You are on page 1of 24

PERINTANG

Perintang ialah sejenis peranti yang berfungsi untuk mengawal amaun arus yang mengalir di
dalam sesuatu litar. Perintang sangat penting dan diperlukan dalam setiap litar. Perintang biasanya
dikaitkan dengan hokum ohm.

Jenis-Jenis Perintang.
Perintang boleh dibahagiakan kepada dua jenis yang utama, iaitu ;-
a.perintang tetap
b.perintang boleh ubah

Rajah Perintang

Simbol Perintang
Dalam rajah litar skematik, perintang ditunjukkan dengan rajah seperti berikut.

Perintang Tetap
Ada beberapa jenis perintang tetap. Antaranya ialah :-
a.perimtang karbon
- paling banyak digunakan dalam litar

b.perintang dawai berbelit


- digunakan untuk mengalirkan arus yang besar melaluinya.
- kebanyakkannya adalah perintang lelurus.
- berkadar terus dengan voltan.

Perintang Boleh Ubah


- boleh mengubah kadar rintangan.
- mempunyai trek karbon dan sesentuh yang boleh dipusing.

Kod Warna Perintang


Perintang lazimnya ditandakan dengan kod warna. Tujuannya sebagai penunjuk nilai rintangan.
Tiga jalur warna menunjukkan nilai rintangan. Manakala warna ke-4 menunjukkan had terima.
Boleh juga dikatakan sebagai toleransi.
Contoh;

Jalur satu – angka pertama


Jalur dua – angka kedua
Jalur tiga – pendarab, iaitu bilangan nombor kosong yang didarab dengan dua digit pertama
Jalur empat – had terima sesuatu perintang. Emas ialah 5%, perak ialah 10% manakala jika tiada
jalur warna hendaklah dianggap sebanyak 20%..

Jadual Kod Warna.


Jadual berikut menunjukkan nilai-nilai piawai bagi warna jalur pada perintang.
Jalur Pertama Jalur Kedua Digit Jalur Keempat
Warna Jalur Jalur Ketiga
Digit Pertama Kedua Had Terima
Hitam 0 0 X1 ±1
Perang 1 1 X 10 ±2
Merah 2 2 X 100
Oren 3 3 X 1000
Kuning 4 4 X 10000
Hijau 5 5 X 100000
Biru 6 6 X 1000000
Ungu 7 7 X 10000000
Kelabu 8 8 X 100000000
Putih 9 9 X 1000000000
Emas ± 5%
Perak ±10%
Tiada Warna ±20%

Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan.


1. Panjang pengalir (wayar)
Panjang pengalir adalah dalam unit meter (m). Rintangan adalah berkadar terus
dengan panjang pengalir R  L di mana semakin panjang sesuatu pengalir, maka
nilai rintangan juga akan meningkat.

2. Luas muka keratan rentas pengalir


Luas keratan rentas adalah dalam bentuk meter persegi (m2). Rintangan pula
1
berkadar songsang dengan luas keratan rentas pengalir R  di mana semakin
A
kecil luas keratan rentas pengalir, maka semakin tinggilah nilai rintangannya dan
begitulah sebaliknya.

3. Jenis bahan
 atau kerintangan adalah mewakili sifat atau jenis bahan pengalir. Kerintangan
ditakrifkan sebagai rintangan di antara permukaan-permukaan yang bertentangan
bagi sesuatu kiub yang berukuran 1 meter padu.
L
R
A
4. Suhu

PERARUH
- Pearuh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan
pengaliran arus.
- Pearuh menghasilkan kearuhan.
- Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu medan magnet kecil
terbina mengelilingi pengalir itu.
- Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan magnet akan membantu satu sama lain,
menjadikannya lebih kuat.
- Pearuh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras seperti udara, besi dan
bahan ferit.
- Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L.

Rajah Skematik Peraruh.

N S

Jenis-jenis pearuh

1. Pearuh Tetap
Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak
berubah. Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras besi, teras besi serbuk
dan teras ferit.
a. Pearuh teras udara
Pearuh teras udara biasanya mempunyai nilai aruhan mikro henry atau kurang.
Oleh kerana nilai kearuhannya rendah, ia biasanya digunakan pada frekuensi
yang tinggi. Contohnya, pearuh ini digunakan sebagai pencekik frekuensi
radio bagi menghalang arus frekuensi radio (frekuensi tinggi) daripada
melalui laluan tertentu dalam litar.
b. Pearuh teras besi
Teras besi yang digunakan ialah teras besi berlapis yang bersalut penebat
nipis. Nilai kearuhan pearuh teras besi adalah daripada beberapa mili henry
hingga beberapa henry. Pearuh teras besi digunkan sebagai penapis frekuensi
rendah dalam litar bekalan kuasa. Ia juga digunakan sebagai pencekik dalam
litar lampu pendaflour.

c. Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit


- Teras besi serbuk dihasilkan dengan menampakkan serbuk besi
yang diselaputi oleh penebat.
- Teras ferit pula dibuat daripada bahan magnet bukan pengalir
- nilai kearuhan akan lebih tinggi dan saiz pearuh dapat dikecilkan
- Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit mempunyai tiga bentuk iaitu solenoid,
toroid dan teras pot.
- jenis solenoid mempunyai nilai kearuhan 1mikro henry atau kurang manakala
toroid dan teras pot pula mempunyai nilai kearuhan di antara beberapa mikro
henry hingga beberapa mili henry.
- Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit biasanya digunakan di dalam litar
talaan radio

2 Pearuh Bolehubah
- Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke
dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan.
- Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk.
- Terdapat beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu di antaranya ialah pearuh
yang menggunakan skru logam (tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras
itu sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras.
- Bagi pearuh boleh ubah berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak.
- Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan komponen
berhampiran daripada gangguan yang dihasilkan oleh pearuh.

Faktor-faktor yang mempengaruhi Kearuhan.


Kekuatan arus teraruh (induced current) bergantung kepada ;
1) Bilangan lilitan (winding) dalam gelung.
2) Ketelapan bandingan (jenis teras).
3) Luas muka keratan rentas.
4) Arus yang mengalir
5) Panjang laluan fluks magnet.
6) Jumlah fluks.
7) Kekuatan magnet
8) Kecepatan magnet itu ditujah ke dalam gelung.

PEMUAT
1. Pemuat ialah komponen yang menyimpan cas elektrik. Pada asasnya, pemuat
terdiri daripada dua plat logam atau 2 pengalir yang selari dan dipisahkan oleh
penebat yang dipanggil dielektrik.
2. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara, kertas, mika, polister atau elektrolitik.
3. Satu pemuat mengandungi lapisan bahan penebat yang terapit di antara dua plat
logam.
4. Medan elektrik di dalam pemuat mempunyai banyak kesamaan dengan medan
magnet.
5. Nilai kemuatan pemuat ialah ukuran jumlah cas elektrik yang boleh distor di
dalam peranti.
6. Kemuatan boleh dikira daripada pengetahuan mengenai matra pemuat dan
kebertelusan bahan penebat.
7. Pemuat menggunakan unit Farad (F).

Logam

Dielektri
Contoh : Pemuat k

Nilai kemuatan bergantung kepada nilai pemalar dielektrik, luas permukaan plat
dan jarak di antara kedua-dua plat.

C = A
D
Di mana,
C = Kemuatan
 = Pemalar dielektrik
A = Luas
D = Jarak kedua-dua plat

Jenis-Jenis Pemuat
Pemuat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh
ubah.
1.Pemuat Tetap

Simbol bagi pemuat tetap


- Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang tetap.
- Pemuat tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu berkutub dan tidak berkutub.
- Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus.
- Kekutuban pemuat perlu disambung dengan betul bagi mengelakkan pemuat
daripada rosak atau meletup.
- Jenis-jenis bagi pemuat tetap ialah pemuat udara, pemuat kertas, pemuat
mika, pemuat seramik atau pemuat elektrolitik.
- Apabila memilih pemuat, faktor yang perlu diambil kira ialah nilai
kemuatan, had terima, voltan kerja dan bocoran.
- Nilai kemuatan boleh dibaca dengan menggunakan kod bercetak atau kod
warna.
- Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar sesuatu pemuat. Pemuat
biasanya mempunyai had terima sebanyak lebih kurang 10%.
- Voltan kerja merupakan voltan AT dan voltan AU (puncak) yang boleh
dikenakan sebelum penebatan dielektrik pecah. Voltan kerja biasanya
ditandakan pada pemuat dengan huruf WV.
- Jika voltan kerja bagi sebuah pemuat dilampaui, maka penebatan dielektrik
akan pecah dan plat pemuat akan dilitarpintaskan.
- Apabila menggunakan pemuat hendaklah pastikan bahawa voltan kerja
pemuat lebih tinggi daripada voltan maksimum di dalam litar.
- Bocoran ialah kehilangan cas yang sedikit yang sepatutnya tidak berlaku
dalam penebatan dielektrik pada pemuat.

2. Pemuat Boleh Ubah

- Pemuat boleh ubah mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah


mengikut keperluan litar.
- Contoh pemuat boleh ubah.
a. Perapi atau Praset
- Bagi kemuatan perapi seramik, ia diubah dengan melaraskan aci bagi
mengubah luas permukaan di antara plat.
- Manakala, untuk pemuat perapi mika, kemuatannya diubah dengan
melaraskan skru bagi mengawal jarak di antara plat.
- Kedua-dua jenis pemuat ini dinamakan pemuat perapi kerana ia
digunakan bagi merapi litar (Pelarasan yang kecil) supaya mempunyai
jumlah kemuatan yang tepat.
- Kemuatan maksimum pemuat perapi ialah 100pF.

b. Pemuat berputar
- Kemuatan pemuat diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas
permukaan berkesan di antara tindihan plat pegun dipisahkan oleh
dielektrik udara.
- Pemuat berputar yang lebih kecil biasanya menggunakan dielektrik
saput plastik nipis di antara plat.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemuatan.


1. Jarak antara plat.
- Untuk menghasilkan satu nilai kemuatan yang lebih tinggi, ukuran jarak di antara
kedua-dua plat hendaklah diperbesarkan.
- Kemuatan di antara plat berkadar songsang dengan jarak di antara keduanya.

1
C
S

2. Luas permukaan plat.


- Kedua-dua permukaan plat hendaklah diperluaskan untuk mendapatkan nilai
kemuatan yang tinggi.
- Kemuatan di antara dua plat berkadar terus dengan luasnya.

CA

3. Bahan dielektrik yang digunakan


- Kemuatan bergantung kepada bahan dielektrik yang digunakan iaitu ketelusan di
antara dua plat.

4. Ketebalan dielektrik.

TRANSISTOR
1. Komponen elektronik yang amat penting dalam sesuatu litar.
2. Ia telah dapat menggantikan tiub vakum yang digunakan pada masa lampau.
3. Transistor berfungsi sebagai :-
a. pengawal arus
b. penguat arus
c. satu suis
4. Transistor juga diperbuat daripada cantuman bahan jenis N dan P tetapi mengandungi tiga
Lapisan.
5. Lapisan-lapisan itu sama ada NPN atau PNP.

PEMUNGUT PEMUNGUT

N P

TAPAK N TAPAK
P
N P

PENGELUAR PENGELUAR

Struktur Binaan SimbolStruktur Binaan Simbol

Struktur Binaan Dan Simbol Bagi Transistor

6. Arah kepala anak panah pada simbol transistor menunjukkan arah aliran arus konvensional jika
transistor itu beroperasi.
7. lapisan bagi tapak adalah amat nipis dan sengaja dibuat supaya mengandungi hanya sedikit
sahaja pembawa arus majoriti.
- Pengeluar berfungsi sebagai pembekal cas-cas atau pembawa arus majoriti dalam transistor.
- Pemungut pula bertugas untuk mengutip cas-cas ini untuk operasi litar
- Tapak pula merupakan sebagai simpang yang akan mengawal pengaliran arus.

8. Pada masa kini terdapat 3 jenis transistor yang biasa digunakan ;


- transistor PNP
- transistor NPN
- transistor FET(field effect transistor)

9. Jadual : Contoh-contoh transistor


Transistor NPN
2N3393 ZTX300 BC109
C2500 C9011 C9013
C1417 C945 C380
2N188 2N306 2N69
2T73 2T76 C2058
Transistor PNP
2N410 2N218 2S45
HJ-55 HJ-32 2S53
OC71 T1233 OC45
CK760 HJ-23 HJ-22
2S5V OC72 2N215
Transistor FET
2N3819 2N5458 BF244B

10. Untuk membolehkan suatu transistor itu beroperasi secara sempurna, ia mestilah diberikan
voltan pincang.
11. Ada dua jenis voltan pincang yang mesti dibekalkan kepada transistor sebagai syarat untuk
membolehkannya beroperasi, tanpa mengira jenis transistor tersebut NPN atau PNP

E C E C
N P N P N P

B B

cantuman E - B , voltan pincang depan cantuman C - B , voltan pincang songsang

N P N
E
+ - - -
- - - C
Bagaimana Transistor Beroperasi
- - - + - - -
- - - + - - -
- - - B
- - -

V1 V2
- cantuman E - B telah di pincang depan oleh V1
- litar E - B itu akan mengalirkan arus kerana elektron-elektron pada
pengeluar ( jenis N ) akan tertolak oleh upayaan negatif bekalan V1
- Elektron-elektron ini cuba untuk pergi ke upayaan positif V1 melalui
tapak (jenis P).
- Tetapi oleh kerana tapak hanyalah suatu lapisan yang amat nipis dan
mempunyai bilangan hol yang sangat sedikit, tidak semua elektron-
elektron itu dapat mengalir.
- Hanya sedikit saja arus elektron yang mengalir di litar tapak, dikenal
sebagai arus tapak ( IB).
- Elektron-elektron yang selebihnya itu terkumpul dengan banyaknya di
lapisan tapak.
- Oleh kerana lapisan pemungut telah dihubungkan kepada terminal
positif bakalan V2, keupayaan positif itu akan menarik elektron-
elektron yang terkumpul di tapak tadi mengalir melalui litar pemungut
sebagai arus pemungut ( IC )

DIOD
1. Diod ialah komponen yang mempunyai 2 semikonduktor iaitu dari jenis P dan jenis N.
2. Diod juga dikenalis sebagai rectifier, hanya membenarkan arus mengalir dalam satu hala
sahaja.
3. Ini bermakna , arus dapat mengalir melaluinya jika hujung P adalah positif dan hujung N adalah
Negative suatu punca voltan.
4. Semasa arus mengalir, nilai rintangan diod adalah rendah.
5. Struktur Binaan bagi diod adalah sama dengan cantuman P-N.
6. Diod ialah komponen elektronik dua pin yang terdiri dari anod dan katod.

Anod

P Arah arus
konvensional
N

Katod
Struktur Binaan dan Simbol Skematik Diod

7. Dalam alat-alat elektronik masa kini, diod semikonduktor lebih banyak digunakan.
8. Ini kerana diod semikonduktor dapat mengalirkan arus dan voltan yang lebih tinggi.
9. Ia juga lebih kecil, ekonomik dan tahan lama.
10. Pada mulanya dicipta diod germanium kemudian diod silikon.
11. Diod silikon boleh berfungsi walaupun arus setinggi 100A setiap cm2
12. Voltan yang dikenakan merentasi diod dipanggil Voltan Pincang
13. Apabila anod mendapat voltan lebih positif dari katod atau katod mendapat voltan lebih
negatif dari anod, diod dikatakan berada dalam keadaan pincang depan.
14. Apabila anod mendapat voltan lebih negatif dari katod atau katod mendapat voltan lebih
positif dari anod, diod dikatakan berada dalam keadaan pincang songsang.

K A K
A

+   +

Litar diod pincang depan Litar diod pincang songsang


Lengkok Cirian I-V bagi Diod
- Apabila suatu diod dipincang depan dan dipincang songsang.
- setiap nilai voltan pincang itu dicatat.
- tiap-tiap nilai voltan pincang itu dicatat juga nilai-nilai arus yang mengalir
melalui diod itu
- maka suatu graf Lengkok Cirian I-V bagi diod akan terhasil

Id (mA)

Voltan
pecah tebat

Vs Vd

Voltan
sawar

Is (A)

Arus Depan (Id) ialah arus yang mengalir melalui diod semasa pincang depan. Biasanya Id diukur
dalam mA.

Arus Songsang (Is) ialah arus yang sangat kecil iaitu arus bocor yang mengalir melalui diod
semasa pincang songsang. Biasanya Is diukur dalam A.
Voltan Lutut ialah takat voltan di mana berlakunya kenaikan arus depan yang tiba-tiba. Voltan lutut
sama dengan voltan sawar. ( Si = 0.7 V, Ge = 0.3 V )

Voltan Pecah Tebat ialah takat voltan di mana berlakunya kenaikan arus songsang yang tiba-tiba.
Arus yang besar melampaui takat pecahtebat boleh menyebabkan cantuman PN terbakar dan
rosak

Konsep Diod Unggul


Dalam konsep diod unggul, diod dianggap tidak mempunyai voltan sawar, tiada arus bocor, tiada
kerintangan depan ( rd )dan tiada takat pecah tebat.
Dalam konsep diod unggul, semasa pincang depan, diod diumpama suis tertutup (ON) kerana
rintangan kosong dan tidak ada kejatuhan voltan.
Semasa pincang songsang, diod diumpama suis terbuka iaitu rintangan infiniti dan tidak ada
sedikitpun arus bocor

Anod Katod

Suis Tertutup

Diod dipincang depan

Anod Katod

Suis Terbuka
Diod dipincang songsang

Rajah 3.5 : Diod unggul semasa pincang depan dan songsang

Sifat-Sifat Diod
1. Apabila bateri disambungkan kepada punca positif semikonduktor dan di punca negative
semikonduktor, lubang positif didesak mengalir menerusi simpangan p-n dari P ke N dan electron
(-ve) dari N ke P.

2. Dengan ini arus akan diperolehi. Simpang p-n melakukan kerja pincang ke depan dan
apabila beza upaya bertambah, arus juga bertambah.
3. Apabila punca bateri disongsangkan hanya sedikit sahaja arus yang mengalir.
4. Dalam hal ini simpang p-n disebut sebagai pincang terbalik.
5. Ketika ini hanya arus yang kecil dibawa. Cas negative di semikonduktor p dan cas positif di
semikonduktor didesak mengalir menerusi simpang p-n.
6. Semasa arus kecil mengalir, ia menjadi panas. Apabila logam cukup panas ia akan
menghasilkan elektron. Proses ini dikenali sebagai proses termionik.
7. Magnitud atau pengaliran arus songsang bergantung hanya pada suhu semikonduktor.
8. Ini dapat diketahui iaitu simpang p-n dibuat seperti rektifier.
9. Ia berintangan rendah dalam satu aliran beza upaya dan berintangan tinggi dalam aliran
yang satu lagi. Inilah yang dikenali sebagai simpangan diod.

DIOD ZENER
1. Diod Zener sangat penting dalam bekalan kuasa. Ia digunakan sebagai penstabil voltan.

Katod Anod

Id
Simbol skematik bagi Diod Zener
Voltan pecah tebat =
Voltan zener
V
V z V
2. Lengkuk Cirian Diod Zener s d

Is

Rajah 3.7 : Lengkuk Cirian bagi


Semasa pincang depan, lengkuk cirian tidak banyak beza dengan diod biasa

Semasa pincang songsang, lengkuk kenaikan arus pada takat pecahtebat adalah lebih tajam dan
curam.

Bezanya diod zener berbanding dengan diod biasa ialah diod zener beroperasi semasa pincang
songsang.

Semasa pincang depan, diod zener beroperasi seperti diod biasa.

3. Keistimewaan diod zener.


a. mampu mengalirkan arus songsang yang tinggi nilainya tanpa merosakkan
diod.

b. Pada takad zener dan selepasnya voltan merentasi diod akan tetap dan
sama nilainya dengan voltan zener.

c.Diod zener boleh dibuat supaya voltan zener ditentukan pada nilai yang
terpilih (2.4V - 200V).

PENGUBAH
1. Pengubah mudah mengandungi dua gegelung yang diletakkan berdekatan
tetapi tidak ada sebarang sambungan elektrik di antara satu sama lain.
2. Gegelung di mana A.U dikenakan dinamakan gegelung utama.
3. Ia menjanakan medan magnet yang memotong menerusi belitan-belitan
gegelung yang kedua yang dinamakan gegelung sekunder dan menjanakan
voltan dalamnya.
4. Oleh yang demikian pengubah memindahkan kuasa elektrik daripada satu
gegelung kepada yang lain dengan cara medan magnet yang berulang-alik.
5. Pengubah tersebut tidak disambung secara fizikal langsung diantara satu
sama lain.
6. Walau bagaimanapun gegelung itu adalah terganding (coupled) secara
magnet.
7. Katakan bahawa gegelung utama dan sekunder adalah serupa, dan diletakkan
supaya kesemua garis medan daya magnet dapat menyebabkan satu arus
ulang alik mengalir dalam gegelung utama memotong kesemua belitan dalam
kedua-dua gegelung itu
8. Jika gegelung sekunder tidak disambung kepada sebarang litar luar, d.g.e.
balik yang diaruh dalam gegelung utama akan menjadi hamper serupa dalam
amplitude, fasa A.U. berlawanan dengan voltan yang dikenakan
9. Hanya sedikit arus kecil sahaja yang akan mengalir dalam gegelung utama
kerana perubahan diantara voltan yang dikenakan dengan d.g.e balik.Arus ini
dinamakan arus pemagnetan.

10. Pengubah-pengubah sentiasa digunakan untuk langkah naik dan langkah


turun bagi voltan-voltan a.u
11. Contoh, jika terdapat 1000 belitan dalam gegelung sekunder dan hanya 100
belitan dalam gegelung utama, voltan yang diaruhkan dalam gegelung
sekunder akan menjadi 10 kali voltan yang dikenakan pada gegelung utama,
iaitu 1000/100 = 10,
12. Oleh kerana terdapat lebih banyak belitan dalam gegelung sekunder
daripada gegelung utama, pengubah jenis tersebut dinamakan pengubah
langkah naik.Dengan ringkas, ia ditulis seperti berikut:

13. Jika sebaliknya gegelung sekunder mempunyai 10 belitan dan gegelung


utama pula mempunyai 100 belitan, voltan yang diaruhkan dalam gegelung
sekunder akan menjadi 1/10 voltan yang dikenakan pada gegelung utama
iaitu 10/100 = 1/10.

Oleh kerana gegelung sekunder mempunyai belitan kurang daripada


gegelung utama, pengubah jenis ini dinamakan pengubah langkah turun

14. Biasanya pengubah tidak 100% cekap disebabkan oleh kehilangan haba
melalui cara-cara yang berikut:
a. Sebagai haba dalam gegelung dan teras besi
b. Kebocoran fluks magnet dalam teras besi
c. Sebagai kerja untuk memagnetkan dan menyahmagnetkan teras besi

15. Pengubah-pengubah dikelaskan sebagai langkah turun atau langkah naik


dengan merujukkan kepada voltan berkesan sahaja.

i) Pengubah dengan teras padu


Nisbah voltan langkah naik
ii) Pengubah dengan teras padu
Nisbah voltan langkah turun
iii) Pengubah dengan satu sela (gap) dalam dua bahagian teras
iv) Pengubah dengan teras berlapis

Kehilangan teras
1. Apabila sesuatu teras magnet menjadi panas, ini menunjukkan bahawa
sebahagian daripada tenaga yang dibekal kepada gegelung digunakan dalam
teras sebagai haba.
2. Dua kesan yang utama adalah kehilangan arus Pusar dan kehilangan
histeresis.

Jenis-jenis pengubah
1. Pengubah memencil (Isolating transformer)
Kadangkala nisbah lilitan 1:1 digunakan dan voltan-voltan utama dan
sekunder adalah serupa, ini bermakna pengubah tersebut hanya secara
elektrik memencilkan litar sekunder daripada litar utama dan pengubah
tersebut dinamakan pengubah memencil.
Pengubah-pengubah memencil digunakan di dalam bengkel dan makmal bagi
tujuan keselamatan.

2. Autopengubah
Dalam autopengubah bahagian pengubah dari satu hujung ke tap Y berfungsi
sebagai gegelung belitan utama, dan belitan yang lengkap (X dan Z) sebagai
belitan sekunder.Autopengubah boleh digunakan sebagai pengubah langkah
naik atau langkah turun dengan cara menukar kedudukan tap nisbi (relative)
dengan belitan penuh.

3. Pengubah frekuensi pertengahan


Pengubah antara peringkat atau frekuensi pertengahan yang dilindungi oleh
pelindung logam yang kecil untuk mengelakkan sinar sama ada dari luar atau
dalam supaya tidak mengganggu litar-litar berhampiran.Teras pengubah ini
dalam bentuk serbuk logam.

4. Pengubah frekuensi radio

5. Pengubah frekuensi audio


Pengubah frekuensi audio.Teras besinya diperbuat daripada lapisan-lapisan
logam, dan juga boleh bertindak sebagai pengubah padanan untuk
menentukan kuasa pindah maksimum daripada penguat kepada pembesar
suara.

6. Pengubah bekalan kuasa


Bahagian utama pengubah bekalan kuasa disambungkan kepada bekalan
kuasa A.U. 240 V 50 Hz di Malaysia dan bahagian sekunder boleh
dilangkahnaikkan atau dilangkahturunkan.Pengubah ini menggunakan teras-
teras besi berlapis yang banyak digunakan dalam bekalan kuasa.
LITAR BERSEPADU

1. Litar bersepadu atau ic ialah komponen yang begitu kompleks sekali.


2. IC yang ada pada masa kini dibentuk daripada bahan-bahan semikonduktor.
3. Litar-litar elektronik boleh digabungkan di dalam bahan-bahan semikonduktor dalam
ukuran hanya beberapa millimeter panjang dan lebar.
4. Bahan asas ialah silikon jenis-p yang dikenali sebagai ‘ chip’.
5. IC boleh terdiri daripada transistor, diod, perintang dan kapasitor.
6. Dengan menggunakan IC dalam litar-litar elektronik, maka ruang sesuatu alat dapat
dikurangkan yang mana tidak memerlukan komponen yang banyak.

7. IC banyak didapati dalam bentuk empat segi.


8. Adalah penting seseorang juruteknik elektronik mengetahui cara-cara mengenal atau
Memastikan punca elektrod “ pin 1”. Jika tidak mustahil meneka-neka pin 1 pada IC
Yang mungkin terdapat banyak punca.
9. Bagi kemudahan, pengilangnya telah meletakkan tanda pada IC.
10. Apabila pin 1 telah diketahui, maka pin-pin lain sudah boleh diketahui.
11. Biasanya IC mempunyai soket, semasa memateri, hanya soket yang dipateri.
12. Kemudian barulah IC diletakkan dalam soket.
13. Bagi IC yang tiada soket, dipaterikan terus ke p.c.b.

You might also like