You are on page 1of 3

Latihan Ringkasan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
sebab-sebab sungai tercemar. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak dahulu lagi, manusia
mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan
dan perhubungan, sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan sumber
protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan kegiatan perindustrian serta
perdagangan, Kualiti sungai mula mengalami kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan,
pemendapan dan pencemaran. Punca utama pencemaran air sungai ialah apabila bahan buangan
domestik yang terdiri daripada sampah-sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke
dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menghapuskan bahan tersebut. Manakala sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan
oksigen yang terlarut di dalam air sungai.

Kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air sungai apabila bahan-bahan buangan
disalirkan ke dalam sungai berhampiran. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke
dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Selain itu,
pengilangan hasil pertanian menghasilkan bahan kimia cecair yang telah menyalir ke dalam sungai.
Punca lain ialah apabila industri perlombongan mengakibatkan pencemaran air sungai hasil daripada
cari gali petroleum di dasar laut yang menyebabkan berlakunya tumpahan minyak. Apabila minyak
ini bercampur dengan air laut atau sungai akan mengakibatkan air sungai tercemar.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut juga menyumbang
kepada pencemaran air sungai. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal
dan bahan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut ke dalam air sungai serta
mencemarkan air sungai dan laut. Stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai
yang mengakibatkan sungai tercemar. Selain itu, masyarakat pula menjadikan sungai sebagai tong
sampah apabila ramai yang suka membuang apa-apa sahaja barang yang tidak perlu ke dalam sungai.

Seterusnya, sikap pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing yang menjadikan kawasan
tebing sungai sebagai penempatan mereka menjejaskan lagi kualiti air sungai terutama di kawasan
bandar. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari
punca tetap. Kerajaan juga melaksanakan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti
Air Sungai untuk mempertingkatkan kualiti air sungai.

Kesimpulannya, pencemaran air sungai merupakan satu masalah sosial yang perlu diatasi
dengan segera.

[20 markah]
Lengkapkan jadual di bawah dengan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan.

Isi-isi Penting

Berdasarkan petikan ringkasan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri. (Contoh jawapan lengkap).

1 Berikan maksud bagi rangkai kata termudah menghapuskan.

Rangkai kata termudah menghapuskan bermaksud cepat menghilangkan.


[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, apakah cara yang berkesan untuk mengatasi pencemaran sungai?

Berdasarkan petikan, cara yang mudah untuk mengatasi pencemaran sungai ialah kerajaan perlu
mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di
bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap. Selain itu, kerajaan juga melaksanakan
program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai untuk mempertingkatkan
kualiti air sungai.
[4 markah]

3 Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat suka membuang sampah ke dalam sungai?

Pada pendapat saya, masyatakat suka membuang sampah ke dalam sungai kerana mereka
berasakan mudah untuk menghilangkan sampah yang berlonggok di hadapan rumah. Selain itu,
budaya menimbus sampah belum menjadi amalan dan dianggap menyusahkan.
[4 markah]

You might also like