You are on page 1of 2

Gaya Bahasa

Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa
(a) • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan.
Personifikasi • Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama
ada daripada segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-
benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
• Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung,
benaknya mendandan sejuta persoalan
(b) Simile • Merupakan unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau
benda dengan sesuatu benda yang lain. Perbandingan jenis ini lebih mudah
dikesan, berbanding unsur perbandingan metafora. Unsur ini menggunakan
perkataan seperti, umpama, bak, dan laksana untuk menunjukkan
perbandingan.
• Contohnya: ...marahnya umpama api yang merah membakar...
(c) Metafora • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan
kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
• Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh
dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
• Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran, samudera hampa, lautan fikiran
(d) Hiperbola • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-
lebihan daripada maksud yang sebenarnya
• Contohnya: seribu lautan sanggup diharungi
(e) Sinkof • Bermaksud penyingkatan perkataan
• Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(f) Rima • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara
dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi
• Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(g) Asonansi • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
• Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris “Kerana aku
penyair kupenuhi hidupku”
(h) Aliterasi • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
• Contohnya: pengulangan konsonan “m” dalam baris “Memacu
menghimpun kekuatan”
(i) • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
Pengulangan
• anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
• Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD !
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
• epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
• Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
• repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama.
• Contohnya, orang berbunga dia berbunga

(j) • Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu


Perlambangan benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau
maknanya lebih mendalam.
• contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia
muda
(k) Inversi • merupakan gaya bahasa yang menggunakan pembalikan susunan kata dalam
kalimat. Biasanya diterapkan dengan matlamat untuk memberi penekanan
pada bahagian awal ayat (bahagian yang penting).
• Contohnya: Diperangkapnya kami di tengah jalan.

You might also like