You are on page 1of 7

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ PERNIAGAAN (COB)

BPMS3113
PENGURUSAN MUAMALAT
ANTARABANGSA

TUGASAN INDIVIDU
ETIKA PENGURUSAN ISLAM DAN
KONVENSIONAL

NAMA PENSYARAH

USTAZAH . AZIZAH BINTI OTHMAN

NAMA: SHARALIZA BINTI NGAH


NO MATRIK: 111600
PENDAHULUAN

Pengurusan kontemporari yang canggih belum memadai sistem itu dapat mengatasi

masalah penyakit sosial yang melanda organisasi kini. Islam sedar walaupun tanpa

canggihnya teknologi yang digunakan, namun manusia sentiasa terdedah dengan

kealpaan namum begitu Islam telah menerapkan satu set etika dalam pengurusan Islam.

Apabila wujud keselarian antara sistem, amalan organisasi dan perilaku individu dalam

organisasi tersebut untuk mencapai apa yang dituntut syarak, maka matlamat untuk

dicapai adalah mudah.

Konsep etika bermaksud satu teori umum,set nilai, standard moral, peraturan dan

prinsip berhubung kelakuan individu dalam kelompok sosial yang membolehkan mereka

menentukan sama ada pekara yang dipercayai dan dipegang oleh sesebuah masyarakat itu

sebagai sesuatu yang benar, patut diterima sebagai baik dan buruk. Teori berhubung etika

pertama ialah Utilitarianisme iaitu sesuatu perbuatan betul atau salah itu tidak berkaitan

dan terpisah daripada sifat yang dimiliki oleh individu yang melakukannya. Teori ini

menekankan hasil perbuatan tidak bergantung sama sekali dengan motif dan tujuan yang

dilakukan. Suatu tindakkan akan beretika apabila ia memberi utiliti iaitu kegunaan,

faedah, kebaikan, keuntungan serta manfaat yang lebih besar dan banyak kepada orang

ramai. Teori yang kedua ialah egoisme yang meletakkan kepentingan diri sebagai prinsip

dan panduan dalam berkelakuan. Teori memberi motivasi pekerja untuk bekerja

bersungguh-sungguh keatas kearah peningkatan kualiti organisasi adalah bermula

daripada hasrat untuk memenuhi kepentingan individu itu sendiri. Seterusnya teori

hedonisme yang berpegang kepada falsafah hidup yang mengatakan bahawa segala
perbuatan yang membawa kepada keseronokan, kenikmatan, dan kelazatan adalah baik

dan beretika manakala perbuatan yang membawa kesakitan, keburukan dan kesedihan

adalah buruk. Hak-hak moral adalah salah satu teori berhubung etika perniagaan yang

menekankan bahawa setiap manusia mempunyai kebebasan dan hak yang sama diantara

satu sama lain. Prinsip hak-hak moral pertama suatu perbuatan adalah betul dan bermoral

apabila alasan seseorang itu berkelakuan demikian turut dipersetujui oleh orang lain

dalam setuasi yang sama. Prinsip yang kedua ialah tidak menggunakan orang lain untuk

kepentingan diri manakala prinsip yang ketiga ialah dilakukan semata-mata atas

kesedaran bahawa ia adalah satu tugas. Teori ertika perniagaan yang terakhir ialah

keadilan. Keadilan amat perlu diamalkan dalam setiap tindakan dan keputusan yang

diambil, manakala etika pengurusan Islam adalah sebagai set nilai-nilai islam yang

diformulasikan dalam suatu kod khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli

organisasi, disenangi oleh masyarakat dan tidak melanggar ketentuan syarak. Dasar

utama etika Islam terdiri daripada dalil Naqli dan dalil ‘aqli. Dalil naqli bersumberkan

ketuhanan perpandukan al-Quran yang diturunkan untuk memberikan peringatan, nasihat,

dan penjelasan kepada umut manusia. Al-Quran merupakan sumber yang berautoriti

dalam menentukan baik – buruk sesuatu pekara serta berperanan sebagai petunjuk dalam

membezakan antara yang betul dan salah. Dalil ‘aqli bersumberkan manusia yang

menggunakan akal, naluri serta pengalaman. Nilai-nilai yang lahir daripada penaakulan

akal, pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah bersifat sementara dan relatif

iaitu ia sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperluan masa lantaran keupayaan

menusia terhad. Prinsip–prinsip yang digunakan dalam asas pembentukan kod etika

pengurusan sesebuah organisasi. Prinsip pertama ialah keimanan menjadi teras kepada
semua pembentukan amalan dalam Islam. Mereka akan melaksanakan segala bentuk

amanah yang telah dipertangungjawabkan kepadanya dengan ikhlas untuk mendapat

keredhaan Allah dan terus berazam untuk melakukan yang terbaik lantaran menyedari

pengawasan Allah adalah lebih tajam daripada pengawasan manusia. Prinsip yang kedua

ialah keadilan merupakan satu kewajipan, keadilan dalam Islam tidak hanya membawa

maksud keseimbangan, kesaksamaan, dan pemberian hak kepada mereka berhak, bahkan

yang lebih utama ialah mendorong individu untuk melakukan dan meletakkan sesuatu

pada tempatnya berpandukan syarak. Prinsip yang terakhir ialah kebahagian sejagat yang

memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak sama ada terlibat secara langung atau

tidak langsung. Ketiga-tiga prinsip etika di atas akan membawa kepada penghasilan

beberapa komponen nilai dalam membentuk etika pengurusan sesebuah organisasi.

Pertama, nilai keagamaan merupakan tunjang kepada nilai-nilai yang lain. Ia menjadi

asas pegangan setiap ahli organisasi dalam menentukan sesuatu perlakuan itu sama ada

betul atau salah, baik atau buruk dari segi syarak. Kesedaran dan motivasi yang wujud

dari dalam diri ini seterusnya akan membawa kepada peningkatan kualiti kerja. Kedua,

nilai profesionalisme iaitu gabungan dua nilai utama iaitu berilmu dan berkemahiran.

Seorang profesional bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan tetapi kemahiran

kemanusiaan mahupun kemahiran teknikal. Ketiga, nilai kualiti iaitu menitikberatkan

nilai produktiviti dan kualiti itu sendiri. Kecekapan, itqan, istiqamah, ihsan, kolektif,

kreatif dan inovatif merupakan nilai-nilai yang menyokong usaha peningkatan

produktiviti dan penambahbaikan kualiti secara menyeluruh. Keempat, iaitu nilai peribadi

di mana menjalinkan hubungan inter-personal dalam menyempurnakan kerja-kerja harian

mereka sama ada secara formal atau tidak. Perbandingan antara etika pengurusan islam
dan konvensional mendapati wujudnya perbezaan antara kedua-duanya termasuklah dari

segi sumber asasnya, prinsip dan nilai yang terkandung. Kemampuan akal, naluri dan

pengalaman untuk dijadikan sebagai sumber dan kriteria utama dalam menilai serta

menentukan sesuatu perkara itu sama ada baik atau buruk, betul atau salah secara tepat

sering dipersoalkan. Pergantungan secara total kepada akal dalam menilai dan

memutuskan sesuatu perkara akan menghasilkan keputusan yang kurang tepat dan boleh

dipertikaikan kesahihannya. Pengambilan naluri sebagai sumber utama dalam

menentukan etika manusia juga merupakan satu kesilapan. Sifat dan sikap manusia itu

sendiri yang cendeung untuk melakukan apa sahaja bagi memenuhi naluri, keinginan dan

kepentingan diri mereka, walaupun ianya salah dan tidak adil kepada masyarakat umum.

Pengalaman silam juga tidak semestinya tepat dan releven sepanjang masa. Keputusan

yang diambil pada pengalaman lepas mungkin tidak sesuai untuk diimplimentasikan pada

masa kini. Keputusan yang baik dan buruk hanya mengambilkira penilaian mereka yang

pernah mengalami situasi yang sama di masa lampau serta implikasi yang diperolehi

daripadanya mengikut pengamatan dan kecenderungan mereka. Kelemahan-kelemahan

di atas menunjukkan bahawa akal, naluri dan pengalaman manusia tidak boleh dijadikan

sebagai sumber utama etika manusia. Tauhid yang merupakan tonggak utama dalam

keimanan, keyakinan dan kepatuhan dalam Islam menunjukkan keunikan hubungan

dengan Yang Maha Esa. Ia membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan

terhadap makluk dan membangkitkan kesedaran tentang hakikat kebergantungan hanya

terhadapNya. Komitmen yang total terhadap tauhid ini seterusnya memungkinkan usaha

ke arah mewujudkan keadilan. Keadilan dalam islam mempunyai paradigma dan

pendekatan tersendiri. Keadilan telah tersebarluas, maka kebahagian sejagat dapat


dikecapi. Etika Islam bercirikan kebaikan mutlak, mudah dilaksanakan serta mampu

memenuhi tuntutan keduniaan dn juga akhirat. Semua pihak yang berkepentingan secara

langsung atau tidak langsung akan memperolehi kepuasan dan menikmati hak masing-

masing. Meskipun etika pengurusan konvensional turut menitikberatkan nilai kualiti dan

profesional dalam kerja, namun nilai-nilai keagamaan dan peribadi mulia sama sekali

dipinggirkan. Ruang lingkup peranan merupakan garis panduan dan piawai kepada

tingkahlaku individu dan kelompok sosial. Keupayaan mematuhi segala arahan, peraturan

dan undang-undang semasa menjalankan tugas. Keimanan yang menunjungi etika

pengurusan Islam membolehkan pekerja meyakini hakikat penciptaan manusia sebagai

khalifah di muka bumi yang mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan. Rasa

tanggungjawab terhadap amanah yang dipikul tidak hanya menyebabkan seseorang itu

melakukan kerja semata-mata kerana takut kepada ketua, tetapi yang lebih penting adalah

penyempurnaan amanah Allah. Penekanan terhadap nilai kerja berkualiti, mementingkan

produktiviti, sentiasa bersyukur, amanah, tekun dan istiqamah yang mendasari etika

pengurusan mendorong warga organisasi menggunakan masa bekerja mereka secara

optimum dalam usaha menyempurnakan setiap kerja yang diberi.

Kesimpulan, etika pengurusan Islam merupakan alternatif terbaik kepada etika

pengurusan konvensional yang telah diamalkan secara meluas. Wujudnya suatu piawai

yang hakiki dan universal sifatnya, pengapliksian keempat-empat komponen nilai dalam

etika pengurusan Islam secara bersepadu dan konsisten dalam sesbuah organisasi juga

mampu mewujudkan keseimbangan dari pelbagai aspek segi, bertepatan dengan

semangat tauhid yang didokong. Setiap organisasi perlu mengambil inisiatif untuk
membentuk kod etika masing-masing dengan mengambilkira faktor individu yang

menyertai organisasi, etika sosial dan norma masyarakat.

You might also like