You are on page 1of 30

“BUGIS”

WAN NURUL NADIAH BINTI WAN SALLEHUDIN


AZIMAHANI BINTI JAMALUDDIN
RAIMY SYARAFINA BINTI ROHIM
MOHD AMIER IZUWAN BIN KHOLIL
Pengenalan
• Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang
terdapat di dalam kelompok ras berbilang bangsa di
negeri Sabah.
• Kebanyakan suku kaum ini telah menetap di pantai
Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak
dan Lahad Datu.
• Dari aspek sosial, suku kaum ini lebih terkenal
dengan kerabat pangkat diraja (keturunan dara),
mementingkan soal status individu dan persaudaraan
sesama keluarga.
Perkahwinan
Perceraian
suku kaum ini lebih
suka menjalinkan merupakan
perkahwinan hubungan sosial
dengan keluarga yang amat tidak
terdekat. disukai oleh suku
kaum ini kerana ia
meruntuhkan
hubungan
kekeluargaan dan
bertentangan
dengan nilai-nilai
agama.
Bahasa
• Suku kaum ini kebanyakannya beragama Islam.
• Dari segi aspek budaya, suku kaum Bugis
menggunakan dialek sendiri dikenali sebagai
'Bahasa Ugi‘.
• Mempunyai tulisan huruf Bugis yang dipanggil
‘aksara’ Bugis.
• Aksara ini telah wujud sejak abad ke-12 lagi
sewaktu melebarnya pengaruh Hindu di
Kepulauan Indonesia.
Aksara Bugis
Peribahasa Bugis

•  Suku kaum Bugis ini juga seperti masyarakat


lain yang mempunyai adat, kepercayaan,
tulisan dan bahasa yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, cara dan kebudayaan
masyarakat Bugis tidak jauh bezanya dengan
masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
• Mappada manuk-manuk na lupai sarang na
- Orang yang lupa daratan
• Lele bulu tallele abiasa’ang 
- Kalau bukan kita yang berubah sendiri kita tak
kan berubah
• Tedong mate dituju bola na dek na etai,jarum
tetdeng dituju bola na tau’e naulle mita’I
- Kesalahan orang lain dia dapat lihat tetapi
kesalah sendiri dia tidak nampak
• Gemmek pada-pada melotong,ati dek na mapada
 - rambut sama hitam hati lain-lain
Perkahwinan
• Adat kebudayaan khususnya
perkahwinan masyarakat
Bugis-Makasar, sama dengan budaya perkahwinan
masyarakat lain yang ada di Malaysia.

• Terdapat upacara-upacara dalam pelaksanaan adat yang


membezakan antara adat perkahwinan masyarakat Bugis
dengan masyarakat lain di Sabah.

• Masyarakat Bugis yang masih melaksanakan adat dalam


majlis perkahwinan, mereka menggunakan ‘konsep siri’
yang mereka pegang dan patuhi.
Konsep Siri
• Berkait rapat dengan kehormatan dan nilai diri yang begitu
disanjung tinggi.

• ‘Siri’ telah sebati dalam diri seseorang Bugis dan ia


melambangkan keutuhan keperibadian yang mencakupi segala
kewajipan sebagai seorang individu dalam masyarakat.

• Siri’ dijadikan landasan hidup masyarakat Bugis keseluruhannya,


supaya martabat mereka tetap dipandang tinggi oleh masyarakat
setempat.

• Siri’ juga dapat dimanifestasikan melalui syair atau ungkapan-


ungkapan yang diucapkan dalam upacara adat atau dalam
kehidupan sehari-hari.
Rentetan Perkahwinan dan Penggunaan Syair
Masyarakat Bugis-Makasar

Mapuce’-puce’ Madduta Masuro Mappaaenre’


(Merisik) (Meminang) Balanca (Hantaran)

Mapparola Menre’ alena


Agaukeng
(Berkunjung ke Maduppa-Mappaisseng
(Majlis Keramaian (Jemputan)
rumah pihak – pihak lelaki ke
suami) upacara nikah)

Urutan Perkahwinan Masyarakat Bugis-Makasar


Mapuce’-puce’ (Merisik)
• merupakan kunjungan dari pihak lelaki kepada
keluarga gadis untuk mengetahui status gadis
sama ada masih belum berpunya atau sudah
dimiliki orang lain.
• Tanggunjawab untuk merisik disandangkan
kepada orang-orang tua yang mempunyai
kedudukan dalam masyarakat seperti ‘Petta’
atau ‘Daeng’. Gelaran ini merupakan warisan
turun temurun dan dihormati.
Madduta Massuro (Meminang)
• Peringkat kedua untuk membincangkan
hantaran, penetapan tarikh hantaran dan masa
majlis perkahwinan akan dilangsungkan.
• Kebiasannya balanca’ (belanja kahwin)
dibebankan kepada pihak lelaki untuk membiayai
sepenuhnya sesebuah majlis perkahwinan.
• Sompa’ atau sundreng’ (wang mahar/mas
kahwin) akan diikuti menurut kebiasaan dan
darjat keluarga gadis bersesuaian dengan
kedudukan keluarga menurut susun lapis
masyarakat.
• Sebagai tanda ketinggian budaya masyarakat
BugisMakasar, syair yang penuh dengan
penggunaan bahasa kiasan akan digunakan
Maddupa atau Mappaisseng (Jemputan)
• Jemputan akan dilakukan jika tarikh dan waktu
perkahwinan telah ditetapkan.
• Jemputan dibuat secara undangan mulut atau
menggunakan kad. Bagi keluarga terdekat,
jemputan ini mempunyai erti yang simbolik
kerana ia menggunakan dua orang wanita
yang datang menjemput dengan membawa
satu bungkusan yang mengandungi pinggan
kecil dan rokok.
Mappaenre’ Balanca (Hantaran)
• Pada peringkat ini, hantaran daripada pihak
lelaki kepada pihak gadis akan diiringi oleh
rombongan yang terdiri daripada teruna dan
dara.
• Kedatangan mereka bersama dengan wang
belanja perkahwinan dan segala macam jenis
buah-buahan, kuihmuih, dan kelengkapan diri
untuk gadis yang dipinang.
• Pihak gadis akan menerima rombongan dengan
menjamu mereka dengan makan palopo, iaitu
pulut dengan air sirah (gula merah yang
dicampur santan).
• Pihak gadis bagi masyarakat Bugis-Makasar
sebenarnya tidak wajib membalas hantaran
daripada pihak lelaki.
• pada ketika ini, pihak lelaki dan pihak
perempuan berbalas syair untuk memeriahkan
majlis.Ia dihadiri oleh orang yg arif bersyair
menggunakan bahasa bugis.
Menre ‘alena (Pengantin Lelaki ke Upacara Nikah)
• Pengantin lelaki akan diarak secara besar-besaran
dengan penuh adat ke rumah pengantin
perempuan.
• Perarakan ini akan membawa bersama ‘sompa’
atau ‘sundreng’. Pembawa ‘sompa’ atau
‘sundreng’ hendaklah daripada kalangan orang-
orang yang mempunyai kedudukan tanpa mengira
usia.
• Upacara akad nikah akan dilangsungkan sebaik
sahaja pengantin lelaki tiba di rumah pengantin
perempuan.
• Sebelum bakal pengantin lelaki meninggalkan
rumah, ibu bapa memberikan pesanan dalam
bentuk syair yang mengandungi kata-kata
nasihat sebagai bekalan untuk anak yang
disayangi.
Agaukeng (Majlis Keramaian)
• Upacara keramaian biasanya berlangsung di
rumah pihak perempuan.
• Upacara keramaian boleh juga digabungkan
dalam satu majlis keramaian pada satu waktu
dan tempat.
• Dalam upacara ini, hadirin yang terdiri
daripada keluarga dan sahabat handai akan
menyampaikan hadiah perkahwinan.
• Pelbagai rentetan acara akan disaksikan pada peringkat ini. Atur
cara adalah seperti berikut:
i. Mappacci ( Berinai )
ii. Mappanre Temme’ ( Khatam al-Quran )
iii. Silukka ( Membatalka Wudhu )
iv. Tudang Botting ( Bersanding )
 
• Hiburan untuk hadirin;
i. Maggambusu’ - mendengar orang main alat muzik gambus
sambil menyanyi
lagu bugis.
ii. Makkacapi - mendengar orang menyanyi sambil main kecapi.
iii. Mamenca’ - bersilat.
iv. Maddomeng - main domino.
Mapparola (Berkunjung ke Rumah Pengantin Lelaki)
• Upacara Mapparola melengkapkan pelaksanaan
adat perkahwinan masyarakat BugisMakasar.

• Adat ini adalah kunjungan pengantin ke rumah ibu


bapa pihak lelaki. Mereka akan menginap beberapa
hari di rumah ibu bapa suami. Semasa kunjungan,
pihak isteri akan membawa hadiah untuk semua
anggota keluarga suaminya yang merupakan hadiah
daripada pihak keluarga isteri.

• Hadiah ini berbentuk kain sarung atau pakaian.


• Setelah tinggal selama tiga hari menurut kebiasannya,
pasangan suami isteri akan kembali ke rumah keluarga
isteri. Sebelum meninggalkan rumah mertua, isteri akan
dihadiahkan barang kemas atau warisan pusaka
keluarga oleh pihak keluarga suami.

• Setelah semua selesai, pengantin akan memulakan


hidup baru secara berdikari yang dikenali sebagai
nalaoanni alena’.

• Suami isteri akan mencorak kehidupan mereka pada


masa akan datang menurut acuan mereka berdasarkan
ilmu pengetahuan yang telah dibekalkan oleh ibu bapa.
PANTANG LARANG
KAUM BUGIS
Bermalam bersama
dan keesokan paginya
bertolak pada masa
jika ingin melangsungkan yang sama.
perkahwinan di
semenanjung, seluruh
keluarga perlu berkumpul
bersama-sama
Jika ada yang bertolak
awal, kena tukar pakaian
sebelum menaiki kapal
terbang

Hari itu adalah hari


Nahas Tahun
(permulaan tahun, hari
yang sama pada hari
jatuhnya hari awal
Muharram).
Dapat mencapai
kesepakatan dan
memupuk ikatan
kekeluargaan

KEBAIKAN
Kesedaran untuk
melakukan sesuatu
iaitu berkumpul
beramai-ramai satu
keluarga sebelum
memulakan perjalanan
jauh.
Kalau anak dara sedang datang haid, Contohnya sayur,
dilarang memegang atau mencabut bunga, pokok mangga
benda-benda hidup. dsb. Dikhuatiri
tumbuhan akan mati.

Malam jumaat dilarang mencuci


Kalau melawat orang meninggal
piring atau menyapu rumah
mesti mandi terus dengan baju
sekali, baru boleh naik rumah

Lepas makan mesti terus berdiri nanti


tidak disukai oleh mertua
ADAT BUGIS MASIH DIJUNJUNG DI MALAYSIA
KEPERCAYAAN
• memiliki 2 jenis upacara dasar:
1. Rambu Tuka
2. Rambu Solo.
Rambu Tuka
• Rambu tuka(Kenaikan matahari atau
pendakian asap) sering diasosiasikan dengan
utara dan timur, kesenangan dan kehidupan. 
Ritual ini berhubungan dengan kelahiran,
perkawinan, kesehatan, rumah, masyarakat
dan beras.
Rambu Solo.
• Ritual Rambu Solo (tenggelamnya matahari atau turunnya
asap) diasosiasikan dengan selatan dan barat, kegelapan,
malam dan kematian. 
• Pada akhir upacara kematian, segera setelah jenazah
dimasukkan ke dalam peti mati dan ditempatkan di gua
yang terletak di tebing yang tinggi, dilakukan ritual
pengorbanan kerbau.  Mulut gua ini kemudian dijaga oleh
patung-patung yang dibuat mirip dengan si mayat dan
ditempatkan di serambi atas.  Kerana kematian merupakan
fasa yang penting dan dianggap sebagai pelepasan jiwa,
maka upacara ini pun diikuti oleh pesta besar-besaran yang
bisa berlangsung berhari-hari.  
• Dalam hal ini batu nisan berperanan sebagai sebahagian
dari pemakaman. 

You might also like