P. 1
Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

|Views: 312|Likes:
Untuk perkaitan antara iklim sosial dan fizikal kepada proses p&p
Untuk perkaitan antara iklim sosial dan fizikal kepada proses p&p

More info:

Published by: Mohamad Syafie Bin Samsir on Feb 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2012

pdf

text

original

1.

0 Iklim Sekolah

Iklim sekolah didefinisikan sebagai satu keadaan dimana suasana sekolah yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sekolah yang mempunyai iklim yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai kea daan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Selain itu, iklim sekolah dipengaruhi oleh banyak pihak termasuk pelajar, ibu bapa, guru -guru, pengetua, peruntukan kewangan dan sebagainya.

Manakala, Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Di samping itu, sekolah juga dapat mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan menyumbang bentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

2.0 Aspek Sosial dalam Iklim Sekolah 2.0.1 Aspek hubungan guru dan anak murid

Aspek ±aspek sosial yang dapat dikenalpasti sebagai iklim sekolah ialah hubungan guru dan pelajar. Menurut Sweetland dan Hoy (2000) guru merupakan aspek sosial yang paling asas dan terpenting dalam mempengaruhi keber kesanan prestasi para pelajar. Hubungan yang sihat dalam kalangan pelajar dan guru membantu memastikan keberkesanan suasana yang selesa serta selamat. Guru bukan sahaja sebagai individu yang mengajar namun sebagai pendidik anak -anak murid tersebut.Guru juga perlu bersifat dominan namun ia secara terancang.

Kajian Wubbels & Levy (1993) telah mengenalpasti bahawa aspek dominan sebagai ciri penting dalam hubungan guru -murid. Menurut Wubbels, dominan disini bukan bermaksud autokratik tetapi keupayaan guru men yediakan matlamat yang jelas serta bimbingan kepada murid serta tingkah lakunya. Jelas menunjukkan
1

bahawa guru harus membina sempadan yang bukan menjadi jurang antara murid dan guru, namun, sebagai satu cara untuk memastikan kawalan tingkah laku murid tersebut. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Persatuan Pendidikan Kanada (1995) menyatakan, salah satu krateria yang paling asas bagi sesebuah sekolah yang berprestasi tinggi adalah iklim psikososialnya. Pembelajaran akan lebih berkesan dan mudah apabila persekitaran sosial sekolah adalah selamat, membantu serta berfokuskan pembelajaran. Hubungan harmoni antara warga sekolah dapat mewujudkan suasana yang selesa, selamat dan tenteram. Ia sebenarnya merujuk kepada keperluan emosi individu. Analoginya, jika k ita berada dalam keadaan yang tidak selesa adakah kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang kita sedang lakukan.

2.0.2 Aspek Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ( Ee Ah Meng, 1996). "Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik -baiknya«.." (An-Nahl : 125). Ayat ini menyebut komunikasi yang baik merupakan sesuatu

perkara yang penting dan sesuatu yang dituntut. Intipati ayat tersebut menunjukkan bahawa pentingnya berkomunikasi secara bijaksana dan berhikmah dalam membina kefahaman murid. Ia juga memberi impak kepada proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah serta luar bilik darjah. Kita tidak mahu salah faham dan kecelaruan murid dalam menerima ilmu sekiranya komunikasi yang tidak berkesan berlaku. Sebagai contoh, guru meminta murid-murid melakukan tugasan untuk hari ini, namun cara penyampaian guru hanya dapat didengari oleh pelajar yang duduk berhampirannya. Jadi apabila perkara sedemikian berlaku akan adalah murid ±murid yang melakukan kesilapan atas sebab kelemahan guru dalam menyampaikan maklumat. Jadi begitu penting nya guru dalam mempraktikkan komunikasi yang baik agar dapat membantu murid dalam memahami ilmu yang dipelajari.
2

dan

2.0.3 Aspek Interaksi

Interaksi yang berkesan juga penting dalam membina iklim sosial yang baik dalam diri murid. Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih -lebih lagi apabila diucap dengan tatabahasa yang betul dan tersusun. Justeru, guru juga perlu menguasai kemahiran berinteraksi dengan baik agar hubungan dengan murid be rkesan. Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain -lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan. Antaranya, guru harus sedar akan masalah murid-murinya secara individu.Selain itu guru juga harus menguasai kurikulum dan teknik pengajaran.Malah, guru juga perlu bermuhasabah bagi menilai pengajaran sendiri dan guru juga perlu meluaskan pengetahuan serta kemahiran.
2.0.4 Aspek Kemesraan

Seterusnya ialah kemesraan yang perlu wujud bagi m embentuk suasana sekolah yang selesa serta ceria. "Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu

berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"(Al -'Imran : 159). Dari perspektif seorang guru yang mesra serta mudah bertolak ansur merupakan satu sikap yang sangat disukai pelajar. Namun, masih perlu dikawal agar tidak menjadi perkara yang sebaliknya. Guru itu tidak sepatutnya untuk ditakuti tapi patut dihormati.Melalui pembinaan sahsiah guru serta emosi yang stabil maka, murid akan dapat berada dalam satu zon selamat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

3

2.0.5 Aspek Perpaduan

Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya,

pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja ne gara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di

kalangan rakyat berbilang kaum Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui perg aulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Di samping itu, perpaduan turut menyumbang kepada pembinaan suasana yang harmoni dalam sekolah yang berbilang kaum. Secara tidak langsung ia tu rut menyumbang dalam memastikan suasana pembelajaran yang tenang dan selamat.

3.0 Perbezaan Individu

Guru seharusnya mengerti akan perbezaan dalam kalangan murid. Ini dapat dikenalpasti mencari pengamatan dan pemerhatian terhadap personaliti individu tersebut. Keperibadian dan sikap seseorang menjadikan manusia ini mempunyai banyak ragam serta menunjukkan bahawa manusia itu berbeza.

Woodcock (2000) mengkategorikan perbezaan individu kepada dua jenis iaitu interindividu dan intraindividu. Personaliti intraindividu dipengaruhi oleh masa, seorang doktor yang serius semasa bertugas

tempat dan keadaan. Contohnya

ketika di hospital merupakan seorang yang peramah semasa dirumah. Sebagai seorang guru, kita harus mengenalpasti personal iti intraindividu bagi memahami dan menyelami naluri pelajar tersebut, d alam usaha kesefahaman antara guru dan anak murid. membina hubungan dan

Perbezaan individu hadir dalam pelbagai bentuk dan perkara.Perkara ini menerangkan bentuk perbezaan yang kedua iaitu perbezaan interindividu. Ia
4

terdapat dalam diri seseorang dan juga dalam diri seseorang yang lain. Faktor persekitaran dan baka merupakan f aktor yang utama dalam menyumbang perbezaan individu. Ahli psikologi turut menyokong penyataan ini. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak -kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak -kanak tersebut. Tambah beliau lagi, perkembangan kanak -kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut terhadap persekitaran .

3.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu

3.1.1 Aspek Kecerdasan

Kecerdasan merupakan salah satu aspek perbezaan yang dapat dilihat secara jelas dengan bukti yang banyak diperbahaskanoleh ahli -ahli pemikir. Mengikut Kamus Dewan (1986 hlm.99) cerdas ditakrifkan sebagai sempurna akal (untuk berfikir, mengerti dan lain -lain), cerdik, pintar dan sempurna pertum buhan (perkembangan) badannya. Manakala, Woolfolk (1998) kecerdasan seseorang amat sukar untuk dipisahkan daripada faktor baka dan persekitaran. Mereka beranggapan, faktor baka dan persekitaran menentukan tahap kecerdasan seseorang. Kecerdasan telah ditakrifkan dalam beberapa bentuk.Antaranya kecerdasan pelbagai,kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual. Gardner (1983) telah mengetengahkan konsep Kecerdasan Pelbagai ( Multiple Intelligence ). Menurut teori ini, setiap individu memiliki lapan jenis kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-linguistik, logikal-matematikal, visual-ruang, muzikal, kinestetik, naturalistik, interpersonal dan intrapersonal. Contohnya, seorang penggubah lagu mempunyai kelebihan pada

kecerdasan muzikal, berbeza dengan seorang guru yang mempunyai kecerdasan interpersonal iaitu guru mempunyai kemahiran memahami orang lain. Jelas menunjukkan setiap individu itu berbeza dari segi kecerdasan.

5

3.1.2 Aspek Gaya Berfikir

Akal fikiran merupakan anugerah Allah s.w.t yang paling utama kepada manusia, kriteria terpenting yang membezakan mereka daripada makhluk selainnya. ³Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan be rerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak´. (Al-Baqarah:269) Gaya berfikir setiap manusia itu berbeza dan dari perspektif itulah yang membezakan individu dengan individu yang lain. Terdapat beberapa jenis gaya berfikir yang terdiri dari pemikiran konvergen dan divergen, pemikiran menegak dan lateral, pemikiran kreatif dan pemikiran kritis serta pemikiran reflektif.

Jika kita lihat dari segi pemikiran kreatif, Cropley (1967) dan Torrance (1972) menyatakan, murid yang kreatif akan menimbulkan permasalahan dalam bilik darjah kerana mereka sukar untuk menumpukan perhatian semasa dalam bilik darjah. Contohnya, Cikgu Aini menyuruh anak-anak muridnya melukis kereta, semua murid melukis sebuah kereta yang biasa, namun ada anak murinya yang melukis kereta mempunyai ekzos besar yang mengeluarkan api atau kereta yang mempunyai tanduk. Disini ingin kita kupaskan bahawa pemikiran kreatif ada dalam diri setiap murid dan guru bertindak sebagai pencungkil pemikiran tersebut.

3.1. 3 Aspek Gaya Pembelajaran

Individu juga berbeza dari segi gaya pembelajaran. Jika kita lihat situasi yang realiti disekolah setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Malah, jika di pusat ± pusat pengajian tinggi juga berlaku perkara tersebut. Ada individu yang senang belajar sendiri atau bekumpulan. Dunn, R. dan Dunn, K. (1978) dalam bukunya berjudul ³Teaching Students Through Their Individual Learning Styles´ menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970-an yang menyokong pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya.

6

3.1.4 Aspek Fizikal

Lihat rakan anda yang duduk disebelah anda, apa yang anda dapat bezakan antara dia dan anda? Rupa paras, bentuk badan, ketinggian . Semua perkara itu merujuk kepada aspek fizikal manusia yang secara kasar kita dapat lihat. Sesungguhnya tiada manusia yang sama, sekalipun mereka itu dilahirkan kembar pasti ada perbezaan antara mereka. Aspek fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian -bahagian badan, fungsi anggota -anggota badan dan perawakan manusia ( Woolfolk dan Margetts, 2007 ) .

3.1.5 Aspek Bangsa dan Bahasa

³Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah yang paling bertaqwa´ (Al-hujurat : 13). Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah menciptakan manusia berbeza-beza, suku kaum,bangsa dan bahasa. Setiap kali kita bertemu dengan orang yang berada disekeliling kita, ada yang sama bangsa dan ada yang berbeza. Beza saya dengan Ah Chong ialah , saya berbangsa Melayu dan dia berbangsa Cina. Saya bertutur dengan Bahasa melayu dan dia bertutur dengan Bahasa Mandrin. Perbezaan individu memberikan kita satu pandangan bahawa manusia itu semua berbeza. Sebagai seorang bakal guru kita harus mersiapkan diri dalam membentuk kemahiran dalam diri untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal kita tempa. Pendekatan yang sesuai dan berkesan amat penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

(1775 patah perkataan)

7

Refleksi

Pada 3 Ogos yang lalu pesyarah pembimbing mata pelaj aran Murid dan Alam Belajar, Encik Mohd Din Bin Haron telah memberikan tugasan untuk semester ini. Tugasan berkenaan mengarang esei tentang komponen pelajaran dibawah tajuk ³Iklim Sosial Sekolah´ dan ³Perbezaan Individu´. Esei yang diperuntukkan adalah sebanyak 1500 patah perkataan dan hendak lah ditulis dalam bentuk esei ilmiah.

Pendekatan

matapelajaran

Murid

dan

Alam

Belajar

adalah

untuk

mendedahkan kepada bakal guru berkenaan pentin gnya mengenal bagaimana sesuatu situasi memberi kesan kepada pembelajaran seseorang murid. Jika kita teliti iklim sekolah yang bagaimanakah dapat membantu minat dan memperkembangkan bakat seseorang murid. Walhal jika kita pandang perkara sebegitu adalah perkara yang remeh. Namun, ia sebenarnya memainkan perana n dalam membina minat dan rangsangan murid untuk teru s belajar.

Bagi pendapat saya, selain faktor sosial, faktor-faktor lain juga turut memberi kesan. Antaranya faktor fizikal, sekolah yang mempunyai kemudahan dan infrastruktur dapat membantu para pelajarnya untuk belajar dengan lebih selesa serta mudah. Berbanding dengan sekolah yang kurang kemudahan seperti tiada bekalan eletrik yang tetap dan ketiadaan pusat sumber yang lengkap. Sedikit sebanyak minat murid untuk belajar akan terjejas. Namun, inisiatif guru dalam membina minat pelajar adalah penting. Wa laupun, mereka belajar dibawah pokok sekalipun, jika ada guru yang mengajar dan murid yang belajar maka adalah pendidikan.

Melalui tugasan yang diberikan ini, beberapa pengetahuan baru dapat saya perolehi. Anyaranya, bagaimana perbezaan individu itu berl aku. Sehinggakan bukti yang jelas bukan sahaja dinyatakan oleh para ahli falsafah, tetapi didalam Kitab Al Quran. Jelas menunjukkan jika kita perhatikan manusia mempunyai perbezaan. Jika kita teliti perkara yang paling ketara ialah cap jari kita. Belum per nah berlakunya situasi orang yang mempunya cap jari yang sama di dunia ini. Samada dari segi fizikal dan mental manusia itu berbeza. Seperti penyataan Carl Rogers menyatakan bahawa manusia itu unik, mulia dan baik pada azalinya.

8

Saya berharap agar tugasan yang saya lakukan ini dapat membimbing saya dan rakan-rakan dalam usaha menjadi insan guru yang menjadi rol model yang baik kepada para pelajar. Di samping itu, membantu kami dalam membina kemahiran untuk mengajar dengan mengaplikasikan segala pengetahua n berkenaan murid dan alam belajarnya. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

9

Rujukan

Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html __http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru -Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP. Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Ter hadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia. Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995/Bil. 3,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PERBEZAAN GAYA KOGNITIF INDIVIDU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN oleh PROFESOR A. LOURDUSAMY

Laman web http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/29/iklim -sekolah-kaitannya-denganhasil-akademik-dan-non-akademik-siswa/ http://amaljaya.com/guru/2010/01/27/perbezaan -individu/ http://hbis.wordpress.com/2010/04/01/konsep -budaya-dan-iklim-sekolah-oleh-afatah-munzalilanjutan/ http://rastodio.com/pendidikan/iklim -sekolah-school-climate.html http://skypin.tripod.com/agama/aga43.html http://tuanmat.tripod.com/aliransekolah.html http://www.haluan.org.my/v3/index.php/menuntut -ilmu-menurut-perspektif-islam.html http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/lourd/index.html http://www.schoolfile.com/cap_start/socialclimate.htm

10

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->