P. 1
KARANGAN KEPERIHALAN

KARANGAN KEPERIHALAN

|Views: 1,417|Likes:
Published by MOHD ZAKRI

More info:

Published by: MOHD ZAKRI on Feb 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/20/2011

pdf

text

original

CONTOH 11-KARANGAN KEPERIHALAN/GAMBARAN Karangan Keperihalan/Gambaran

Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di Kem Motivasi Lanchang,Merlimau.

Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar taklimat daripada Cikgu Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau berharap agar pelajar dapat mem bina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk ¶Remaja Kini dan Cabaran· telah disampaikan oleh Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta berfikir secara positif dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi respons yang baik terhadap pembentangan tersebut.

Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina ketahanan diri, aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan diberi peta perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama tumbuh -tumbuhan, unggas, dan anak sungai yang ditemui.Aktiviti tersebut berakhir dengan jayanya walaupun terdapat peserta yang mengalami kecederaan kecil akibat terjatuh semasa mendaki bukit yang agak curam.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan persembahan kebudayaan daripada setiap kumpulan. Ada yang mengadakan persembahan Dondang Sayang, Boria, Dikir Barat dan sebagainya.Kumpulan saya mengadakan persembahan pencak silat dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada peserta yang lain. Tanpa disangka-sangka juga hadiah telah diberikan kepada kumpulan kami oleh pihak penganjur kerana telah membuat persembahan yang paling mencuri hati peserta yang menontonnya.

Pada hari ketiga, tepat jam 9.00 pagi setelah selesai bersarapan dan mengemas beg dan peralatan, kami telah dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.Kami berasa sungguh gembira.Walaupun aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang singkat, tetapi sekurang -kurangnya dapat membina keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal menjelma nanti.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->