You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DANG ANUM

JALAN JASIN, 77300 MERLIMAU, MELAKA.

21 FEBRUARI 2011

YAB Hj. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam


Pejabat Ketua Menteri
Tingkat 4 (Suite), Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh
75450 Melaka.

Melalui ,

Puan Hjh Masnah binti Md Nor


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKKAN PERALATAN / KEPERLUAN SUKAN

Dimaklumkan bahawa Kelab Karate-do Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum telah mengadakan
aktiviti latihan karate-do pada setiap hari Rabu pada pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang dan setiap hari
Sabtu pada pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang.

2. Setelah bermesyuarat dengan Jawatankuasa INDUK Persatuan Okinawa Goju-Ryu Karate-do Negeri
Melaka dan Persatuan Karate-do Daerah Jasin, kami berharap agar mendapat sedikit peruntukkan
daripada kerajaan negeri untuk menampung kos membeli peralatan dan keperluan sukan sewaktu seisi
latihan.
3. Hal ini demikian kerana kelab kami telah bergiat aktif daripada dahulu lagi tetapi kami berlatih dalam
keadaan yang serba kekurangan. Oleh yang demikian, hal ini adalah teramat sukar untuk pihak kami
membentuk dan melatih ahli-ahli kelab untuk mewakili SUKMA pada masa akan datang walaupun
potensi mereka adalah amat menonjol.
4. Sehubungan itu, kami ingin memohon sedikit peruntukan untuk peralatan / keperluan sukan yang
sememangnya telah diklasifikasikan sebagai keperluan. Berikut adalah dirujuk:

Bil. Perkara Kos seunit (RM) Kuantiti Jumlah (RM)


11. Mini Dojo 15,000.00
1. Makanan Sampingan (Calcium dll) 2000.00
2. Sparring Kit 205.00 6 1230.00
3. Human form Standing Punching Bag 950.00 1 950.00
5. Air Shield 245.00 2 590.00
7. Arm Target 280.00 2 560.00
10. Hard Plastic Tonfa 65.00 7 455.00
8. Coaching Mitt 178.00 2 356.00
4. Bokaido Punching Bag Size L 325.00 1 325.00
9. Wooden Nunchaku 32.00 7 224.00
6. Double Kicking Target 45.00 2 90.00
Jumlah besar (RM) 21,780.00

4. Harapan kami agar permohonan kami diluluskan supaya mencapai objektif kami disamping
memperkenalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum sebagai sekolah cemerlang luar bandar
yang mampu meraih kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi kokurikulum
berlandaskan dasar baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dasar 1 Murid,
1 Sukan.

Di atas kesudian tuan yang diberikan, kami mendahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………………
(AHMAD ZABIDI BIN ABD. MALEK)
Guru Penasihat Kelab Karate-do
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
77300 Merlimau,
Melaka.

Disokong oleh,

…………………………………………………
(HJH MASNAH BINTI MD NOR)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
77300 Merlimau,
Melaka.

Diluluskan oleh,

…………………………………………………
( )

You might also like