You are on page 1of 14

Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

1.0 PENGENALAN

Pengubahsuian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di
sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran
yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti,
mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua
pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Disamping itu, ibu bapa dan masyarakat perlu
memainkan peranan yang aktif untukmerealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan
negara.

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya penggunaan komputer


dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala
kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan
menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan
satu senario belajar yanglebih menyeronokkan.

Justeru itu, profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pembelajaran yang sistematik selaras dengan pembangunan teknologi maklumat.

Memandangkan kemampuan dan potensi tinggi yang ditunjukkan oleh teknologi


multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai pihak terutamanya pihak
kerajaan cuba memperkenalkan penggunaan teknologi tersebut dalam pendidikan setempat
melalui reformasi pendidikan. Reformasi yang dimaksudkan tersebut ialah sebuah projek
pendidikan yang merupakan salah satu daripada tujuh projek mega negara yang dinamakan
Projek Sekolah Bestari.

Menurut Azizah (2005), langkah drastik ini diambil dalam usaha untuk menarik minat
pelajar kepada pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran
terutamanya bagi menepati kurikulum baru Sekolah Bestari.

1
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

Fasa permulaan Projek Rintis Sekolah Bestari adalah tertumpu kepada empat mata
pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada awal tahun 2003,
proses instalasi untuk empat mata pelajaran tersebut telah siap dilakukan kepada 92 buah sekolah
yang telah senaraikan sebagai projek rintis sekolah bestari. Tahun 2010 adalah merupakan tahun
sasaran dimana semua sekolah iaitu 10,000 buah sekolah rendah dan menengah, diseluruh negara
ditransformasikan kepada sekolah bestari.

Pengwujudan Sekolah Bestari ini juga merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana
Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan
Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat
prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. Sistem pendidikan sedia ada
perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya
saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario
dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial
serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan
menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran
dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi
secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang
efektif.

2
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

2.0 DEFINISI

2.1 Sekolah Bestari

Sekolah Bestari didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses


pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan
yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.

Sekolah Bestari juga sebagai sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk
semula secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk
menyediakan pelajar menghadapi era maklumat. Ia adalah suatu intitusi pembelajaran yang
menyediakan murid untuk zaman teknologi maklumat. Maka, intitusi ini melengkapkan pelajaran
supaya boleh belajar sepanjang hayat. Maklumat akan sentiasa berkembang dengan pesat ke
hadapan. Oleh itu, pentingnya menyediakan individu untuk belajar sepanjang hayat dalam zaman
maklumat.

Sekolah Bestari menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat dengan
mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis,
menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat. Kemahiran-kemahiran
generik yang perlu dikembangkan ialah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, kemahiran
mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan sebagainya.

2.2 Pedagogi Bestari

Pedagogi Bestari ialah satu pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang


mengintegrasikan elemen-elemen bestari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu
tajuk pelajaran. Komponen teras pedagogi bestari ialah teori pembelajaran, kemahiran generik,
ciri-ciri pelajar, strategi P & P serta jenis pembelajaran

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum


pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori
pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pembelajaran murid-murid dan seterusnya

3
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai
objektif pelajaran dengan berkesan. Pada asasnya konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-
teori pembelajaran masa kini terbahagi kepada empat, iaitu behavioris, kognitif, sosial serta
humanis.

Terdapat lima elemen bestari dalam kemahiran generik ialah kemahiran berfikir,
kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi serta kemahiran fasilitator.

Ciri-ciri pelajar dalam pedagogi bestari ialah kecerdasan pelbagai iaitu verbal linguistik,
logik matematik, visual/ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis serta
kerohanian/spritual. Jenis pembelajaran ialah penglibatan murid mengikut aktiviti pembelajaran
secara berterusan mengikut keperluan, minat serta kebolehan murid. Ada empat jenis
pembelajaran iaitu:

 Pembelajaran Masteri
 Pembelajaran Kadar Kendiri
 Pembelajaran Akses Kendiri
 Pembelajaran Terarah Kendiri

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di sekolah bestari telah direka
bentuk hasil daripada kritikan yang menyatakan bahawa melalui sistem tradisi, penyampaian
pengajaran hanya melahirkan murid yang mampu mengingat fakta dan angka tanpa mengetahui
cara mengaplikasikannya.

Pedagogi bestari berusaha mengatasi kelemahan ini dengan hanya menyediakan


persekitaran pembelajaran yang lengkap dan melahirkan generasi tenaga manusia yang boleh
berfikir secara celik teknologi.

E-Pembelajaran ialah satu cara untuk proses peningkatan kendiri seorang guru. Ia
ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi-teknologi rangkaian dan laman web yang dapat
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Selaras dengan zaman globalisasi, guru
perlu mahir dan mempunyai maklumat terperinci mengenai bahan pengajaran yang ingin diajar.

4
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

2.3 Pembelajaran Bestari

Konsep pengajaran pembelajaran bestari adalah berdasarkan teori konstrukvisme.


Maksud konstruktivisme ialah membina. Idea konstruktivisme berasal daripada Teori
Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Prokimal atau Termampu (Zone of
Proximal Development, ZPD) oleh Vygotsky. 

Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme menekankan bahawa ilmu


pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina di dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar. Asas kepada konsep konstruktivisme adalah seperti yang berikut:

 Pemerolehan ilmu pengetahuan oleh individu adalah melalui inisiatifnya sendiri.


 Tujuan pemerolehan ilmu adalah untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik.
 Proses pemerolehan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.

Dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bawah teori konstruktivisme, guru


berperanan sebagai perancang dan pemudah cara manakala pelajar memainkan peranan penting
dalam aktiviti P & P. Kaedah dan teknik tradisional seperti syarahan dan menghafal tidak sesuai
lagi sebaliknya model pembelajaran koperatif dan kolaboratif amat dititikberatkan. Pengalaman
dan kesediaan pelajar amat penting yang mempengaruhi pemerolehan ilmu. Alat penilaian
terhadap pemerolehan ilmu dibentuk oleh guru-guru dan murid-murid. Keutamaan pembelajaran
ditumpukan kepada hasil pemerolehan.

Mempelajari dan mempaktikkan amalan kaedah pembelajaran bestari yang menggunakan


komputer sebagai satu alat pembelajaran. Melalui kaedah bestari ini murid-murid akan diberikan
Kontrak Tugasan dalam tempuh tertentu dengan mereka mencari sendiri fakta-fakta, isi
pembelajaran dan penyelesaian permasalahan.

Murid-murid boleh mendapatkan jawapan daripada buku, artikel, majalah, perbincangan


dan daripada internet. Mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kebiasaannya
Kontrak Tugasan mereka diberi masa seminggu hingga dua minggu untuk diselesaikan.

Kaedah bestari ini sangat baik untuk mengembangkan lagi minda murid-murid dan
mereka akan berusaha sendiri untuk mendapatkan ilmu. Fail profil akan diberikan kepada setiap
murid untuk menyimpan segala maklumat yang diperolehi.

5
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

Dalam setiap kumpulan mengandungi murid yang cerdas, sederhana dan kurang cerdas.
Dengan ini semangat setia kawan dan tolong menolong dapat diterjemahkan dalam kumpulan
tersebut. Dalam kumpulan tersebut ada jawatakankuasa seperti Pengerusi, Setiausaha, Bendahari
dan ahli jawatankuasa dalam perkara yang tertentu.

Bagi melengkapkan tugasan yang diberi dalam masa yang telah dijanjikan, setiap
murid akan berusaha mendapatkan maklumat-maklumat sama ada secara individu atau
kumpulan. Semua maklumat akan digabungkan dan diambil yang terbaik untuk disimpan dalam
fail profil masing-masing.

Kebaikan daripada pembelajaran bestari ini ialah:

1. Setiap individu akan berusaha mendapatkan maklumat yang diperlukan

tanpa bantuan guru.

2. Berusaha memastikan setiap maklumat betul tepat dan ringkas.

3. Menjalin semangat setia kawan dan tolong-menolong.

4. Murid yang kurang cerdas dapat main peranan dengan bantuan

rakan yang sederhana dan pandai.

5. Menyemai rasa bangga memperolehi maklumat hasil usaha sendiri

dan kumpulan.

6. Menambah kemahiran komputer khususnya di bidang internet.

6
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

3.0 STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI

3.1 Strategi Generatif

Strategi generatif ialah proses pembelajaran yang menjana idea baru berasaskan
pengalaman sedia ada. Ramai yang berpendapat bahawa pengajaran generatif dapat membantu
murid mencipta pengetahuan dan membina cara-cara baru dalam meneyelesaikan masalah.
Generatif menjurus kearah pemikiran yang menggunakan metafora dan anologi. Pendekatan ini
bermatlamat merangsang imaginasi murid dengan menggunakan metafora atau keadaan yang
luar biasa. Pemikiran pelajar diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan
kreatif serta melahirkan individu yang bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu
situasi.

Strategi ini dapat membantu murid belajar cara bertingkah laku yang sesuai mengikut
situasi dan menggunakan kebijaksanaannya yang pelbagai. Hal ini termasuklah penggunaan
sumbangsaran, sinetik, pemikiran lateral dan kreativiti melalui sesuatu reka bentuk. Pengajaran
generatif boleh digunakan dalam penulisan, penyelesaian masalah yang bukan rutin dan
penemuan.

Langkah-langkah dalam merancang pengajaran generatif adalah seperti menentukan


kepiawaian dengan murid, menyediakan kriteria secara eksplisit sambil memberi kuasa kepada
murid untuk mengaplikasikannya dan meneroka pendekatan dan strategi alternatif bagi pelbagai
tugasan.

Sinetik adalah sebagai alat sumbangsaran yang digunakan dalam pengajaran generatif.
Ini adalah suatu pendekatan bagi pemikiran kreatif. Di sini, guru membimbing murid
menggunakan anologi atau metafora untuk melihat perhubungan antara bahan-bahan baru
dengan bahan yang mereka ketahui. Pendekatan ini kerap digunakan dalam kumpulan untuk
membantu memperkembangkan respon kreatif bagi menyelesaikan masalah, untuk mengekalkan

7
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

maklumat baru, membantu menjana penulisan dan meneroka masalah sosial dan disiplin. Ia
membantu pengguna menukar pemikiran sedia ada dan menghayati konsep abstrak.

Antara langkah yang wujud dalam sinetik model ialah memberi maklumat, memberi
anologi, mengguna anologi peribadi untuk mewujudkan konflik yang tertekan, membandingkan
konflik tertekan dengan subjek, mengenalpasti perbezaan, memeriksa semua subjek asal,
membina analisis baru dan menilai.

3.2 Strategi Mediatif

Pengajaran mediatif adalah satu pendekatan yang membolehkan murid belajar untuk
menilai isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan pelbagai alternatif dalam
menyelesaikan masalah Pelajar membina idea dan konsep mengikut kefahaman sendiri
berlandaskan pengetahuan lepas. Pelajar diberi bimbingan untuk mempelajari bagaimana
mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.

Dalam pendekatan ini, guru adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan
masalah bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan. Seterusnya, mereka dapat
merumuskan serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam menyelesaikan masalah.

Dalam proses pengajaran, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat pertimbangan
terhadap idea yang dikemukakan oleh murid. Guru perlu membantu membimbing bagi mencuba
dan menguji idea mereka. Murid perlu di galakkan mengemukakan idea logik secara induktif dan
deduktif.

8
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

4.0 PEMERHATIAN DAN REFLEKSI PEMBELAJARAN BESTARI

4.1 Strategi Generatif

Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan
kreatif. Strategi ini dapat membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan
kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran
yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif.
Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan
perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara.

Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang
mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah
ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan dengan
pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan seorang pelajar.

4.2 Strategi Mediatif

Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk
mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mengenalpasti andaian dan menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh
aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti
penaakulan dialektual, pemerolehan konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan
perbincangan terbuka.

Dalam pengajaran mediatif murid diberi kuasa dalam merancang dan mengawal proses
pembelajaran, peneyelesaian masalah, perancangan dan penilaian. Hal ini melibatkan proses
menolong murid secara terus bagi mengaplikasikan pengetahuan menyelesaiakan masalah dan
konflik.

9
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

Melalui pendekatan ini diharapkan murid dapat mengenal pasti strategi menggunakan
kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka. Murid akan
mendapat kesedaran tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada
masa akan datang. Mediator menunjukkan murid bagi mencapai arah kendiri secara aktif dengan
menghasilkan kaedah baru dalam penyelesaian masalah. Pendekatan ini menggabungkan aktiviti-
aktivti penaakulan, bimbingan dan perbincangan terbuka. Lama kelamaan ini akan
mengurangkan pergantungan murid terhadap guru dan boleh berfungsi sendiri.

Selain perbincangan terbuka, pendekatan utama yang lain dalam startegi mediatif adalah
penguasaan konsep, pembentukan konsep dan penemuan. Penggunaan konsep (mengikut Bruner)
adalah proses mendefinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi menggambarkan
dengan tepat makna konsep tersebut.

Dalam pengajaran penguasaan konsep, guru perlu membimbing murid melalui empat
fasa. Fasa pertama, guru-guru akan menjelaskan matlamat aktiviti dan kaedah yang digunakan
bagi menentukan konsep. Fasa kedua pula, murid diminta memberikan contoh-contoh yang
menggambarkan konsep tersebut dan cuba memperkembangkan. Setelah murid memberikan
definisi dengan betul barulah guru memberikan nama konsep tersebut. Fasa ketiga, murid
diminta membuat analisis tentang proses berfikir yang digunakan semasa membina konsep. Fasa
terakhir adalah fasa membuat penilaian tentang aktiviti yang dijalankan. Ia akan berjaya
sekiranya murid dapat mengenal pasti contoh-contoh yang lain yang berkaitan dengan konsep
yang dibina.

Model Taba dibina berasaskan konsep yang merupakan sebahagian daripada pengetahuan
sedia ada murid, dan hubungannya dengan pembinaan pengetahuan baru. Disini murid diajar
membuat pemerhatian, membentuk pelbagai jenis inferens daripada pemerhatian, memproses
data kumoulan berasaskan pengamatan yang sama. Mereka kemudian mengkategori dan
melabelkan data dan seterusnya membentuk sistem konseptual. Dalam proses ini, murid telah
memperkembangkan kemahiran berfikir mereka.

10
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

Pendekatan lain dalam pengajaran mediatif adalah inkuiri iaitu, guru perlu mengajar
cara mengkaji sesuatu masalah dan mengemukakan soalan berasaskan fakta dan pemerhatian.
Umumnya, model inkuiri adalah berasaskankepada lima langkah iaitu, mengenal pasti masalah,
Membuat hipotesis, mengumpul data, menganalisi data dan membuat generelisasi.

Dengan menggunakan naluri ingin tahu murid, strategi mediatif yang menggunakan
pendektan inkuiri akan membentu murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka
pada masa akan datang dengan lebih yakin, memilih angkubah yang relevan dan meperbaiki
proses daya ingatan dalam mengintergrasikan bahan ke dalam struktur kognitif mereka serta
memudahkan proses ingat kembali.

Oleh itu, peranan guru dalam pengajaran mediatif melalui pendekatan inkuiri adalah
membina situasi masalah, menyediakan prosedur penemuan, respon kepada penemuan murid,
membantu murid memberi fokus pemenuan mereka dan memudahcara perbincangan
penyelesaian masalah dikalangan murid. Murid diharapkan dapat mengumpul maklumat,
memproses dan menilai idea sendiri sebelum membuat kesimpulan terhadap konsep yang baru
dipelajari.

11
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

5.0 PENAMBAHBAIKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BESTARI

5.1 Penambahbaikan Strategi Generatif

5.1.1 Sumbang saran

Sumbangsaran adalah merupakan satu aktiviti perbincangan yang dijalankan secara


berkumpulan, Topik perbincangan adalah ditentukan oleh guru, tetapi tajuk yang dipilh mestilah
sesuai dengan minat dan kebolehan, serta sesuai dengan peringkat umur pelajar. Tempoh masa
untuk mengemukakan idea ditentukan oleh guru. Kebiasaannya masa yang ditentukan oleh guru
adalah 20 minit.

Setelah guru memberikan tajuk perbincangan, murid-murid akan dibahagikan dalam


kumpulan. Bilangan ahli kumpulan yang dicadangkan adalah diantara 8 hingga 12 bagi setiap
kumpulan. Murid-murid akan membincangkan tajuk yang diberi dalam kumpulan masing-
masing sebelum membuat pendirian masing-masing.

Dalam setiap kumpulan pula, seorang pengerusi mesti dilantik sama ada oleh guru atau
ahli kumpulan.Tugas pengerusi adalah untuk menyelaraskan idea-idea dalam kumpulan. Ini
kerana dalam perbincangan dalam kumpulan mesti terdapat banyak saranan idea, oleh itu
pengerusi akan memilih satu idea sahaja melalui pemuafakatan untuk diberitahu kepada kelas.

Dalam sesi sumbangsaran ini, murid-murid diberikan peluang untuk mengemukakan


seberapa banyak idea atau pendapat mengenai tajuk perbincangan. Semua idea yang diberi oleh
pelajar adalah dianggap betul, dan dicatat di papan hitam. Dalam perbincangan kumpulan, ahli
ahli kumpulan digalakkan untuk memberi idea dari pelbagai sudut pandangan. Kaedah
sumbangsaran ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah
satu cara untuk mendapatkan banyak idea dalam tempoh yang singkat. Murid-murid juga lebih
banyak memberi idea baru berbanding dengan keadah analitikal biasa. Secara keseluruhannya
kaedah pembelajaran ini memberi alternative kepada guru-guru dalam melaksanakan aktiviti
P&P yang pelbagai.

12
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

5.1.2 Bercerita

Kaedah bercerita adalah salah satu kemahiran generik yang boleh digunakan di dalam
kelas. Kaedah ini adalah lebih berpusat kepada guru. Oleh itu guru-guru mestilah inovatif dalam
mencari mempersembahkan cerita yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan
pengajaran.Guru juga bukan sahaja perlu memastikan cerita yang dipilih sesuai dengan umur
murid-murid, malah guru perlu mempersembahkan cerita yang menarik.

Guru boleh mempelbagaikan teknik bercerita ini dengan menggunakan bahan-bahan


sampingan seperti tali, gambar, boneka, binatang permainan, kertas dan sebagainya. Pada masa
yang sama guru perlu menguasai teknik bercerita iaitu memek mukadan intonasi.Guru perlu
mempelbagaikan suara dan nada, serta membuat memek muka supaya cerita yang disampaikan
lebih menarik.

Kemahiran-kemahiran yang perlu guru gunakan dalam teknik bercerita adalah kemahiran
verbal dan nada suara. Kemahiran verbal adalah seperti projeksi suara, penekanan frasa dan
penggunaan ayat-ayat mudah. Nada suara yang dimaksudkan pula, guru perlu memanipulasikan
mimik muka untuk menunjukkan emosi yang berlainan.

Selepas sesi bercerita, sesi perbincangan pula perlu dijalankan untukmenguji kefahaman
pelajar tentang cerita yang disampaikan, perbincanganhendaklah merangkumi:

 Pengajaran dan nilai murni daripada cerita yangdisampaikan.


 Latihan tatabahasa
 Merumuskan isi-isi penting dalam cerita.

Secara tidak langsung kaedah bercerita juga menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif
dan kritis selain kemahiran bahasa melalui sesi perbincangan di akhir pembelajaran.

13
Pembestarian Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Melayu HBML2203

5.1.3 Perbincangan

5.2 Penambahbaikan Strategi Mediatif

Dalam strategi mediatif, pelajar akan belajar melalui interaksi yang dirancang
oleh guru yang menjurus kepada konsep menolong pelajar mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah,membuat keputusan,
mengenalpasti andaian,menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis.
Lazimnya guru menggalakkan murid-murid memberikan pendapat masing-
masing melalui pendekatan berikut;

Perbincangan terbuka

Pencapaian konsep

Pembinaan konsep

Inkui

http://ms.shvoong.com/internet-and-technologies/1814748-pembelajaran-bestari/

http://www.scribd.com/doc/8882525/WriteUp-Pedagogi-Bestari

http://www.scribd.com/doc/22391668/teknik-pengajaran-danp-pembelajaran

14

You might also like