga merupakan kemudahan
kesihatan yang disediakan kepada penduduknya.
1. Pelancong yang datang ke negara Malaysia, Thailand dan Jepun turut menjadikan kawasan
bandar sebagai destinasi pelancongan selain daripada pusat peranginan pantai yang terdapat di
negara-negara tersebut.
2. Destinasi pelancongan seperti Taman Tema Air Desa dan Mines Wonderland di Bandar raya
Kuala Lumpur serta Safari World di metropolis Bangkok dan Disneyland di metropolis Tokyo
menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
3. Destinasi-destinasi pelancongan ini bukan sahaja dinikmati oleh pelancong malahan kepada
mereka yang tinggal di bandar.
1. Kawasan pinggir bandar akan menerima kesan pembangunan di bandar apabila berlakunya
perluasan pusat bandar. Contohnya, Batu Caves yang terletak di kawasan Kuala Lumpur utara telah
menerima kesan pembangunan yang berlaku di bandar raya Kuala Lumpur.
2. Proses pembandaran yang berlaku di metropolis Tokyo juga telah menyebabkan kawasan seperti
sempadan Wilayah Chiba di Timur, Wilayah Saitama di bahagian utara, dan Wilayah Kanagawa di
bahagian selatan menerima kesan pembangunan yang berlaku.
2. Jumlah kenderaan yang banyak menuju ke pusat bandar raya Kuala Lumpur telah menyebabkan
kesesakan lalu lintas sering berlaku. Begitu juga keadaannya apabila berlakunya banjir kilat di
bandar raya Kuala Lumpur.
3. Selain Bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok juga turut mengalami masalah kesesakan
lalu lintas kerana banyaknya jumlah kenderaan di jalan raya dan ketika berlakunya banjir kilat.
1. Jumlah kenderaan yang semakin bertambah telah menyebabkan pencemaran udara dan
pencemaran bunyi berlaku di Bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok dan metropolis
Tokyo.
2. Gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan nitrogen
oksida yang dibebaskan daripada kenderaan telah menyebabkan berlakunya pencemaran udara di
bandar-bandar tersebut.
3. Gas-gas yang dibebaskan ke udara ini bukan sahaja mencemarkan udara malahan akan
memburukkan lagi fenomena pulau haba yang berlaku di bandar kesan daripada peningkatan suhu
yang berlaku di udara.
4. Jumlah kenderaan yang terlalu banyak di jalan raya telah menghasilkan bunyi bising sehingga
mengakibatkan pencemaran bunyi berlaku. Keadaan ini menggangu ketenteraman penduduk
terutama kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan jalan raya atau lebuh raya.
5. Bandar juga turut dicemari dengan pembuangan sampah sarap secara tidak terurus di kalangan
penghuninya. Sungai Klang di bandar raya Kuala Lumpur dan Sungai Chao Phraya, Bangkok
menjadi tempat pembuangan sampah sarap sehingga mengakibatkan airnya tercemar.
6. Pencemaran air juga berlaku disebabkan oleh pembuagan sisa domestik dan pembuagan sisa
kilang. Pertambahan jumlah penduduk dan peningkatan jumlah kilang akan memburukkan lagi
keadaan ini. Contohnya di metropolis Tokyo, sisa-sisa kilamng di buang ke pantai sehingga
menyebabkan hidupan akuatik di kawasan tersebut tercemar. penduduk disekitar kawasan
Kumamoto misalnya, pernah mendapat penyakit Minamata kerana memakan ikan yang sudah
tercemar.
1. Bangunan konkrit dan jalan raya yang berturap menajdi punca utama masalah banjir kilat yang
sering berlaku di bandar.
2. Jalan yang berturap akan menyebabkan resapan larian air permukaan ke dalam bumi terhalang
dan sistem saliran yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah air yang meningkat secara
mendadak.
3. Keadaan banjir kilat akan bertambah buruk sekiranya sistem perparitan yang terdapat di bandar
tidak sempurna dan dipenuhi sampah sarap kerana tiada pengurusan yang cekap.
1. Kawasan setinggan adalah kesan negatif yang paling ketara akibat proses pembandaran yang
berlaku.
3. Penduduk yang tidak mampu memiliki rumah mengambil jalan mudah dengan mendirikan
petempatan di atas tanah-tanah kerajaan dan persendirian serta di kawasan tebing sungai dan di
sepanjang landasan kereta api.
4. Petempatan ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan bandar, malah menimbulkan masalah
sosial seperti keselamatan kesihatan, dan ketidakselesaan penduduk sekitarnya.
5. Bandar raya Kuala Lumpur dan metropolis Bangkok merupakan contoh bandar yang mempunyai
masalah petempatan setinggan yang amat ketara.
1. Pendapatan yang lumayan dan taraf hidup yang lebih tinggi menyebabkan migrasi penduduk luar
bandar ke bandar berlaku.
2. Migrasi penduduk luar bandar ke bandar ini telah mengurangkan jumlah tenaga kerja di kawasan
luar bandar.
3. Keadaan ini mengakibatkan banyaknya kawasan pertanian di luar bandar yang tidak dimajukan
dan terbiar begitu sahaja.
1. Masalah pembuangan sisa pepejal dan banjir kilat mungkin dapat diatasi dengan:
(a) mewujudkan tapak pelupusan sampah sarap dan sisa-sisa buangan kilang yang lebih terurus.
(b) menggunakan sistem insinerator untuk menggantikan sistem pembuangan sampah secara
terbuka.
(c) menaiktarafkan sistem perparitan dan saliran yang terdapat di bandar.
(d) membina sistem saliran dan perparitan yang lebih sistematik.
(e) memperluas dan mendalamkan dasar sungai untuk menampung jumlah air yang lebih banyak.
Contohnya, di bandar raya Kuala Lumpur, Sungai Gombak dan Sungai Klang telah dilebar dan
didalamkan agar mampu menampung jumlah air yang banyak. Sungai Segget di bandar raya Johor
Bahru juga turut dinaiktarafkan untuk tujuan tersebut.