P. 1
BMKONKPLISR

BMKONKPLISR

|Views: 203|Likes:
Published by Emileen Zainal

More info:

Published by: Emileen Zainal on Feb 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/29/2012

pdf

text

original

Sections

  • HASIL PEMBELAJARAN
  • KERANGKA TAJUK-TAJUK
  • KANDUNGAN ISI
  • SINOPSIS
  • BIBLIOGRAFI
  • LAMPIRAN A

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR

)

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, dan

berketrampilan, berkeupayaan

berakhlak mencapai

mulia,

bertanggungjawab, diri serta

kesejahteraan

memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

ii

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui e-mel jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

iii

iv . Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. 6. 7.Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. 3. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 1. Teliti maklumat yang diterima. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. 4. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 5. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda.

5 1.1 2.7 FUNGSI BAHASA Melayu 1 1 1 2 3 4 4 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 2 2.2 2.3 1.4 2.4 1.1 1.3 2.6 2.2 1.6 1.KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Objektif Agihan Tajuk i i iii viii ix x Tajuk Pembelajaran TAJUK 1 1.7 KESANTUNAN BERBAHASA 5 5 5 6 6 7 7 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan v .5 2.

5 3.1 4.7 WACANA 8 8 8 9 11 11 12 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 4 4.2 3.1 5.6 5.3 4.3 5.TAJUK 3 3.6 LARAS BAHASA 13 13 13 14 16 16 17 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 5 5.6 3.4 4.7 KOMUNIKASI KHALAYAK 18 18 18 19 20 21 21 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan vi .1 3.5 5.2 4.3 3.4 5.4 3.5 4.2 5.4 4.

TAJUK 6 6.5 7.6 7.2 7.5 6.4 6.3 6.1 6.4 7.2 6.3 7.7 TERJEMAHAN 26 26 26 27 28 28 29 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan Bibliografi Lampiran A Panel Penulis Modul 35 30 34 35 vii .6 6.1 7.6 KOMUNIKASI BERTULIS 22 22 22 23 24 24 25 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi Aktiviti Latihan Bahan Bacaan TAJUK 7 7.

Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Tajuk 2 – Kesantunan Berbahasa. Tajuk 5 – Komunikasi Khalayak. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini. Tajuk 3 – Wacana. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari. bersopan. Mata pelajaran ini akan ditaksir melalui aktiviti dan latihan yang disediakan dalam modul ini. Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari.PENGENALAN Bahasa Melayu Komunikasi merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Program Kursus Sekolah Rendah. Modul ini merangkumi komunikasi lisan dan penulisan yang memberikan penekanan kepada pembinaan dan penguasaan amalan komunikasi yang berkesan. Tajuk 6 – Komunikasi Bertulis dan Tajuk 7 – Terjemahan. viii . Sekolah. Tajuk 4 – Laras Bahasa. Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengandungi tujuh tajuk iaitu Tajuk 1 – Fungsi Bahasa Melayu. dan sesuai mengikut konteks. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Mata pelajaran ini ditawarkan untuk membolehkan pelajarpelajar menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

iii. menjalin keakraban dalam kalangan mereka untuk meningkatkan semangat kekitaan. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu baku dalam pelbagai konteks. berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan pelbagai media. ix . ii. iv. menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu secara lisan dan tulisan dengan berkesan.OBJEKTIF Modul Bahasa Melayu Komunikasi Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) membolehkan pelajar dapat: i. mengaplikasikan semua aspek kemahiran lisan dan bertulis dengan cekap dan sesuai dalam pelbagai situasi. dan vi. berkomunikasi dengan penuh sopan untuk mengekalsuburkan nilai budaya masyarakat Malaysia. v.

1. Aturan sapaan 2. Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi 1 2 2 Kesantunan Berbahasa 2.1. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam Fungsi Bahasa Melayu 1.4. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi 1. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk pembelajaran melalui modul.2. Bahasa sapaan 2. Mimik muka 2 2 2 x .1. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 1.1. Gerakan tangan 2.6.2.1. Bahasa tubuh 2. Gerakan mata 2. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan 1.3.4.2.2.5.3.2. Bil.2. Kata ganti diri dan sapaan keluarga 2. Kata ganti diri dan sapaan masyarakat 2.2. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar 1.1.2.Maklumat Agihan Topik-topik dalam Sukatan Pelajaran Nama Kursus: BAHASA MELAYU KOMUNIKASI AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Gerakan anggota tubuh 2.3.1. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu 1.4.1. Protokol panggilan hormat 2.

Keutuhan wacana 1 1 Laras Bahasa 4.Bil.2. Penanda wacana 3. Diskusi 4 4 xi .4.2.4. Aktiviti Penyampaian 5. Ciri wacana 3.1. Seni 4. Kemahiran hidup 4.1.2. Penutupan 5 5. Matematik 4. Pengacaraan majlis 5.2.8.1.2.2.1.6. Pengumuman 5.1.2.3.7.2. Sains 4. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam Wacana 3 3.3. Teknik Penyampaian 5. Agama 4. Pendidikan jasmani 4.4. Ucapan 5. Pelahiran dan penyusunan idea 5.2.2. Permulaan 5.5. Sastera 4 1 1 Komunikasi Khalayak 5.4. Taklimat 5.1. Konsep wacana 3. Konsep dan ciri laras 4.5.1.1.2. Gaya penyampaian 5.1.6.3. Ceramah 5.3.

Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jumlah Jam Komunikasi Bertulis 6.2.7.5.1.3.2. Alam Sekitar 7. Taklimat 6.2.1.2. Sajak/cerpen 4 4 Terjemahan 7.1.1.7. Komputer 7.2.4.2.1.1.1. secara global 1 7 7.2. secara struktural 7.Bil. Agama 7.3. Surat kiriman 6. secara terus 7. Teknik menterjemah 7. Teks pengacaraan majlis 6.1. Aktiviti menterjemah bahan autentik 7.1.2. Ciri-ciri Penulisan Teks 6.2. Laporan 6.1.6. Pendidikan 7.4.1. Matematik 7.1.5. Sains 7.4. Minit mesyuarat 6.2.2.8.2.2. Pemilihan diksi yang sesuai 6.2. Penghasilan Teks 6.2.2.2.5.3.1.2.2. Bahasa 7.1. Kesedaran khalayak 6 6.6. Pendidikan Jasmani JUMLAH 15 15 1 xii . Format yang sesuai 6.2. Penggunaan bahasa yang gramatis 6.2.3. Ucapan 6. Stilistik 6.

Keupayaan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi dengan peranannya sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan negara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelbagai bentuk komunikasi. bahasa ilmu.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 1 Fungsi Bahasa Melayu  SINOPSIS Bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan yang boleh menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. bahasa pengantar dan bahasa komunikasi. bahasa perpaduan.  HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi sejak tahun 1969.  KERANGKA TAJUK Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Komunikasi 1 . sistem pendidikan negara. Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dalam urusan pentadbiran. bahasa rasmi. Selepas era penjajahan.

 Bahasa rasmi Bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. kehakiman dan sebagainya. sistem pendidikan negara. merangkumi urusan pemerintahan dan pentadbiran. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan cukup penting dalam menyatupadukan pelbagai bangsa di negara ini.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Fungsi Bahasa Melayu  Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu identiti kebangsaan yang boleh mengatasi segala perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan.  Bahasa Pengantar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institusi pendidikan bermula selepas wujudnya Penyata Razak 1956. bahasa Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan termasuk di institusi pengajian tinggi. 2 . menggantikan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. urusan perdagangan dan perusahaan. Sehingga kini. Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi yang terbatas dalam lingkungan kumpulannya. upacara rasmi.  Bahasa Perpaduan Masyarakat yang berbilang kaum telah mewujudkan kepelbagaian bahasa dalam kalangan rakyat negara ini.

forum dan sebagainya. perasaan dan fikiran. Senaraikan fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai : a) bahasa pengantar b) bahasa ilmu c) bahasa komunikasi 3 .BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  Bahasa Ilmu Bahasa Melayu memiliki kosa kata dan istilah yang semakin berkembang dalam peranannya sebagai bahasa ilmu.  Bahasa komunikasi Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sebagai wahana dalam proses penyampaian maklumat. Bahasa perantaraan sama ada dalam situasi tidak formal ataupun formal seperti ucapan. persidangan. seminar. Aktiviti Mengumpul Maklumat 1. Perancangan taraf dan korpus bahasa dilaksanakan dalam usaha memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu.

Bahasa Melayu Komunikasi 3. Longman Sdn. Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Kuala Lumpur.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Latihan 1. Bahasa Melayu 1. Longman Sdn. Senaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa ilmu di negara ini. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Kuala Lumpur. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Ab. Bhd. Bhd. Bincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. 2. Bhd. Kuala Lumpur. Rahman Ab. 4 . Oxford Fajar Sdn. Ab. Bahasa Melayu Komunikasi 2. Bahan Bacaan Abdullah Hassan & Ainon Muhammad (1994). Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan.

Kesantunan berbahasa dalam komunikasi mampu melahirkan modal insan yang berkaliber dan berkualiti.  HASIL PEMBELAJARAN o Menggunakan bahasa Melayu yang bersopan semasa berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Aspek yang ditekankan dalam bab ini ialah bahasa sapaan dan bahasa tubuh. masyarakat. dan mimik muka. protokol panggilan hormat dan aturan sapaan. Bahasa sapaan meliputi kata ganti diri dan sapaan dalam keluarga. berkeperibadian tinggi dan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa. bangsa dan negara.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 2 Kesantunan Berbahasa  SINOPSIS Pelestarian bahasa Melayu melalui fungsi dan penggunaannya adalah untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan melalui penekanan kepada aspek kesantunan berbahasa. gerakan mata. selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama. tangan.  KERANGKA TAJUK Kesantunan Berbahasa Bahasa Sapaan Sapaan Keluarga Panggilan Hormat Sapaan Masyarakat Aturan Sapaan Anggota Tubuh Gerakan Tangan Bahasa Tubuh Gerakan Mata Mimik Muka 5 . Bahasa tubuh merangkumi gerakan anggota tubuh. Penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti.

Senaraikan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi lisan. Dalam kesantunan berbahasa. pangkat. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. 6 . Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran. Bahasa sapaan dikategorikan kepada sapaan keluarga.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Kesantunan berbahasa merangkumi cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. sapaan masyarakat. rujukan hormat dan ganti nama. gerakan mata. Manakala bahasa tubuh pula terdiri daripada gerakan anggota tubuh. umur. Aktiviti Membuat Nota 1. Kesantunan berbahasa terdiri daripada dua kategori bahasa iaitu bahasa sapaan dan bahasa tubuh. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. dan keakraban hubungan. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan. gerakan tangan dan mimik muka. Senaraikan ciri-ciri gelaran atau panggilan kehormat untuk kategori berikut: a) b) c) Gelaran keturunan Gelaran anugerah Gelaran ikhtisas 2. panggilan hormat dan aturan sapaan. Kehalusan budi bahasa menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

Ab. 7 . Senaraikan ungkapan-ungkapan tidak bertatasusila yang boleh menimbulkan kemarahan pendengar. Bahan Bacaan Amat Johari Muin (1989). Rahman Ab. Bhd. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Kuala Lumpur. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu : Satu Analisis Sosiolinguistik. Bahasa Melayu Komunikasi 1. Jelaskan kepentingan kesantunan berbahasa dalam budaya bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). 2.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Latihan 1. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Cadangkan juga ungkapan-ungkapan bertatasusila yang sesuai dengan ungkapan tersebut. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Bahasa Melayu 1. Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Longman Sdn.

 HASIL PEMBELAJARAN o Menyampaikan idea secara tersusun dan jelas dengan menggunakan wacana yang betul mengikut tujuan. satu bab. Dalam tajuk ini. satu perenggan. tatabahasa.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 3 Wacana  SINOPSIS Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. aspek yang perlu difahami ialah konsep wacana. ciri wacana. penanda wacana dan keutuhan wacana. selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. sebuah buku atau satu siri buku. Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan sempurna. wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang Dalam hadir selepas tingkat ayat.  KERANGKA TAJUK-TAJUK Wacana Konsep Ciri Wacana Penanda Wacana Keutuhan Wacana 8 .

rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran. Ciri-ciri Wacana Ciri-ciri wacana ialah seperti yang berikut:       Mempunyai tema Bermotif Gaya bahasa Kohesi dan koherens Elemen-elemen yang logikal dan realistik Terdiri daripada andaian dan inferensi Penanda Wacana Penanda wacana bermaksud kata. Dalam hierarki bahasa. Contoh-contoh penanda wacana ialah:     Selain itu Tambahan pula Oleh sebab itu Namun begitu 9 . khutbah. Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. iaitu hadir selepas tingkat ayat. ucapan. Penanda wacana digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan. dan dialog. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Konsep Wacana Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. wacana terletak pada tingkat yang tertinggi.

Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu mengandungi wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik. dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. 10 . (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain). iaitu : a) Terdapatnya urutan atau koheren. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh. Keutuhan wacana Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. b) Wujudnya tautan atau kohesi. Seterusnya. leksikal. (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami).BAHASA MELAYU KOMUNIKASI    Sehubungan itu Sementara itu Kesimpulanya dan sebagainya.

adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. gaya bahasa dan format penulisan teks. b) Buat ulasan bertulis tentang keutuhan wacana dari aspek tujuan. Latihan 1. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu 11 .BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti Mengumpul Maklumat 1. Sebagai Kerajaan – dan Perdana Menteri – aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia. Keputusan yang diambil oleh kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. penggabungjalinan. segala usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Baca petikan perenggan di bawah ini. perjalanan kita masih jauh. Walaupun begitu. kesinambungan idea. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Sungguhpun demikian. Justeru. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Cari satu petikan rencana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka : a) Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam penulisan tersebut. kemudian analisis perenggan ini berdasarkan soalan di bawah.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti. Perenggan di atas merupakan suatu wacana yang utuh atau yang membentuk kesatuan. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Senaraikan jenis-jenis dan fungsi penanda wacana yang terdapat dalam petikan di atas. Datuk Seri Najib Razak. Jelaskan ciri-ciri sebuah wacana yang utuh. Bhd. kerana terdapat penanda wacana yang mewujudkan pertautan atau keserasian hubungan antara satu unsur bahasa dengan unsur bahasa yang lain.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI mengurangkan kemiskinan tegar. Longman Sdn. (diubahsuai daripada teks ucapan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. 12 . tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Bahasa Melayu 1. pada Persidangan Invest Malaysia pada 30 Mac 2010 di Kuala Lumpur). Rahman Ab. Bahan Bacaan Ab. 2. Bahasa Melayu Komunikasi 1. Oxford Fajar Sdn. Sebaliknya. Bhd. merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja.

matematik. penyataan. sama ada pujukan. Laras bahasa mempunyai retorik yang tersendiri.  HASIL PEMBELAJARAN o Menggunakan laras bahasa yang betul mengikut bidang semasa berkomunikasi. kemahiran hidup dan sastera. Laras bahasa dapat menggambarkan ragam penggunaan bahasa yang pelbagai dan mempunyai ketentuan bidang yang mengkhusus merujuk kepada pemilihan diksi. seni. ragam bahasa yang digunakan dalam satu-satu masa.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 4 Laras Bahasa  SINOPSIS Laras bahasa menurut Kamus Dewan ialah variasi bahasa mengikut penggunaannya. perintah dan sebagainya. pendidikan jasmani. istilah. menentukan makna dan pengertian yang mengkhusus kepada bidang tertentu. Jenis-jenis laras bahasa ialah laras bahasa agama. konteks. Laras bahasa ialah satu variasi bahasa berdasarkan penggunaannya mengikut situasi. frasa dan ayat yang digunakan.  KERANGKA TAJUK-TAJUK Laras Agama Laras Seni Laras Sains Konsep dan Ciri Laras Pendidikan Jasmani Laras Matematik Laras Sastera Kemahiran Hidup 13 . sains.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Konsep dan Ciri Laras Bahasa Asmah Hj. saintifik. dan ibarat. Lebih banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif. Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. dan objektif. Laras ini juga mengandungi bentuk cerita. Menurut beliau. Laras Sains Laras bahasa sains ialah laras bahasa ilmiah dan bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama. ragam 14 . Bersifat intelektual. Jenis-jenis laras yang wajib dikuasai oleh pelajar dalam tajuk ini ialah: Laras Agama Laras agama mempunyai unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. formal. kias. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Ure dan Ellis (1977) menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan oleh sama ada lisan atau tulisan.Omar (1984). Banyak menggunakan istilah sains dan teknikal. Maklumat yang diberi berdasarkan kajian dan fakta.

Laras bahasa matematik bersifat formal dan tidak mementingkan struktur ayat. preskriptif. Berbentuk ilmiah dan mengandungi istilah-istilah teknikal Setiap fakta dapat dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. dan sebagainya. Simbol yang digunakan lazimnya terdiri daripada satu huruf atau lebih huruf tanpa titik di belakangnya dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. 15 . gelanggang. Laras Seni Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. dan definisi tepat untuk operasi-operasi menghasilkan struktur seperti kumpulan. graf. jadual. Laras Kemahiran Hidup Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Laras Matematik Bagi laras matematik. Laras ini bersifat imaginatif dan figuratif (kiasan). peta. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am. Laras matematik banyak menggunakan simbol atau unit bagi mewakili sesuatu perkataan. mengandungi ilustrasi gambar rajah. Bahasanya boleh dalam bentuk naratif. Mementingkan pemilihan diksi yang berkesan. penggunaan istilah berkaitan dengan pengiraan seperti penambahan dan pendaraban. dan medan. bukLaras Sastera Bentuk bahasa yang terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman penulisan. istilah-istilah yang khusus yang berkaitan dengan sastera. deskriptif. dramatik dan puitis. Laras matematik mementingkan susunan maklumat yang disampaikan dengan jelas dan eksplisit. Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat dan mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.

Andaikan anda seorang pengulas sukan. Persembahkan ulasan selari tersebut dengan intonasi yang betul.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti Tutorial 1. 2. Sertakan beberapa contoh iklan yang menggunakan laras bahasa iklan yang menarik. Senaraikan 10 contoh istilah yang digunakan dalam laras yang berikut: a) laras bahasa matematik b) laras bahasa sains c) laras bahasa agama d) laras bahasa sastera e) laras bahasa seni 16 . Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras sukan yang sesuai. Latihan 1. Huraikan ciri-ciri penulisan laras bahasa iklan.

Oxford Fajar Sdn.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Bahan Bacaan Ab. Bahasa Melayu 2. Rahman Ab.org 17 . Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Longman Sdn. Bahasa Melayu 1. Bhd. http://journals. Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Bhd.cambridge. Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University Press. (1968). Kuala Lumpur. Halliday.

taklimat pengacaraan majlis.  HASIL PEMBELAJARAN o Menyampaikan pelbagai bentuk komunikasi lisan dengan yakin dan berkesan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 5 Komunikasi Khalayak  SINOPSIS khalayak melibatkan bentuk komunikasi bersemuka tetapi Komunikasi melibatkan sasaran yang ramai yang berlaku di tempat awam. ucapan. Penyampaian komunikasi yang berkesan apabila khalayak yang mendengar berperanan untuk menyebarluaskan maklumat yang diterima untuk mempengaruhi orang lain. ceramah dan diskusi.  KERANGKA TAJUK Komunikasi Khalayak Teknik Penyampaian Permulaan Gaya Penyampaian Penyusunan Idea Penutupan Aktiviti Penyampaian Pengumuman Pidato Pengacaraan Majlis Diskusi Ucapan Taklimat Ceramah 18 . Antara bentuk-bentuk komunikasi khalayak yang perlu dikuasai ialah pengumuman. Mesej yang disampaikan untuk tujuan memberitahu dan mempengaruhi audiens. Penyampaian pelbagai bentuk komunikasi khalayak adalah terancang dan berstruktur mesejnya. pidato.

padat. format dan aplikasi aktiviti penyampaian komunikasi khalayak seperti berikut:    Pengumuman Ucapan Pidato 19 . intonasi.  Penutupan yang membayangkan penyampaian akan diakhiri dan Kata-kata merumuskan segala isi yang disampaikan. nada suara.  Gaya Gaya Penyampaian penyampaian merangkumi. tegas dan berkesan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI a) Teknik Penyampaian  Permulaan Memulakan pelbagai bentuk komunikasi khalayak dengan kata aluan mengikut protokol atau tata tingkat kedudukan audiens dan menyatakan tujuan ucapan. Idea hendaklah disusun mengikut kesinambungan yang tertib. kata-kata penghadapan. ciri-cri. b) Aktiviti Penyampaian Menyatakan definisi. mendahulukan perkara utama dan bahasa yang digunakan haruslah mudah.  Pelahiran dan penyusunan idea Susunan idea dalam penyampaian komunikasi khalayak hendaklah tidak tersasar daripada tujuannya.

Persembahan diskusi atau wawancara mengikut format yang betul. Tutorial 2.youtube.com/www. melalui carian internet youtube atau google.google.com. Bincangkan ucapan kelemahan-kelemahan dan cadangkan aktiviti penyampaian teks untuk tersebut penambahbaikan menjadikan ucapan tersebut lebih menarik. Layari internet – www.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI     Taklimat Pengacaraan majlis Ceramah Diskusi Aktiviti Perbincangan 1.my 20 . Rakamkan atau dapatkan video ucapan dalam majlis-majlis formal.

Kuala Lumpur. Terj. Pengucapan Awam yang Berkesan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Juriah Long. Terj. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Nordin Sarji. 21 . Pengucapan Umum. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Satu Pengenalan. (1992). W. Jelaskan kesilapan umum sebelum menyampaikan aktiviti komunikasi khalayak. (2000). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Maimunah Osman. Asiah Sarji dan Mohd. Rancangkan pembuka ucapan yang menarik. (1990). Littlewood. Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. Bahan Bacaan Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Gary T Hunt.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Latihan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. INTAN.

laporan. rencana. pengalaman. Komunikasi bertulis mempunyai format tertentu dan penggunaan bahasa mengikut laras yang sesuai.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 6 Komunikasi Bertulis  SINOPSIS Bentuk-bentuk komunikasi bertulis merupakan proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat. surat kiriman. buah fikiran. idea.  HASIL PEMBELAJARAN o Menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi bertulis menggunakan bahasa yang tepat dan gramatis sesuai dengan bentuk komunikasi. minit mesyuarat. taklimat. perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.  KERANGKA TAJUK Komunikasi Bertulis Ciri-Ciri Penulisan Bahasa Gramatis Stilistik Kesedaran Khalayak Diksi Sesuai Format Ucapan Surat kiriman Minit Mesyuarat Sajak Cerpen Penghasilan Teks Taklimat Laporan Teks Pengacaraan Rencana Berita 22 . berita dan penulisan kreatif. Antara bentuk-bentuk komunikasi bertulis yang perlu dikuasai ialah penulisan teks ucapan.

Minit mesyuarat 6. Ucapan 3. Penghasilan teks Jenis Teks 1.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Dua aspek penting dalam komunikasi bertulis. Pemilihan diksi yang sesuai dalam menghasilkan tulisan. v. Rencana 8. Bersifat stilistik. iv. iaitu teknik penggunaan gaya bahasa yang berkesan dalam penulisan. Bahasa yang gramatis iaitu hasil penulisan yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul. Karya kreatif Jenis-jenis Ciri-ciri Struktur Laras bahasa yang digunakan Format Aspek yang dikaji 23 . Laporan 5. Berita 9. Taklimat 4. ii. iaitu: a) b) Ciri-ciri penulisan Penghasilan teks Ciri-ciri penulisan yang baik dan berkesan merangkumi beberapa aspek berikut : i. Timbul kesedaran dan berupaya mempengaruhi pemikiran khalayak yang membaca hasil penulisan berkenaan. laporan minit mesyuarat dan penulisan kertas kerja. iii. Surat kiriman rasmi 2. Teks Pengacaraan 7. Penulisan yang mengikut format yang betul seperti penulisan surat kiriman rasmi.

bincangkan perkara-perkara berikut . 24 . b) Jelaskan ciri-ciri laporan yang berkualiti. Secara berpasangan. kesinambungan. pemerengganan dan kesedaran 2.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti Mengumpul maklumat 1. a) Format surat kiriman rasmi b) Ciri-ciri penulisan rencana yang berkesan. c) Apakah yang perlu dicatatkan dalam butiran minit mesyuarat? Latihan 1. Sebuah teks yang baik dihasilkan dengan teliti yang mengandungi kesepaduan. a) Huraikan jenis-jenis laporan. Maklumat yang disampaikan haruslah sistematik dan objektif pula perlu menitikberatkan kejelasan dan ketepatan kandungannya. Laporan ialah kertas yang mengandungi maklumat atau catatan peristiwa yang telah berlaku. khalayak. Bincangkan ciri-ciri penulisan teks yang yang jelas. tepat dan mudah difahami.

Format Penulisan dan Tatacara Penyampaian Ceramah. (1993). Nuraini Yusoff. Ketrampilan Menulis. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Bahan Bacaan Maimunah Hj Omar. Sidin Ahmad Ishak. Ucapan dan Taklimat. Bhd. Shah Alam. Mohd. (1992). Bahasa. Institut Teknologi Mara. Kuala Lumpur. Nuwairi Hj. Pustaka Pertiwi Sdn. 25 . (1993). Kuala Lumpur. Khazaai. (1992). Penulisan Berformat. Kuala Lumpur.

Aspek makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan ialah aspek ketepatan. kesamaan dan kesepadanan isi kandungan. Mat Taib bin Pa merumuskan definisi terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dengan memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi. Terjemahan juga merupakan proses mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi kandungannya.  KERANGKA TAJUK Terjemahan Teknik Terjemahan Secara Terus Secara global Secara Struktural Pendidikan Bahan Autentik Bahasa Agama Sains Matematik Alam sekitar 26 Komputer Pendidikan Jasmani .BAHASA MELAYU KOMUNIKASI TAJUK 7 Terjemahan  SINOPSIS Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.  HASIL PEMBELAJARAN o Menterjemah teks dengan betul.

Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran. golongan kata. Betuk ayat. struktur ayat. tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan.  Secara global Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan mengutamakan pemahaman pembaca. Terjemahan dilakukan kepada pecahan-pecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. kelas kata. Teknik Terjemahan  Secara terus Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan lateral. Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataan-perkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran.  Secara struktural Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayatayat dan frasa. 27 .BAHASA MELAYU KOMUNIKASI  KANDUNGAN ISI Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya. Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.

Secara berpasangan.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Aktiviti penterjemah bahan autentik         Pendidikan Bahasa Agama Sains Matematik Komputer Alam sekitar Pendidikan Jasmani Aktiviti Perbincangan dan Aplikasi 1. 2. 28 . Jelaskan prinsip-prinsip umum terjemahan. Huraikan kepentingan terjemahan dalam konteks perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Latihan 1. Terjemahkan teks petikan rencana tersebut secara terus (terjemahan harafiah). cari satu rencana pengarang daripada akhbar berbahasa Inggeris.

Peter Newmark. 1994. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Joyce M. Ainon Mohd. 1998. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.BAHASA MELAYU KOMUNIKASI Bahan Bacaan Abdullah Hassan. Hasuria Bt. 29 . Penterjemahan dalam Media Audiovisual – Televisyen : Satu Analisis Mesej. Tesis Doktor Falsafah. Hawkins. 2008. Teori dan Teknik Terjemahan. Penerjemahan Arab Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh. Che Omar. Muhammad Bukhari Lubis dll. Bhd. Pendekatan Penterjemahan. Peraturan Dan Dasar. A study of the process of translating scientific texts from English into Malay. 2003. Latihan ilmiah. Kuala Lumpur. Universiti Sains Malaysia. 2004. Bhd. Penang. 2003. 2006. & Abdullah Hassan. Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Universiti Malaya. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn.

Rashid & Yap Kim Fatt (1998). Tatabahasa Dinamika. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abdul Halim A. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Ab. Utusan Publication and Distributors. Longman Sdn. Amat Johari Moain (1989) Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Sungai Petani. Bahasa Melayu Komunikasi 1. Bahasa Melayu Komunikasi 3. Karim (1992). Rahman Ab. Bhd. Kuala Lumpur. Teori dan Teknik Terjemahan. INTAN. Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi.BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan. Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. & Abdullah Hassan. Ab. Rahman Ab. Satu Kajian Retorik. Longman Sdn. (1984). Kuala Lumpur. Bhd. Ab. Abdullah Hassan (1994). Ainon Mohd. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Melayu Komunikasi 2. Pengucapan Awam. Himpunan Kertas Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9. Kuala Lumpur. Rahman Ab. 2003. 2006. Bhd. Bhd. 30 . Kuala Lumpur. Bahasa Iklan Perniagaan. Longman Sdn. Asmah Hj Omar.

Gary T Hunt. Littlewood. Fakulti Bahasa dan Linguistik. James. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka (1988) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pulau Pinang. C dan Garret. Latihan ilmiah.org Hasuria Bt. Che Omar. Tesis Doktor Falsafah. Kuala Lumpur. (1991). New York. Universiti Malaya. Kulwindr Kaur A/P Gurdial Singh.cambridge. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Halliday. (1968). A study of the process of translating scientific texts from English into Malay. W. (2003).Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Asiah Sarji dan Mohd. 31 . Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. http://journals. Dewan Bahasa dan Pustaka. Terj. Longman. Pengucapan Umum. P. Penterjemahan dalam Media Audiovisual – Televisyen : Satu Analisis Mesej. Nordin Sarji. (1992). Satu Pengenalan. (1990). Universiti Sains Malaysia. 2004. Kuala Lumpur. Juriah Long. Language Awareness in the Classrom. Terj. Journal of Linguistics 4: 179-215 Cambridge University Press.

Mohd. Kuala Lumpur. Khazaai. Maimunah Osman. Sidin Ahmad Ishak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Language Teaching Methodology. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Bhd. Abdul Hamid Mahmood (1993)Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Petaling Jaya. Nuwairi Hj. Format Penulisan dan Tatacara Penyampaian Ceramah. Rahman Shaari. Kuala Lumpur. (1992). Pengucapan Awam yang Berkesan. New York. Peraturan Dan Dasar. Penerbit Bakti Sdn. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketrampilan Menulis. (1991). Onn. Prentice Hall. Memahami Gaya Bahasa. D. Nunan. Bhd. Nik Safiah Karim. (1988). (1993).Maimunah Hj Omar. Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim. (2000). Bahasa. (1993). Dewan Bahasa dan Pustaka. Fajar Bakti. Farid M. INTAN. (1998). Kuala Lumpur. Nuraini Yusoff. Muhammad Bukhari Lubis. Institut Teknologi Mara. Pustaka Pertiwi Sdn. (1993). (1992). 32 . Shah Alam. Hashim Musa. Penerjemahan Arab Melayu. Penulisan Berformat. Beberapa Bentuk Kesalahan dalam Surat Rasmi. Ucapan dan Taklimat. Kuala Lumpur.

Oxford Fajar Sdn. Dewan Bahasa dan Pustaka. Vol 16 – 3. Siti Hajar Abdul Aziz (2009). (2008). (1993).wiley. Registers and Sociolinguistic. http://onlinelibrary. Bahasa Melayu 2. Oxford Fajar Sdn. Rahim. Genre. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. Komunikasi Asas. Pendekatan Penterjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Shamsuddin A. World Englishes. (1994). (1997). Kuala Lumpur.com 33 . Bhd. Bahasa Melayu 1. Peter Newmark. Kuala Lumpur. Ure & Ellis. Kuala Lumpur.

LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 34 .

rhm@gmail. mincrv@yahoo.A (Hons. UM B.com Sarjana Pendidikan UM Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Penolong Penerbit TV Pegawai Perhubungan Awam Guru Bahasa Melayu 13 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 4 tahun PENYELARAS: HAYATI BINTI MAT YUSOF Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Ed. mjoe7257 @yahoo. nora.com Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) UPM Bacelor Pendidikan (PBMP) UPM Guru Bahasa Melayu 11 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 19 tahun KELAYAKAN PANEL PENULIS: MAT JOHAN B. MAMAT Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas.A (Pengajian Melayu). A.gov.UM Sijil Perguruan (Pengajian Melayu & Sejarah) Guru Bahasa Melayu 10 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 5 tahun Penolong Pengarah IPG 1 tahun 35 . Kuala Lumpur. Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas.my M.myusof@moe.) Pengajian Melayu.) Geografi/Bahasa Melayu USM Guru Bahasa Melayu 8 tahun Pensyarah Bahasa Melayu 2 tahun PANEL PENULIS: NORANI BT.PANEL PENULIS MODUL KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (BAHASA MELAYU KOMUNIKASI) NAMA PANEL PENULIS: NORMAH BT MOHAMAD Ketua Jabatan.com Sarjana Sains Sosial (Geografi) UKM B. ABD RAHIM Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas. Kuala Lumpur. (Hons. hayati. Kuala Lumpur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->