You are on page 1of 19

MASALAH SOSIAL DI

KALANGAN REMAJA

VANITHA A/P SAYAPARAGASAM


107703
PENGENALAN
• Kerosakan akhlak dan kejadian salah laku di kalangan remaja di negara
kita semakin meruncing dan meningkat setiap tahun. Remaja hari ini
hanyut di bawah arus masalah jenayah yang semakin membimbangkan
seperti membunuh, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas,
membuang bayi, lari dari rumah, berkelakuan lucah, mencuri, merompak,
menyamun, peras ugut, ragut dan lain-lain lagi jenayah yang semakin
merebak dalam masyarakat kita .

• Menurut Profesor Dr Syed Hassan Ahmad (2005), kehidupan remaja di


Malaysia berada di persimpangan jalan.

• Remaja hari ini lebih dikenali dari segi gaya hidupnya.

• Menurut Fornas dan Bolin (1995), idea tentang nilai baru dan gaya hidup
baru adalah perkara utama dalam kehidupan remaja terutamanya dalam
masyarakat pasca moden. Gaya hidup ini jika diamati lebih tertumpu
kepada orientasi hiburan atau entertainment orientation.
CONTOH KES

• Kes Muhammad Farid Ibrahim berumur 16 tahun iaitu pelajar tingkatan


empat Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Ma’amor
Negeri Sembilan yang didakwa dibunuh oleh lapan pelajar tingkatan lima
sekolah tersebut.

• kes gangsterisme melibatkan seorang remaja lepasan Sijil Pelajaran


Malaysia (SPM) di belasah sekumpulan remaja lelaki. Pergaduhan
dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu

• Kegiatan pelajar yang tidak bermoral itu dikenali sebagai ‘Black Metal’.
Ini menyemarakkan lagi api kemaksiatan dan peningkatan gejala sosial di
kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Kegiatan ini mempunyai
unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka
yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan
mereka
PUNCA MASALAH

• Menurut Sarlito Wirawan Sarwono (1989), gejala-gejala seperti


keruntuhan akhlak, rapuhnya pegangan agama, krisis gejala tidak bermoral
seperti merogol, membunuh dan pelbagai lagi jenis jenayah mungkin
berpunca daripada kurangnya penghayatan nilai-nilai agama dan krisis
rumah tangga serta ketidakpekaan ibu bapa pengaruh persekelilingan,
pembangunan permodenan dan sikap remaja serta kelemahan yang ada
pada dasar negara.

• Ada kajian mengatakan bahawa perlakuan jenayah remaja sama ada dadah,
seksual atau kekerasan, berpunca daripada pengaruh persekitaran,
keluarga, rakan-rakan dan faktor hiburan serta kelemahan yang terdapat
pada dasar kerajaan.
STATISTIK SOSIAL
TAHUN KES JENAYAH MELIBATKAN PELAJAR TAHUN 2007 - 2008

2008 3725

2007 3383

0 1000 2000 3000 4000


PELAJAR
DASAR SOSIAL NEGARA
• Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang
berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai
kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

• 19 Februari 2003. bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju


dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

• Objektif umum ialah menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa
mengira kumpulan etnik, agama,budaya,gender dan fahaman politik serta
wilayah dapat menyertai dan member sumbangan kepada arus pembangunan
negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

• Objektif khusus ialah memastikan keperluan asas individu, keluarga dan


masyarakat dipenuhi, membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat,
memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan
sosial dan menjana sinergi multisektor.
KELEMAHAN
• Sememangnya, terdapat pihak-pihak non governmental corporation yang
cuba berbaik-baik dengan remaja yang bermasalah moral bagi mengatasi
masalah sosial ini tetapi sebesar masyarakat hanya melihat dan mengkritik
usaha mereka. Dasar yang diwujudkan ini tidak membawa impak dalam
menangani masalah sosial ini.

• Peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan


Majlis Tindakan Negara dan Majlis Tindakan Negeri dan sebagainya
seperti tidak wujud kerana publisitinya yang terhad dan maklumat-
maklumat tidak sampai kepada masyarakat tepat pada masanya.

• Maklumat-maklumat mengenai pengwujudan sesuatu institusi bagi


menangani masalah sosial ini tidak diketahui umum atau tidak sampai
kepada masyarakat. Contohnya, Pusat Rujukan Sosial. Kewujudan pusat
ini tidak diketahui umum dan peranannya juga tidak diketahui.
• Wakil rakyat tidak menjalankan peranannya. Mereka mengambil mudah
perkara ini dan tidak menunjukkan sebarang reaksi atau tindakan dalam
menangani masalah ini.

• Pihak Berkuasa Tempatan juga tidak dapat menjalankan fungsi mereka


dengan baik kerana kuasa yang terhad dan juga kemudahan sosial yang tidak
seberapa memadai disebabkan oleh faktor kewangan.

• Kementerian-kementerian yang terlibat di bawah dasar ini tidak seberapa


yang menonjol kerana fungsi yang terhad dan juga mengalami masalah
komunikasi di antara kementerian dengan masyarakat. Pendedahan tentang
kementerian ini dalam menangani gejala sosial ini tidak sampai kepada
masyarakat.

• Kelonggaran yang ada pada undang-undang dalam mencegah gejala ini juga
menjadi salah satu sebab dasar ini menjadi lemah serta pegawai-pegawai yang
terlibat dengan dasar ini juga tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
CADANGAN
• Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu langkah bijak
dalam usaha menangani masalah sosial pelajar.

• Pihak Kementerian Pelajaran haruslah mewajibkan semua pelajar sekolah


menengah menyertai pasukan beruniform dan aktiviti kokurikulum. Ini
keranan dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum pelajar akan
dapat pelbagai manfaat dan menjauhkan diri mereka daripada terlibat
dalam aktiviti sosial.

• Polis Diraja Malaysia boleh menjadikan sekolah yang mempunyai kadar


kejadian jenayah yang tinggi sebagai ‘sekolah angkat’ dengan pegawai
Polis Diraja Malaysia bagi memastikan disiplin pelajar terkawal
• memberi bantuan biasiswa, pengecualian yuran dan memberi buku rujukan
kepada pelajar yang datang daripada keluarga yang rendah status
sosioekonomi

• Perlu ada pendedahan mengenai organisasi dan fungsi kementerian-


kementerian kepada kumpulan sasaran iaitu belia supaya lebih jelas dan
sampai ke akar umbi. Contohnya, terlalu ramai remaja lepasan sekolah
‘tercari-cari’ sumber-sumber untuk membantu mereka.

• perlu ada keseimbangan dari segi perlaksanaan dasar. Kekerapan


pertukaran pucuk pimpinan di dalam pentadbiran kerajaan ini sering
membawa wadah mengikut citarasa sendiri. Apabila berlaku pertukaran
pemimpin negara, dasar yang sedia ada akan dibuat perubahan dari masa
ke semasa. Ini akan menimbulkan kesesakan dalam dasar dan akhirnya
matlamat dasar tersebut tidak dapat dicapai.

• perlu ada pengguatkuasaan hukuman-hukuman yang sewajarnya mengikut


kesalahan yang terkandung dalam undang-undang negara bagi pihak-pihak
yang terlibat dengan perdagangan-perdagangan yang merosakkan akhlak
remaja. Pusat-pusat hiburan perlu dikurangkan bilangan dan diawasi
waktu operasinya. Peranan media massa cetak dan elektronik mesti ditapis
dan dikawal pengisiannya. Ada sesetengah program yang memaparkan
keterlaluan dalam cara pergaulan dan juga komunikasi di mana ianya
membawa impak ke atas akhlak remaja.
KESIMPULAN
• Golongan remaja merupakan penggalas tanggungjawab dan memainkan
peranan yang amat penting di dalam memastikan pengekalan institusi-
institusi dan sistem-sistem kemasyarakatan negara

• Namun begitu, para remaja tidak dapat lari dari masalah dan tingkah laku
negatif.

• Pelaksanaan Dasar Sosial Negara perlu dipantau bagi memastikan


kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial.
Kejayaannya bergantung pada komitmen, sokongan dan kerjasama sektor
awam, swasta dan juga masyarakat itu sendiri.
GAMBAR-GAMBAR
BERKAITAN MASALAH
SOSIAL
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like