You are on page 1of 2

 

Di Indonesia, sistem ekonomi komersial berkembang dengan pesat akibat pengenalan sistem Kultur atau
Sistem Tanaman Paksa. Sistem Tanaman Paksa ataupun dikenali juga sebagai Rodi Tanaman ini
diperkenalkan di Pulau Jawa pada tahun 1830 oleh Belanda. Tujuan utama ia diperkenalkan ialah untuk
menyelesaikan masalah kewangan Belanda dengan menambahkan pengeluaran tanaman jualan seperti
kopi, nila, tebu dan tembakau. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meninggikan taraf hidup kaum
petani di Indonesia.

            Ciri sistem Tanaman Paksa ialah 1/5 daripada tanah pertanian digunakan untuk tanaman kerajaan
dan dikecualikan daripada cukai. Manakala petani-petani dikehendaki bekerja selama 66 hari setahun.
Seterusnya, hasil yang melebihi nilai cukai akan dikembalikan kepada petani dan jika berlaku malapetaka,
petani-petani tidak perlu membayar cukai. Selain itu, pekerja-pekerja di bawah wedana dan terdapat
pengkhususan kerja. Ciri yang terakhir ialah pegawai-pegawai Belanda menguruskan proses mengeksport
hasil tanaman kerajaan ke negara Belanda. Sistem ini telah memberikan keuntungan bersih yang lumayan
kepada Belanda. Belanda telah memperoleh 823 juta guilder dengan cara melakukan penindasan dan
pemerasan ke atas petani Jawa. Akibatnya sistem ini ditentang hebat oleh golongan berfahaman liberal
dan akhirnya digantikan dengan Dasar Liberal.

            Dasar Liberal diperkenalkan untuk menggantikan sistem Kultur yang bertujuan untuk menjaga
kebajikan rakyat jelata. Matlamatnya ialah untuk memperbaiki taraf hidup para petani serta memberi
peluang yang lebih luas kepada kemasukan pelabur-pelabur persendirian dari belanda dan Eropah untuk
menceburi bidang ekonomi Indonesia. Di bawah Dasar Liberal, pemodal-pemodal swasta dapat
menguasai perniagaan dan membuka ladang-ladang besar. Banyak tanaman baru diusahakan seperti koko,
kopra, kelapa sawit dan getah, malahan kegiatan ekonomi ini telah diperluaskan ke pulau-pulau luar
seperti Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi. Selain itu, dasar Liberal juga adalah berkonsepkan kebebasan
dan tidak ada perlindungan yang diberi di bawah dasar ini.

            Dasar Liberal ini turut meninggalkan beberapa kesan negatif ke atas penduduk Indonesia. Taraf
hidup penduduk peribumi tidak dijaga. Kebajikan peribumi diabaikan. Pengusaha swasta lebih
mengutamakan keuntungan sahaja. Ini mengakibatkan peribumi Indonesia masih ditindas dan
dieksploitasi untuk kepentingan mereka. Di bawah dasar ini, peladang-peladang Indonesia tidak dapat
bersaing dengan pengusaha-pengusaha swasta Eropah. Ini menyebabkan mereka terpaksa menjual ladang-
ladangnya kepada peladang-peladang yang kaya dan bekerja sebagai buruh bergaji. Dengan ini, jelaslah
yang Dasar Liberal juga seperti Sistem Tanaman Paksa yang tidak menjaga kepentingan kebajikan
peribumi Indonesia. Akibatnya, ia mendapat tentangan dan diganti dengan Sistem Etika.

            Sistem Etika atau Dasar Susila dianggap lebih berperikemanusiaan berbanding dasar-dasar
sebelum ini. Dasar Etika adalah hasil dari kegagalan Dasar Liberal. Dasar ini mempunyai unsur-unsur
moral dan kemanusiaan dalam pelaksanaanya. Di bawah dasar ini, keadaan ekonomi dan sosial penduduk
Indonesia dapat ditingkatkan, dengan membawa kemajuan dalam bidang pertanian, perlombongan,
perdagangan, pelajaran, kesihatan dan infrastuktur. Ini adalah hasil dari kerjasama kerajaan dan swasta.

            Selain itu, kerajaan juga telah memajukan kemudahan pengairan iaitu antara tahun 1900-1940 dan
lebih 270 juta guilder telah dibelanjakan ke atas kerja-kerja perairan. Di samping itu, kemudahan
infrastruktur juga dimajukan. Kemudahan-kemudahan kredit turut disediakan dan perkhidmatan kesihatan
turut diperluaskan ke kawasan-kawasan luar bandar dan kampung-kampung. Di bawah dasar ini juga,
sistem pendidikan ala Barat telah diperkenalkan. Kemudahan pendidikan di peringkat desa telah
bertambah 31/2 kali ganda antara tahun 1909-1912. Dengan itu, menjalang akhir abad ke-19 hampir
kesemua kawasan yang membentuk republik Indonesia telah berada di bawah pemerintahan Belanda
kecuali Pulau Timur (bawah Portugis) dan Bangkahulu (bawah British).

You might also like