You are on page 1of 4

Contoh amalan khurafat : sihir

ihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang
yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum
alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan
juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alamMelayu pada kebiasaannya merujuk
kepada ilmu hitam.

Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:

“ Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan
sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah
tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara
syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya
telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk
yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Kisah sihir dalam Quran

 Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang
diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang
diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan
isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan
kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui
beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa
abad sebelum masehi.[2]

 Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa
itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman
baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan
dalam Surah Taha, ayat 63-69.

 Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi
disihir oleh seorang Yahudi Arab.
 Kisah mengenai takhta Ratu Balqis semasa zaman Nabi Sulaiman yang dapat dipindahkan
sekelip mata oleh seorang manusia seperti yang diceritakan dalam Surah An-Naml, ayat 38-42.

Kedudukan sihir dalam Islam

Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum
Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.

Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun


terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada
orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam
perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. MazhabWahhabi bagaimanapun melihat segala
penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.

Contoh-Contoh Perbuatan Khurafat Dan Pandangan Islam Mengenainya


Di dalam kertas ini, penulis hanya akan membawakan beberapa contoh amalan
dan kepercayaan khurafat untuk dijadikan iktibar dan membuat sedikit ulasan
mengenai pandangan Islam terhadap amalan dan kepercayaan berkenaan.
Contoh-contoh amalan dan kepercayaan khurafat itu adalah seperti berikut;
1. Pemujaan Terhadap Busut 4
Sebuah busut telah dipelihara oleh seorang tempatan yang beragama Islam.
Beliau memelihara busut tersebut dengan baik dan rapi di ruang bilik tamu
rumahnya sejak tahun 1950an. Pemilik busut itu mendakwa telah bermimpi
dengan seseorang yang dikatakan sebagai penunggu busut itu dan
menasihatinya supaya busut itu dipelihara dengan baik.

Sejak dari itu, busut tersebut dijaga dan dipagar dengan dawai besi. Setiap
malam Jumat, busut itu dipuja dengan membakar setanggi dan dibalut dengan
kain kuning.
Pemilik busut itu mempercayai bahawa ia mempunyai kuasa kerana dengannya
pendapatan keluarga mereka semakin bertambah dan dipercayai tanah busut itu
boleh mengubat penyakit gatal-gatal.
Dalam Islam, percaya kepada benda-benda yang dijadikan sebagai benda
keramat atau mempunyai kuasa luar biasa seperti pokok, kubur, telaga dan
sebagainya serta memuja, memohon pertolongan pada benda-benda tersebut
dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala
adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid
kepada Allah Ta’ala. Firman Allah Ta‘ala:
ِِ ِ َ ‫ َفِإ ْن َفع ْلت َفِإن‬،‫ك و َ ال يضُّر َك‬ ِ ِ
ُ َ َ َ ُ‫َو َ ال تَ ْدعُ م ْن ُد ْو ِن اهلل َما َ ال َيَْْنَفع‬
َ ‫َّك ِإًِذا م َن الظَّالمنْي‬ َ َ
( (106 :‫سورة يونس‬
Tafsirnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau
memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu
dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya
engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari
orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik
itu).”
(Surah Yunus: 106)
Menurut Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam fatwanya tentang
orang-orang Islam yang memelihara pungsu, membuat pemujaan dan percaya
ianya membawa tuah dan menambah rezeki, menegaskan bahawa perbuatan
memuja pungsu dengan memberikan pakaian kuning dan memakaikannya
dengan topi serta mendupa dengan setanggi pada tiap-tiap malam Jumat
dengan kepercayaan bahawa pungsu itu mempunyai kuasa yang boleh
membawa tuah atau menambah rezeki dan sebagainya adalah perbuatan sesat
yang boleh membawa syirik kerana ia menafikan kuasa Allah yang Maha
Pengurnia, sebaliknya mempercayai pungsu sebagai mempunyai kuasa
tersebut.5

2. Upacara Pengubatan Mandi Di Wasai


Mengadakan upacara atau pengubatan yang mensyaratkan para pesakit
memakai kain kuning sepanjang 4 meter bagi tujuan mandi di wasai dan
memberi minum 3 batang pokok untuk menghormati kawasan wasai tersebut.
Menurut Fatwa Mufti Kerajaan,6 Negara Brunei Darussalam bahawa berubat
dengan memilih tempat-tempat yang tertentu seperti wasai (air terjun), bukit,
hutan atau seumpamanya, walaupun pada zahirnya harus, namun ia menjadi
tanda tanya dan sangat meragukan. Apakah istimewanya tempat-tempat yang
sukar ini menjadi pilihan. Biasanya pemilihan tempat seperti ini lebih menjurus
kepada perbuatan atau amalan yang boleh menyesatkan seperti mempercayai
tempat-tempat seperti itu mempunyai kuasa ghaib yang mampu menolong
menyampaikan hajat.
Jelas terdapat tanda-tanda yang lebih meragukan dan boleh menyesatkan
akidah iaitu perbuatan memberi minum 3 batang pokok yang dikatakan untuk
menghormati kawasan wasai (air terjun) itu. Perbuatan ini sangat bertentangan
dengan hukum syara‘ kerana ada unsur pemujaan terhadap pokok berkenaan.
Firman Allah dalam hal ini:
ِِ ِ َ ‫ َفِإ ْن َفع ْلت َفِإن‬،‫ك و َ ال يضُّر َك‬ ِ ِ
ُ َ َ َ ُ‫َو َ ال تَ ْدعُ م ْن ُد ْو ِن اهلل َما َ ال َيَْْنَفع‬
َ ‫َّك ِإًِذا م َن الظَّالمنْي‬ َ َ
106 :‫( (سورة يونس‬
Maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau
memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu
dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya
engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari
orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik
itu).”
(Surah Yunus: 106)
Adapun pemilihan kain berwarna kuning atau apa jua warna-warna lain,
biasanya mempunyai maksud yang tertentu dalam pengubatan atau perubatan
orang Melayu. Bahkan, warnanya itu ada kalanya dikaitkan dan dihubungkan
dengan sesuatu kuasa ghaib selain Allah. Jika ini berlaku sudah tentu perbuatan
sedemikian bertentangan dengan konsep akidah Islam, bahkan boleh menjurus
kepada perbuatan syirik.

You might also like