You are on page 1of 25

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) SEBAGAI

PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN


(PBPT) DI DALAM PEMBANGUNAN NEGERA

Disediakan Oleh

Mohd Arief Akmal Bin Adnan

PENGENALAN

Sistem perbandaran yang pesat telah menyebabkan pergurusan


perkhidmatan yang efisen dan urus tadbir sektor kerajaan di Malaysia menjadi
perhatian. Tidak dinafikan bahawa pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan
merupakan kerajaan di peringkat paling rendah di dalam sistem kerajaan di
Malaysia. Sistem kerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Federalisme
yang mengandungi tiga strata penting pentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Masyarakat kini lebih melihat kepada
pentadbiran yang lebih bersistematik dan berkualiti tinggi dan memberikan
keselesaan kepada semua penduduk. Oleh itu Kerajaan tempatan juga tidak
dapat dikecualikan daripada dilanda lambakkan harapan masyarakat yang
mahukan satu sistem pentadbiran yang berjaya membawa komuniti penduduk
ke arah perspektif yang maju dan berdaya saing. Kerajaan Tempatan ataupun
juga dipanggil Pihak berkuasa Tempatan adalah merupakan badan yang
bertangungjawab dalam mengurus tadbir sesebuah daerah ataupun kawasan.
Pihak Berkuasa Tempatan merupakan badan yang ditubuhkan melalui
perundangan Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui dan badan ini
menjalankan urus tadbirnya berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan di
dalam undang-undang. Tugas utama Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk
memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan
tugas merancang, melaksana, mengawal perancangan dengan baik dan
memberikan perkhidmatan yang tulus dan adil.

Sistem Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan ini


merupakan kesan daripada penjajahan Britsh yang memerintah Tanah Melayu
sebelum Negara mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos lagi. Kebanyakkan
undang-undang dan peraturan yang wujud ketika itu lebih berorentasikan
undang-undang Inggeris. Jika diteliti pada masa kini PBT telah berjaya bebas
daripada pengaruh dan unsur-unsur British. Ia lebih mencerminkan sosio
budaya masyarakat Malaysia di dalan perjalanan urus tadbirnya di Malaysia.
Struktur Pihak Berkuasa Tempatan dilihat meliputi Yang Dipertua atau Datuk
Bandar dan Tidak Kurang daripada Lapan (8) dan tidak lebih daripad dua puluh
empat (24) orang Majlis dan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Kedudukan Majlis Pihak Berkuasa Tempatan boleh dikategorikan sebagai
‘penasihat’ yang berbentuk menasihati dalam perundingan, bertanggungjawab
membuat keputusan, membenarkan dan mengarahkan kakitangannya untuk
menyempurnakan sesuatu tugas. Majlis mempunyai Yang Dipertua sebagai
ketua utama diikuti oleh Setiausaha dalam hierarki organisasi. Anggota Majlis
terdiri dari kumpulan profesional dan pegawai kumpulan pentadbiran. Majlis
bergerak melalui sistem jawatankuasa. Terdapat jawatankuasa kewangan,
perlesenan, perancangan, lalulintas dan keindahan Bandar Pihak Berkuasa
Tempatan boleh dengan kuasanya melantik kumpulan pentadbir dibawah
kendaliannya bagai mengurus dan menjalankan peranan yang telah
diperuntukkan kepadanyanya.
Sumber : www.mbas.gov

DEFINISI DAN ASAS PERUNDANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Dalam konteks Pihak Berkuasa Tempatan berperanan sebagai Pihak


Berkuasa Perancangan Tempatan, kita akan melihat keberkesanan Pihak
Berkuasa Tempatan untuk mencorak pembangunan tempatan dengan
sistematik dan berdaya saing bagi kawasan pentadbirannya. Berdasarkan Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Pihak Berkuasa Tempatan ditafsirkan
sebagaimana Berikut ;

“ertinya mana-mana majlis bandaraya, majlis Perbandaran


atau majlis daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan
berhubung dengan Wilayah Persekutuan ertinya Datuk
Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta
Ibu kota Persekutuan 1960 (Akta 190)”

Takrifan Kerajaan Tempatan menurut Georreery (1972:34) ialah Kerajaan


Tempatan boleh didefinasikan sebagai satu proses yang mana fungsi dan
perkhidmatan awam tertentu ditanggung oleh satu proses oleh satu set unit-unit
dalam wilayah dalam negeri. Sementara Emil J. Sady (1962:12) kerajaan
tempatan merujuk kepada bahagian kecil politik bagi sesebuah negera atau
dalam sistem persekutuan atau negeri tertakluk oleh undang-undang dan
mempunyai kawalan yang besar terhadap hal ehwal tempatan, termasuk kuasa-
kuasa mengadakan cukai atau buruh tetap untuk tujuan yang dinyatakan dan
badan yang mentadbir urus diertikan satu entiti adalah dilantik atau dipilih.
Phang Siew Nooi (1997) local government is further limited in its jurisdictional
competence by the principle of ultra vires, i.e. local government can only
perform those function expressly enumerated in its statues and within its
gazetted area only. Pihak Berkuasa Tempatan adalah satu badan yang
diwujudkan melalui perundangan dan aktivitinya terhad kepada kuasa-kuasa
dan tugas-tugasnya yang diperuntukkan di dalam undang-undang tersebut. Jika
mereka bertindak tanpa menurut undang-undang itu, tindakan adalah ultra vires
(diluar kuasa) dan mahkamah boleh menghalangnya. Prinsip ini merupakan
asas yang menentukan status fungsi Kerajaan Tempatan.

Asas perundangan selain peruntukan Perlembagaan Persekutuan


Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir Kerajaan Tempatan kepada
Kerajaan Negeri melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan
jadual 9. Bagi kerajaan Tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak eksklusif ini
diberikan kepada Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi berdasarkan perkara 76(4)
Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada perlimen untuk
membuat undang-undang yang berkaitan Kerajaan Tempatan bag tujuan
keseragaman undang-undang dan sekaligus memberi kerajaan persekutuan
pengaruh yang besar terhadap Kerajaan Tempatan. Ditambah dengan
kewujudan Majlis Negera Bagi Kerajaan tempatan (MNKT) yang dipengerusikan
oleh menteri yang bertangungjawab terhadap Pihak Berkuasa Tempatan
dengan fungsi utamanya membentuk sistem Pihak Berkuasa Tempatan dari
semasa ke semasa melalui mekanisma jawatankuasa MNKT yang disertai oleh
wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan,Persekutuan
beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawal operasi kerajaan tempatan
di Malaysia. Akta yang paling berpengaruh ialah  Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171). Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan
tanggungjawab Kerajaan Tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang
sama, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi
mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172
ini meletakkan tanggungjawab utama sebagai perancang fizikal di peringkat
tempatan kepada Kerajaan Tempatan. Selain itu, Akta Parit, Jalan dan
Bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan beberapa peranan Kerajaan
Tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga
bangunan-bangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa
undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan
dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

APAKAH PIHAK BERKUASA PERANCANGAN TEMPATAN

Melalui pemakaian Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
telah memperuntukan tiap-tiap Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menjadi
Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi Kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan itu. Ini bermakna Pihak Berkuasa Tempatan secara langsung akan
menjadi Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Pihak Berkuasa
Negeri(PBN) hendaklah menyiarkan didalam warta kerajaan tentang pelantikan
tersebut dan perlu menetapkan kawasan pembangunan di dalam kawasan
Pihak Berkuasa Tempatan tersebut boleh digunapakai sebagai kawasan
perancangan kemajuan ini. Adalah dijelaskan disini bahawa Pihak Berkuasa
Tempatan dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan merupakan dua badan
yang berbeza dan terasing walaupin ianya berfungsi di dalan satu pentadbiran
yang sama. Sebagai contoh Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan
mempertimbangakan permohonan Kebenaran Merancang ianya akan bertindak
sebagai Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Sebaliknya kuasa Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan tidak boleh bertindak sebagai Pihak
Berkuasa Tempatan bagi menjalankan fungsinya yang lain seperti memungut
cukai, mengawal kesihatan Bandar dan sampah sarap.

Tugas dan kuasa Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan yang utama


adalah membuat perancangan dan penyebaran maklumat berkenaan
perancangan di dalam kawasan tadbirnya. Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan juga wajib menjalankan sebarangan tugas jika diarahkan oleh Pihak
Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancangan Negeri(JPN) kerana
walaupun diberi kuasa yang penuh menentukan keputusan perancangan
pembangunan kawasan tetapi Pihak Berkuasa Negeri lebih Berkuasa dalam
menentukan corak pembangunan tanah di dalam Negeri. Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan juga berkuasa mengatur, mengawal dan merancang
pemajuan dan pengunaan semula tanah dan bangunan di dalam kawasannya
sebagaimana ianya kuasa yang diberikan kepadanya melalui perundangan
yang telah dibuat dan terlibat dengannya. Seterusnya ianya juga boleh
mengusahakan, membantu dan mengalakkan pemugutan, penyenggaraan dan
penyiaran perangkaan buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang
berhubung dangan perancangan bandar dan desa.

Pembangunan tanah yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa


Perancangan Tempatan melalui kuasa perancangan dan penetapannya
bukanlah kuasa mutlak keranan seperti disebutkan bahawa Pihak Berkuasa
Negeri merupakan kuasa tertinggi mengenai hal tanah. Oleh itu Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan perlu menjalankan tugas berdasarkan keputusan
dasar-dasr pembangunan negeri dan Negara dan perlu mendapat kelulusan
Jawatankuasa Perancangan Negeri bagi rancangan-rancangan tempatan. Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan tidak boleh membenarkan perancangan
walaupun rancangan struktur menetapkan bahawa bidang kuasa telah dipatuhi
akan tetapi apabila perancangan dan kegunaan tanah tersebut tidak selari yang
telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Jelaslah disini bahawa Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan tertakluk kepada kuasa Pihak Berkuasa
Negeri dan Jawatankuasa Perancangan Negeri dan tindakan yang diambil oleh
Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan tidak boleh melagkaui dan bercanggah
dengan keputusa kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Akan tetapi kuasa
perancangan di peringkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan boleh
mengawal dan menstukturkan pembangunan bagi perancangan yang baik
didalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan tersebut.

KEPERLUAN MERANCANG MELALUI RANCANGAN TEMPATAN DAERAH

Rancangan Pemajuan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara yang di


rangka di peringkat persekutuan, Rancangan Struktur Negeri berfungsi di
peringkat Negeri dan Rancangan Tempatan Daerah di peringkat tempatan.
Rancangan Tempatan Daerah mengandungi peta atau pernyataan bertulis yang
disokong dengan Garis Panduan perlaksanaan yang menerangkan secara
terperici segala candangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan berhubung
dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah.Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (Akta 172) memperuntukan bahawa Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan perlu menyediakan rancangan tempatan Daerah. Mengikut
Subseksyen 12(3), Akta 172 menggariskan Draf Rancangan Tempatan sebagai
satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan
bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan. Menurut Kamarudin
Ngah (1991:35) dalam penyediaan pelan tempatan, Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan hendaklah menetukan kawasan tindakan dan
disertakan pernyataan bertulis dan peta-peta yang menunjukan secara lengkap
cadangan kemajuan tanah .Ianya menerangkan dengan lebih terperinci segala
dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum untuk pemajuan dan penggunaan
tanah serta menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik
Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

Kandungan Rancangan Tempatan Daerah adalah hasil daripada


rumusan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan
mengenai rancangan eleman-elemen memajukan tanah, melindungi alam
sekitar, topografi kawasan, lanskap, kawasan lapang untuk masyarakat,,
lalulintas Komunikasi dan penstrukturan bangunan. Penyediaan Rancangan
Tempatan Daerah ini adalah bertujuan menterjemahkan dan melaksanakan
Rancangan Struktur Negeri. Ini juga bertujuan menyediakan garis panduan
bagai memudahkan pembangunan untuk dimajukan serta mengemukakan arah
tuju pembangunan kawasan perancangan tempatan untuk pertimbangan dan
maklumbalas awam.

PERANAN PBT SEBAGAI PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DI


DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN FIZIKAL

Keperluan undang-unang mengenai Pihak berkuasa Tempatan ialah di


bawah seksyen 5(1) Akta 172. Perkara ini menjelaskan bahawwa Pihak
Berkuasa Tempatan iaitu pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) hendaklah menjadi Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan dibawah Akta 172. Pihak Berkuasa Tempatan ini telah
diberikan kuasa oleh perundangan untuk memastikan kawasan pentadbirannya
berasa dalam keadaan yang selamat dan merancang sesuatu pembangunan
dalam keadaaan yang sesuai dengan sosio budaya masyarakat. Ini
menunjukkan, Pihak Berkuasa Tempatan adalah bertangungjawab bagi
merancang dan membangunkan kawasanya dalam konteks pembangunan
nasional. Adalah menjadi kewajipan Pihak Berkuasa Tempatan bagai
menentukan kehidupan masyarakatnya berasa pada tahap yang terbaik dan
optimum. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan secara umumnya adalah
memastikan kesejahteraan dan kelestarian masyarakat dengan menjalankan
tugas merancang, melaksanakan, mengawal perancangan degan baik dan
memberikan perkhidmatan dengan tulus dan adil (Hamzah jusoh,2009:55).
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan amat penting dalam memastikan segala
perancangan perbandaran dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti.
Masyarakat kini jugan semakin peka dan mangambil berat ke atas persekitaran
mereka dan mereka telah mula menjadi rakan kepada Pihak Berkuasa
Tempatan untuk menyumbang sesuatu kepada perancangan tempatan bagi
mewujudkan persekitaran perbandaran yang lebih terancangan dan tersusun
serta selesa dan mesra penduduk. Menurut Dani Salleh (2004:203)
perancangan yang efisen dan efektis bukan sahaja dapat menyediakan komuniti
setempat kemudahan, tetapi aspek matlamat perancangan kemudahan ini perlu
berasaskan cirri dan factor kebolehsampaian (asesbility), kesepaduan
(intergration), saling melengkapi (compelement to each components) tahap
penerimaan dengan taraf sosio ekonomi, sosiobuday dan sosio politik dan
memenuhi matlamat pembangunan setempat. Dalam tulisan ini kita kita akan
melihat konteks peranan Pihak Berkuasa Tempatan didalam Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan iaitu dibawah Akta Perundangan iaitu Akta
Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Penyelarasan
tangungjawab di antara Pihak Berkuasa Negeri dengan Pihak Berkuasa
Tempatan. Kedua konteks ini akan menjelaskan dengan lebih mudah dan
berkesan bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan itu dapat bertindak dengan
berkesan didalam melaksanakan tangungjawabnya sebagai salah dari satu
badan perancangan tempatan iaitu Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.

PERANAN PBT DI DALAM KONTEKS PERTAMA (AKTA PERANCANG


BANDAR DAN DESA - AKTA 172)

Tugas Utama Pihak Berkuasa Perancang Tempatan adalah yang


digariskan Akta Perancang Bandar Dan Desa Akta 172 ialah mengatur,
mengawal dan merancang pengunaan semua tanah dan bangunan di dalam
kawasannya. Dibawah perkara ini menunjukkan dengan jelas bahawa Pihak
Berkuasa Tempatan bertangungjawab secara penuh dalam menentukan
bahawa kawasa perancangan di dalam kawasannya dibangunkan dengan
seoptimum mungkin bagai meningkatkan pembangunan fizikal di bawah
pentadbiranya. Sebagai agensi perancangan , Pihak Berkuasa Tempatan perlu
bijak dan efisen sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan bagi merangka
program yang menyeluruh untuk mencapai matlamat negara kepada kualiti
kehidupan yang tinggi disamping meningkatkan taraf sosio ekonomi.
Pembangunan fizikal yang dibangunkan ini haruslah berlandaskan kepada
pembangunan negeri, Negara dan pembangunan nasional. Pihak Pihak
Berkuasa Tempatan harus menterjemahkan matlamat sosio ekonomi dalam
bentuk fizikal. Ini boleh dilihat dengan pembangunan prasarana-prasarana yang
membantu membina ekonomi masyarakat supaya aliran ekonomi yang rancak
boleh diwujud di dalam kawasan yang dibangunkan. Memberikan keutamaan
kepada keparluan perbandaran. Dani Salleh (2004:35) jika dahulunya tumpuan
untam kerajaan tempatan ialah merancang infrastruktur kemudahan awam dan
asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan pembentungan, tetapi kini
Kerajaan Tempatan perlu pula memberi tumpuan kepada pembangunan
infrastruktur dan keparluan setempat, sebagai syarat pembangunan Bandar
baru.

Pihak Berkuasa Tempatan perlu menterjemahkan dasar pembangun


dalam pelan perancangan fizikal kawasan pembangunan pentadbirannya. Ini
akan merialisasikan pembangunan-pembangunan yang telah dirancang di
peringkat negeri dan nasional serta mewujudkan seselarian di dalam
pembangunan yang dirancangkan di dalam Negara. Di sini peranan Pihak
Berkuasa Tempatan amat perlu untuk memandu Pihak Berkusa Perancang
Tempatan supaya ianya tidak tergelincir dan terasing serta bersendirian didalam
pembangunan dan perancangan yang dibuat di peringkat Pihak Berkuasa
Perancangan tempatam. Pembangunan yang dirancangkan oleh Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan juga harus menekankan aspek menjaga
kepentingan kualiti alam sekitar supaya matlamat pembangunan lestari itu dapat
dinikmati oleh masyarakat. Pembanguna lestari ini merujuk kepada
pembangunan dan kemajuan serta mementingkan aspek pemuliharaan alam
sekitar daripada musnah. Menurut Kaltum Haji Ismail (2004:253) Bandar yang
sedang membangun perlu terus mengunakan teknologi untuk memastikan
proses perbandaran dapat memenuhi kehendak komuniti yang terlibat dalam
jangka masa panjang. Peranan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan juga
harus bergerak selari dengan perkembangan semasa dan arus teknologi yang
begitu cepat murubah persekitaran masyarakat setempat. Pihak Pihak Berkuasa
Tempatan harus menerapkan idea pembangunan lestari berasakan konsep
prinsip-prinsip pembangunan berterusan di kawasan kemajuannya. Ianya
berorentasikan pembangunan masa sekaran tanpa memjejaskan keupayaan
generasi akan dating. Amatlah sedih jika difikirkan kawasan yang dibangunkan
itu mengorbankan sumber-sumber alam demi kepentingan sesetengah pihak
hanya kerana ditegakkan atas dasar pembangunan.

Pengawalan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan

Pengawalan perancangan Bahagian IV akta 172 mengandungi


peruntukan-peruntukan arahan bagi penguatkuasaan pengawalan perancangan
oleh pihak berkuasa Tempatan. Seksyen 18 (akta 172) menyatakan melarang
seseorang mengunakan tanah atau bangunan kecuali mengikut rancangan
tempatan. Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan harus peka dan sentiasa
menjadikan rancangan tempatan yang telah dilancarkan dipatuhi supaya
mewujudkan keseragaman di dalam kawasan pembangunan. Rancangan
Tempatan yang telah dilancarkan mengandungi stratigi dan cadangan polisi
pembangunan yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan. Bagi seksyen 19 pula melarang pengecualian-pengecualian tertentu
untuk pemajuan dimulakan, diusahakan atau dijalankan tanpa Kebenaran
Merancang. Oleh itu Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan terikat daripada
memberikan kelonggaran di dalam sesebuah perancangan pembangunan.
Pihak Berkuasa perancangan Tempatan adalah Pihak Berkuasa Tempatan
yang berkuasa memberikan Kebenaran Merancang untuk sesuatu projeknya,
maka semua permohonan–permohonan untuk membangunkan tanah dan
mendirikan banggunan perlulah memohon Kebenaran Merancang kepada pihak
berkuas perancang tempatan. Kegagalan sesuatau dasar pembangunan lebih
banyak berpunca daripada cara pelaksanaan yang kurang sesuai dan para
pelaksaan yang kurang sesuai dan para pelaksan sendiri kurang berpandangan
jauh; kurang dasar sokongan; dan sering juga kerajaan tidak memanjangkan
tempoh pelaksanaan sesuatu dasar sehingga kesannya dapat diperhatikan
(Katimah Rostam,2001:46).

Seksyen 30 memberikan kuasa kepada pihak berkuas perancang


tempatan dengan kelulusan Pihak berkuasa Negeri untuk mengenkhendaki
sesuatu pengunaan tanah dihentikan, mengenakan syarat-syarat bagi
meneruskan pengunaan tanah atau mengkhendaki bangunan-bangunan atau
kerja-kerja diubah. Mana-mana pemunya tanah yang terkena oleh pejalanan
kuasa –kuasa itu adalah berhak mendapat pampasan dan merayu kepada
Lembaga Rayuan terhadap perjalanan kuasa-kuasa itu terhadap amaun
pampas an yang ditawarkan oleh pihak berkuas perancang tempatan.

Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan

Seksyen 26 hingga 30 adalah berkenaan dengan tindakan


penguatkuasaan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan terhadap mana-
mana kesalahan yang disabitkan dibawah Akta 172. Kesalahan ini ada;lah
melakukan pembangunan yang tidak dibenarkan, melaksanakan pembangunan
tanpa Kebenaran Merancang, melaksanakan pembangunan berlawanan
dengan syarat-syarat kebenaran merancang yang diluluskan, Serta melanggar
perintah-perintah pemeliharaan pokok. Kesalahan mini membolehkan tindakan
mahkamah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap mana-mana
pelaku kesalahan dengan denda yang berat seperti denda wang tunai dan
penjara. Ini menunjukkan bahawa Akta 172 memberi kuasa penuh kepada
pihak Berkuasa Perancangan Tempatan untuk melaksanakan pengawalan dan
penguatkuasaaan undang-undang pencegahan terhadap pembangunan tanah
di dalam negara ini. Dasar yang menjadi asas kepada peruntukan yang telah
terdapat di dalam akta 172 menunjukakn Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan diberikan kuasa yang besar sehingga boleh didakwa dan
mengeluarkan perintah menghendaki tanah itu dipulihkan semula separti asal.

PERANAN BAHAGIAN PERANCANGAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN


(KEBENARAN MERANCANG SEBAGAI ELEMAN KEPADA KAWAN
KEPADA PEMBANGUNAN)

Kawalan pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam sistem


perancangan kerana fungsinya sebagai mengawal pembangunan dan
mengimplementasikan polisi-polisi perancangan daripada peringkat negara ke
peringkat tempatan. Ianya juga melibatkan pertimbangan dan keputusan di
dalam kawalan pembangunan diperingkat tempatan yang melibatkan yang
melibatkan organisasi, prosedur dan pelaksanaa. Mohd Zin Mohamad (2004:39)
menyatakan Tujuan utama Pihak Berkuasa Tempatan mengenakan kawalan
pembangunan terhadap sector hartanah adalah memastikan pembangunan
yang akan dimajukan mamatuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
Perubahan infrastruktur dan guna tanah adalah ketara dan memerlukan
kawalan untuk memastikan proses perbandaran dapat berjalan dengan lincin
dan tidak mendatangkan masalah dalam jangka masa panjang (Kaltum Haji
Ismail, 2004:247). Fungsi kawalan dalam konteks pembangunan amat penting
kerana kemusnahan alam sekitar, bencana alam dalam sesebuah Pihak
Berkuasa Tempatan terdapat jabatan yang khusus bertindak sebagai Pihak
Berkusaa Perancangan Tempatan melalui peruntukan Akta 172 yang
bertangungjawab di dalam hak ehwal perancangan dan mengawal
pembangunan dengan menyediakan skim pembanggunan bagi kawasan
pentadbirannya dan memproses setiap permohonan pembangunan disamping
inya bertindak sebagai urusetia-urusetia yang dibentuk diperingkat Pihak
Berkuasa Tempatan yang mempunyai matlamat dan objektif khusus di dalam
pembangunan setempat Sesebuah pembangunan yang ingin dibangunkan
perlu mendapat kebenaran merancangn terlebih dahulu ataupon kebenaran
yang bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Pihak
berkuasa Tempatan yang bertindak sebagai Pihak berkuasa pemajuan untuk
menjalankan sesuatu pemajuan. Akta 172 menyatakan seperti berikut :

“…tiada seorang pun boleh mengunakan atau


membenarkan digunakan sesuatu tanah atau bangunan
atau memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-
apa pembangunan melainkan ,menurut pelan
pembangunan atau sesuatu perancangan”

Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa sepenuhnya di dalam mengatur,


mengawal dan merancang pembangunan dan pengunaan tanah di dalam
kawasan tadbirnya. Micheal Goldsmith(1971:127) In a nutshell, while planners
produce plans, other implement them, and to large extent it is lack of control
over their environment, and over the agencies and actions whose support is
necessary if plans are to be successfully implemented, that lies at the heart of
what may be regarded as the current crisis in planning. Ini menunjukan begitu
pentingnya peranan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam perancangan setempat
dan ini adalah perlu bagi mewujudkan satu mekanisma kawalan terhadap
pembangunan supaya teratur dan tidak menyebabkan masalah pencemaran,
kesesakan lalulintas dan tambahan infrastuktur yang tidak diingini dikepada
masyarakat setempat juga bagi memastikan pembangunan tersebut sesuai dan
berada di tahap yang baik untuk didiami.
Sumber : www.mbas.gov

Bahagian perancangan adalah bertangungjawab sepenuhnya di atas


permohonan Kebenaran Merancang. Keputusan meluluskan permohonan
merancang akan dipertimbangkan jika tiada masalah dengan pelan-pelan
pembangunan yang dikemukakan. Disini peranan bahagian ini menunjukkan
mutu kerja dan tahap professional yang tinggi amat diperlukan. Bahagian ini
harus cekap dan efisen terhadap dalam memerhatikan sama ada permohonan
bagi pembangunan tersebut sama ada guna tanahnya itu bercanggah dengan
zon pembangunan yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan itu
dituruti ataupun tidak. Jika bahagian ini berfungsi dengan cekap tidak akan
timbul masalah terhadap pembangunan yang akan dimajukan tersebut dan
masyarakat di dalam kawasan itu akan dapat menikmati hasil daripada
pembanguna yang dibangunkan itu. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus
mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi di dalam bidang
perundangan supaya setiap pindaan–pindaan yang terlibat dan tergunapakai di
dalam proses pembangunan diperhatikan bagi mengelak percangahan
perundangan. Pihak Berkuasa Tempatan melalui Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan juga harus menyediakan garis panduaan yang lebih jelas dan
komprehensif bagi mengelakan pengunaan budi bicara secara meluas di dalam
pelan pembangunan semasa mengemukanan permohonan.

Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai koordinasi yang baik


diantara jabatan-jabatan yang terlibat di dalammemberikan kelulusan keatas
sesuatu kebenaran merancang yang dipohon. Pihak Berkuasa Tempatan harus
berkerja secara berpasukan dengan mengenalpasti peluang-peluang
perancangan di dalam kawasan tersebut dan harus selalu berbincang dan
menyelesaikan segera sebarang permasalah yang timbul di dalam kawasan
tadbirnya. Ditegaskan disini Pihak Berkuasa Tempatan melalui Bahagian
Perancangan tidak boleh dan sewajarnya membuat keputusan sehingga
mencapat ulasan-ulasan teknikal seperti dariada Bahagian Perundangan Tanah
Negeri apabila berkaitan ubah syarat tanah walaupun ianya selalunya
menyebabkan kelewatan kelulusan Kebenaran Merancang dibuat. Ini
merupakan syarat mandatori supaya pembangunan yang direncanakan itu selari
dengan perundangan yang lebih tinggi daripada kuasa yang ada di dalam Pihak
Berkuasa Tempatan.

Campurtangan politik dan pihak berkepentingan di dalam Pihak Berkuasa


Perancangan Tempatan juga menyumbang kepada keadaan ini berlaku. Pihak
Berkuasa Tempatan harus mengelakan dengan jelas jika terdapat unsur-unsur
politik kerana ianya akan mencacatkan prosedur Kebenaran Merancang dan
penilaian terhadap pembangunan yang dicadangkan itu akan berat sebelah dan
tidak adil. Ini boleh ditunjukkan dengan keadaan ahli politik secara individu
cuba mempengaruhi keputusan-keputusan perancangan bagai faedah untuk diri
dan kawasan undian mereka. Terdapat keputusan-keputusan perancangan
akan dipengaruhi pleh arahan dasar-dasar yang jelas diberikan oleh kepimpinan
parti politik. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan juga lebih terikat dan akan
dipengaruhi keputusannya dengan pelantikan pegawai-pegawai tertinggi
perancangan diperingkat nasional di kalangan ahli-ahli politik ataupun ahli-ahli
majlis di Pihak Berkuasa Tempatan itu adalah berdasarkan lantikan politik.
Secara teorinya boleh dikatakan bahawa ahli politik bertangungjawabd alam
membentuk dasar dan peranan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan adalah
untuk menterjemahkan dasar ini kepada program ataupon projek-projek
khusus.

Ahli majlis yang kadang kala merupakan pembuat keputusan melalui


Pihak Berkuasa Tempatan merupakan orang yang penting di dalam
memberikan Kebenaran Merancangan di dalam Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan. Ahli Majlis yang kadang-kala tidak mempunyai latar belakang di
dalam perancangan, terutamanya apabila ianya melibatkan idea perancangan
yang mana oleh jabatan-jabatan teknikal yang lain bersama justifikasi
pembanguna, namun akhirnya kebenaran diberikan oleh mereka yang tidak
memahami tujuan perancangan itu. Disamping itu terdapat juga beberapa
amalan dalam membuat keputusan perancangan yang diputuskan melalui dasar
dan perundingan yang tidak jelas oleh pihak pembuat keputusan. Pihak
Berkuasa Tempatan juga harus sedar akan kemungkinan bahawa tidak semua
kawasan pembangunan menghadapi keadaaan dan masalah yang sama begitu
juga dengan pengunaan dasar yang tidak jelas dan kelemahan koordinasi
sukan bagi membuat perundingan yang berkesan. Oleh itu adalan penting bagi
pembuat keputusan perancangan yang mahir dengan merujuk kepada pelan-
pelan pembangunan yang digunapakai.
KEBERKESANAN PELAKSANAAN KEEDAH PENGELUARAN PERAKUAN
SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) : PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEBAGAI
PENIMBANGTARA.

Konsep Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan ini merupakan


penambahbaikan yang telah dibuat di peringkat nasional di dalam pihak
berkuasa tempatan di dalam aktiviti pembangunan kawasan seliaansesebuah
Pihak Berkuasa tempatan. Ianya sedang dilaksanakan secara menyeluruh
dimana Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan ini mengantikan sijil Kebenaran
Menduduki (CFO). Bezanya dengan pengeluaran Sijil Kebenaran Menduduki
adalah sebelum ini Pihak Berkuasa Tempatan yang bertangungjawab dalam
mengeluarkan dan bertangungjawab terhadap sesebuah pembangunan yang
telah siap dibina akan tetapi tangung jawab ini telah dipindahkan kepada Arkitek
Profesional, Jurutera profesional atau pelukis Pelan Bangunan profesional
selaku orang yang bertangungjawab keatas pengeluaran perakuan ini.

Di lihat Pihak berkuasa Tempatan sedikit sebanyak dapat mengurangkan


beban dan tangungjawab yang yang sebelum ini terpikul di atas bahu Pihak
Berkuasa Tempatan selaku orang yang bertangungjawab ke atas kawasan
pemajuan setelah selesai kerja-kerja pembinaan dan telah diakui selamat di
duduki oleh masyarakat. Walaupun Pihak Berkuasa Tempatan telah tidak lagi
bertangungjawab keatas implikasi bangunan yang diluluskan di dalam perakuan
siap dan pematuhan ini tetapi Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan
masih perlu dikemukakan dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan selaku pihak Berkuasa perancang tempatan
adalah untuk memeberi nasihat dan garis panduan kepada sistem ini dengan
lengkap supaya setiap pihak profesional yang terlibat bertangungjawab dalam
meluluskan sijil perakuan siap dan pematuhan ini dapat mengemukakan pelan-
pelan yang teratur dan tersusun selaras dengan matlamat Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan iaitu menyediakan kawasan pembanguna yang selamat
dan tersusun.
Semasa pembinaan pembangunan berlaku Pihak Berkuasa Tempatan
perlu membuat pemantauan di kawasa-kawasan kerja pembinaan agar
pembinaan yang dirancang itu selaras dengan peruntukan perundangan dan
syarat-syarat pembangunan yang telah dikeluarakan oleh Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan. Pemerikasaan di tapak dan pengeluaran notis perlu
dikeluarkan dengan kadar sebeberapa segera seupaya tindakan pembetulan
dapat diambil oleh pihak profesional yang terlibat yang bertangungjawab di
dalam pengeluaran Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan seberapa segera. Di
dalam sistem ini peranan dan tangungjawab Pihak Berkuasa Tempatan
dipertingkatkan dengan memberi Pihak Berkuasa Tempatan lebih kuasa
tambahan untuk mengeluarkan arahan menahan pengeluaran sijil perakuan
siap dan pematuhan sekiranya ketidak patuhan tidak diperbetulkan oleh pihak
yang mengeluarnya. Pihak Berkuasa Tempatan akan dimaklumkan tentang
penyiapan setiap peringkat pembinaan utama pembangunan yang telah
dirancang. Oleh itu perlu ditekankan disini ketegasan Pihak Berkuasa
Tempatan dalam memantau setiap peringkat pembinaan ini agar ianya dapat
disiapkan seperti yang telah diputuskan dan dirancangkan oleh pemaju semasa
perundingan dengan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.

Setelah pemakluman daripada pihak profesional yang terlibat tentang


penyiapan sesuatau peringkat pembangunan, Pihak Berkuasa Tempatan harus
melakukan pemeriksaan tapak agar sebarang ketidak patuhan kepada pelan
yang diluluskan dan Akta 172 atau mana-mana undang-undang kecil
dibawahnya dapat dikenalpasti dan diperbetulkan. Melalui Jawatankusa One
Stop Center (OSC) yang mana Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan
sebagai penyelaras akan menetapkan ketidakpatuhan yang dilaporkan serta
mencadangkan kaedah pembetulan. Pihak Berkusa Tempatan akan
mengeluarkan notis bertulis yang berkehendakkan pematuhan dinyatakan
dalam notis tanpa menjejaskan pelaksanaan projek di tapak. Sekiranya
ketidakpatuhan masih belum diperbetulkan dalam tempoh yang ditetapkan
Pihak Berkuasa Tempatan akan diarahkan untuk mengeluarkan arahan Berhenti
Kerja atau arahan bertulis pengeluaran sijil perakauan siap sehingga kepatuhan
itu diperbetulkan (Ahmad Fuad Ismail, 2007:8)

Di dalam sistem ini, Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa yang luas
untuk mendakwa pihak-pihak yang memberikan perakuan yang salah semasa
pengeluaran Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan dikeluarkan. Pihak Berkuasa
Tempatan haruslah bertangungjawab melaporkan kepada Lembaga Profesional
dan badan kawal selia yang berkaitan di atas salah laku tersebut. Tindakan ini
akan membolehkan prinsip akautibiliti yang lebih jelas diamalkan bagi
mengelakan sebarang masalah kepada pembangunan yang telah dibuat dan
disiapkan. Dengan ini kualiti Pihak Berkuasa Tempatan sebagai Pihak
berkuasa Perancangan Tempatan lebih berkualiti dan lebih terjamin untuk
keselesaan masyarakat.

KEBERKESANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEBAGAI PIHAK


BERKUASA PERANCANGAN TEMPATAN.

Pembangunan bandar yang sempurna adalah didorang oleh sejauh mana Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan itu berfungsi dengan baik. Lokman Z.Mohamad
(2004:143) jika di teliti kepada corak pembangunan bandar negara hari ini,
langkah kawalan kea rah penerusan pembangunan Bandar itu sendiri tidak
wjud, kononnya kita masih lagi berada dalam ketogori negara membangun yang
perlu menyediakan banyak kemudahan untuk pertumbuhan social dan ekonomi.
Tangapan ini sama sekali salah dan inya perlu diperbetulkan. Ini harus
dibuktikan dengan kesunguhan semua pihak perancangan yang terlibat secara
langsung ataupon secara tidak langsung. Setiap bahagian yang terlibat di
dalam Pihak Berkuasa Tempatan haruslah mempunyai insiatif yang lebih efisen
dan sentiasa mencari pembaharuan yang boleh membawa Pihak Berkuasa
Tempatan sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan sebagai meditiator
perancangan di dalam kawasan tersebut. Oleh itu Pihak Berkuasa Tempatan
perlu lebih bersedia dan flexsibel di dalam merencanakan perancangan
pembangunan di dalam kawasan. Perbagai langkah harus dilaksanak oleh
pihak Berkuasa Tempatan seperti memperbaiki mutu penguatkusaan dengan
mengadakan program tahun kumpulan kerjapada waktu malam dan sebagainya.
Namum mungkin usaha tersebut akan mendatangkan sedikit implikasi terhadap
aspek kewangan. Akan tetap jika penguatkluasaan yang efektif dijalankan
haruslah disertai dengan pelan induk yang baik dan strtigi pengurusan yang
berkesan bagi jangka masa yang panjang.

Pihak Berkuasa Tempatan juga harus mempunyai pelan perancangan


jangka panjang yang bersifat intergratif bagi membolehkan ianya bertindak
sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang baik. Bahagian
Perancangan di dalam Pihak Berkuasa Tempatan juga harus menjadi pelaksana
kepada matlamat parancangan yang telah dipersetujuin oleh Pihak Berkuas
Perancang Tempatan. Fungsi Bahagian ini harus tidak terlampau terhad bagi
meningkatkan keberkesanan Bahagian ini. Kekurangan tenaga pakar di dalam
bahagian ini juga harus diteliti dan dibuat penambahan pembangunan sumber
manusia supaya bahagian yang penting ini dapat melaksanakan dan mencapai
matlamatnya yang sebenar.

Kesedaran tentang wujudnya kekurangan Pihak Berkusa Tempatan


sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang baik harus disusuli dengan
perancangan pelaksanaan bagi mengatasi kelemahan ini supaya masayarakat
persekitaran tidak menjadi mangsa kepada perancangan yang tidak teratur di
dalam kawasan pembangunan. Oleh itu pihak Berkuasa Tempatan harus
secara langsung atau tidak langsung di dalam Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan menjadi badan yang kuat dan tidak dipengaruhi dalam membuat
sebarang keputusan di dalam proses perancangan supaya ianya sesuai
dengan keadaan semasa dan relevan dengan keperluan masa kini dan akan
datang.
KESIMPULAN

Pembangunan merupakan salan satu aspek terpenting di dalam negara.


Jesteru itu adalah perlu bagi pihak yang berkepentingan yang mempunyai
fungsi dan matlamat terutamnya Pihak Berkuasa Tempatan supaya menyedari
kepentingan pembangunan setempat supaya ianya Berjaya mengerak sesebuat
pembangunan yang bestari dan mampan bagi meningkatkan kesejahteraan
masyarakat setempat. Masalah pembangunan yang menjadi masalah kini
hanya boleh diatasi sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan itu menjadi Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan mengambil langkah-langkah untuk
manguruskannya diambil melalui prinsip-prinsip pembangunan yang teratur dan
bersistematik serta berkesan.

Pembangunan yang lestari hanya dapat dicapai dengan perubahan dan


peningkatan perestasi pembangunan yang diuruskan dan bagaimana
pembangunan itu dilihat akan mambantu masyarakat setempat supaya menjadi
masyarakat yang moden dan terbaik. Diharapkan denga wujudnya peningkatan
tahap pengurusan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan akan berjaya
menjadikan Pihak Berkuasa Perancangan tempatan yang unggul dan bijak
merencanakan pembangunan setempat untuk masyarakat dan pembangunan
itu dapat diadaptasikan dengan bersistematik dan efektif demi menjamin
pembangunan yang terbaik dalam negara.
BIBLIOGRAFI

Ahmad Atory Hussain (1991). Kerajaan tempatan: teori dan peranan di Malaysia
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Amad Fuat Bin Ismail (2007) Pelaksanaan kaedah pengeluaran Perakuan Siap
Dan Pematuhan (CCC) oleh Para Profesional, kertas kerja dibentang di
Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Kerajaan-Penambahbaikan Urusan-Urusan Pemajuan Serta
Penyelengaraan Dan Pengurusan Hartanah.

Dani Salleh. (2002). Pengurusan Bandar Metropolitan: Isu, Cabaran dan


Peluang. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Dani Salleh(2004). Pembangunan komuniti : dasar, konsep, strategi dan isu di


Malaysia Isu Dan Masalah Perancangan Kemudahan Komuniti di
Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Sintok : Universiti Utara Malaysia

Hamzah jusoh (2009) Malaysia Journal of society and space 5 issue (54-68)

Kaltum Haji Hassan (2004). Pembangunan komuniti : dasar, konsep, strategi


dan isu di Malaysia Masalah Perbandaran dan Kesan terhadap Komuniti
Setempat. Sintok : Universiti Utara Malaysia

Katimah Rostam (2001) Dasar dan strategi petempatan dalam pembangunan


negara. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Kerajaan Malaysia. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Kerajaan Malaysia. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)


Michael Goldsmith (1971). Politics, planning and the city. Hutchinson

Mohd Hisyam Mohamad (2002). Pembangunan dari perspektif Islam.Kuala


Lumpur : MPL Publishing.

Phang Siew Nooi (1989) Sistem kerajaan tempatan di Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Phang Siew Nooi (1997). Financin local government . Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
Fahamkan maksud PBT sebagai Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan
(PBPT). Rujuk Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Then
saudara akan faham peranan dan tanggungjawab PBPT dalam konteks
pembangunan fizikal. Fokus kepada peranan PBPT terhadap pembangunan
fizikal. Tentang content of your assingment..you can decide based on the
question asked ....

You might also like