You are on page 1of 2

Tujuan simulasi

1. Untuk menguasai kemahiran


a. Simulasi melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan.
Murid juga dilatih dengan kemahiran menyusun ayat dan menggunakan
sebutan yg tepat.
2. Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis
a. Semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan
menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian
yang dilakukan.
3. Untuk membina sikap positif
a. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap
atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikap atau tingkah laku
yang positif akan dapat dibentuk atau dipupuk.
4. Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif
a. Melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-
murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.
5. Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah
a. Misalnya, untuk menjalankan konsep ‘demokrasi’ murid-murid boleh
berlakon sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka.
6. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
a. Simulasi merupakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh
membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa
dengan berkesan,

Prinsip-prinsip menggunakan simulasi

 Guru hendaklah merancang situasi masalah dan mewujudkannya secara bertulis


atau lisan di dalam kelas.
 Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah,
peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
 Pilih murid-murid yang mahir dalam pertuturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin
aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
 Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada murid-
murid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu.
 Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.
 Semasa sesi simulasi, pastikan murid-murid lain yang menjadi penonton benar-benar
menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu.

You might also like