Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor Kampus Bandaraya Johor Bahru

Jalan Heman, Kampung Aman 80350 Larkin, Johor Bahru Johor Darul Takzim

CTU 151 ± Pemikiran dan Tamadun Islam

MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.
SURAH AT-TAUBAH (Ayat 109)

Nama Pensyarah : MOHD ALI BIN MUHAMAD DON Kumpulan : KUMPULAN 1 (J3BM1112A) Nama Ahli Kumpulan :
1) WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HASSAN 2) AIZUL IZAM BIN MOHAMED ZAHARIN 3) SYAHIR BIN ABD. RAHMAN 4) MOHD. RIDZUAN BIN AHMAD KHAIR 5) MUHAMAD SHUHAIL AZMIN BIN MOHD SHAHRIN 2010434052 2010629338 2010605228 2010663882 2010636422

1

................. PENUTUP........................ .......................... PENDAHULUAN......................................................... ......................................... ANALISIS AYAT............17 06..............5 04...ISI KANDUNGAN 01.. ..................................................................... ...... ....................................... SUMBER RUJUKAN.................................................................................4 03...3 02.......... ............................................6 05....................... ............ TAFSIR AYAT...........18 2 ........... PENGHARGAAN..........

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru kerana telah menyediakan bahan-bahan rujukan dan ilmiah yang boleh digunakan dan dirujuk sebagai panduan kami dan dimanfaatkan di dalam tugasan ini. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Perpustakaan Tun Dr. Seterusnya. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang sanggup membantu kami dan juga sama-sama membantu antara satu sama lain dan saling bertukar-tukar pandangan. Sesungguhnya tanpa dorongan daripada ibu bapa dan keluarga. Selain itu. Ali bin Muhammad Don kerana telah memberikan peluang kepada kami untuk menyediakan tugasan dan analisis tentang surah At-Taubah. Dengan peluang yang telah diberikan ini. tugasan ini pasti tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. jutaan terima kasih ditujukan kepada semua ahli kumpulan kerana telah bekerjasama dalam menyediakan tugasan ini. ayat 109. Akhir sekali. Mohd. 3 . kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa serta keluarga kami kerana telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami sepanjang menyediakan tugasan ini. En. kami juga mengucapkan terima kasih di atas dorongan dan panduan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.PENGHARGAAN Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah CTU151 ± Pemikiran dan Tamadun Islam. kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu atau pihak yang telah terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan dan menyediakan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kerana semua ahli kumpulan telah sama-sama menyumbang maklumat dan isi dalam tugasan ini. Selain itu. Ismail. Jasa dan sumbangan semua pihak tidak akan kami lupakan. kami dapat mengetahui sendiri dengan lebih jelas tentang ayat ini khususnya dan surah ini amnya. Pelbagai hasil dan sumber kami dapati dari perpustakaan ini dan dimuatkan dalam tugasan kami ini.

At-Taubah bermaksud pengampunan.w. Surah ini adalah berlainan daripada surah-surah lain yang terdapat dalam Al-Quran kerana tidak terdapat bismillah pada permulaan surah ini. sirah atau kisah-kisah terdahulu dan lain-lain lagi. tidak bersesuaian dengan bismillah yang bersifat perdamaian dan cinta kasih Allah s.PENDAHULUAN Surah At-Taubah ini merupakan surah kesembilan mengikut urutan di dalam Al-Quran dan terdiri daripada 129 ayat. 4 . Antara yang terkandung di dalam surah At-Taubah ini adalah keimanan.t. hukum-hukum. Ini adalah disebabkan kerana surah ini adalah suatu pernyataan perang yang mengerahkan seluruh kaum Muslimin untuk memerangi seluruh kaum Musyrikin. Nama lain bagi surah ini adalah µBaraah¶ yang bermaksud berlepas diri yang di sini. merujuk kepada pernyataan pemutusan hubungan. disebabkan kebanyakan isi bicaranya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

(At-Taubah : 109) 5 . ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh. lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Alla h tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.TAFSIR AYAT Maksudnya : Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik.

ANALISIS AYAT 6 .

Setelah menjelaskan keuntungan orang-orang mukmin dan orang-orang munafik. sedang di akhirat kelak mereka ditimpa azab dan kemurkaan Allah swt. Dengan kata lain dapat diungkapkan bahawa Rasulullah saw. maka pada akhir ayat tersebut Allah swt. Ia memberikan perlindungan. tak lapuk kerana hujan. dan kaum Muslimin yang benar-benar beriman kepada Allah S. yang menambah kekufuran dan kemunafikan. dan tak lekang kerana panas. Dari sini dapatlah difahami. serta memecah belahkan antara umat Islam. Dari ayat di atas kita dapat memahami bahawa Allah memerintahkan kita semua supaya mengabdikan diri kita kepadaNya dengan tulus ikhlas dengan erti kata kita kerjakan sesuatu amalan. bahawa orang-orang yang mendirikan imannya atas dasar takwa dan keinginan untuk mencapai keredhaan Allah adalah ibarat orang-orang yang mendirikan bangunan yang kuat di atas tanah yang kukuh. Mereka terang lebih baik daripada orang-orang munafik yang segala perbuatannya hanya didasarkan kepada niat yang buruk. Allah swt. Oleh sebab itu. Ertinya. menunjukkan perbezaan yang jelas antara orang-orang yang mendirikan bangunan masjid atas dasar ketakwaan dan keinginan untuk mencapai keredhaannya.W. sesuatu kerja kerana Allah bukan sekali -kali kerana sesuatu atau seseorang yang lain lebih -lebih lagi kerana sesuatu ganjaran 7 .T sentiasa mendasarkan segala perbuatannya kepada ketakwaan dan kepada keredhaannya. setiap langkah dan tingkah laku serta perbuatan mereka sentiasa mengalami kegagalan dan malapetaka baik di dunia mahupun kelak di akhirat. dan orang-orang yang mendirikan sesuatu dengan maksud jahat sehingga pembangunan masjid tersebut akan menambah dosa-dosa mereka. ketenteraman dan kebahagiaan kepada orang-orang yang berada di dalamnya. menegaskan bahawa Dia tidak akan memberikan petunjuk kepada orang-orang yang munafik itu. Mereka seumpama orang-orang yang mendirikan bangunan di pinggir jurang yang condong sehingga akhirnya mereka terjerumus di dalam neraka jahanam. orang-orang yang munafik selamanya tidak akan beroleh petunjuk ke arah kebaikan dan keberuntungan. tidak akan terancam atas serangan angin dan badai.ANALISIS AYAT IKHLAS Pada ayat ini dalam bentuk pertanyaan. Di dunia ini mereka tercela. keamanan.

bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal yang lain selain daripada mengtakarufkan diri kepada Allah Tuha n yang menjadikan kita. Ini dapat dibuktikan dari hadith Mu¶awiyah r. yang tidak kupenuhi permintaannya. hati kita akan menjadi suci untuk menambahkan bilangan amalan kita. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta kepadaku. Selain itu. Ini akan menyebabkan hati kita akan semakin berjauhan dari Allah yang maha besar. maka pemberianku itu tidak berkat baginya.Syeikh Al Khushairi seorang pengasas Tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu ialah mengerjakan ibadah kerana ingin memperdekatkan diri kepada Allah s. Meminta-minta pada orang lain adalah perbuatan yang tidak digalakkan di dalam Islam. Malah ia boleh menjatuhkan maruah dan memberikan imej yang buruk sedangkan Allah SWT memerintahkan manusia supaya berusaha dan berkerja dengan disediakan berbagai lapangan pencarian rezaki yang halal di muka bumi ini. sama ada dengan mengungkit atau menyebut-nyebut perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang menerima kebajikannya itu. Ini memberitahu kita supaya meminta kepada allah dengan hati yang ikhlas. Orang yang berhati ikhlas bermakna bahawa ia tidak mempunyai perasaan tamak.a katanya Rasulullah SAW bersabda: ´Janganlah kamu meminta-minta. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas akan membatalkan pahala amalan kebaikan yang dilakukannya termasuk sedekah. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan. Hadith tersebut juga menyebut. Kita haruslah patuh akan perintahnya dan ikhlas dalam menunaikan perintahnya.kebendaan.t. 8 . Oleh itu. ikhlas amat penting dalam kehidupan kita supaya kita akan dapat keredhaan dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta.´ Huraikan bagi hadith adalah untuk menunjukkan bahawa allah Sesungguhnya tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah.w. Dengan ini. Kita juga tidak boleh mengiraukan perintahnya lalu melakukan dosa dengan sewenang-wenangnya. Setiap manusia berhak ke atasnya asalkan dia berusaha dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan yang ada padanya tanpa perlu menagih simpati daripada sesiapapun.

Rasulullah s. membayar zakat yang boleh dimaksudkan dengan taqwa. percaya kepada Malaikat serta percaya kepada Hari Kiamat.t. Dalam satu hadis yang diriwayatkan Muslim.. menderma kepada anak-anak yatim dan fakir miskin dan memerdekakan hamba juga tergolong dalam taqwa. tidak akan meredhai dan tidak akan member petunjuk dan hidayah kepada orang orang yang berbuat dusta atau zalim. serta memelihara segala perintahNya agar dapat dilaksanakan dan memelihara apa -apa yang dilarang-Nya supaya dapat dihindari.t. telah bersabda yang bermaksud : ³Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa. termasuklah percaya kepada Allah.t.w.w. ia juga meliputi aspek ibadah seperti solat fardhu.t.w. Taqwa berulang kali disebut dalam semua surah dalam Al-Quran sebanyak 251 kali. 9 . kaya jiwa serta tidak menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)´.a. Dinyatakan juga dalam ayat ini mengenai pentingnya taqwa. Malah. dan memelihara diri daripada terjebak di dalam perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah s. Taqwa boleh ditakrifkan sebagai menjaga hubungan yang baik dengan Allah s..w. Perkara-perkara seperti memaafkan orang.w.w. Taqwa juga meliputi seluruh aspek dalam Islam. yang boleh disimpulkan sebagai menegakkan tiang agama dan syiar Islam berlandaskan Taqwa adalah lebih baik kerana dasar Taqwa itulah satu-satunya jalan yang menuju keredhaan Allah s. daripada mereka yang sekadar membinanya tanpa bersungguhsungguh. dinyatakan bahawa mereka yang membina masjid. Dalam ayat 109 Surah At-Taubah ini.t.TAQWA Antara nilai yang dititikberatkan dalam ayat ini adalah Taqwa. percaya kepada Rasul. berbelanja secara sederhana kerana cinta akan Allah s. sehingga dinyatakan bahawa Allah s.

Taqwa termasuk dalam tiga perkara yang perlu ada dan dilakukan oleh manusia untuk dikasihi oleh Allah s.w.w.t. bukan kaya harta atau wang ringgit sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Agama Islam sendiri menyeru kepada umatnya agar bertaqwa kepada Allah s..Kaya yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kaya di jiwa. termasuklah kaya jiwa yang bererti berakhlak mulia. dan perkara ketiga adalah tidak menonjolkan diri. tidak bongkak dan sombong dan sebagainya yang boleh mencemarkan dan merosakkan martabat kemuliaan manusia itu sendiri yang disifatkan sebagai khalifah di muka bumi.t. Umat Islam perlu memperbaiki diri-sendiri dari semasa ke semasa dengan menanamkan tiga perkara di atas secara berperingkat. 10 . dan perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia serta beradab dan berbudi bahasa.

yang bermaksud : ´Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah.a.t.t. Amalan ini akan menambahkan lagi kasih dan keredhaan Allah s.w. di mana seluruh masyarakat akan berdosa sekiranya tidak mengambil berat tentang ilmu pengetahuan. Islam menekankan umatnya supaya menuntut ilmu agar tidak mudah ditindas oleh musuhmusuh Islam.w.w.w.T. Mendapat keredhaan Allah s.t.w. perlulah ikhlas dan berkiblatkan Allah s.w. Ilmu juga penting untuk pembangunan umat Islam agar dapat menjadi contoh yang baik kepada masyarakat lain.t. Dalam surah At-Taubah ayat 109 juga menekankan tentang mencari keredhaan Allah s. seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud. telah berjanji untuk menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu. tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah s. di samping dapat memartabatkan lagi nama Islam di mata masyarakat antarabangsa sebagai melambangkan Islam itu adalah universal. sabda Rasulullah s.W. semata-mata.t. sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia.MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.w.w. kita perlulah bersedekah kerana ia akan membawa kepada kemuliaan dan keberkatan. terhadap kita. Ilmu pengetahuan itu sendiri tergolong di dalam fardhu kifayah. Mempelajari ilmu pengetahuan untuk mendapat keredhaan Allah s.t. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah s.t. Sekiranya menuntut ilmu sekadar mencari habuan duniawi.. maka usaha tersebut adalah sia-sia dan dimurkai oleh Allah s. adalah perlu untuk selamat dan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Antara cara untuk mendapat keredhaan Allah s. dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak. adalah dengan menuntut ilmu pengetahuan kerana Islam sendiri menyeru umatnya untuk menuntut ilmu.t.w.t.´ Untuk mendapatkan lagi keredhaan Allah s. 11 .t.w.w.

Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.w. akan mengangkat darjat hamba-hamba-Nya yang sentiasa mencari dan mengharapkan keredhaan-Nya serta bersifat tawadduk. bersabda yang bermaksud: ³Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah. Allah s. Orang-orang yang kaya-raya hendaklah membelanjakan hartanya itu ke jalan yang diredhai Allah s. dengan menyedekahkannya kepada golongan-golongan yang amat memerlukan seperti golongan fakir miskin dan golongan yatim piatu.t.Selain itu.w. Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya´.t. agama Islam itu sendiri menggalakkan umatnya supaya rajin menderma dan bersedekah. 12 . Malah. Rasulullah s.w.a.

Antaranya ialah seseorang yang daerahnya didatangi oleh seorang alim . Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan si at-sifat keji seperti f membesar diri. tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain.w bersabda yang maksudnya: ³Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim. Rasulullah s. 13 . Di dalam al-Qur¶an menggunakan kata zhulm selain itu juga perkataan baghy. bermegah dan sebagainya. kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi. dengan huruf ³dho la ma´ ( ) yang bermaksud gelap. yang ertinya juga sama dengan zalim iaitu melanggar haq orang lain. kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Rasulullah s.a. Contohnya pemerasan. Kezaliman itu memiliki berbagai bentuk di antaranya adalah syirik. tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. Perbuatan zalim adalah perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Ini adalah kerana seseorang hamba itu merasa dirinya megah dari orang lain dan kerana itulah tidak ingin menimba ilmu dan mempelajari apa-apa dari seorang alim. pemaksaan dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim.w bersabda bermaksud: ³Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain´. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri. kerana laknat akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.ORANG-ORANG YANG ZALIM Kata zalim berasal dari bahasa Arab.´ Terdapat pelbagai jenis orang-orang zalim yang kejam. Malahan.a.

dan barang siapa mendapatkan selain itu. Maka barang siapa mendapatkan kebaikan. hendaklah ia memuji All ah. nescaya Aku berikan pakaian itu kepadamu. maka mintalah hidayah itu kepada-Ku. Wahai hamba-hambaKu. maka mintalah ampun kepada-Ku. sesungguhnya kalian senantiasa berbuat dosa di malam dan siang hari sedangkan Aku akan mengampuni semua dosa. Wahai hamba-hambaKu. Wahai hamba-hambaKu. maka mintalah makan kepada-Ku. hal itu sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang Aku miliki. Wahai hamba-hambaKu.a. hal itu tidak menambah sedikit pun dalam Kerajaan-Ku. Wahai hamba-hambaKu. kalian semua tersesat. nescaya Aku berikan makanan itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu. nescaya Aku ampuni kalian semua.t. Muslim) 14 . berdiri di atas satu dataran lalu meminta apa pun kepada-Ku. sesungguhnya kalian lapar. andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir. kecuali orang-orang yang telah Kuberi pakaian. kecuali orang yang Aku beri hidayah. baik dari bangsa manusia mahupun bangsa jin. ³Wahai hamba-hambaku.w bersabda meriwayatkan firman Allah s. kecuali orang-orang yang aku beri makan. sesungguhnya kalian semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian dapat membahayakan-Ku. Wahai hamba-hambaKu. semua itu perbuatan kalian yang Aku hitungkan untuk kalian. andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir. lalu aku penuhi semua permintaan mereka.w. sesungguhnya kalian tidak dapat mendatangkan kemanfaatan bagi -Ku sehingga tidak sedikit pun kalian bermanfaat bagi-Ku. hendaklah ia tidak mencela kecuali dirinya sendirinya.´ (HR. nescaya kuberikan hidayah itu kepadamu.Dari Abu Dzar Al-Ghifari dari Nabi s. kemudian Aku membalasnya kepada kalian. baik dari bangsa manusia mahupun jin. Wahai hamba-hambaKu. semuanya bertakwa dengan ketakwaan orang yang paling takwa di antara kalian. sesungguhnya kalian adalah orang-orang tidak berpakaian. maka janganlah kalian saling menzalimi. hanya seperti berkurangnya air samudra ketika dimasuki sebatang jarum jahit (kemudian diangkat). Wahai hamba-hambaKu. bahawa Dia berfirman. sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian. maka mintalah pakaian kepada-Ku.

Akhirnya jadilah mereka itu hamba Allah yang benar benar beriman dan bertaqwa. ayat 272) 15 . Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menurut keredhaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal. akan tetapi Allah jualah yang member petunjuk (dengan member taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Sebaliknya Allah mengurniakan hidayah -Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. ayat 57) ³Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk). (Surah Yunus. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah meningkatkan amalan serta tidak lupa sentiasa memohon doa agar dikurniakan petunjuk dalam kehidupan di dunia yang sementara ini. seseorang hamba itu haruslah berusaha untuk mendapatkannya serta yakin akan pertolongan daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud: ³Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah dating kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu. Perlu diinsafi dan disedari bahawa taufik dan hidayah (petunjuk) yang dianugerahkan daripada Allah kepada manusia sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan kepada keadaan zahiriah seseorang individu. dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman´. Namun untuk mendapatkannya. akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu. dan yang telah menjadi penawar bagi penyakit penyakit batin yang ada di dalam dada kamu. dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan´.HIDAYAH Hidayah itu merupakan petunjuk daripada Allah kepada hambaNya. (Surah Al-Baqarah.

kepada setiap makhluk agar dapat memiliki sesuatu atau tuntutan untuk memenuhi keperluan hidupnya. Dalam Al-Qur'an kata hidayah adakalanya diungkapkan dalam bentuk kata kerja dan adakalanya dalam bentuk kata benda.w. Hidayah dalam bentuk kata kerja mengisyaratkan adanya ujian yang harus ditempuh sedangkan dalam bentuk kata benda dapat difahami sebagai hasil dari ujian-ujian yang telah dilakukan.t. namun kedua-duanya (ujian dan hasil) telah diatur sedemikian rupa oleh Allah s. 16 . atau lebah yang membuat sarangnya dalam bentuk segi enam kerana bentuk tersebut lebih sesuai dengan bentuk badan dan keadaannya.Muhammad Quraish Shihab menegaskan bahawa hidayah adalah tuntutan Allah s. Keberhasilan dan kegagalan dalam mendapatkan hidayah sangat bergantung kepada cara yang ditempuh.t.w. Dengan demikian dapat tidaknya hidayah sangat ditentukan oleh upaya-upaya yang dilakukan. Dialah yang memberi µhidayah¶ kepada anak ayam memakan benih ketika baru sahaja menetas. Bila cara yang ditempuh sesuai dengan tuntunan Tuhan maka hidayah pasti didapati namun sebaliknya hidayah tidak akan didapati bila cara yang ditempuh berlainan dengan tuntunan Tuhan. Oleh karena itu persepsi yang menjelaskan bahwa hidayah seolah-olah diberikan Tuhan kepada seseorang tanpa mekanisme sangat sukar diterima akal.

t.w.a.t. Umat Islam juga diseru untuk mencari dan mendapatkan keredhaan Allah s. perlu .w. beribadah dan beramal hanya kerana-Nya.a. di waktu hijrah.t. 17 ..PENUTUP Kesimpulannya.t. surah At-Taubah mengandung pernyataan pembatalan perjanjian damai oleh Nabi Muhammad s. serta bagaimana hendak mendapatkannya. Kita juga dapat mengkaji ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah s. hukum kenegaraan. dicari dengan pelbagai cara untuk mendapatkan kesempurnaan dalam hidup serta mendapat keberkatan daripada-Nya. keadaan Nabi Muhammad s. dan kewajiban menafkahkan harta dan orang -orang yang berhak menerimanya.w. Selain itu. Selanjutnya Surat At Taubah mengandung hukum peperangan dan perdamaian.w.w. untuk kesenangan baik di dunia mahupun di dunia Akhirat kelak Keredhaan Allah s. keseluruhan surah ini juga merangkumi pernyataan dan asas-asas Islam serta pembinaan umat dengan menyeru seluruh umat Islam bertaqwa hanya kepada Allah s. kerana mereka tidak memenuhi syaratsyarat perjanjian damai pada perjanjian Hudaibiyyah.w. Aspek moral yang diutamakan dalam agama Islam juga dititikberatkan di dalam surah ini seperti pentingnya kita ikhlas dalam melakukan apa-apa kerja dan perlakuan. dengan kaum musyrikin.

Tafsir Quran Karim. Lentera Hati. 3. Dr. Let. 2. Nexus SPM Tingkatan 4 ± 5. II Jakarta: almahira. Pimpinan Pustaka Imam Syafii. Prof. Ihya Ulumiddin. keserasian Al-Quran. Imam Al-Ghazali. Pendidikan Islam (2008) 5. Apendi Sahi. Khalil.SUMBER RUJUKAN 1. 2006. Jilid 1 (1980) 6. Dr. Syauqi Abu. Jakarta.H. 2002. Zulhazmi Omar.Mahmud Yunus. Abdul Ghaffar. Penerbitan Terjemah Tafsir Ibnu Katsir. Atlas Al-Quran. penterjemah. M. Tafsir al-Misbah : pesan. Maimon Husin. M. (1979) 18 . 4. Quraish Shihab. mengungkap Misteri Kebesaran Al-Quran / Syauqi Abu Khalil. Jakarta. 8 Januari 2003. Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu SYAIKH. Mohammad Zaini Yahya. editor : Tim Almahira.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful