You are on page 1of 2

5 Ciri Wanita Pilihan Lelaki Beriman..

1. Budi Bahasa Dari Jiwa

Kekuatan wanita ada pada bahasa tubuhnya iaitu tingkah laku, perbuatan zahir atau akhlak
yang mulia. Setiap perkataan yang dilafazkan menjadi penilaian. Adakah dia seorang yang
sabar, jujur, berpendidikan atau sekurang-kurangnya tahu hal dunia hari ini? Atau adakah dia
seorang yang suka berleter, kasar, kurang ilmu dan sebagainya? Semua yang terpacul dari
lidah bermuara di hati nurani masing-masing. Wajah ayu yang sedap mata memandang
janganlah bertukar pahit apabila terdengar bahasa yang menyakitkan telinga.

 2. Mekap yang Memikat

 Jangan salah tafsir tentang mekap! Yang dimaksudkan disini adalah air wuduk untuk
pembersih dan penyegar wajah. Untuk pembayang mata dan melentikannya, gunakanlah
jenama ‘malu’ agar mata mampu menangkis setiap panahan syahwat. Manakala pemerah
bibir yang sesuai adalah kata-kata penuh hikmah yang memikat setiap orang yang mendengar
dengan penuh keinsafan. Dijamin lelaki ynag beriman akan meminati wanita sebegini.

 3. Busana Taqwa

 Para wanita di syurga dihiasi dengan pakaian daripada sutera hijau yang bertahkta permata-
permata berkilau. Kerana itulah keindahan wanita diabadikan di dalam Al-Qur’an dengan
pakaian dan perhiasannya. Tetapi kegilaan pada fesyen yang mendedahkan aurat wanita pada
saat ini amat membimbangkan. Wanita semakin berani mempamerkan segalanya yang boleh
menjadi daya tarikan lelaki. Adakah mereka terfikir bahawa lelaki sebenarnya amat kuat
cemburu? Mereka yang benar-benar bersungguh ingin menjadikan anda isteri tidak akan
berminat dengan jenis wanita yang berpakaian sebegini. Kerana ia menunjukkan kerendahan
akhlak dan kemurahan peribadi. Bayangkan barang yang tertutup kemas dan terlindung pasti
lebih tinggi nilainya daripada barang yang telah dibuka, dipegang dan dilihat sesuka hati oleh
sesiapa jua. Sebenarnya pakaian adalah gambar keperibadiaan yang sesungguhnya dan
tersirat tabiat si pemakainya.

 4. Suka Dikritik dan Bersikap Terbuka

 Menjadi pasangan yang ideal bukannya mudah. Perlukan kesabaran untuk kekal disisinya.
Bertanya secara terbuka kepada pasangan anda apa yang dia suka dan apa yang tidak
disukainya. Bukan beerti ikut secara total segala kemahuan lelaki. Berikan pertimbangan
sewajarnya, buka perbincangan untuk kebaikan bersama. Jangan ego dan cepat berkecil hati.
Jadilah sahabat dan kekasih yang memberi kebebasan bagi pasangan anda untuk menyatakan
pendapatnya. Di dalam hubungan kasih-sayang, saling mengekspresikan diri sungguh-
sungguh menyeronokkan dan tak akan bosan melayan kerenah masing-masing. Sungguh
bertuahlah sesiapa yang mendapat pasangan seperti ciri-ciri di atas. Bagi anda yang mahu
berubah, tidak ada kata terlambat untuk membaiki diri. Kerana biar bagaimanapun, lelaki
tetap memerlukan wanita sebagai penyempurna kebahagiaannya. Tetapi wanita mesti lebih
peka terhadap kekurangan-kekurangannya agar ia tetap menjadi pilihan satu-satunya di hati
seorang lelaki bernama suami.Rasulullah SAW bersabda: “wanita itu dikahwini kerana empat
perkara, kerana hartanya, kecantikannya, nasab keturunannya dan agamanya. Pilihlah wanita
kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia.”
 

5. Superwoman

 Superwoman digambarkan dengan ciri-ciri seorang yang hebat, berjiwa pahlawan, suka
menolong orang dan bukan sebaliknya suka menyusahkan orang. Begitulah gambaran wanita
yang mandiri, tidak bergantung pada belas kasihan sesiapa, mampu menghadapi kesusahan
dan cabaran hidup dengan tabah. Bahkan dialah penolong bagi sesiapa yang memerlukan
pertolongan. Sebagai kekasih tentunya dia dapat berdiri di sisi pasangannya dengan
keberanian menghadapi segala ujian kehidupan. Tidak lemah dan manja, bukan seorang yang
pemalas dan cepat putus asa. Begitulah daya tarikan yang lebih tinggi nilainya dari sekadar
kecantikan rupa paras muka yang semakin lama semakin pudar di makan usia. Tetapi
kekuatan peribadi tidak akan sirna ditelan zaman..

You might also like