You are on page 1of 10

PUNCA PENYAKIT MENTAL

CONTOH SOALAN : Penyakit mental berlaku disebabkan oleh tekanan hidup yang dialami
oleh pesakit. Bincangkan punca penyakit mental dan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk memulihkan pesakit mental.

Kemahiran tangani tekanan cara berkesan atasi bunuh diri


JIKA disorot kembali sejak awal tahun ini, masyarakat dikejutkan pelbagai kes bunuh diri
dan cubaan membunuh diri. Apabila ada golongan profesional seperti doktor dan peguam
yang mengambil keputusan untuk bunuh diri, ramai yang tidak dapat memahami kenapa
jalan itu dipilih. Belum lagi dikira dengan kes terminum racun dan terjatuh bangunan.

Pada 19 November, akhbar melaporkan cubaan membunuh diri seorang wanita berusia 38
tahun dari Kuala Terengganu yang cuba membakar diri dan bayinya berusia lapan bulan.
Semuanya dikaitkan dengan tekanan dan konflik hidup sebagai puncanya.

Jika orang dewasa yang matang tidak dapat mengawal perasaan, apatah lagi remaja dan
kanak-kanak. Pada tarikh sama, seorang pelajar Tahun Enam ditemui mati tergantung
dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di Pulau Pinang. Murid itu dikatakan
kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca
daripada tekanan keterlaluan.

“Tahap pendidikan seseorang tidak semestinya menjadi kayu ukur buat mereka
menangani masalah atau tekanan. Malah, ia juga bukan perisai menentukan keupayaan
mereka berhadapan dengan tekanan.

“Sama ada berpendidikan, berkerjaya profesional atau tidak, tekanan yang tidak terkawal
boleh membuatkan seseorang itu hilang kawalan pada akhirnya,” katanya.

Bukan semua individu dapat menangani tekanan hidup dengan baik. Cara dan tahap
seseorang menerima sesuatu tekanan adalah berbeza. Mungkin bagi individu A, masalah
dihadapi individu B dianggap remeh, tetapi tidak bagi individu B. Begitulah juga
sebaliknya.
Kemampuan menangani tekanan bergantung kepada beberapa perkara iaitu personaliti
seseorang, individu contoh seperti ibu bapa atau idolanya, ahli keluarga dan juga rakan
sebaya.

Azhar tidak menafikan gaya hidup masa kini mungkin menjadi punca tekanan, turut
memberi contoh negara maju seperti Eropah dan Jepun mencatatkan kadar bunuh diri
yang tinggi.

Tekanan boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Misalnya tekanan daripada ahli keluarga,
di tempat kerja dan rakan serta persekitaran mendesak sehingga ada yang tidak sanggup
berhadapan masalah. Ia bermula dengan perubahan tingkah laku yang biasanya membawa
kepada kemurungan.

“Ada banyak sebab bagi kemurungan, namun yang penting adalah cara menanganinya.
Orang terdekat adalah individu bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor itu.

“Satu caranya ialah melapangkan masa untuk menjadi pendengar yang baik. Individu yang
pernah cuba membunuh diri biasanya memendam rasa. Besar kemungkinan dia akan
kembali mencuba. Walaupun dirawat, mereka masih lagi memerlukan perhatian,”
katanya.

Selain itu, sekiranya mereka memiliki sistem sokongan yang kuat, terutamanya daripada
ahli keluarga yang prihatin, masalah ini boleh diatasi. Mungkin ada yang malu mengakui
mereka perlu mendapatkan rawatan kaunselor kerana bimbang dikategorikan sebagai
pesakit mental, dipinggirkan keluarga dan masyarakat.

Justeru, tahap stres akan meningkat dan daripada masalah kemurungan kecil ia
bertambah besar hingga mereka mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri
sendiri dan orang lain.

Sebenarnya, bantuan awal boleh diberi kepada mana-mana individu yang dilihat memiliki
ciri kemurungan. Antaranya ialah:

•Adakah individu itu dapat melakukan tugas hariannya tanpa berasa tertekan;
•Adakah individu itu mengalami masalah berat badan sama ada turun atau naik yang
serius, atau perubahan tabiat tidur;
•Adakah individu itu kehilangan kawan atau mendapat kawan baru yang memberi
pengaruh kurang sihat;
•Mengadu mengalami penyakit tidak berasas;
•Tahap keyakinan diri turun mendadak;
•Individu itu sering berasa letih;
•Individu itu berasa tidak berguna kepada rakan, keluarga dan hidupnya;
•Individu itu pernah berfikir hendak membunuh diri atau pernah cuba membunuh diri,
•Individu itu tiba-tiba mula merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah.Azhar
turut menekankan pengisian rohani juga bekalan perlu untuk menguatkan jiwa seseorang
individu mengikut kepercayaan agama dianuti. Program Pencegahan Bunuh Diri
Kebangsaan diperkenalkan pada 2003 juga banyak membantu memberi kesedaran dan
pengetahuan kepada masyarakat.
Pencegahan adalah ubat paling mujarab bagi mengatasi kes bunuh diri serta cubaan
bunuh diri. Namun, jika gagal, kes ini mungkin membawa kecacatan kekal yang akhirnya
membuatkan mereka serta orang terdekat turut sama menderita. – Bernama

PENYAKIT MENTAL MENJEJASKAN EKONOMI NEGARA

CONTOH SOALAN : Bilangan rakyat yang mengalami penyakit mental semakin meningkat
dari hari ke hari. Hal ini amat membimbangkan negara kerana boleh mendatangkan kesan
negatif terhadap pembinaan modal insan. Bincangkan kesan negatif tersebut

Pertambahan pesakit mental yang berterusan boleh mengakibatkan negara mengalami


kerugian sehingga mencecah RM1 bilion kerana produktiviti negara terjejas akibat
masalah tersebut.

Presiden Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN, Prof. Dr. Mohd. Hussain
Habil berkata, jumlah kerugian tersebut merupakan kajian yang dijalankan oleh pakar-
pakar dalam bidang psikologi dan psikiatri.

“Kesan utama yang jelas boleh dilihat daripada masalah ini ialah ekonomi keluarga
mangsa mulai terjejas dan seterusnya terhadap ekonomi negara.

“Maka jika lebih ramai rakyat Malaysia mengambil remeh terhadap masalah tekanan
mental, lebih banyak kerajaan terpaksa menanggung beban daripada kesan penurunan
produktiviti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas kesan daripada jumlah pesakit mental di negara ini yang terus meningkat
sebanyak 400,227 kes pada tahun lalu berbanding 364,196 kes pada tahun sebelumnya.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, statistik juga menunjukkan
sebanyak 11.2 peratus daripada pesakit mental terdiri daripada mereka yang berusia 16
tahun ke atas.

Mohd. Hussain berkata, penyakit mental sebenarnya tidak mendatangkan bahaya atau
kecederaan kepada sesiapa sebaliknya lebih bahaya kepada negara kerana menjejaskan
ekonomi negara.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil berat terhadap
masalah tekanan hidup dengan sentiasa menjadikan hospital sebagai tempat rujukan
pertama.

Bagaimanapun ujar beliau, masalah orang ramai terutama keluarga kepada pesakit ialah
mereka lebih cenderung dan mempercayai cara ubatan tradisional.

“Kerana itu segelintir pesakit mental tidak sembuh sepenuhnya kerana tidak dirawat
secara menyeluruh seperti yang diamalkan oleh pakar-pakar perubatan di hospital sakit
mental dalam negara,” kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Psikologi dan Psikiatri Malaysia, Dr. Abdul Kadir
Abu Bakar bagaimanapun berkata, pertambahan pesakit mental yang dilaporkan oleh
Kementerian Kesihatan itu merupakan petanda yang baik.

Jelas beliau, perkembangan itu menunjukkan masyarakat telah menyedari kepentingan


mengawal masalah tekanan mental yang boleh membawa keburukan kepada diri pesakit
jika tidak mendapatkan rawatan segera.

Beliau berkata, tekanan dalam diri bukan sahaja menyebabkan seseorang itu akan
mengalami penyakit mental bahkan daripada segi fizikal individu itu boleh mengalami
sakit jantung yang merupakan penyakit pembunuh.
Cara Rawatan Penyakit Mental

Jenis-Jenis Penyakit Mental Yang Perlukan Rawatan:-

Neurosis § Psikosis
Penyakit mental organik seperti nyanyuk
Gangguan personaliti
Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif
Ketagihan dadah dan alcohol
Percubaan membunuh diri
Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal,
psikologi dan social.

Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:-


Kaunseling
Psikoterapi
Tingkah laku
Rawatan Sosial
Rawatan Fizikal
Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin
diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak
bertindak balas dengan ubat-ubatan.

Rawatan Psikologi
Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi.

Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:

Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit.


Aspek pengambilan ubat
Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.
Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.
PSIKOTERAPI

Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang
memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu.

Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:-

Psikoterapi dinamik
Psikoterapi kognitif
Psikoanalitik psikoterapi
Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini,
hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran
terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik.

Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada
masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca
(dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula.

Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga
banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.

Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan
yang mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.

Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana
pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang
hampir sekata di samping persamaan pada personality dan permasalahan yang hampir
serupa.

Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba
belajar menangani masalah yang mereka hadapi.

Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah
penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post
traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Higland Tower.

TERAPI TINGKAHLAKU

Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya
seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak
langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.

Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis
seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.

Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di
mana fungsi social mereka biasanya terganggu.

Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan
diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.

Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap
dan tingkahlaku mereka.

SOSIAL - Latihan Asertif

Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya
tidak asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan,
pesakit menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang
kehilangan rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya.

Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah
diperkotak-katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan.

KOMUNITI

Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan
peranan untuk membantu memulihkan pesakit. Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan
sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan
yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak
mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka.

Rawatan Sosial
Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah
aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.

Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif

Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan
gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang
ramai dan cara mereka bertindak.

Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat
menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang
lain. Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit
dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

Malaysia Mental Health Association (MMHA)


http://www.mentalhealth.org.my

PENYAKIT MENTAL : SKIZOFRENIA


SOALAN : Skizofrenia merupakan penyakit mental di tahap kronik. Nyatakan kaedah atau
rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit mental.

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada
penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang
mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur,
dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini
biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk
dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia
sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler
sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta
istilah yang ada sekarang.

Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-
tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih
seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia,
walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama.
Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada
peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih
belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis,
terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.

Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari
bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n,
"minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti
berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti
pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality";
dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali
mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat
kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

[sunting] Gambaran keseluruhan


Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom
positif termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya
dianggap sebagai manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia
dianggap sebagai kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan
termasuk ciri-ciri seperti kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah
pertuturan dan ketiadaan dorongan (motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk
kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam
kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive


deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti
ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau
cognition sosial (social cognition).

Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan
kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.

Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang
diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit
psykhotik lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai
"skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai
mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada
pramatang ataupun tidak.

Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan


anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus
sebagai penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka
yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.

Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum
tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami
pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model
continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional
approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan
psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua
individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar
perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak
manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan
meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-
vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak
setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.

Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan


neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran
(prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi
(atau kegagalan berfungsi) dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway)
dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia
kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang
menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom
psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai
penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik
biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan
kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan
sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.

Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan
dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap
kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh
diharap masa kini bagi individual tertentu.

You might also like