You are on page 1of 37

ALAT-ALAT

PEMIKIRAN

1
s

2
Fikirkan…
 Apakah yg dapat anda ceritakan tentang
foto yang ditunjukkan dari segi:
 content based (isi kandungan / mesej)
 Interesting issue (isu yang menarik hati)
 Surface condition (mengapa suami berdiam diri
sahaja)
 Indepth questioning (berleter = norma isteri?)
 Instrumen (bagaimana cara kedua2 mereka
berfikir?)

3
Pengenalan: Alat berfikir
 Setiap manusia normal secara fitrahnya berfikir
dengan gaya dan pola tersendiri.
 Lazimnya, proses menjana gaya dan pola akan
melibatkan alat-alat berfikir tertentu.
 Alat berfikir: instrumen yg membantu kita menggunakan
minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan
 Terdapat beberapa jenis alat berfikir yang sesuai
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan kehidupan seharian. Di antaranya ialah program
CoRT 1, teknik ingatan, peta minda, pengurusan grafik
dan penyoalan.
4
Cognitive Research Trust (CoRT)
 Dipelopori oleh Edward de Bono
 Terdapat 6 bahagian dalam program CoRT :
 CoRT I – keluasan persepsi/pandangan
 CoRT II – organisasi proses berfikir
 CoRT III – pemikiran kritis
 CoRT IV – pemikiran kreatif
 CoRT V – maklumat dan perasaan
 CoRT VI - tindakan
 CoRT 1 adalah asas kepada program CoRT. Ia bertujuan untuk
memperluaskan pandangan dan pemikiran terhadap sesuatu
supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis
 Dengan menggunakan CoRT 1, kita akan dapat menghasilkan
idea, peraturan, perancangan atau keputusan yang lebih bijak dan
berkesan
5
7 Teknik Dalam CoRT 1:
s

PMI:Plus, Minus, Interesting


CAF: consider all factors

C&S: consequences & sequal


CoRT 1 AGO: aims, goal & objectives
FIP: first important priorities
APC: alternatives, possibilities, choices
OPV: other people’s view
6
Plus, Minus Interesting (PMI)
 Digunakan utk meluaskan sudut pandangan seseorang
 Arahkan minda untuk melihat sesuatu idea, cadangan atau sasaran
dari 3 aspek utama, iaitu kebaikan, keburukan dan tarikan.
 Ia penting agar kita tidak menolak sesuatu idea yang bernas.
 Ini bertepatan dengan konsep berfikir aras kematangan berkesan;
iaitu “…sesuatu keputusan ditangguhkan sehingga mendapat
maklumat yang lengkap.”
 Contoh Isu / Kes
 Konteks kehidupan: mulai sesi baru, semua pelajar UPSI tidak dijamin
menjadi guru. Hanya mereka yg mendapat CGPA >3.00 sahaja yg akan
diberi penempatan utk perlantikan sbg guru di sekolah.
 Konteks P&P: pelajar pendidikan khas dimasukkan dalam kelas biasa
semasa proses P&P. Hapuskan sekolah pendidikan khas.
7
Langkah Perlaksanaan
 Perdengarkan isu atau masalah
 Katakan “ mari kita lakukan PMI”
 Sumbangsaran tentang kebaikan
 Sumbangsaran tentang keburukan
 Sumbangsaran tentang yang menarik
 Buat keputusan berdasarkan maklumat terkumpul di
atas.

8
Consider All Factors (CAF)
 Perlu sedar bahawa setiap keputusan yang dibuat akan mempengaruhi
kita dan individu di sekeliling kita. Ada masanya sesuatu keputusan itu
akan memberi kesan negatif kpd individu lain.
 Justeru, CAF boleh digunakan bagi meluaskan sudut pandangan kita.
 Ianya membantu mengarahkan minda ke semua arah. Dengan melakukan
CAF kita akan ambil kira semua faktor dan individu yang terlibat
sebelum membuat sesuatu keputusan.
 Contoh Isu / Kes
 Konteks kehidupan: anda ditawarkan sebagai pengacara sambilan sebuah
stesen TV swasta di KL. Anda perlu berada di sana sekurang-kurangnya 3
kali seminggu (tidak termasuk hujung minggu & hari minggu). Tugas anda
sebagai pelajar UPSI juga perlu perhatian.
 Konteks P&P: pelajar yang tak tahu membaca/menulis diasingkan drpd
pelajar2 lain semasa guru mengajar

9
Langkah Perlaksanaan
 Perdengarkan isu atau masalah
 Katakan “mari kita lakukan CAF”
 Sumbang saran semua faktor yang terlibat
 Membuat pertimbangan semua faktor
 Membuat keputusan

10
Consequences and Sequel (C&S)
 Setiap tindakan yang diambil selepas keputusan dibuat akan
mengakibatkan kesan-kesan tertentu sama ada serta merta, jangka
masa pendek (5 tahun) atau jangka masa panjang (> 5 tahun).
 Kita mungkin mendapat satu atau beberapa alternatif keputusan
yang perlu dipilih.
 Teknik C&S dapat membantu kita mengenal pasti kesan-kesan
yang mungkin berlaku ekoran dari sesuatu keputusan atau
tindakan sebelum kita membuat keputusan.
 Ini menjadikan kita lebih bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan yang akan terjadi pada masa depan
 C&S membuat kita lebih ‘panjang akal’ dalam menilai sesuatu.
 Gunakannya bersama CAF dan OPV.
11
Consequences and Sequel (C&S)
 Contoh Kes / Isu
 Konteks kehidupan: anda dilamar kekasih utk
berkahwin tahun ini. Anda masih belajar di UPSI
semester 2. Kekasih anda seorang usahawan yang
berjaya.
 Konteks P&P: “ketuk ketampi” dibenarkan sebagai
satu bentuk dendaan ke atas pelajar bermasalah
disiplin semasa P&P

12
Langkah Perlaksanaan
 Perdengarkan tindakan yang dipilih
 Katakan “mari kita lakukan C&S”
 Senaraikan kesan-kesan serta merta drpd tindakan
tersebut
 Senaraikan kesan-kesan jangka pendek (5 tahun)
yg diramalkan
 Senaraikan kesan2 jangka panjang yang
diramalkan
 Lakukan C&S lagi utk tindakan alternatif
 Nilai akibat2 dan buat keputusan

13
Aims, Goals and Objectives (AGO)
 Membantu kita menentukan hala tuju atau fokus yang
betul semasa berfikir
 Membantu mengingatkan individu supaya memikirkan
tujuan asal dan mengelak daripada menyeleweng.
 Contoh Isu / Kes
 Konteks kehidupan: Anda ingin cemerlang dalam pelajaran
dan percintaan.
 Konteks P&P: mendapat gred A bagi kursus Pemikiran
Strategik Dan Inovatif.

14
Langkah Perlaksanaan
 Ketengahkan isu atau masalah
 Katakan “mari kita lakukan AGO”
 Sesi perbincangan
 Sekali sekala sedarkan diri kita atau semua ahli yg
terlibat dalam perbincangan dgn mengulangi
sebutan “apakah AGO kita?”
 Teruskan sehingga keputusan dibuat

15
First Important Priorities (FIP)
 Membantu kita berfikir secara berfokus.
 Mengingat kita kepada prioriti kita. Dengan itu, kita dapat
mengelakkan dari memikirkan perkara yang tidak penting.
 Mengenalpasti keutamaan dan yang terpenting dalam membuat
tindakan. Penting atau tidak sesuatu perkara terpulang kepada
yang yang kita utamakan berdasarkan AGO.
 Sangat berguna dalam keadaan yang memerlukan kita membuat
pilihan.
 Contoh Isu / Kes
 Konteks kehidupan: menetapkan kriteria dalam memilih menantu
 Konteks P&P: sama ada hendak hadir ke kuliah UPP 1022 hari ini atau
teruskan ulangkaji untuk ujian 1 PPH 2023 yang akan diadakan pada
malam nanti.
16
Langkah Perlaksanaan
 Buat pilihan atau keputusan berdasarkan
kepentingan utama. Suarakan isu atau masalah
 Katakan “mari kita lakukan FIP”
 Senaraikan semua perkara penting dan utama
 Buat keputusan senarai utama perkara yg
‘terpenting’

17
Alternatives, Possibilities, Choices
(APC)
 Teknik ini membantu individu menyenaraikan alternatif dan kemungkinan2
yang ada sebelum ia buntu dengan SATU pilihan keputusan.
 APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara secara serentak
 Membantu mendorong kita mencari beberapa alternatif dan pilihan sebelum
kita membuat keputusan (muktamad).
 Cipta alternatif, kemungkinan dan pilihan untuk mencapai objektif yang
sama.
 Contoh Isu / Kes
 Konteks kehidupan: mengapa bayi menangis?
 Konteks P&P : Anda bercadang untuk bertukar tempat dari UPSI ke sebuah IPTA
lain yang lebih dekat dengan keluarga anda di kampung. Ini kerana kedua ibu
bapa anda uzur setelah menjalani pembedahan dan rawatan di hospital. Mereka
perlukan perhatian dan anda anak tunggal. Jika bertukar anda terpaksa bertukar
program pengajian juga kerana di IPTA tersebut tidak menawarkan program
pendidikan seperti di UPSI. Contohnya:
18
18
Langkah Perlaksanaan
 Suarakan masalah
 Katakan “mari kita lakukan APC”
 Janakan sebanyak mungkin pilihan dan alternatif
 Buat keputusan dan pilihan

19
Other People’s Views (OPV)
 Meluaskan sudut pandangan diri dengan mengambilkira pandangan dan
pendapat orang lain tentang sesuatu idea/keputusan yg akan diambil.
 Pasti ada pihak yang akan terlibat dengan apa juga tindakan/keputusan kita dan
setiap orang pasti mempunyai pandangan yang berbeza kerana mereka melihat
dari sudut yang berbeza
 Kita perlu sedar dan menerima hakikat perbezaan pendapat itu pasti wujud. Ia
mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti latar belakang, status,
pengetahuan, pengalaman dan sistem nilai/norma.
 Kaedah OPV sesuai digunakan apabila terdapat kemungkinan perbalahan
pendapat daripada pelbagai pihak
 Semasa menggunakan kaedah ini kita harus
 bersikap terbuka dalam mendengar pendapat atau idea orang lain
 Jadikan pendapat itu sebagai panduan dalam membuat keputusan yang akan diambil
 Contoh Isu / Kes
 Konteks kehidupan: memandu kereta melebihi had laju
 Konteks P&P : meniru dalam ujian
20
Langkah Perlaksanaan
 Nyatakan masalah
 Sebutkan keputusan yg akan diambil
 Kenalpasti inidividu yg mungkin menerima
kesan akibat keputusan tersebut
 Minta pendapat inidividu tersebut tentang
keputusan yg akan diambil
 Buat keputusan selepas meneliti pendapat
inidividu terlibat
 Ulang semula jika keputusan itu sesuai

21
Rumusan
 Teknik-teknik dalam CoRT 1 ini walaupun kelihatan
berasingan, tetapi dalam keadaan sebenar, kita boleh
gunakanya secara bersepadu utk membuat keputusan
 Contohnya: dalam membuat keputusan untuk
“berkahwin semasa belajar” , kita boleh intergrasikan
 PMI
 C&S
 OPV

22
Penyelesaian Masalah & Membuat
Keputusan: Aktiviti Kajian Kes
 Mary’s husband had been away on business for six
months. Mary was not lonely-her boy friend, Julian,
made sure of that.
 Suddenly, Mary realized that she was pregnant. She
asked Julian what she should do. He said she should do
exactly what she wanted because it has nothing to do
with him
 Mary felt guilty about having an abortion because of
her strict religious upbringing
 When she talked to the priest about it, he told her
bluntly, “abortion is murder”
23
 Mary did not have enough money and borrowed some
from her brother, she told him what she wanted it for.
Then she had an abortion in a private clinic; it cost her
RM1,000
 She paid back the money to her brother but he began to
blackmail her. He threatened to tell her husband
everything unless she gave him more money
 A neighbour told the husband all about the abortion and
the boy friend. He decided to go on living with Mary
because he was afraid of the scandal if he left her

24
Teknik Mengingat (Mnemonic)
 Bagi meningkatkan kemahiran berfikir, individu
perlulah mempunyai daya ingatan yang baik.
 Semakin tinggi daya ingatan seseorang, maka
semakin tinggi daya pemikirannya.
 Untuk itu, individu boleh mengadaptasi beberapa
teknik mengingat bagi meningkatkan tahap ingatan
masing-masing.
 Di antara teknik-teknik mengingat yang sering
digunakan ialah akronim, akrostik, ritma dan lagu,
chunking, latihan dan peta minda.
25
Teknik-teknik Mengingat: Akronim
 Akronim dibentuk dengan menggunakan huruf
pertama dari setiap perkataan untuk membentuk satu
perkataan baru.
 Ia amat berguna untuk mengingati perkataan-perkataan
dalam susunan yang teratur.
 Contohnya:
 UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris),
 FAM (Football Association of Malaysia),
 RTM (Radio dan Televisyen Malaysia),
 SCUBA (Self Contained Underwater Breathing Apparatus).

26
Teknik-teknik Mengingat: Akrostik
 Seperti akronim, akrostik juga merupakan satu kaedah di mana
huruf pertama dari setiap perkataan digunakan untuk
mengingat.
 Akan tetapi dalam kaedah ini kita tidak membentuk satu
perkataan baru, sebaliknya huruf pertama dari setiap perkataan
akan digunakan untuk membentuk satu perkataan yang baru
dan seterusnya membentuk satu ayat.
 Contoh:
 Dia Baru Cuci Tingkap (operasi matematik: Darab dan Bahagi
sebelum Campur dan Tolak)
 Kings Phil Came Over for the Genes Special (Kingdom, Phylum,
Class, Order, Genus, Species)

27
Teknik-teknik Mengingat: Ritma &
Lagu
 Kita boleh menggunakan ritma, rentak dan lagu untuk
mengingati maklumat dengan lebih baik.
 Sebagai contoh, kebanyakan kanak-kanak diajar mengingati
huruf-huruf abjad mengikut rentak "Twinkle, Twinkle, Little
Star." ataupun lagu-lagu dalam siri Sounds of Music.
 Penggunaan teknik ini adalah menyeronokkan. Ritma dan lagu
biasanya mudah tersimpan di dalam memori dan sangat
berguna bagi mereka yang mudah mengingati rentak dan lagu.
 Bagaimanapun, teknik ini lebih menekankan kepada
penghafalan dan bukannya pemahaman.

28
Teknik-teknik Mengingat: Chunking
 Kaedah ini kebiasaanya digunakan untuk mengingati nombor.
 Apabila kita menggunakan “chunking” untuk mengingat, kita
akan mengurangkan jumlah item yang dipegang oleh memori
dengan menambahkan jumlah saiz setiap item.
 Sebagai contoh, untuk mengingati nombor 64831996, kita
boleh cuba mengingati deretan nombor tersebut sebagai 64 83
19 96 (membentuk beberapa jumlah nombor). Kita tidak perlu
mengingati kesemua lapan nombor tersebut secara berasingan,
sebaliknya kita cuma perlu mengingati empat pasang nombor
yang lebih besar.

29
Teknik-teknik Mengingat: Latihan
 Pengulangan juga merupakan suatu alat bantu memori yang
baik. Orang ramai boleh mengingati banyak perkara melalui
cara ini.
 Sebagai contoh, untuk menghafal satu senarai. Kita boleh cuba
mengingat lima perkara yang ada di dalam senarai secara
berulang-ulang, jika kita ingin menambah satu lagi perkara,
ulangi semula penghafalan dari awal beserta dengan
penambahannya dan ulang proses tersebut jika terdapat
sebarang penambahan dalam senarai.
 Untuk memudahkan lagi proses menghafal perkara yang
banyak atau senarai yang panjang, kita boleh pecahkan
maklumat kepada pecahan-pecahan yang lebih kecil seperti
kaedah “chunking” yang disebutkan sebelum ini.
30
Teknik-teknik Mengingat: Peta
Minda
 Diasaskan oleh Tony Buzan
 Suatu lakaran grafik pemikiran individu
 Menjadikan sesuatu yang tersirat kepada yang tersurat.
 Satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar
kerana hanya fakta-fakta penting sahaja dimasukkan ke dalam peta
minda.
 Alat berkesan yang mendorongkan pemikiran kreatif.
 Membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat/
peristiwa, merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan.
 Bentuk peta minda adalah pelbagai, iaitu bergantung kepada kreativiti
pengguna.
 Perkara penting yang diberikan pertimbangan agar mudah, menarik dan
bermakna kepada pengguna. 31
Contoh Peta Minda

32
Panduan Membina Peta Minda
 Gunakan kertas kosong tanpa garisan.
 Mulakan lakaran/penulisan dari tengah/pusat.
 Lukiskan imej pusat yang menggambarkan idea, isi,
pandangan atau pemikiran anda.
 Gunakan sekurang-kurangnya tiga jenis warna di dalam

imej ini.
 Kembangkan garisan dari pusat ke arah luar. Di atas garisan
ini, tulis kata kunci idea utama di dalam bentuk perkataan,
gambar atau kedua-duanya.
 Garisan utama ini lebih lebar dan organik

 Garisan ini sama panjang dengan perkataan di atasnya

 Satu perkataan untuk satu perkara

33
Panduan Membina Peta Minda
 Dari garisan utama kembangkan garisan-garisan lain mengikut
keperluan.
 Garisan ini lebih nipis daripada garisan utama.
 Mengandungi idea/isi/pemikiran sampingan.
 Gunakan huruf kecil, kata kunci atau imej, imej berwarna dan perspektif
3-D dalam simbol.
 Letakkan perkataan di atas garisan.Gunakan satu perkataan atas satu
garisan.
 Jadikan corak yang menarik.
 Gunakan anak panah, gambar dan corak untuk menunjukkan kaitan.
 Gunakan bentuk ringkas serta kod-kod peribadi untuk keseronokan dan
keberkesanan.
 Binalah garisan dengan pantas dan spontan.
 Biarkan kreatif dan asli.
 Jadikan peta minda sebagai sesuatu yang menghiburkan. 34
Petua Membuat Peta Minda
 Pada bahagian tengah lukis tajuk dengan huruf besar.
 Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan
fakta utama (maksimum tujuh cabang)
 Bahagikan cabang kepada cabang kecil-fakta
terperinci
 Setiap cabang utama menggunakan satu ayat contoh
KAEDAH, JENIS
 Semua fakta di dalam huruf BESAR
 Jangan fikir di mana hendak letakkan cabang/fakta

35
Kepentingan Peta Minda
 Merangsangkan pancaindera dan fungsi otak serta
memudahkan pemahaman
 Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak
begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya
mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.
 Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan
dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan
pemahaman bagi satu-satu topik.
 Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi
pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan
daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental
yang ada pada setiap individu.

36
Kepentingan Peta Minda
 Latihan dalam pasukan
 Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan
pelajar-pelajar belajar secara kolaboratif dan koperatif.
 Pencetusan idea
 Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat
mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.
 Perkembangan potensi
 Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran
motor yang ada pada pelajar-pelajar.
 Kemahiran Menganalisis
 Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu dianalisis dan kemudian
menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan seumpama ini adalah
amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.
 Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1969) dalam bukunya bertajuk
“Superbrain”, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat… “learn
MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort…” 37

You might also like