P. 1
Pengertian Sirah

Pengertian Sirah

|Views: 2,151|Likes:
Published by asan

More info:

Published by: asan on Feb 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/04/2013

pdf

text

original

Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sarjana Muslim

Untuk menjelaskan tentang erti sejarah mengikut pandangan sarjana muslim, tokoh-tokoh zaman awal dipilih. Ini kerana tokoh-tokoh inilah yang meng-hasilkan teori tentang sejarah mengikut pandangan mereka sendiri. Berbeza dengan sarjana muslim zaman moden, mereka mendefinisikan sejarah dengan merujuk kepada tokoh-tokoh yang lebih awal dari mereka. Di antaranya ialah: 1) Al-Iji atau nama sebenarnya Muhammad bin Ibrahim al-Iji yang hidup pada kurun ke 8H/14M menyebut tentang teori sejarahnya dalam bukunya, Tuhfat al-Faqir ila Sahib alSarhir. Dalam buku ini, teori sejarahnya berdasarkan prinsip-prinsip agama yang dibahas mengikut perbahasan ilmu falsafah. Antara rujukannya ialah daripada karya-karya Ibn Al-Jawzi, al-Tabari, Ibn Ishaq, Al-Isfahani. Beliau yang berpendidikan ilmu agama yang berpengkhususan dalam bidang hadis, telah menyebabkan idea-ideanya tentang sejarah dipengaruhi oleh disiplin agama dan falsafah. Kerana itulah beliau berpendapat sejarah ialah suatu kajian tentang alam tabii seperti geografi, fizik dan alam metafizik. Sejarah juga membicarakan tentang manusia, tokoh-tokoh tertentu atau lebih khususnya penyebar-penyebar agama. 2) Al-Kafiyaji(Al-Kafiyaji atau nama sebenarnya Muhyiddin Muhammad bin Sulayman adalah seorang ahli sejarah Islam dari Turki yang lahir di Anatolia) telah menjelaskan erti ‘ta’rikh’ dalam buku-nya, iaitu dari segi bahasa adalah masa dan waktu. Dari segi istilah pula ‘ta’rikh’ bermaksud penentuan masa yang sesuai bagi masa lalu, sekarang dan akan datang. Ada juga yang mengatakan ta’rikh itu bermaksud waktu bagi satu-satu peristiwa yang pertama kali terjadi dan terus merebak, seperti terjadinya sesuatu agama, atau kejadian-kejadian besar seperti angin taufan, gempa bumi dan lain-lain malapetaka di langit dan di bumi 3) Menurut Ibn Khaldun(Abd Ar-Rahman bin Muammad) tarikh atau sejarah adalah Aktiviti menggarap dan menghidupkan pengetahuan mengenai umat zaman silam tentang berita peperangan serta jatuh bangun sesebuah kerajaan; keterangan nyata sekitar kehidupan manusia. 4) Al-Mas’udi (m.956M) -Catatan terhimpun tntg keseluruhan ilmu pengetahuan manusia, sains termulia. 5) Al-Sakhawi (m.1497M) -Kesenian yang memerihalkan peristiwa dari sudut masa dan isu perbahasan.

sejarah yang biasa difahami ialah pengajian tentang masa lalu seseorang dan menjurus kepada manusia yang tinggal dalam sesebuah kelompok sosial. 4) A. Sejarah bukan sahaja berkaitan dengan individu atau masyarakat tertentu sahaja tetapi ia berkaitan dengan pelbagai manusia yang hidup dalam pelbagai masyarakat. 4. 3) Robert V. Jika ia dilupakan atau dibiarkan maka tamatlah kisah tentang manusia. H. Sejarah membincangkan tentang dunia yang dibentuk oleh manusia itu sendiri. sejarah adalah memori pengalaman sekelompok manusia. 5) Collingwood menyatakan bahawa sejarah berdasarkan sarjana Barat ialah penyelidikan (research).3) Sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu untuk suatu displin ilmu. tindak tanduk masyarakat (human actions). Daniels. 2) G.Pengertian Sejarah menurut Sarjana Barat 1) E. sejarah ialah suatu proses berterusan antara ahli sejarah dengan faktafaktanya. pemikiran (self knowledge) dan penyusunan semua pemikiran yang telah dikaji (interpretation of evidence). 4.2) Sejarah merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu. Geff. Carr. Marwick pula membahagikan pengertian sejarah kepada tiga: 4. Tanpa sejarah kita tiada pengetahuan terhadap siapa kita atau bagaimana kita menjadi seperti ini. suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. .1) Sejarah merupakan keseluruhan masa lalu seperti sebenarnya berlaku.

a. pembentukan Negara Islam pertama di Madinah dan pembelaan beliau terhadap negara tersebut.a.a. utusan-utusan dan angkatan bersenjata. sebagaimana firman Allah S.w. kepemimpinan beliau s.t: ‫لقد كان لكم في رسول ال أسوة حسنة لمن كان يرجوا ال واليوم الخر وذكر ال كثيرا‬ ً َِ َ َ َ َ َ َ ِ َ ْ َ ْ َْ َ َ ُ ْ َ َ َ َ ّ ٌ ََ َ ٌَ ْ ُ ِ ِ ُ َ ِ ْ ُ َ َ َ ْ َ ّ “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. nescaya Allahmengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah.W. jihad beliau melawan musuh-musuh agama di dalam negara dan di luarnya. Sebagaimana firman Allah s. perlantikan beliau sebagai Nabi. waktu sakit dan kewafatan beliau dan pengaruhnya terhadap para sahabat s. 2.w.Mencontohi sifat Rasulullah s. kandungan beliau di perut ibunya.w merupakan tanda kecintaan seseorang terhadap Allah S. perang-perang penting yang disertainya.Pengertian sejarah dan sirah secara umum ialah: Pengertian Sirah Sirah yang dimaksudkan di sini ialah kumpulan berita-berita yang meriwayatkan atau mengisahkan tentang kehidupan Rasullullah s. pengiriman duta-duta bagi negara tertentu. masa remaja dan kedewasaan beliau.a.w yang meliputi nasab(keturunan). turunnya wahyu kepada beliau dan permulaan dakwahnya. ikutilah aku.Mendapatkan dan menemukan aplikasi konkrit dari hukum-hukum Islam yang terkandung dalam ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi dalam rakam bidang kehidupan.W. pengembangan dakwah Islam di Jaziroh Arab(Semenanjung Arab) dan di luarnya.T dan yang melakukannya akan mendapatkan kecintaan Allah dan keampunanNya.Mencontohi dan mengikuti Rasulullah s.a.w menuntut seorang untuk mengetahui sifat-sifat dan keadaan kehidupan beliau s.a.” (QS Ali Imran: 31) . Faedah mempelajari sirah Rasulullah s.t: ُ ِ ّ ُ ُ َ ُ َ ْ ُ َ ُُ ْ ُ َ ْ ِ ْ َ َ ُ ُ ُ ْ ِ ْ ُ ِ ُ ِ ّ َ َ َ ِّ ُ ْ ُ ُ ِ ْ ُ ‫قل إن كنتم تحبون ال فاتبعوني يحببكم ال ويغفر لكم ذنوبكم وال غفور رحيم‬ “Katakanlah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..w.” (QS Al Ahzab: 21) 3.w adalah: 1.a.w dalam segala bidang kehidupan kerana beliau adalah suri teladan yang baik atau seorang ummi yang patut kita contohi.a. masa-masa dakwah di Mekah dan juga setelah hijrahnya ke Madinah. kelahirannya dan keadaan kehidupan yang dilaluinya.w sehinggalah penyempurnaan jenazah baginda s. pemeliharaan dan asuhan semasa kecilnya.

a. Ia juga dapat membantu kita memahami Al Quran dan sunnah Rasulullah s. pendidikan dan sosial kemasyarakatan dan lain-lain lagi.a.4. Dapat mengenal nasakh dan mansukh dalam Al Quran dan hadits. 11. 14.w .w terdapat pelajaran dan nasihat serta hikmah-hikmah yang boleh diambil oleh semua umatnya bagi membentuk manusia yang baik dengan akhlak yang baik dan menjadi garis panduan kepada umatnya.Dalam sirah Rasulullah s. syariat.w merupakan gambaran contoh yang tinggi yang dimiliki oleh seseorang manusia yang sempurna dari segala sisi.a.w.w berupa sikap-sikap keimanan dan kekuatan akidah beliau dalam menghadapi cubaan dan musuh-musuhnya.a.a. 5.w. politik. 10.w dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan kalimah Allah serta apa yang dihadapi para sahabat dari kesulitan-kesulitan yang mereka hadapi. 13. Dapat mengenal sebab turunnya ayat-ayat Al Quran dan korelasi ucapan-ucapan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.a. 15. hadith. 8. Dapat menemui dalil-dalil mukjizat yang dapat menguatkan dan menambah iman.Sirah Rasulullah s.a.w. akhlak. 12.a.a. tafsir.Menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah s. Dapat menguatkan azam kaum mukminin yang mengikuti jalannya Rasulullah s. 7. Dapat mengetahui mukjizat-mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah s.a.Kita dapat mengenal perkembangan dan pertumbuhan dakwah Islam dan apa yang terjadi pada Rasulullah s.Selain kita dapat banyak pengetahuan yang benar tentang pelbagai ilmu-ilmu keislaman contohnya aqidah. 6.Sirah Rasulullah s.w dan memantapkan mereka dalam membela agama dan kebenaran serta memberikan ketenangan dalam hati mereka dengan mengenal apa yang terdapat dan terkandung dari sirah Rasulullah s. 9.w yang banyak mengisi tentang pelajaran-pelajaran yang boleh digunakan di setiap lapisan masyarakat manusia dan meringankan mereka dalam menghadapi segala cubaan dan ujian hidup yang mereka hadapi dan amalkan segala sunnah Rasulullah s.

5) Antara bidang keilmuan yang membicarakan peristiwa silam secara sistematik dan teratur berlandaskan tarikh dan masa kejadian. Sejarah juga boleh dimengertikan melalui beberapa unsur iaitu: 1) Asal-usul (keturunan). PENGURUSAN GRAFIK Membanding dan PENGERTIAN SIRAH DAN SEJARAH SIRAH Sirah secara bahasa bererti jalan (AtThoriq). .Pengertian Sejarah Suatu catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu melalui kajian atau penyelidikan tentang peristiwa yang telah berlaku. negara dan institusi. 2) Peristiwa yang benar berlaku pada waktu lampau. 3) Kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa lalu. SEJARAH Masa lalu atau peristiwa yang telah berlaku. silsilah. 4) Laporan atau cerita terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan atau perkembangan manusia.

ISLAM sains termulia.956M) -Catatan terhimpun tntg keseluruhan ilmu SARJANA pengetahuan manusia.430SM) . .424SM) .1406M) -Aktiviti menggarap dan menghidupkan pengetahuan mengenai umat zaman Islam -Berita peperangan serta jatuh bangun sesebuah kerajaan. 2) St.Pemaparan sesuatu peristiwa secara kronologi.kelahiran dan segala perkara/peristiwa yang dialami sehinggalah kewafatannya dan penyempurnaan jenazah baginda. keterangan nyata sekitar kehidupan manusia. SEJARAH Suatu catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu melalui kajian atau penyelidikan tentang peristiwa tersebut.Suatu proses yang mempunyai tahap permulaan dan tahap pengakhiran. PENGERTIAN SEJARAH menurut SARJANA Pandangan Sejarawan dan Sarjana(Islam dan Barat) 1) Al-Mas’udi (m. BARAT PANDANGAN 1) Herodotus (m.1497M) -Kesenian yang memerihalkan peristiwa dari sudut masa dan isu perbahasan.SIRAH Kumpulan berita yang meriwayatkan kehidupan Rasulullah s.Fakta dan perkara yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa agar tidak diluput zaman. 3) Thucydides (m. 3) Al-Sakhawi (m.400SM) . Augustine (m.w merangkumi keturunan.a. 2) Ibn Khaldun (m.

FAEDAH MEMPELAJARI SIRAH .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->